Berita›Luar Negara
Pasangan Ini Terkejut, Ular Besar Tiba-Tiba ‘Jenguk’ Melalui Tingkap Ketika Kenderaan Bergerak, Mujur Tak ‘Cuak’
Sepasang kekasih terkejut selepas kereta yang dinaiki mereka ‘ditumpang’ oleh seekor ular, lapor Daily Mail. Rachel Pace dan teman lelakinya Kyle Vella difahamkan sedang bersiar-siar di Stroud, pantai utara New Wales pada minggu lalu ketika mereka secara tidak sengajanya telah menumpangkan penumpang yang tidak diundang itu. Pace yang berada di tempat duduk penumpang pada ketika […]
“Sangat Stress & Memenatkan”, Selalu Buat Orang Ketawa, Rowan Atkinson Akui Tak ‘Enjoy’ & Ternanti-nanti Bila Mr. Bean Akan ‘Berakhir’
Siapa sangka, disebalik watak kelakar Mr Bean yang sememangnya disukai dan diminati oleh kebanyakan masyarakat dunia sebenarnya mempunyai realiti ‘pahit’ yang perlu dilalui oleh pelakonnya, Rowan Atkinson. Menurut The Independent, Rowan Atkinson mengatakan bahawa dia sebenarnya tidak enjoy membawa watak Mr Bean. Dia telah membawa watak komedi ikonik itu sejak tahun 1990 dan kini sedang […]
“Bridemaids” Pengantin Ini ‘Dipaksa’ Tandatangan Perjanjian Mengarut, Perlu Patuh 37 Peraturan Mengarut
Seorang ‘bridezilla’ dilaporkan telah dihentam oleh warganet kerana didakwa memaksa bridemaids untuk menandatangani kontrak yang mempunyai sebanyak 37 peraturan wajib yang perlu dipatuhi sebelum dan semasa majlis perkahwinannya. Menurut laporan, peraturan yang dinyatakan oleh wanita tersebut sangat tidak masuk akal dan terlalu ketat. Malah, bridemaids dipaksa untuk memberikan jadual harian kepada pengantin selama tujuh hari […]
Tak Mahu Dijangkiti Wabak COVID-19, Pasangan Britain Ini Nekad Berpindah Ke Pulau Terpencil Tanpa Penghuni
IRELAND – Pasangan kekasih, Luke dan Sarah Flanagan mengambil keputusan untuk berpindah ke pulau terpencil di Pulau Owey pada bulan Mac tahun lalu sebelum penguatkuasaan perintah berkurung di negara berkenaan. Pasangan tersebut berpindah ke pulau terpencil seluas 300 hektar yang dilaporkan tiada elektrik, gas, bekalan air yang dirawat dan juga hidup tanpa jiran. Walau begitu, […]

Iklan Yang Menunjukkan Seorang Lelaki Sedang Makan Sandwich Kelawar Di Siasat
Iklan yang menunjukkan seorang lelaki memakan sandwic kelawar sedang disiasat oleh pengawai pengiklanan Australia. Iklan dari kedai peralatan aktiviti luar Boating Camping Fishing store (BCF) telah mencapai lebih dari 250,000 tontonan di YouTube. Di dalamnya, seorang lelaki bergurau bahawa wabak itu disebabkan oleh seseorang yang memakan kelawar. Sementara kes awal muncul dari pasar binatang hidup […]

Ibu Gelak Tak Kering Gusi Selepas Melihat Anak-Anaknya Bina Orang Salji Guna Gigi Palsu Nenek
Seorang ibu terkejut setelah melihat anak-anaknya menggunakan gigi palsu lama nenek mereka sebagai penghias orang salji. Stephanie Murphy, 34, dari Teesside, sebelumnya telah memperlihatkan orang salji dari anak perempuannya, Faye, 4, dan anak lelaki Dougie, 3. Tetapi dia meninggalkan duo nakal itu untuk terus bermain dengan patung buram tersebut sambil diawasi oleh ayah mereka, Paul, […]
(Video) Mungkin Sebab Geram, Lelaki Terus Ditampar Anggota Polis Selepas Terselamat Dari Digilis Kereta Api
Mendebarkan, seorang lelaki nyaris dilanggar oleh kereta api dalam satu kejadian dipercayai berlaku di India. Kejadian yang berjaya dirakam CCTV itu menyaksikan lelaki tersebut melintasi trek di stesen kereta api Dahisar di Mumbai, India pada 1 Januari lalu. Lelaki berusia 60 tahun itu memanjat pagar yang memisahkan dua trek sebelum berlari ke pelantar sementara kereta […]
Lelaki Ini Tertukarnya Namanya Kepada Nama Celine Dion Dipercayai Ketika Mabuk
LONDON – Seorang lelaki, Thomas Dodd nekad menukar namanya kepada nama penyanyi pujaannya iaitu Celine Dion. Difahamkan, dirinya telah menukar namanya kepada bintang terkenal tersebut ketika dirinya asyik menonton Celine Dion membuat persembahan di Las Vegas menerusi YouTube sepanjang Krismas yang lalu. Menurut laporan dari Metro UK, lelaki tersebut mengakui dirinya mabuk dan tidak ingat […]
Wanita Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-118, Dilapor Wanita Tertua Di Dunia
JEPUN – Seorang wanita diiktirafkan oleh Guinness World Records sebagai wanita tertua di dunia di mana dirinya didakwa telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-118 pada hari Sabtu yang lalu. Menurut laporan, wanita yang bernama Tanake Kane dilahirkan pada 2 Januari 1903 telah menyambut ulang tahunnya di pusat jagaan di Kota Fukuoka di barat Jepun. […]
“Ya Atau Tidak,” Jururawat Lelaki Di Itali Melamar Teman Wanita Gunakan Sut PPE
ITALI – Seorang jururawat lelaki di sebuah hospital bernama Giuseppe Pungente mengambil peluang dengan melamar teman wanitanya dengan cara yang ‘luar biasa’ memandangkan keadaan wabak COVID-19 yang melanda di negara berkenaan. Gelagat jururawat itu menjadi tular di media sosial ketika dirinya menggunakan sut PPE untuk melamar kekasihnya. Detik yang dianggap ‘sweet’ itu telah dikongsikan di […]
Lelaki Gabungkan Barangan Harian Terpakai Dijadikan ‘Exoskeleton’ Menyerupai Watak Robot Popular
Seorang lelaki, Peter Kokis atau dikenali sebagai ‘Brooklyn Transformer” dikatakan telah menjadi individu yang dikenali di New York dengan menghasilkan robot exoskeleton menggunakan barangan harian di rumahnya. Hal ini dilaporkan kerana dirinya telah menyahut cabaran teman wanitanya. Menurut laporan, Peter yang merupakan bekas juruterbang tentera itu mula mengumpulkan barangan kitar semula yang terdapat di sekitar rumahnya […]

Jumlah Korban Covid-19 Di Amerika Selatan Hampiri Setengah Juta
ANKARA, 4 Jan (Bernama) — Angka korban akibat COVID-19 di Amerika Selatan kini menghampiri setengah juta dengan 365,000 kematian dilaporkan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu. Menurut Johns Hopkins University, Brazil terus menjadi negara paling teruk diancam apabila lebih 196,000 orang meninggal dunia, hampir lima kali ganda jumlah korban di Colombia yang merekodkan 44,000 kematian – […]

“Saya Akan Pulang Ke Alam Saya” Remaja Ini Cuba Tanam Diri Sendiri Kerana Merasakan Sudah Meninggal Dunia
Seorang pemuda di Kota Tegal, Jawa Tengah, Indonesia nekad berusaha menguburkan diri sendiri hidup-hidup di sebuah kompleks tempat pengebumian umum. Video aksi penyelamatan pemuda yang setengah badannya sudah di liang lahad di tempat pengebumian Debong Kidul oleh pegawai dan penduduk itu viral di media sosial. Ketua di kawasan tersebut iaitu Sertu Dasrim mengungkapkan, pemuda bernama […]
Dipercayai Cuba Raih Untung Lebih, Petani Didakwa Warnakan Cili Jadi Merah Guna Cat
Seorang peniaga di Jawa Tengah, Indonesia dilaporkan mewarna cili yang belum masak untuk mengaut keuntungan, lapor Kompas. Menurut portal itu, pelaku yang berusia 35 tahun telah ditahan pihak polis untuk siasatan. Hasil siasatan awal mendapati pelaku bertindak sedemikian bagi mendapatkan keuntungan lebih di mana cili merah lebih mahal berbanding cili kuning. “Motifnya ekonomi. Cili merah […]
(Video) Ratusan Burung Dilapor Mati Berselerakan Atas Jalan, Didakwa Disebabkan Bunga Api Malam Tahun Baru
Sejumlah burung ditemui mati di Itali dikatakan mengalami ‘serangan jantung’ kerana bunga api yang diletupkan di tengah pusat bandar, lapor Daily Mail. Ratusan makhluk berbulu kecil itu dirakam di beberapa lokasi di sekitar Rom, termasuk di stesen kereta api Roma Termini, oleh warga bandar yang terkejut dengan tragedi itu. Tambah Daily Mail, kumpulan organisasi hak […]
(Video) Tular Rakaman Seekor Burung Berkicau Berterusan Di Bahagian Bahu Lelaki
Kicauan burung sememangnya mendatangkan ketenangan. Tidak hairanlah jika anda yang menetap di kampung pasti akan mendengar kicauan indah dan menenangkan pada setiap pagi saat mentari menjelmakan dirinya. Namun, viral di media sosial baru-baru ini dimana seekor burung dilihat berkicau dibahu seorang lelaki. Burung berwarna coklat itu dilihat berkicau berterusan dibahu kanan lelaki itu sebelum bergerak […]
(Video) Gelagat Si Bulu Ceroboh Padang Bola, Kemudian Keliru Bikin Ramai Berdekah
Detik melucukan apabila seekor kucing berada di tengah padang bola menjadi perhatian penonton di stadium. Rakaman berdurasi 23 saat yang dikongsikan oleh @catsdotexe di twitter memaparkan seekor kucing berwarna hitam bersaiz sederhana dilihat berada di tengah-tengah padang bola sepak sewaktu perlawanan antara Wolves dan Everton. Kucing berlari seakan ‘cuak’ mencari jalan keluar. Pegawai keselamatan yang […]
Wanita Dedah COVID-19 Buat Deria Bau & Rasanya ‘Hilang’, Makanan Bau Macam Air Kencing & Rasa Macam Petrol
Seorang wanita yang pernah dijangkiti COVID-19 mendakwa virus itu menyebabkan deria baunya berubah, lapor Metro UK. Kongsi Sarah Govier, 44, kini bau kopi seakan asap kereta, ubat gigi berasa seperti petrol dan coklat juga menjadi jijik bagi dirinya. Menurut portal itu, Sarah yang menghidap COVID-19 pada Mei lalu telah kehilangan deria bau. Namun selepas berbulan-bulan, […]
Lelaki Cedera Dibelasah, Kantoi Bina Terowong Rahsia Ke Rumah ‘Skandal’ Berstatus Isteri Orang
Seorang lelaki berstatus suami orang dilapor sanggup menggali sebuah terowong yang menuju ke rumah teman wanitanya, yang merupakan isteri orang, dalam kejadian yang berlaku di Mexico. Menurut laporan portal Opindia, tindakannya bagaimanapun membawa padah apabila ‘kantoi’ dengan suami kepada teman wanitanya itu. Lelaki berkenaan dikatakan memanfaatkan kemahirannya sebagai seorang tukang batu bagi membina terowong berkenaan, […]
Meriah & Sesak, Viral Foto-foto Dipercayai Sambutan Tahun Baru Di Wuhan, Tempat Munculnya COVID-19
Tular gambar-gambar orang ramai bersesak-sesak dipercayai di Wuhan China, dimana COVID-19 pertama kali dikesan. Menurut laporan CNN, gambar-gambar berkenaan diambil ketika orang ramai keluar beramai-ramai untuk menyambut ambang Tahun Baru 2021. Secara tradisinya, warga Wuhan akan berkumpul di depan Hankow Customs House, salah satu pusat tumpuan orang ramai untuk berkumpul setiap kali sambutan Tahun Baru […]