Berita›Luar Negara
(Video) Rakaman Menyerupai Bola Api Gergasi ‘Lintasi’ Ruang Langit Bikin Penduduk Setempat Terkejut
Satu bola api besar dilaporkan telah dilihat melintas di langit sebuah daerah di selatan China, lapor Daily Mail. Rakaman yang diambil oleh penduduk tempatan memaparkan sebuah objek yang tidak dikenali dilitupi api menjunam dengan laju ke bumi. Tidak dapat dipastikan berkenaan apa sebenarnya objek tersebut, namun media tempatan percaya bahawa ianya adalah kemungkinan meteor yang […]
Bayi 2 Tahun Dilapor Maut Dicekik Dan Dilempar Dalam Ketuhar Oleh Datuk Dan Nenek Yang Dipercayai Sedang Mabuk
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan maut selepas dicekik dan dicampak ke dalam ketuhar oleh datuk dan neneknya di Rusia, lapor Metro UK. Menurut portal itu, bayi itu telah dibunuh kedua-dua suspek yang disyaki mabuk selepas tidak tahan mendengar tangisan kanak-kanak itu. Mayat mangsa hanya ditemui selepas ibu bapanya yang masing-masing berusia 20 dan […]
Suami Kreatif Buat “Report Card’, Ulas Prestasi Untuk Isterinya Sepanjang Setahun Bersama
Seorang suami telah dilaporkan melakukan perkara yang unik dan kreatif ketika membawa isterinya keluar untuk menghadiri satu jamuan makan sempena hari Krismas di tempat kerjanya. Chris Stares telah memberikan kad laporan yang turut digelarkan sebagai “Ulasan Prestasi Tahunan Pasangan” kepada isterinya, Sophie. Menurut Daily Mail, Chris Stares, 39 menggunakan borang tersebut untuk memberi penilaian kepada […]
Gadis Cilik Siapkan 46 Juadah Dalam Tempoh 58 Minit , Raih Pengiktirafan UNICO World Records
CHENNAI – Seorang gadis celik telah dilaporkan berjaya memasak 46 hidangan dalam tempoh masa 58 minit dan berjaya mendapat pengiktirafan UNICO Books of Records. Menurut Gulf News, gadis celik yang bernama SN Lakshmi Sai Sri dikatkan meminati bidang masakan sejak dirinya dilatih oleh ibunya sendiri. “Saya telah belajar memasak dari ibu saya. Saya sangat gembira […]
Lelaki Pecah Rekod, Berendam Dalam Ais Selama 2 Jam Kumpul Dana Untuk Kanak-kanak Hidap Kanser
Seorang lelaki dari Perancis dilaporkan berjaya memecah rekod dunia dengan duduk di dalam kiub ais dalam jangka masa paling lama. Cabaran ekstrem tersebut didakwa untuk mengumpul dana untuk kanak-kanak yang menghidapi kanser. Pekerja kesihatan, Romain Vandendorpe yang berusia 34 tahun itu merendam dirinya di dalam kabin kaca selama dua jam, 35 minit dan 43 saat. […]
Cantik Sangat, Lelaki Hasilkan Lukisan Menakjubkan Guna Pen Biasa, Sekali Pandang Macam Foto Dari Kamera
Siapa sangka lukisan yang dihasilkan oleh artis dari Nigeria, Oscar Ukonu sangat menarik pandangan para netizen khususnya para pencinta lukisan. Karya yang dihasilkan bukan sebarangan malah karya tersebut kelihatan ‘luar biasa’ kerana dihasilkan hanya menggunakan pen. Bukan itu sahaja, beliau menggunakan kemahiran dan ketepatannya dalam menghasilkan karya lukisan sehingga kebanyakkan individu tidak dapat membezakan ianya […]
Penternak Pakaikan Lembu Baju Dalam, Takut Terkena “Frostbite” Ketika Musim Sejuk
RUSIA – Kawanan lembu di sebuah pekan kecil, Oymyakon dipercayai memakai baju dalam khas yang diperbuat daripada kulit dan bulu sepanjang berlaku musim sejuk. Penternak tempatan, Nikolay Atlasov yang berusia 70-an mengatakan baju dalam tersebut sangat sesuai untuk melindungan haiwan berkenaan ketika musim sejuk. Beliau memakai pakaian yang berbentuk segi tiga tersebut pada badan lima […]
(Video) Kuyup Bermandi Najis, Petugas Veterinar Berjaya ‘Selamatkan’ Gajah Sembelit
Sekumpulan petugas veterinar terpaksa berbasah kuyup dengan ‘semburan’ najis selepas menyelamatkan seekor gajah yang sembelit. Gajah tersebut yang diberi nama Lana dilaporkan mengalami sembelit, sudah lama tidak dapat membuang najis ekoran saluran najisnya tersumbat. Bertindak atas tanggungjawab, pasukan veterinar dari taman gajah tersebut yang diketuai Dr. Tom tampil menjalankan tugasan mereka. Difahamkan, Lana terpaksa diberi […]
Pemuda Sanggup Jalani 32 Prosedur Pembedahan Plastik Demi Nak Kelihatan Seperti ‘Elf’
Seorang lelaki dilaporkan telah mendedahkan bagaimana diriny menjalani 32 prosedur pembedahan plastic untuk menjadi ‘Elf’ dan dirinya merancang untuk meneruskan hasratnya itu. Luis Padron, 29 merupakan seorang penerbit dari Argentina telah menerima pendedahan tersebut secara percuma kerana didakwa dirinya adalah model pembedahan plastik. Namun begitu, dia menganggar kos pembedahan wajahnya sekitar $ 100,000 (RM405,962). Menurut […]

Mumia Serigala Dipercayai Berusia 57,000 Tahun Ditemui Masih Elok, Dipercayai Antara Yang Paling Lengkap
Saat sedang menggali lapisan ais di Yukon, Kanada, pelombong emas dengan tidak sengaja menemukan mumia serigala (Canis lupus). Serigala yang terkubur dalam lapisan ais itu terlihat masih utuh dan bahkan masih memiliki bulu. Serigala tersebut diduga berjantina betina dan berumur 57.000 tahun. Penemuan pada 2016 lalu, yang kini telah dianalisis dapat membantu peneliti mengungkap beberapa […]
(Video) 28 Tahun Membujang & Kerap Ditanya Bila Nak Berkahwin, Cikgu Tak Sangka Anak Murid Sendiri Datang Melamar
Zaman bujang seorang guru wanita di Kalimantan Timur, Indonesia berakhir apabila dia dilamar oleh anak muridnya sendiri. Murianti, 29, tidak menyangka bahawa jodohnya ialah dengan bekas pelajarnya, Abdul Kodir, 19. Pada awalnya mereka tidak akrab, hanya saling mengenali sebagai seorang guru dan murid dan tambahan pula, Murianti menjadi guru mata pelajaran sewaktu Kodir di tingkatan […]
Coklat Cadbury Berusia 120 Tahun, Dipercayai Tertua Di Dunia Dijumpai Dalam Keadaan Elok & Masih Boleh Dimakan
Perpustakaan Negara Australia dilaporkan telah menemui salah satu kotak coklat Cadbury tertua yang wujud lebih dari satu abad dengan keadaannya yang masih lagi elok. Menurut Daily Mail, makanan manis itu ‘digali’ dari koleksi peribadi penyair terkenal Australia, Andrew Barton ‘Banjo’ Paterson, yang menulis ‘Waltzing Matilda’ dan ‘The Man from Snowy River’. Bar itu dijumpai dalam […]
COVID-19: Singapura Catat Satu Kes Dengan Strain Virus UK B117 Dari United Kingdom
SINGAPURA, 23 Dis (Bernama) — Singapura hari ini melaporkan satu kes yang disahkan dengan strain virus UK B117 membabitkan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang menuntut di United Kingdom (UK) dari Ogos 2020, menurut Kementerian Kesihatan republik itu (MOH). Menurut MOH, laporan baru-baru ini menyatakan bahawa strain B117, varian virus COVID-19 yang lebih berpotensi […]
(Video) Menakjubkan, Jurugambar Berjaya Rakam Kedudukan Dekat Planet Musytari, Zuhal & Bulan-bulannya
Baru-baru ini, seorang jurugambar terkenal Frank Delargy berpeluang merakam satu penemuan menakjubkan di angkasa raya. Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada 20 Dis lalu, Frank memuat naik sekeping foto memaparkan penampakan planet Zuhal dan Musytari di ruang angkasa. Menariknya, kedua-dua planet berkenaan didapati berada tidak terlalu jauh dari kedudukan masing-masing dan dapat dilihat dengan jelas […]
Apple Dilapor Bakal Keluarkan Kenderaan Elektrik Bermula 2024
Seluruh pelusuk dunia pasti kenal dengan jenama Apple kerana segala produk keluarannya kelihatan lebih canggih setanding dengan harganya. Dengar sahaja jenama tersebut, pasti terlintas produk digital seperti telefon pintar, ipad hingga alat aksesori. Jika sebelum ini, dunia digemparkan dengan keluaran terbaru iaitu telefon pintar yang dikenali iPhone 12, kali ini syarikat Apple dilapor akan melancarkan […]
“Papa, Mama,” Budak Ini Panggil Ibu Bapanya Menerusi CCTV Dipercayai Kerana Rindu
Satu rakaman menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan memanggil ibu bapanya melalui kamera keselamatan rumah sambil mengesat air mata. Chang, 35, dan isterinya meninggalkan anak perempuan mereka yang berusia satu tahun di rumah datuknya di bandar Anqing di China ketika mereka terpaksa menempuh perjalanan lima jam untuk bekerja di bandar lain dekat Shanghai. Dalam klip […]
(Video) Detik Van Penghantaran ‘Hentam’ Tiang Lampu, Kotak ‘Delivery’ Bersepah Atas Jalan
Satu klip rakaman menunjukkan sebuah kereta memecut laju lalu dirempuh oleh sebuah van dan melanggar tiang lampu dengan jarak hampir 80mph berada di hadapannya. Kejadian yang berlaku di Bangkok itu, berjaya dirakam oleh kamera dashcam. Rakaman menunjukkan sebuah van penghantaran cuba untuk memasuki lorong sebuah kereta dengan jarak 77mph sebelum van tersebut merempuh bahagian sisi […]

Luluh Hati Ibu, Wanita Dilapor Temui Foto Anak Gadis Tidak Berpakaian Bersama Kekasih Dalam Telefon Bimbit
Ibu bapa mana yang tidak kecewa ketika mengetahui anak yang dikasihi melakukan perkara yang boleh mencemarkan maruah sendiri. Baru-baru ini di Belitung, Indonesia, perbuatan seorang remaja bersama kekasihnya dilaporkan terbongkar apabila ahli keluarga remaja itu menemukan gambar tanpa pakaian di dalam telefon bimbit miliknya, lapor Tribun News. Menurut portal itu, tembelang remaja 17 tahun dengan […]
Tentera Chile Sahkan 36 Dijangkiti COVID-19 Di Pangkalan Antartika
SANTIAGO, 23 Dis (Bernama) — Tentera Chile mengesahkan 26 anggota dan 10 orang awam yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah pangkalan di Antartika disahkan positif COVID-19, lapor Agensi Berita Xinhua. Memetik media tempatan pada Isnin, tentera dalam satu kenyataan mengumumkan beberapa hari kebelakangan ini “petugas di Pangkalan Antartika Bernardo O’Higgins Riquelme telah menunjukkan gejala berkaitan […]
COVID-19: Perancis Rancang Sekat Individu Enggan Divaksin Daripada Menaiki Pengangkutan Awam
Penduduk Perancis yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 berkemungkinan boleh dihalang daripada menaiki pengangkutan awam di negara berkenaan. Perkara tersebut termasuk dalam draf penggubalan Rang Undang-undang (RUU) yang telah pun mencetus kemarahan pembangkang semalam. Perdana Menteri, Jean Castex pada kelmarin mendapat sokongan kabinetnya untuk RUU tersebut bagi menyediakan kerangka kerja untuk menangani krisis kesihatan, termasuk […]