BeritaLuar Negara

Luar Negara
Tular Rakaman Wanita Kendong Anak, ‘Serang’ Majlis Suami ‘Curi-curi’ Kahwin Lagi
Tular satu video yang menyaksikan seorang wanita menyerang majlis perkahwinan di dalam gereja. Kejadian yang dipercayai berlaku di gereja di Zambia itu juga memperlihatkan wanita yang kelihatan berang tersebut juga membawa anaknya bersama. Menurut Daily Star, wanita itu memohon kepada paderi agar majlis perkahwinan dihentikan kerana mendakwa bahawa pengantin lelaki adalah suaminya. Suaminya dilaporkan memberitahu […]
Luar Negara
(Video) Tular Rakaman Polis Diseret Hampir 400 Meter Sambil Berpaut Pada Bonet Kereta Di India
INDIA: Percubaan seorang anggota polis trafik untuk menghentikan sebuah kereta akhirnya diseret sejauh hampir 400 meter sambil berpaut pada bonet kenderaan tersebut di Delhi, India, pada 12 Oktober. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kini menjadi viral dalam media sosial, menunjukkan polis berpaut pada kereta sebelum jatuh di jalan raya, polis tersebut hampir kehilangan kakinya […]
Berita
Pelumba Lagenda MotoGP, Valentino Rossi Dilapor Positif COVID-19
Pelumba lagenda ‘hidup’ MotoGP asal Itali yang kini bersama pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dilapor diuji positif COVID-19. Perkara berkenaan disahkan oleh juara dunia MotoGP sebanyak 9 kali itu melalui satu tweet di di laman twitter beliau sebentar tadi. ”Malangnya, pagi tadi saya bangun dan mendapati saya tidak berapa sihat. Tulang saya berasa […]
Hiburan
“Semoga Allah Tunjukkan Jalan…”, Pelakon Filem Jai Ho, Sana Khan Nekad Berhijrah & Tinggalkan Dunia Glamour Bollywood
Bintang Bollywood, Sana Khan mengisytiharkan dirinya keluar dari dunia industri seni hiburan yang dijalaninya selama ini, semata-mata untuk berhijrah dan kembali ke landasan syariat. Pelakon filem Jai Ho (2014) berusia 33 tahun itu menyatakan, dia telah dilimpahi segala jenis kemasyhuran, kekayaan dan kehormatan sepanjang berkecimpung dalam dunia industri hiburan. “Tetapi, beberapa hari kebelakangan ini saya […]
Luar Negara
(Video) Gelagat ‘Meow’ Diheret Keluar, Tak Ada Tiket Naik Kereta Api Laju Buat Netizen Terhibur
CHINA: Rakaman video terhadap seekor kucing telah tular di media sosial setelah kucing itu dikeluarkan daripada kereta api kerana ‘tidak mempunyai tiket’. Kucing itu dipercayai sesat dan telah menyelinap masuk ke dalam kereta api berkelajuan tinggi. Rakaman video menunjukkan gelagat kucing tersebut ketika dikeluarkan oleh salah seorang pegawai. Klip video itu telah meraih jutaan tontonan […]
Luar Negara
(Video) ”Rasa Geli Di Telinga,” Lelaki Terkejut Temui Labah-Labah Besar ‘Menginap’ Dalam “Headphone”
Menyeramkan, seorang lelaki terkejut setelah menemui seekor labah-labah besar di dalam pelindung telinga fon kepala miliknya. Berkongsikan gambar penemuan labah-labah tersebut di media sosial, ia nyata menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet. Memetik laporan Daily Mail, lelaki yang tinggal di Perth itu pada awalnya merasa geli pada bahagian telinga semasa menggunakan fon kepala tersebut. Setelah […]
Berita
Budak 9 Tahun Maut, Dipercayai Ditetak Ketika Cuba Pertahan Ibu Dari Dirogol
Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilapor maut dipercayai ditetak ketika cuba mempertahankan ibunya daripada menjadi mangsa rogol. Menurut laporan Tribun Batam, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Acheh Timur pada Sabtu lepas. Ketika kejadian, ibu mangsa sempat menyuruh mangsa melarikan diri namun mangsa enggan sebaliknya berusaha untuk menyelamatkan ibunya. Bukan setakat menetak mangsa, bahkan si perogol […]
Luar Negara
Kawasan Sekitar Pejabat Perdana Menteri Di Bangkok Lengang Selepas Perisytiharan Darurat
BANGKOK, 15 Okt — Kawasan di sekitar pejabat Perdana Menteri di sini telah dikosongkan untuk lalu lintas dan dibersihkan oleh pekerja perbandaran setelah demonstrasi antikerajaan berakhir pada Khamis, lapor Agensi Berita Thailand (TNA). Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Prayut Chan-ocha mengisytiharkan darurat di Bangkok yang melarang perhimpunan lima orang atau lebih, berkuat kuasa 4 pagi, Khamis. Di […]
Luar Negara
Budak Lelaki Ini Sudah Lebih 200 Hari Tidur Dalam Khemah Pemberian Mendiang Sahabatnya
Budak lelaki berumur 10 tahun telah tidur di dalam khemah selama lebih 200 hari oleh kerena mengenang rakan keluarga. Max Woosey telah mendirikan khemah di taman belakang halaman rumahnya bermula dari hari pertama “lockdown” dilaksanakan. Max Woosey yang menetap di Braunton itu memutuskan untuk bermalam di dalam khemah tersebut yang diberikan oleh rakannya, Rick yang […]
Berita
Gelombang Kedua Covid-19, Perancis Isytihar Darurat Selepas Catat 22,591 Kes Baharu Semalam
PARIS, 15 Okt (Bernama) — Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu mengumumkan perintah berkurung waktu malam dikuat kuasakan di Paris dan bandar-bandar lain, selaras dengan darurat yang telah diisytiharkan di negara ini bagi membendung penularan COVID-19. Dalam wawancara disiarkan televisyen negara, Macron berkata perintah berkurung berkuat kuasa mulai Sabtu dari 9 malam hingga 6 pagi […]
Berita
Amerika Syarikat: Kanak-Kanak Diberi Khidmat Nasihat Sebelum Disuntik Vaksin Covid-19
WASHINGTON, 15 Okt (Bernama) — Kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) akan diberi khidmat nasihat oleh pegawai kesihatan terlebih dahulu sebelum diberi suntikan vaksin COVID-19 apabila vaksin itu tersedia kelak, lapor agensi berita Sputnik. “Pada awalnya, vaksin COVID-19 mungkin tidak disarankan untuk kanak-kanak. Dalam ujian klinikal awal untuk pelbagai vaksin, hanya orang dewasa yang tidak hamil […]
Kesihatan
Amerika Syarikat: Kanak-Kanak Diberi Khidmat Nasihat Sebelum Disuntik Vaksin COVID-19
Kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) akan diberi khidmat nasihat oleh pegawai kesihatan terlebih dahulu sebelum diberi suntikan vaksin COVID-19 apabila vaksin itu tersedia kelak, lapor agensi berita Sputnik. “Pada awalnya, vaksin COVID-19 mungkin tidak disarankan untuk kanak-kanak. Dalam ujian klinikal awal untuk pelbagai vaksin, hanya orang dewasa yang tidak hamil mengambil bahagian dalam ujian itu,” […]
Luar Negara
Filipina: Ibu Berang Dengan Kematian Bayinya Yang Terpisah Dari Penjara
Kematian bayi berusia tiga bulan yang terpisah dari ibunya akibat telah dipenjarakan tahun lalu mengejutkan Filipina. Reina Mae Nasino, pekerja hak asasi manusia, tidak mengetahui bahawa beliau telah hamil ketika dia ditangkap oleh pihak berkuasa tahun lalu. Dia hanya menyedari hal itu semasa melakukan ujian kesihatan di penjara. Kurang dari dua bulan bayi tersebut dikeluarkan […]
Berita
(Video) Syarikat Ini ‘Upah’ Alpaca Untuk Bantu Pekerja Hilangkan Stress
Sebuah syarikat video produksi China telah meraih banyak perhatian di media sosial selepas ‘mengupah’ seekor haiwan kacukan llama-alpaca berusia dua tahun untuk para pekerjanya menghilangkan stress. Sebuah syarikat yang berpangkalan di Wuxi telah ‘megupah’ Tuo Baiwan, seekor haiwan baka campuran llama-alpaca untuk berjalan-jalan di dalam pejabat untuk menawan hati pekerja dengan kecomelannya. Haiwan tersebut dikatakan […]
Berita
(Video) Wanita Belasah Lelaki ‘Pervert’ Dan Tendang Sampai Jatuh Selepas Dipercayai Kena Cabul
Tindakan seorang wanita membelasah seorang lelaki ‘gatal’ yang dipercayai mencabulinya di sebuah jalan di China telah mendapat pujian daripada pihak berkuasa, lapor Daily Mail. Wanita yang terdapat dalam rakaman CCTV itu telah memukul serta menendang suspek sehingga jatuh selepas dia didakwa menyentuh ‘kawasan peribadi’ mangsa ketika di siang hari. Polis dilaporkan telah menahan suspek yang […]
Berita
Kerajaan Thailand Dilapor Isytihar Darurat Di Bangkok, Halang Orang Ramai Berkumpul
Kerajaan Thailand dilaporkan mengisytiharkan darurat serta mengharamkan perhimpunan besar-besaran bagi membendung aktiviti tunjuk perasaan di Bangkok. Menurut BBC, tempoh darurat itu akan berkuat kuasa pada pukul 04:00 waktu tempatan, Khamis ini. Arahan itu sekaligus mengharamkan perhimpunan melebihi empat orang serta menghalang orang ramai memasuki kawasan tertentu. Di samping itu, kerajaan Thailand turut melarang penerbitan berita […]
Luar Negara
Selepas Ayah Dan Emak, Anak Donald Trump Usia 14 Tahun Turut Positif Covid-19
Anak lelaki Presiden Donald Trump, Barron, 14 tahun, disahkan positif virus Covid-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala, setelah kedua ibu bapanya dijangkiti virus itu, menurut Melania Trump. “Nasib baik dia remaja yang kuat dan tidak menunjukkan gejala,” kata Melania Trump dalam satu kenyataan. Melania Trump turut mengatakan bahawa dia juga mengalami gejala-gejala yang “minimum” dan […]
Berita
Lelaki Ditahan, Didakwa Letak Mata Pisau Cukur Dalam Doh Pizza Yang Kemudiannya Dijual
Seorang lelaki di Maine, Amerika Syarikat ditahan atas dakwaan meletakkan mata pisau cukur ke dalam doh pizza yang kemudiannya dijual kepada pelanggan. Dalam kejadian 6 Oktober lalu, sebuah pasaraya tempatan melaporkan kepada polis mengenai cubaan seseorang merosakkan produk makanan yang dijual mereka. Seorang pelanggan dikatakan telah membeli doh pizza sebelum mengadu berhubung penemuan beberapa keping […]
Berita
(Video) Beruang Buat ‘Head Banging’ Macam Layan Lagu ‘Rock’, Rupa-Rupanya Ini Sebabnya
Baru-baru ini tular video seekor beruang yang melakukan aksi anggukan kepala berulang-ulang kali atau disebut dengan istilah ‘head banging’. Video tersebut dipercayai mungkin telah disunting dengan berlatarbelakangkan bunyi muzik rock, menunjukkan seolah-olah head banging yang dilakukan beruang itu akibat ‘melayan’ muzik keras tersebut. Rombongan sekolah melawat haiwan di zoo bertukar menjadi konsert metal..yang budak² ni […]
Luar Negara
Sembilan Maut Selepas Dua Helikopter Tentera Bertembung Di Selatan Afghanistan
KABUL, 14 Okt: Sembilan terbunuh selepas dua helikopter tentera Afghanistan bertembung di udara sebelum terhempas, di wilayah Helmand selatan Afghanistan pada Selasa malam, lapor agensi berita Xinhua. Menurut Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan pada Rabu, nahas itu berlaku di daerah Nawa-i-Barakzayi membabitkan dua helikopter jenis Mi-17 Angkatan Tentera Afghanistan. “Malangnya, sembilan penumpang maut dalam nahas […]