BeritaLuar Negara

Luar Negara
“Nak, Maafkan…”, Budak Ditemui Dengan Sekeping Nota, Dipercayai Dibuang Ibu Kerana Selalu Buat Masalah
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dengan kesan luka ditemui di stesen minyak di Kecamatan Pangkalan Kuras, Kabupaten Pelalawan, Riau dengan sekeping nota dipercayai dibuang ibu sendiri kerana selalu buat masalah. Berita penemuan kanak-kanak berkenaan sempat menjadi viral di media sosial Selasa lepas. Menurut Kompas, kedua-dua orang tua kanak-kanak tersebut akan dipanggil oleh pihak polis bagi […]
Berita
Ayah Dipercayai Jual Anak 16 Tahun Dengan Harga RM169 Hingga Jadi Mangsa Dera
Seorang bapa dipercayai tergamak menjual anak perempuannya yang berusia 16 tahun kepada seorang lelaki berusia 21 tahun dengan harga Rs3,000 (RM169.19). Kejadian kejam itu dilaporkan berlaku di daerah Raigarh di negeri Chattisgarh di India. Setelah dua tahun, gadis malang itu berjaya diselamatkan dari jalanan dan memerlukan lima bulan kaunseling untuk memberitahu mengenai kejadian sebenar yang […]
Gaya hidup
Gadis Ini Miliki Bibir Terbesar Di Dunia Sehingga Digelar “Real-Life Barbie”
Seorang pelajar yang berasal dari Bulgaria telah berbelanja puluhan ribu ringgit untuk mendapat bibir terbesar di dunia dengan menyuntiknya sebanyak 21 kali sehingga digelar “Real-Life Barbie” Gadis yang bernama Andrea Emilova Ivanova yang ketagih dengan suntikan filler itu telah menjadikan bibirnya 4 kali ganda lebih besar dari saiz yang asal walaupun telah diberi amaran oleh […]
Berita
Lelaki Panjat Menara Telekomunikasi Selepas Bergaduh & Muak Dengan Perangai Isteri
Uttar Pradesh – Seorang lelaki di sini memutuskan untuk memanjat menara telekomunikasi dipercayai setelah bertelingkah dengan isteri. Dalam video tular, seorang lelaki bernama Tej Pal Singh dilihat berada di puncak menara sebelum dipujuk turun oleh pihak polis. Lapor Gulf News, Tej Pal dikatakan berselisih faham dengan isterinya yang didakwa telah membuat tuduhan palsu ke atas […]
Gaya hidup
(Video) “Mengapa Menghilang Pak?”, Wartawan Indonesia ‘Interview’ Kerusi, Dipercayai Kesal Menteri Kesihatan Tak Hadir
Wartawan boleh menjadi tunggangan pemimpin, namun media juga boleh menjadi pencabar kepada pimpinan yang dianggap tidak menjalankan tanggunjawab dengan baik. Daripada membongkar penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin hingga ke medan perang untuk sepotong berita, tugas mereka boleh memberi impak kepada masyarakat. Baru-baru ini, seorang wartawan dari Indonesia, Najwa Shihab menarik perhatian orang ramai apabila dengan sinis […]
Berita
Dua Tahun Dilapor Hilang, Wanita Ditemui Terapung Di Laut Dan Masih Hidup
Seorang wanita yang dilaporkan hilang telah ditemui terapung hidup-hidup dua tahun selepas terputus hubungan dengan keluarganya, lapor Daily Mail. Dia ditemui terapung sekitar satu batu dari pantai di bandar Puerto Colombia di Atlantico pada 26 September lalu. Wanita berusia 46 tahun itu ditemui dalam keadaan yang sangat lemah dengan tanda-tanda hipotermia oleh seorang nelayan. Setelah […]
Berita
Ibu Bapa Didakwa ‘Amalkan’ Diet Ketat Pada Bayi Berusia Setahun Hingga Dilapor Alami Kerosakan Otak Kekal
Sepasang suami isteri dilaporkan membiarkan bayi perempuan mereka kelaparan dan tidak mendapat nutrien yang secukupnya serta membiarkan anak kecil itu diet yang sangat ekstrem sehingga menyebabkannya mengalami kerosakan otak kekal, lapor Mirror. Mereka yang berasal dari Australia itu memberi formula sendiri kepada bayi tersebut iaitu yang diperbuat daripada air kelapa dan tepung selepas berhenti menyusu […]
Berita
COVID-19: Dua Lagi Rakyat Malaysia Positif Di Singapura
SINGAPURA, 30 Sept (Bernama) — Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan bahawa dua daripada tiga kes di dalam komuniti yang diumumkan terdahulu hari ini, adalah rakyat Malaysia. Menurutnya seorang daripada mereka adalah lelaki berumur 23 tahun yang dikenal pasti sebagai kontak kes yang disahkan sebelum ini, dan telah dikuarantin. “Dia diuji semasa menjalani kuarantin bagi menentukan statusnya […]
Berita
“Saya Mempunyai Keperluan Mendesak,” Lelaki Didakwa Curi Motosikal Untuk Biaya Kos Isteri Bersalin
Seorang lelaki berusia 28 tahun dilaporkan sanggup mencuri sebuah motosikal bagi mendapatkan duit untuk membiayai kos isterinya bersalin. Lelaki yang berasal dari Pasuruan, Jawa Timur, itu terpaksa meringkuk disebalik jeriji besi berikutan dia telah terbukti mencuri motosikal tersebut. “Saya berniat mencuri kerana terdesak memerlukan duit termasuk untuk membiayai kos bersalin isteri,” katanya. Dia ditangkap mencuri […]
Berita
Sheikh Nawaf Angkat Sumpah Sebagai Emir Baharu Kuwait
KUWAIT CITY, 30 Sept — Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mengangkat sumpah di hadapan Majlis Nasional pada Rabu sebagai Emir Kuwait ke-16, lapor agensi berita Xinhua. Perlembagaan menjamin peralihan kepemimpinan yang lancar untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran, kata Sheikh Nawaf. Beliau juga berikrar akan melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin serta mengulangi komitmen terhadap perlembagaan dan demokrasi. Sheikh […]
Berita
Terdengar Suara Bayi Merengek, Wanita Ditemui Maut Dengan Bayi Empat Bulan Masih Di Payudaranya
Seorang bayi berusia empat bulan dilaporkan ditemui di payudara ibunya yang telah meninggal dunia di wilayah Lamphun pada Selasa, lapor Asia One. Ibu muda itu dilaporkan telah meninggal dunia beberapa jam sebelum pihak polis menemuinya sedang terbaring kaku di katil bersama dengan anaknya. Menurut Asia One, wanita tersebut merupakan warga Myanmar yang baru sahaja berusia […]
Luar Negara
(Video) Detik-detik Bunyi Seakan ’Letupan Besar’ Kedengaran Ketika Perlawanan Tenis, Dipercayai Dari Jet Pejuang
Satu bunyi seakan letupan besar di Paris dilaporkan telah kedengaran di seluruh bandar, lapor Mirror. Saksi melaporkan bahawa bangunan-bangunan yang didiami oleh mereka bergoyang dan orang ramai dari beberapa daerah serta di pinggir bandar berdekatan melaporkan terdengar bunyi letupan tersebut. Polis mengatakan bahawa ledakan kuat disebabkan oleh jet pejuang yang memecahkan penghadang bunyi. Police confirming […]
Berita
Nepal Keluarkan Semula Visa Pelancong Untuk Aktiviti Mendaki, Merentas Hutan
KATHMANDU, 30 Sept — Selepas hampir tujuh bulan dihentikan, kerajaan Nepal memutuskan untuk mengeluarkan semula visa pelancong asing, kata Kementerian Kebudayaan Pelancongan dan Penerbangan Awam. Langkah itu diambil berikutan keputusan kerajaan untuk membuka semula pintu negara kepada pelancong asing mulai 17 Oktober bagi menjalankan aktiviti pendakian dan merentas hutan. Kerajaan Nepal menangguhkan pengeluaran visa pelancong pada […]
Luar Negara
Heboh Vandalisme Dilapor Berlaku Di Sebuah Surau Di Indonesia, Al-Quran Dikoyak & Dinding Surau Diconteng
TANGERANG, INDONESIA: Warga Perumahan Villa Tangerang Elok, Kelurahan Kuta Jaya, Kecamatan Pasar Kemis, Kabupaten Tangerang, dihebohkan dengan aksi vandalisme yang telah dilakukan oleh orang yang tidak dikenali di Surau Darussalam, Selasa (29/9/2020). Turut tular video keadaan Surau Darussalam setelah kejadian vandalisme itu terjadi. Video tersebut menunjukkan perbuatan vandalisme yang telah dilakukan di dalam Surau Darussalam […]
Luar Negara
Lelaki Pukul ‘Jiran’ Bilik Sebelah, Dipercayai Terganggu Dengan Bunyi ‘Pinggan Sudu’ Belaga Ketika Jirannya Makan
CHONBURI, THAILAND: Dua orang pekerja binaan cedera setelah berlaku pergaduhan sesama mereka disebabkan bunyi ‘makan terlalu kuat’. Kejadian berlaku di Mueang Chonburi. Kedua-dua iaitu mangsa berusia 43 tahun dan suspek berusia 26 tahun tinggal dalam rumah yang sama tetapi bilik berbeza. Kejadian berlaku setelah suspek menegur mangsa kerana makan terlampau kuat. “Saya sedang makan berseorang di […]
Luar Negara
Foto Unik Sebahagian Etnik Buton Bermata Biru Di Sulawesi, Dipercayai Akibat Sindrom Waardenburg
Setiap kejadian di dunia ini diciptakan Allah SWT dengan pelbagai sebab, keunikan tersendiri dan hikmahnya yang tertentu. Seperti yang dikongsikan oleh Discover ASEAN, ada satu suku kaum pribumi yang tinggal di sebuah pulau di Indonesia ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Percaya atau tidak, walaupun mereka berkulit perang gelap, namun sebahagian mereka mempunyai warna mata berwarna […]
Berita
Kuwait Lantik Putera Mahkota Sheikh Nawaf Sebagai Emir Baharu
KUWAIT CITY, 30 Sept (Bernama) — Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilantik Emir Kuwait yang baharu, lapor agensi berita Xinhua, memetik kerajaan Kuwait pada Selasa. Timbalan Perdana Menteri Anas Al-Saleh dalam satu kenyataan berkata, kerajaan berharap emir baharu dapat menjalankan tugas dengan baik dalam usaha untuk memastikan keamanan dan pembangunan negara. Pelantikan itu bagi menggantikan […]
Berita
Lima Burung Kakak Tua Terpaksa Diasingkan Kerana Suka Mencarut Antara Satu Sama Lain
Lima ekor burung kakak tua yang ditempatkan di Zoo Lincolnshire di United Kingdom dilapor terpaksa diasingkan selepas suka mencarut antara satu sama lain. Burung-burung berkenaan yang dinamakan sebagai Billy, Eric, Tyson, Jade dan Elsie mmenyertai koloni burung kakak tua berjumlah 200 ekor yang ditempatkan di zoo berkenaan sejak Ogos lepas. Bagaimanapun kelima-lima burung tersebut mula […]
Berita
Disney AS Dilapor Akan Membuang 28,000 Orang Pekerja Kerana Terjejas Dengan COVID-19
Disney dilapor akan membuang seramai 28,000 orang pekerjanya di Amerika Syarikat (AS), dalam usahanya untuk terus bertahan di tengah-tengah tekanan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini. Bagaimanapun menurut laporan CNN, sekurang-kurangnya 67 peratus daripada jumlah berkenaan bakal ditawarkan kembali untuk bekerja secara sambilan. Taman tema dan resort Disney di AS ketika ini mempunyai lebih […]
Berita
Emir Kuwait Meninggal Dunia
KUWAIT CITY, 30 Sept (Bernama) — Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah meninggal dunia pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, menurut Amiri Diwan. Pada 23 Julai, Emir berlepas ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan lanjut berikutan pembedahannya baru-baru ini, lapor Agensi Berita Kuwait (KUNA). Beliau dimasukkan ke hospital pada 18 Julai untuk pemeriksaan dan […]