Berita›Luar Negara
Wanita Terkejut Menerima Nota Sepanjang 15 Meter Daripada Jiran, Minta Pulangkan Maianan Anaknya
Seorang ibu terkejut setelah menerima nota yang ditulis sepanjang 15meter di atas satu kertas daripada jirannya. Kertas tersebut dilihat seperti skrol. Isu utama penulisan itu dibuat adalah kerana mainan. Jirannya bengang kerana mainan anaknya telah hilang dan menganggap bahawa mainan tersebut ada dengan anak mangsa. “Anak perempuannya yang berusia 7 tahun telah meninggalkan mainannya di […]
Thailand Dilapor Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Facebook & Twitter
BANGKOK, 24 Sept (Bernama) — Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand hari ini memfailkan aduan kepada polis jenayah siber terhadap Facebook dan Twitter kerana mengabaikan permintaan untuk menyekat kandungan yang disifatkan menyalahi undang-undang terhadap pemerintahan beraja Thailand. Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Puttipong Punnakanta berkata kementerian itu telah memberikan amaran kepada dua syarikat media sosial […]
Bintang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic Dilapor Positif COVID-19
Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian swab kedua menjelang perlawan menentang Bodø/Glimt malam ini. Berita tersebut diumumkan dalam satu kenyataan di laman web rasmi kelab itu hari ini. “Kelab ini telah memaklumkan (perkara ini) kepada pihak berwajib dan pemain-pemain telah segera diarah kuarantin di rumah. “(Bagaimanapun) semua ahli pasukan dan […]
(Video) Rakaman Singa Gunung Asyik Intai Kanak-kanak Berbasikal Bikin Cemas
Seorang penduduk Pacifica, California berhadapan detik cemas apabila melihat seekor singa gunung sedang mengintai kanak-kanak yang berbasikal di kejiranannya. Berdasarkan video bertarikh 19 September lalu, kelihatan haiwan berkenaan asyik memerhati gelagat kanak-kanak di sebalik pagar sebuah kediaman. Haiwan itu kemudiannya berpaling dan berlalu pergi dipercayai setelah terdengar jeritan perakam. Kongsi perakam, Timothy Kerrisk, dia telah […]
Bangkai ‘Penuh’ Di Tepi Pantai, Kira-kira 380 Ekor Paus Pilot Dilapor Mati Terdampar
Sekitar 380 ekor paus pilot dilapor mati selepas tersadai di persisiran pantai barat Tasmania, sekaligus menjadikannya peristiwa paus terdampar yang terburuk di Australia. Lapor BBC, ratusan paus sirip panjang ditemui tersangkut di kawasan cetek perairan Tasmania pada Isnin. Pasukan penyelamat dilapor berjaya menyelamatkan kira-kira 50 ekor paus pada Rabu manakala mereka sedang cuba membantu lebihan […]

Mesir Catat 121 Kes Baharu Covid-19, Jumlah Keseluruhan Cecah 102,375
KAHERAH, 24 Sept (Bernama) — Mesir pada Rabu melaporkan 121 jangkitan baharu COVID-19 meningkatkan jumlah kes yang didaftarkan di negara ini meningkat kepada 102,375, lapor agensi berita Xinhua. Seramai 16 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kematian 5,822 orang, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Khaled Megahed dalam satu kenyataan. Sementara itu […]
40 Tahun ‘Menginap’ Dalam Hutan, Lelaki 82 Tahun Ditemui Bersama Anaknya Selepas Kali Terakhir Dilihat Pada 1973
Seorang lelaki berusia 82 tahun dan anaknya yang berusia 41 tahun ditemui tinggal di dalam sebuah hutan di Vietnam tengah selepas dilaporkan hilang semasa Vietnam perang dengan Amerika Syarikat, kata pegawai tempatan serta saudaranya pada Khamis. Lelaki yang lebih berumur itu boleh berkomunikasi sedikit dalam bahasa etnik minoriti Cor, tetapi anaknya hanya tahu beberapa perkataan, […]

California Melarang Jual Kereta Baharu Berkuasa Petrol Menjelang Tahun 2035
WASHINGTON, 24 Sept (Bernama) — Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu menandatangani perintah eksekutif yang melarang penjualan kenderaan baharu berkuasa petrol di negeri ini pada 2035, lapor agensi berita Anadolu. Laporan itu menyatakan, menurut perintah berkenaan, pada tahun tersebut, semua kereta baharu dan trak penumpang yang dijual di California diwajibkan terdiri kenderaan tanpa pelepasan asap. Pejabat gabenor […]
Doktor Dilapor Temui Telefon Bimbit ‘Tertanam’ Dalam Perut Lelaki, Dipercayai Ditelan Ketika ‘Bergurau’ 7 Bulan Lalu
Dipercayai melakukan prank bersama rakan-rakan, seorang lelaki Mesir dipercayai telah menelan telefon bimbit dan ia kekal di dalam perutnya selama tujuh bulan, lapor Gulf News. Peranti tersebut dikesan di dalam perut lelaki berusia 28 tahun itu selepas dia menjalani ultrasound di sebuah hospital negeri di wilayah Benha, utara Kaherah. Seorang perunding pulmonary tumours dan pakar […]
Bayi Malang Berusia 18 Bulan Didakwa Telah Dirogol Oleh Saudaranya Ketika Ibu Bapa Tiada Di Rumah
Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan didakwa telah dirogol di rumahnya oleh saudaranya sendiri yang kemudiannya ditangkap, sekitar 110 kilometer daripada tempat kejadian yang terletak di Madhya Pradesh, pada hari Sabtu, lapor Gulf News. Ibu kepada bayi berkenaan terus melaporkan kepada pihak polis sejurus selepas kejadian itu berlaku. Berikutan daripada itu, suspek yang berusia 19 tahun […]
Rakaman Bayi 6 Bulan Main Ski Air Jadi Tumpuan, Warganet Dakwa Ibu Bapa Bahayakan Keselamatan Anak
Sebilangan orang mungkin merasakan bahawa bayi yang meluncur air itu menakjubkan dan comel. Namun tidak semua orang berasa senang melihat gelagat bayi tersebut melakukan sukan air itu, dan ada juga yang mengkritik ibu bapanya kerana menganggap ianya membahayakan keselamatan – bahkan mendakwa bahawa ianya adalah suatu bentuk ‘penderaan kanak-kanak’. Pada usia enam bulan dan empat […]
Pembukaan Penuh Sempadan Malaysia-Singapura Sedang Dibincang
SINGAPURA, 23 Sept — Perbincangan tentang pembukaan sempadan dengan Malaysia sedang berlangsung, demikian menurut Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19 Singapura Lawrence Wong. “Kami meneruskan perbincangan kami membabitkan semua, sama ada ulang-alik harian atau perluasan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL),” katanya dalam sidang media secara maya, di […]
(Video) Gadis Miliki Bakat Unik, Mampu Tulis Guna Kedua-dua Tangan Dalam Dua Bahasa Serentak
Bukan semua orang mampu menulis menggunakan kedua-dua belah tangan serentak, apatah lagi menulisnya dalam bahasa asing. Sudah tentu memerlukan kemahiran, bakat semulajadi dan tumpuan penuh untuk melakukan perkara tersebut. Mungkin sukar dan mustahil bagi kita, namun tidak pula bagi Aadi Swaroopa dari India ini. Gadis remaja ini dilaporkan mampu menulis 40 hingga 45 patah perkataan […]
Dipercayai Tertelan Ketika Sedang Gosok Gigi, Perut Lelaki Ini Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan Berus Gigi
INDIA: Sepasukan doktor pakar telah mengeluarkan berus gigi berukuran 19cm daripada perut seorang lelaki. Dipercayai mangsa telah tertelan berus gigi itu ketika sedang memberus gigi. Namun kejadian itu sama sekali tidak memberi rasa sakit kepada mangsa. “Tetapi lebih baik jika dikeluarkan” Pihak hospital sangat terkejut dengan kes itu kerana ianya boleh membawa maut pada bila-bila […]

Banduan Dilapor Berjaya Larikan Diri Selepas Gali Lubang Sepanjang Lebih 30 Meter
TANGERANG, INDONESIA: Seorang banduan telah berjaya melarikan diri daripada pusat tahanan setelah mengali lubang sepanjang lebih daripada 30 meter. Banduan tersebut dilapor berusia 53 tahun. Suspek merupakan warganegara China yang dipenjarakan di penjara Tangerang di Bentan Indonesia atas kesalahan menyeludup 110kg dadah jenis methamphetamine – menunggu hukuman mati untuk dilaksanakan. Diketahui perancangan untuk melarikan diri […]
Pekerja Kumbahan Jumpa ‘Tikus Gergasi’ Tersekat Dalam Sistem Perparitan, Dipercayai Penyebab Banjir
Dipercayai gara-gara seekor ‘tikus gergasi’, sebuah kawasan di Mexico dilaporkan mengalami banjir hingga meragut nyawa. Menurut laporan media, ‘tikus gergasi’ tiruan itu telah ditemui bersama kira-kira 20 tan sampah lain yang menyumbat sistem perparitan di Magdalena Contreras pada 18 September lalu. Banjir yang dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem saliran dan hujan lebat itu dilaporkan telah […]
(Video) Detik Cemas Ayah Jadi ‘Perisai Badan’ Lindungi Anak-anak Dari Tembakan
Seorang ayah sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri ketika melindungi tiga anaknya dalam satu insiden tembakan di sebuah pusat jualan kenderaan di New York, Amerika Syarikat. Dalam kejadian pada Isnin lalu (21 September), lelaki berkenaan bersama anak-anaknya dilaporkan sedang berada di ruangan menunggu sebelum secara tiba-tiba didatangi penembak di sebalik pintu kaca. Sekitar 7.30 petang waktu tempatan, […]
Bayi Bertuah Lahir Dalam Pesawat Dapat Tiket Penerbangan Percuma Seumur Hidup
MUNICH: Seorang bayi perempuan yang dilahirkan di dalam sebuah pesawat komersial EgyptAir telah dihadiahkan penerbangan percuma seumur hidup oleh Pengerusi Pemegang Syarikat Mesir, Rushdi Zakaria. Ibu kepada bayi tersebut, Hiyam Nasr Nagi Daaban dari Yaman ketika itu dalam perjalanan menuju ke London daripada Kaherah. Dalam perjalanan itu, apabila diketahui bahawa dia ingin bersalin dan tidak […]
Lelaki Didakwa Belah Perut Isteri Sendiri Sedang Mengandung Kerana Ingin Tahu Jantina Anak
INDIA: Seorang lelaki di India Utara telah ditahan setelah didakwa menusuk perut isterinya yang sedang hamil dengan menggunakan sabit hanya kerana ingin tahu jantina bayi yang sedang dikandung itu. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal dan bayi yang dikandung itu telah meninggal dunia. Pihak keluarga mangsa mendakwa bahawa suspek tersebut menyerang mangsa kerana […]

Indonesia Catat 4,465 Kes Positif Baharu Covid-19 Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 23 Sept (Bernama) — Indonesia mencatatkan 4,465 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac lepas. Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, keseluruhan kes positif kini berjumlah 257,388 manakala 109,541 pesakit masih lagi dalam […]