Berita›Luar Negara
Pelakon Black Panther, Chadwick Boseman Dilaporkan Meninggal Dunia
Pelakon Black Panther, Chadwick Boseman dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat akibat kanser, lapor CBC. Menurut CBC, bintang filem Hollywood yang berusia 43 tahun itu telah meninggal dunia di rumahnya yang terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat. Boseman dilaporkan menghidapi kanser usus sejak empat tahun lalu, kata keluarganya dalam satu kenyataan. Walau bagaimanapun, Boseman dilaporkan tidak […]

Shinzo Abe, Perdana Menteri Jepun Paling Lama Berkhidmat Dilapor Bakal Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dilaporkan bahawa beliau bakal mengundurkan diri berikutan masalah kesihatan yang semakin memburuk. Ini sekaligus membawa kepada pengakhiran tugas beliau sebagai Perdana Menteri ekonomi terbesar ketiga di dunia. Abe, yang menderita penyakit radang usus kronik, memberitahu wartawan dalam sidang media di televisyen bahawa kesihatannya mulai merosot sekitar pertengahan bulan lalu. Beliau […]

Terpaksa Tekan Kuat Untuk ‘Flush’, Wanita Ini Terkejut Temui Empat Ekor Ular ‘Menginap’ Dalam Tangki Tandas
Seorang wanita dari Australia yang mempunyai kesukaran untuk mengepam tandasnya nyata terkejut kerana menemui beberapa ekor ular yang melingkar di dalam tangki air tandasnya, lapor CNN. Wanita berusia 25 tahun itu tinggal di dalam sebuah ladang tebu di North Queensland. Menurutnya, dia terpaksa berulang kali menekan butang tangki tersebut dengan kuat agar tandas dapat dibilas. […]

Ahli Parlimen Demokrat Thailand Dilapor Dihukum Penjara 2 Tahun Kerana Membeli Undi
THAILAND: Kedua-dua ahli parlimen Demokrat Thepthai Senpong dan saudaranya telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun kerana penipuan pilihan raya. Sekiranya keputusan itu disahkan dan disokong oleh mahkamah yang lebih tinggi, Thepthai akan dilarang berpolitik untuk 10 tahun. Mahkamah mendapati Thepthai dan saudaranya Manote bersalah kerana membeli undi. Thai PBS mengatakan bahawa berlaku rasuah membeli undi […]

City Dilapor Tawar Tiga Pemain & Duit Puluhan Juta Pound Kepada Barca, Untuk Ditukar Dengan Messi
Manchester City dilaporkan bersedia untuk menawarkan Barcelona £ 89.5 juta beserta tiga pemain iaitu Bernardo Silva, Gabriel Jesus dan Eric Garcia untuk Lionel Messi . City optimis mencapai kesepakatan dengan kelab gergasi Catalan itu setelah Messi mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan kelab tersebut musim panas ini. Sekiranya Messi menyetujui perjanjian dengan City, dia akan dipertemukan dengan […]
Ibu Bapa Didakwa ‘Paksa’ Anak Makan Untuk Rakaman Video Timbulkan Kemarahan Ramai
Sepasang pasangan suami isteri di China telah didakwa oleh warganet menggunakan anak mereka untuk membuat video persembahan makan secara online dengan tujuan untuk mendapatkan duit, lapor Daily Mail. Video rakaman serta gambar kanak-kanak berusia 3 tahun itu telah muncul di internet. Kanak-kanak tersebut tampak seperti mempunyai masalah berat badan berlebihan sambil memakan makanan yang dihidang […]
Israel Serang Kedudukan Tentera Hamas Di Gaza Hari Ini
GAZA CITY, 28 Ogos (Bernama) — Pesawat tempur dan kereta kebal tentera Israel pada Jumaat melancarkan serangan menyasarkan kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza yang diduduki, lapor Agensi Anadolu. Tentera Israel dalam Twitternya berkata tindakan itu sebagai tindak balas terhadap serangan belon api yang dilancarkan penduduk Palestin. Menurut sumber Palestin, pesawat Israel menyerang kedudukan milik Briged […]
PM Jepun Abe Dijangka Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan
MOSCOW, 28 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe merancang untuk melepaskan jawatannya kerana masalah kesihatan, lapor agensi berita Sputnik memetik NHK pada Jumaat. Abe dijadual bertemu dengan pihak wartawan yang antara lain dijangka memaklumkan mengenai keadaan kesihatannya. Perdana Menteri Jepun itu baru-baru ini dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital. — BERNAMA
(Video) Gerun, Bunyi Angin Kuat Lalu Dalam Kasino Ketika Taufan Laura Berkelajuan 193kmj Badai Amerika Dirakam
Taufan Laura dengan kelajuan mencecah 150 batu sejam bersamaan kira-kira 193 km per jam telah membadai Louisiana, Amerika Syarikat awal Khamis lalu. Taufan kategori 4 ini telah meninggalkan kesan kerosakan di beberapa kawasan di Louisiana dan Texas. “Kerosakannya amat luas. Kelihatan kita menghadapi banyak kerosakan struktur daripada angin,” kata Gabenor Louisiana, John Bel Edwards seperti […]

Lelaki Warga Emas Dilapor Maut Selepas Diserang Singa Sendiri
Seorang lelaki warga emas maut dibunuh singa belaannya di Limpopo, Afrika Selatan pada Rabu lalu. West Mathewson, 69 yang merupakan seorang ahli pemuliharaan dilaporkan telah diserang seekor daripada dua singa putih miliknya ketika membawa haiwan itu bersiar-siar di penempatan khusus mereka. Kejadian berlaku ketika salah seekor daripada singa dibawa menyerangnya secara tiba-tiba dan membunuh mangsa. […]

Lelaki Ditahan Paksa Teman Wanita Tatukan Badan Dengan Namanya, Tanda Wanita Itu ‘Miliknya’
Seorang lelaki telah memaksa teman wanitanya untuk mendapatkan tatu namanya. Lelaki ini mendakwa bahawa perempuan ini merupakan hak miliknya. Lelaki yang berusia 31 tahun, bukan sahaja memaksa untuk mendapatkan tatu namanya bahkan mangsa, 32 tahaun, seperti menumbuk, menendang dan mencekiknya selama 6 tahun hubungan. Mangsa berkata, “Ianya seakan-akan mengawal segala aspek kehidupannya”. Selain itu mangsa […]
Korea Selatan Kekalkan Penjarakan Sosial Tahap Dua, Walaupun Kes Covid-19 Meningkat
Korea Selatan mengekalkan penjarakan sosial pada Tahap Dua di Seoul dan kawasan sekitarnya untuk seminggu lagi bermula Ahad, walaupun kawasan itu mencatatkan lonjakan jangkitan COVID-19 baru-baru ini, kata Perdana Menteri Chung Sye-kyun pada Jumaat. “Kerajaan akan melanjutkan peraturan penjarakan sosial yang dijadual berakhir hujung minggu ini kepada seminggu lagi,” kata beliau lapor agensi berita Yonhap. Terdapat […]
(Video) Setahun Dicurahkan Kasih Sayang, Transformasi ‘Si Oyen’ Berwajah Sedih Ini Tarik Perhatian Ramai
Nasib seekor kucing jalanan malang yang memiliki raut wajah sedih secara kekal telah berubah selepas setahun ianya dijaga oleh keluarga barunya. Bruce Willis, kucing berwarna Oren telah didiagnos dengan masalah sistem imun serta mempunyai parut di bahagian muka akibat daripada pergaduhan bersama dengan kucing lain ketika dia mula-mula dibawa ke Animan Humane Society, Amerika Syarikat. […]

Pegawai Polis Wanita Menjadi Wira Apabila Berjaya Selamatkan Lelaki Tua Daripada Dirempuh Kereta Api
California: Seorang pegawai polis dipanggil hero setelah menyelamatkan seorang lelaki tua yang berusia 66 tahun di mana ketika itu, kerusi roda milik lelaki tersebut telah tersekat di landasan kereta api. Sebelum kejadian berlaku, Erica Urrea membuat rondaan di kawasan berkenaan. Dia secara tiba-tiba melihat warga emas lelaki yang duduk di atas kerusi roda berada di […]

Paul Pogba Dilaporkan Positif Covid-19
Pemain kebangsaan Perancis, Paul Pogba dilaporkan diuji positif Covid-19. Perkara itu diumum melalui laman Twitter Manchester United iaitu kelab beliau sendiri. Beliau telah diketepikan dari skuad Perancis untuk perlawanan Euro Nation League. Everyone at #MUFC wishes @PaulPogba a safe and speedy recovery after testing positive for COVID-19 ❤️ pic.twitter.com/j0PJIiSheH — Manchester United (@ManUtd) August 27, […]

(Video) Belum Reda Isu Covid-19, AS ‘Diserang’ Taufan Laura, Remaja 14 Tahun Maut Dihempap Pokok
Selatan barat Louisiana ketika ini diancam taufan Laura yang telah memasuki kategori keempat dan dikelaskan sebagai Sangat Bahaya. Terkini, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan maut apabila dihempap pokok di rumahnya ketika ribut taufan Laura sedang ‘menyerang’. Menurut laporan Daily Mail, kelajuan ribut taufan laura ketika insiden itu ialah lebih 200 kilometer per jam […]
COVID-19: Indonesia Catat 2,719 Kes Positif Baharu Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 27 Ogos (Bernama) — Indonesia mencatatkan 2,719 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 162,884 kes, manakala jumlah kematian keseluruhan meningkat kepada […]
Covid-19: Seoul Terus Catat Peningkatan Kes, 154 Lagi Jangkitan Dilaporkan
SEOUL, 27 Ogos (Bernama) — Kes baharu COVID-19 di Korea Selatan mencecah rekod tertinggi pada Khamis dengan 154 kes dilaporkan berbanding 151 pada Selasa, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC). Agensi berita Yonhap melaporkan, kes di Korea Selatan meningkat berikutan jangkitan daripada kluster gereja dan demonstrasi besar-besaran di pusat bandar Seoul pada […]

(Video) Luqman Hakim Mula ‘Mengganas’, Ledak Gol Pertama Untuk KV Kortrijk
Pemain harapan negara, Luqman Hakim yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke kelab KV Kortrijk yang beraksi di Liga Belgium akhirnya telah meledakkan gol pertama beliau untuk kelab tersebut. Gol terhasil dalam satu perlawanan di mana Luqman Hakim mewakili skuad bawah 21 tahun KV Kortrijk menentang pasukan KRC Gent. Luqman Hakim menjaringkan gol tunggal KV Kortrijk […]
Budak 7 Tahun Didakwa Masukkan Pensil 7 Inci Dalam Kerongkong, Dipercayai Tiru Aksi Telan Pedang Dalam TV
Sebatang pensil berukuran sepanjang 7 inci berjaya dikeluarkan daripada perut seorang budak lelaki di China selepas dia dilaporkan menelannya ketika sedang menyiapkan kerja sekolah. Kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu telah dikejarkan ke hospital di wilayah Henan, tengah China selepas dia memberitahu kepada ibu dan bapanya mengenai perbuatannya itu. Kanak-kanak itu mendakwa bahawa dia cuba […]