Berita›Luar Negara
(Video) Detik Mendebarkan Puluhan Kereta ‘Ditelan’ Lubang Besar Akibat Runtuhan Jalan
Sebanyak 21 buah kereta telah ‘ditelan’ masuk ke dalam sebuah lubang di laluan jalan raya di barat daya China, lapor Daily Mail. Pihak berkuasa mengatakan bahawa tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan di dalam kejadian itu yang berlaku tepat pada tengah malam Rabu lalu. Memetik laporan Daily Mail, jalan seluas 500 meter persegi (5,380 kaki persegi) […]
(Video) Gelagat Dua Gorila ‘Usyar’ Ulat Kecil Sebelum Tolak Jatuh Ke Longkang Undang Tawa
Sebuah video yang menyaksikan telatah dua ekor gorila yang sedang asyik melihat ulat telah tular di media sosial. Gorila yang dipanggil Shabani itu menatap ulat kecil yang berada di atas lantai kandangnya dengan sangat khusyuk. Menerusi video itu, Shabani juga bagaikan sedang mendorong anaknya, Kiyomasa, untuk melihat serangga itu namun tidak lama selepas itu ulat […]
COVID-19: 68 Kes Baharu Di Singapura, Tiada Kes Dalam Komuniti
Sebanyak 68 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di Singapura dalam tempoh 24 jam dengan dua daripadanya kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 56,099. Menurut data ringkas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura hari ini, dua kes import berkenaan telah dikenakan Notis Tinggal Di Rumah sebaik tiba di Singapura. Berdasarkan siasatan setakat ini, kementerian berkenaan berkata […]
(Video) Wanita 85 Tahun ‘Tumbang’ Akibat Disiku Di Muka, Dipercayai Sedang Pertahankan Diri Daripada Dirompak
Seorang pencuri secara ganas dilaporkan telah memukul seorang wanita warga emas menggunakan siku sehingga tercedera gara-gara wanita itu menghalangnya daripada mencuri beg tangannya di sebuah lobi apartment di Valencia, Sepanyol. Detik kejadian itu berjaya dirakam kamera CCTV yang terdapat di kawasan berkenaan. Video CCTV tersebut memaparkan seorang wanita berusia 85 tahun sedang memasuki bangunan apartment […]
Indonesia Catat 2,266 Kes Positif Covid-19 Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 20 Ogos (Bernama) — Indonesia melaporkan 2,266 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 147,211 kes dengan 79,484 pesakit masih dalam pemantauan virus itu. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 72 lagi […]
Isteri Dilapor Sanggup Redah Banjir & Pecahkan Tingkap Demi Selamatkan Koleksi Gundam Suami
Seorang isteri di Yudong, wilayah Chongqing, China sanggup memecahkan tingkap rumahnya hanya semata-mata mahu menyelamatkan koleksi Gundam MS milik suaminya. Dilaporkan, si isteri tersebut bertindak demikian ekoran rumah mereka sedang ditenggelami banjir. Pada awalnya, suaminya mengalah untuk menyelamatkan koleksi Gundam tersebut dan membiarkannya sahaja kerana didakwa tidak pandai berenang. Namun tidak bagi si isteri. Berbekalkan […]
Bas Percuma Untuk Pejalan Kaki Rentas Sempadan Dibenar Sehingga Ke Woodlands
JOHOR BAHRU, 20 Ogos – Perkhidmatan bas percuma yang disediakan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) bagi membawa pejalan kaki rentas sempadan di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), di Tambak Johor dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura, berkuat kuasa hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja […]
Dua Nyaris Maut, Kereta Dirodok Batang Besi Ketika Brek Mengejut
BANGKOK, 20 Ogos – Dua individu nyaris maut apabila satu ikatan paip panjang berukuran enam (6) meter yang diikat di atas sebuah trak menembus cermin kereta mereka dari arah belakang. Nahas ngeri tersebut dilaporkan berlaku di wilayah Bang Kho Laem pada kelmarin sebelum dilaporkan kepada Balai Polis Watprayakai. Mangsa, Atchathorn Khamraksa, 25, mendakwa, dia memandu […]

(Video) Macam Hero Dalam Drama, Aksi Lelaki Kejar & Hentikan Kereta Bergerak Tanpa Pemandu Demi Selamatkan Kanak-kanak
Bila dalam keadaan cemas, kadangkala kita mampu lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri atau orang lain. Reaksi pantas ini dipicu hormon adrenalin yang berfungsi merangsang reaksi lari atau lawan (fight or flight) seseorang untuk bertindak segera. Baru-baru ini, tular video seorang lelaki yang berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak dalam sebuah kereta yang meluncur laju tanpa pemandu. […]
Dipatuk Ular Tedung Besar, Lelaki Tahan Sakit Dikejarkan Ke Hospital Dengan Tangan Masih Dibelit
HO CHI MINH, 20 Ogos – Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Cho Ray di wilayah Tay Ninh selepas dipatuk ular tedung dalam satu kejadian semalam. Lebih memedihkan lagi, sewaktu tiba di hospital, ular tersebut kelihatan masih kekal membelit tangan mangsa. Pengarah Jabatan Perubatan Tropika di hospital tersebut, Dr. Nguyen Ngoc Sang berkata, mangsa berusia […]
Dua Tahun ‘Tertanam’ Dalam Hidung, Mainan Kecik Terkeluar Dari Hidung Budak Ketika Dia ‘Menghembus’
Seorang kanak-kanak lelaki terkejut setelah tangan mainan dari set mainan terkeluar dari hidungnya selepas dua tahun berada di situ, lapor BBC. Menyingkap kembali kejadian pada 2018 lalu, kanak-kanak yang berasal dari Dunedin di Pulau Selatan New Zealand itu sedang bermain dengan kepingan Lego ketika dia meletakkannya lubang hidungnya. Bapanya telah menyuluh ke dalam hidungnya pada […]
(Video) Bertukar Jadi ‘Blur’ Bila Pintu Dikunci, Tandas Awam Di Jepun Diperkenalkan Dengan Dinding Lutsinar
Seorang pereka Jepun telah melancarkan tandas awam lutsinar yang diperbuat daripada kaca yang akan bertukar menjadi kabur apabila ada orang menggunakannya. Idea yang dikemukakan oleh seorang arkitek terkenal bernama Shigeru Ban ini bertujuan untuk membolehkan pengguna memeriksa kebersihan dan pada masa yang sama boleh mengetahui sama ada tandas itu kosong atau pun sedang digunakan, lapor […]
Rumah ‘Membimbangkan’ Mula Dijual, Sel Penjara ‘Tersembunyi’ Di Dalamnya Buat Warganet Tertanya
Kelihatan biasa namun sebuah rumah di Missouri, AS, yang ‘menyembunyikan’ sebuah ruang penjara kini telah dipasarkan. Harta di Missouri, AS itu mula dibina pada tahun 1875 dengan dua bilik tidur dan bahagian dalaman yang menakjubkan dengan lantai kayu dan kemasan marmar. Ia dijual dengan harga permintaan pada sekitar 265, 000 dollar namun pintu keluar menuju […]
Wanita Dakwa Temui Rangka Manusia Ketika Bersihkan Bilik, Disyaki Milik Abangnya Yang Hilang 5 Tahun Lepas
Tengkorak seorang lelaki yang hilang lima tahun lalu telah didakwa dijumpai oleh adiknya ketika membersihkan rumah yang dikongsi oleh mereka bersama, lapor Daily Star. Mendiang berumur 66 tahun ketika hilang dari rumahnya di Prefektur Aichi, Jepun, pada tahun 2015. Dia telah berkongsi rumah di bandar Kasugai bersama adik lelaki dan perempuannya namun kedua-dua beradik itu […]
Saintis Dakwa Temui Puluhan Spesies Baharu Laut Dalam Di Kepulauan Galapagos
Para saintis laut yang meneroka kedalaman lautan di sekitar Kepulauan Galapagos telah menemui puluhan spesies baharu makhluk laut dalam. Menyelami di bawah Lautan Pasifik, mereka menemui 30 invertebrata yang tidak diketahui sebelum ini termasuk empat spesies krustasea baru yang dikenali sebagai ‘squat-lobsters’, 10 jenis karang buluh baru dan empat spesies ‘octocorals’. Genus span kaca baru […]
“Anak Saya ‘Mati 15 Kali’ Dalam Pelukan Saya,” Ibu Tertekan, Anaknya Hidap ‘Edward Syndrome’ Meninggal Dunia
Seorang bayi dilahirkan dengan keadaan yang jarang berlaku iaitu ‘mati sebanyak 15 kali’ di dalam pelukan ibunya sebelum ibu bapanya mengambil keputusan yang berat iaitu untuk mematikan alat sokongan hidup bayi tersebut, lapor Mirror. Bayi itu dilahirkan dengan ‘Edwards syndrome’ yang tidak dapat dikesan semasa kehamilan dan mengakibatkan kebanyakan bayi meninggal dunia sebelum atau selepas […]
COVID-19: Singapura Lapor 93 Kes Baharu Termasuk Enam Kes Import
Singapura melaporkan 93 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas termasuk enam kes import, menjadikan kes positif terkumpul di republik berkenaan berjumlah 56,031. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan republik itu hari ini, kesemua kes import telah diletakkan di bawah perintah kuarantin di rumah. Sebanyak dua kes jangkitan dalam komuniti turut dilaporkan membabitkan pemegang pas kerja manakala […]
Jalan Raya Bertingkat Bernilai Jutaan Ringgit Tak Dapat Digunakan, Dibina Tanpa Laluan Keluar
Bernilai jutaan ringgit namun sayangnya sebuah jalan raya bertingkat di Avonmouth, Bristol, tidak dapat digunakan kerana pemaju projek tidak menghubungkan ia dengan rangkaian jalan raya tempatan. Dikenali sebagai M49, jalan raya bernilai 50 juta euro itu telah siap dibina pada 2019 namun masih lagi tidak dibuka kerana ia hanya membawa kepada jalan buntu. Persimpangan dua […]

Budak 4 Tahun Maut, Didera Ibu & Teman Lelakinya Gara-Gara Kencing Di Tempat Tidur
Bangkok: Seorang ibu dan teman lelakinya semalam mengaku kepada polis Bangkok bahawa mereka menyerang anaknya yang berusia 4 tahun dengan kejam “kerana dia” membasahi tempat tidurnya (kencing atas tilam). Polis memanggil pasangan itu untuk disoal siasat setelah ayah kepada budak itu yang berusia 23 tahun, namanya tidak disebutkan, melaporkan kepada polis Bang Khen bahawa anaknya […]

Keluarga Terkejut, Gadis Disahkan ‘Meninggal Dunia’ Tiba-Tiba Buka Mata & Berkelip Ketika Jenazah Dimandikan
Desa Lambang Kuning, Jawa Timur: Gadis berusia 12 tahun ini disahkan ‘meninggal dunia’ pada hari Isnin 17 Ogos oleh pihak hospital. Keluarga gadis tersebut telah membawa jenazah ke kawasan pengebumian untuk dimandikan dan dikuburkan. Ketika proses mandi jenazah dilakukan, orang yang berada di tempat itu sangat terkejut dengan apa yang berlaku oleh gadis itu kerana […]