BeritaLuar Negara

Tragedi
(Video) Jururawat Ditemui Sedang Mendakap 3 Bayi Baru Lahir, Terselamat Dari Letupan Beirut
BEIRUT, LUBNAN – Di sebalik letupan gudang ammonium nitrat di Beirut kelmarin, muncul seorang wirawati yang sempat menyelamatkan tiga bayi yang baru dilahirkan di hospital berdekatan. Insiden tersebut dirakam oleh seorang wartawan foto CNN, Bilal Jawich yang ketika itu sedang menyelamatkan diri daripada ledakan letupan, langkahnya membawa dirinya ke Hospital Al Roum di wilayah Ashrafieh; […]
Gaya hidup
Wanita Dedah Kakaknya Minta Bakal Tetamu Majlis Perkahwinan Tulis 2 Esei Sebagai ‘Syarat’ Terpilih Hadiri Majlis
Seorang wanita mendedahkan bahawa kakak perempuannya ingin meminta semua tetamu termasuk ibu bapanya untuk menulis esei berkenaan mengapa mereka ingin datang ke majlis perkahwinannya susulan jumlah tetamu terpaksa dihadkan gara-gara wabak pandemik, lapor Daily Mail. Dalam catatan Reddit yang dikongsi di forum, wanita berusia 27 tahun itu, yang dikatakan berasal dari AS menjelaskan bahawa kakaknya […]
Berita
(Video) Budak Perempuan Ditemui Hidup Dipercayai Setelah 24 Jam Terperangkap Di Bawah Runtuhan Di Beirut
Ini adalah detik-detik mencemaskan mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui masih hidup selepas dipercayai terperangkap selama 24 jam dalam runtuhan yang berlaku akibat letupan besar di Beirut, Lubnan, lapor Daily Mail. Ketika operasi mencari dan menyelamat orang ramai yang dilaporkan hilang dan terperangkap dalam runtuhan susulan daripada letupan tersebut masih sibuk berjalan, rakaman mengenai penyelamatan […]
Berita
(Video) “Kami Perlu Kekal Kuat,” Gabenor Beirut Menangis Luah Kesedihan Ketika Ditemu Bual
Mengaitkan insiden letupan di Beirut seakan-akan tragedi menimpa Hiroshima dan Nagasaki, Gabenor Beirut, Marwan Abboud meluahkan kesedihan atas tragedi berlaku. “Ada api, bomba datang untuk padamkan kebakaran dan kemudian letupan berlaku dan mereka semua hilang. Kami masih mencari mereka,” katanya. “Ia serupa dengan apa yang berlaku di Jepun, Hiroshima dan Nagasaki. Saya tak pernah lihat […]
Berita
Tiada Tentera Malaysia Terjejas Dalam Letupan Beirut – Kedutaan Lubnan
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Kedutaan Lubnan di Malaysia mengesahkan tiada tentera Malaysia yang ditugaskan di bawah Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) terjejas oleh letupan besar di sebuah gudang di kawasan Pelabuhan Beirut. Kedutaan itu dalam satu kenyataan berkata letupan berkenaan berlaku di Beirut serta pinggirannya dan tentera UNIFIL Malaysia berpangkalan di selatan Lubnan […]
Berita
Gempa Bumi Sederhana Bermagnitud 5.3 Landa Rantau Sumba, Indonesia
Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 dikesan berlaku di Rantau Sumba, Indonesia pada pukul 4.27 petang tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa tersebut terletak 9.9° selatan dan 119.4° timur dengan kedalaman sejauh 70 kilometer, 176 kilometer Tenggara dari Bima, Indonesia. Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Richter telah berlaku di Rantau Sumba, […]
Berita
(Video) Cermin Pecah Berkecai, Detik Mendebarkan Impak Letupan ‘Hentam’ Kereta
Letupan besar yang berlaku di pelabuhan Beirut, Lubnan dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 78 nyawa dan mencederakan hampir 4,000 orang. Sebuah rakaman yang memaparkan insiden letupan tersebut daripada sudut pandangan sebuah kereta yang melalui sebuah jalan berhampiran pelabuhan berkenaan telah menjadi tular di media sosial. Video yang berdurasi selama 22 saat itu bermula dengan pemandu kereta […]
Berita
Letupan Di Beirut: Malaysia Sedia Hulur Bantuan – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan kesediaan Malaysia untuk menghulurkan apa jua bantuan diperlukan Lubnan, selepas ibu negaranya digegarkan dengan letupan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang maut dan lebih 3,000 lagi cedera. Beliau berkata kerajaan dan rakyat Malaysia bersimpati dengan keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu serta berdoa agar mereka […]
Berita
(Video) Detik Mendebarkan Dipercayai Letupan Di Lubnan Dalam Jarak Yang Lebih Dekat Buat Netizen Bimbang Nasib Perakam
Sebuah rakaman didakwa paling dekat dengan lokasi kejadian letupan di Lubnan tular di media sosial. Dalam rakaman tersebut, kelihatan kebakaran dan asap dari jarak dekat sebelum berlaku letupan susulan yang lebih besar. Bayang-bayang perakam turut sempat dilihat beberapa saat sebelum letupan itu menyebabkan kamera terpelanting dan ‘berterbangan’ dalam kepulan debu. Bagaimanapun, nasib perakam tidak diketahui. […]
Berita
(Video) Rakaman Cemas Bapa Kebimbangan Cuba Lindungi Anak Ketika Letupan Di Lubnan
Tular di media sosial rakaman detik seorang ayah cuba melindungi anaknya ketika letupan di Lubnan menggoncang bangunan dipercayai rumah mereka. Dalam video tular, kelihatan lelaki itu bersama anaknya seakan terpinga-pinga apabila berlaku gegaran dipercayai di rumah mereka. Lelaki berkenaan kemudiannya mendukung anak lelakinya dan tergesa-gesa mencari tempat perlindungan sebaik berlakunya letupan yang lebih besar. Kedengaran […]
Berita
“Sudah 10 Hari Ketinggalan Pelajaran,” Bapa Didakwa Curi Telefon Bimbit Agar Anaknya Boleh Belajar ‘Online’
Seorang lelaki di daerah Garut, Indonesia didakwa terpaksa mencuri sebuah telefon bimbit bagi membolehkan anaknya mengikuti pembelajaran atas talian yang dilakukan oleh pihak sekolah susulan daripada musim wabak pandemik COVID-19, lapor Tribun. Kisah yang menyayat hati ini telah diceritakan sendiri oleh seorang penduduk kampung Cilelang, Desa jati, daerah Tarogong Kaler. Penduduk itu menyatakan bahawa telefon […]
Tragedi
(Video) Hasrat Pengantin Rakam Detik Indah Terbantut, Lari Selamatkan Diri Terkesan Impak Letupan
Hasrat sepasang pengantin baharu untuk merakam detik indah bersempena perkahwinan mereka terbantut selepas sebuah gudang di Beirut meletup. Berdasarkan satu rakaman video berdurasi 19 saat yang dimuat naik oleh pemilik Twitter StanceGrounded ini, juruvideo tersebut pada awalnya sedang menjalankan tugasnya merakam ‘footage’ pengantin perempuan. Tiba-tiba letupan dari gudang berkenaan meledak hingga ke kawasan mereka, mengakibatkan […]
Berita
(Video) Detik Cemas Wartawan ‘Tumbang’ Ketika ‘Live Interview’ Kesan Daripada Letupan Di Lubnan
Seorang wartawan BBC, Maryem Taoumi menghadapi detik cemas apabila terkena tempias letupan di Lubnan semalam. Ketika kejadian, Maryem sedang menjalani temubual secara langsung bersama seorang pengurus projek Agensi Tenaga Lestari Maghribi, Faisal Al-Aseel. Detik kejadian telah terakam dan dikongsikan BBC Arabic melalui laman Twitter mereka. Dalam video berkenaan, kelihatan letupan berlaku tidak lama selepas mereka […]
Berita
(Video) Tak Hirau Keselamatan Diri, Pembantu Rumah Selamatkan Anak Majikan Daripada Impak Letupan
Satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita dipercayai sebagai pembantu rumah sanggup mengetepikan keselamatan dirinya bagi menyelamatkan nyawa anak majikannya daripada letupan besar yang melanda pelabuhan di Lubnan semalam. Ketika kejadian, pembantu rumah tersebut dapat dilihat sedang melakukan rutin hariannya sebelum letupan besar itu terjadi. Kanak-kanak yang didakwa sebagai anak kepada majikannya dapat dilihat sedang […]
Berita
Lantai Dipenuhi Darah Dan Ramai Tercedera, Keadaan ‘Kelam Kabut’ Dipercayai Di Sebuah Hospital Di Lubnan
Satu letupan besar telah menggegarkan pelabuhan Beirut dan kawasan sekitar, menyebabkan kerosakan berskala besar di bandar berkenaan. Menurut data Kajian Geologi Amerika Syarikat, letupan itu juga dipercayai menyebabkan gelombang seismik dengan kekuatan menyerupai gempa bumi bermagnitud 3.3 skala richter. Tragedi dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang dirampas di pelabuhan Beirut itu turut dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya […]
Tragedi
Trump Dakwa Letupan Di Lubnan Berkemungkinan Angkara ‘Serangan Bom’
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa letupan besar yang berlaku di pusat bandar Beirut berkemungkinan adalah angkara serangan bom, lapor Fox News. “Saya telah berjumpa dengan seorang jeneral tertinggi dan mereka berasakan letupan ini bukan berpunca daripada gudang tersebut. “Mereka rasa ia adalah satu serangan. Ia (gudang) mungkin dibom,” katanya, memetik laporan Fox News. […]
Tragedi
Letupan Di Lubnan: Sekurang-kurangnya 73 Individu Dilaporkan Terbunuh Setakat Ini
Kira-kira 73 individu dilaporkan terbunuh, manakala 3,000 lagi cedera dalam tragedi letupan di Beirut, Lubnan semalam, memetik laporan BERNAMA TV.. Letupan besar itu dipercayai berlaku di kawasan berdekatan pelabuhan bandar tersebut. Sementara itu, menurut laporan AFP menerusi The Guardian, punca letupan dipercayai berkemungkinan akibat kebakaran yang terjadi di sebuah gudang yang menyimpan beratus-ratus tan ammonium […]
Berita
(Video) Keadaan Tempat Kejadian Selepas Letupan Kuat Di Lubnan
Hari ini berita menyedihkan apabila bandar Beirut di Lubnan dikejutkan dengan satu letupan yang sangat kuat sehingga memusnahkan bangunan-bangunan berdekatan tempat kejadian. Ini pula berdasarkan satu video yang dimuatnaik di laman Twitter menunjukkan keadaan bandar Beirut selepas letupan tersebut. Keadaan menjadi bagai ‘padang jarak’ dan banyak harta benda yang musnah. Setakat ini masih belum ada […]
Berita
(Video) Beberapa Hospital Musnah Akibat Letupan Di Lubnan, Ketika Mereka Sedang ‘Berperang’ Dengan Covid-19
Susulan daripada letupan besar di Beirut, Lubnan turut terkesan adalah beberapa buah hospital di negara tersebut yang dilaporkan sedang bertarung dengan wabak pandemik Covid-19 Menurut laporan, beberapa buah hospital turut musnah ketika jumlah kes positif baru Covid-19 meningkat kepada 5 000 pesakit hari ini. Sehubungan dengan itu, kesesakan di hospital sangat luar biasa apabila menampung […]
Luar Negara
(Video) Letupan ‘Misteri’ Gegar Bandar Di Lubnan, Orang Awam Bertempiaran Lari Selamatkan Diri
Satu letupan telah mengegarkan pusat bandar Beirut, Lubnan hari ini telah memusnahkan beberapa bangunan yang berada di sekitar bandar negara tersebut. Walaubagaimanapun, punca letupan yang berlaku di ibu negara Lubnan masih tidak jelas. Menurut saksi kejadian, hampir ratusan orang mengalami kecederaan dan menyebabkan keadaan hospital setakat ini sesak dengan mangsa letupan. Anggota penyelamat dan orang […]