Berita›Luar Negara
COVID-19: Singapura Catat 257 Kes Baharu, Lapan Kes Komuniti
SINGAPURA, 19 Julai — Singapura merekodkan 257 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan lapan daripadanya melibatkan kes dalam komuniti. Menurut data ringkas setakat tengah hari yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), daripada jumlah kes dalam komuniti itu, dua adalah warga Singapura atau penduduk tetap, dan enam pemegang pas kerja. Selain itu, menurut kementerian […]
Lelaki Mengaku Sebagai Wartawan Cuba Untuk Cabut Misai Daripada Harimau
Misi pemindahan seekor harimau Sumatera di Sumatra Barat, Indonesia awal minggu lalu ternyata meninggalkan cerita yang kurang enak. Ini kerana semasa proses pemindahan tersebut dijalankan, ada seorang lelaki yang pada awalnya mengaku sebagai wartawan dan Youtuber berusaha untuk mencabut misai harimau tersebut bagi kepentingan peribadi. Tindakan tersebut dianggap menyalahi undang-undang kerana cuba mengeluarkan anggota badan […]
Nak Rai Tamat Sekolah, Remaja Maut Bersama Pengajar Dipercayai Kerana Payung Terjun Gagal Berfungsi
Seorang remaja perempuan yang pertama kali mencuba untuk melakukan aktiviti terjun udara bagi meraikan tamat sekolah menengah telah meninggal dunia bersama dengan pengajarnya dalam satu kejadian pada minggu lalu, lapor Unilad. Remaja berusia 18 tahun dari Newnan, Georgia ini telah pergi ke Thomaston bersama keluarganya pada 12 Julai lalu untuk merasai terjunan udara buat pertama […]
Rumah 4 Tingkat Jadi Kediaman Semua, Ketua Keluarga Terbesar Di Dunia Ini Ada Hampir 100 Orang Anak
Pada sebelum ini, keluarga Radfords di Britain pernah menjadi tajuk utama dada akhbar kerana mempunyai anak seramai 22 orang. Pun begitu, jika nak dibandingkan dengan sebuah keluarga besar di India ini, keluarga Radfords nyata mempunyai banyak perbezaan. Ini kerana, seorang lelaki bernama Ziona, 74, dilaporkan merupakan bapa kepada 94 orang anak. Menurut Daily Star, Ziona […]
Sasterawan Dan Penyair Terkenal Indonesia, Sapardi Djoko Damono Meninggal Dunia
Sasterawan dan penyair terkenal Indonesia, Sapardi Djoko Damono dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi ini. Menurut CNN Indonesia, Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di Hospital BSD, Tangerang Selatan pada jam 7.19 pagi waktu tempatan. lInna lillahi wa inna ilaihi raji'unTelah meninggal dunia sastrawan besar Indonesia, Prof. Dr. Sapardi Djoko Damono di Eka Hospital BSD, Tangerang […]

(Video) Lelaki Panjat Tingkap Hospital Untuk ‘Lawat’ Ibu Yang Dijangkiti COVID-19 Buat Ramai Sebak
Tidak ingin berjauhan dengan ibunya, seorang pemuda Palestin sanggup memanjat tingkap hospital setiap hari dipercayai untuk melihat ibunya itu yang dimasukkan ke dalam wad setelah dijangkiti Covid-19. Usaha pemuda yang dikenali sebagai Jihad Al-Suwaiti itu menyentuh hati ramai namun lebih menyedihkan apabila ibunya yang berusia 75 tahun itu disahkan telah meninggal dunia pada 16 Julai […]
Gempa Bumi Sederhana Landa Selatan Lautan Hindi
KUALA LUMPUR, 19 Julai — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter berlaku di selatan Lautan Hindi pada 10.15 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa itu berlaku di kedudukan 1,212 kilometer barat daya dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer. Bagaimanapun, ia tidak membawa sebarang ancaman tsunami pada Malaysia. — BERNAMA
Rumah Hantu ‘Drive Thru’ Diperkenalkan Di Jepun, Siap Boleh Simbah ‘Darah Palsu’ Pada Kereta
Sejak penularan wabak Covid-19, kebanyakan aktiviti dilakukan dengan menggunakan pendekatan ‘drive thru’. Kini, satu syarikat produksi Kowogarasetai turut mengambil pendekatan yang sama dan menerapkannya pada rumah hantu yang terletak di Minato-ku, Tokyo untuk menyampaikan hiburan dengan cara yang selamat kepada orang ramai. Ini merupakan rumah hantu ‘drive thru’ yang pertama di Jepun. Para pengunjung yang […]
Budak 10 Tahun Diserang Jerung Ketika Memancing Bersama Bapa
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama bapanya dan dua lelaki lain sedang memancing di atas kapal sejauh enam kilometer di pantai Tasmania dilaporkan ditarik seekor jerung dengan tiba-tiba ke dalam air, lapor 9news. Melihat kejadian itu, ayah kanak-kanak berkenaan segera melompat ke dalam air untuk menyelamatkannya. Salah seorang yang menyaksikan kejadian berkata “Ia berlaku […]
Covid-19: Singapura Sahkan 202 Kes Baharu, Tujuh Kes Dalam Komuniti
SINGAPURA, 18 Julai (Bernama) — Singapura sahkan 202 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan tujuh kes dalam komuniti. Menurut data ringkas dikeluarkan pada tengah hari ini oleh Kementerian Kesihatan (MOH), daripada tujuh kes komuniti itu, lima daripadanya ialah warganegara Singapura atau penduduk tetap manakala dua lagi pemegang pas kerja. Selain itu, menurut kementerian, […]
Pernah Bintangi Filem Crows Zero 2, Pelakon Terkenal Jepun, Haruma Miura Meninggal Dunia
Pelakon popular Jepun, Haruma Miura ditemui mati di kediamannya di Tokyo pada hari ini, lapor Japan Times. Menurut sumber penyiasatan, pelakon berusia 30 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Minato Ward. Dia kemudian dikejarkan ke hospital namun kemudian disahkan meninggal dunia. Berada di bawah naungan agensi Amuse Inc., Miura memulakan karier lakonannya […]
Foto Kucing Dengan Wajah ‘Dimamah Usia’ Jadi Perhatian, Ini Kisah ‘Derita’ Si Toby Kucing Berwajah Tua
Seekor kucing yang menghidap satu penyakit aneh mempunyai wajah seakan ‘dimamah usia’ ekoran penyakitnya pernah menjadi perhatian ramai orang. Kucing yang dipanggil Toby itu menarik perhatian ramai dengan mimik mukanya yang sentiasa tampak menyedihkan dan lebih tua dari umurnya yang sebenar. Bagi yang masih lagi tidak mengetahui, Toby sebenarnya menghidap Ehlers-Danlos Syndrome atau feline cutaneous […]
Dipercayai Dipukul, Diikat Dalam Beg Plastik Dan Dibuang Ke Sungai, Seekor Anjing Malang Berjaya Diselamatkan
Seekor anjing jenis Spanish Sightound yang dilaporkan dipukul, diikat dalam beg plastik seterusnya dibuang ke dalam sungai dikatakan selamat selepas dipercayai berjaya mengeluarkan hidungnya pada beg plastik itu untuk bernafas. Ketika ditemui oleh dua orang penunggang basikal di kawasan yang dikenali sebagai Gil Gomez de Arahal, Seville pada 30 Jun lalu, terdapat tiga anjing baka […]
(Video) Berbahaya, Budak Lelaki Pandu Kereta Mainan Bersama Budak Perempuan Di Jalan Sesak Dirakam CCTV
Tindakan seorang budak lelaki yang memandu sebuah kereta mainan sambil membawa seorang budak perempuan di tengah-tengah jalan raya di China yang sedang sibuk berjaya dirakam kamera. Rakaman CCTV menunjukkan pasangan kanak-kanak tersebut sedang bersiar-siar sambil memandu kereta mainan itu di jalan raya yang terletak di wilayah Hebei, kata polis tempatan. Kanak-kanak tersebut dilaporkan tidak mengalami […]
(Video) Dah 8 Bulan Dijual, Unta Setia Rentas Padang Pasir Sejauh 100 Kilometer Untuk Kembali Kepada Tuannya
Dipercayai terlalu merindui pemilik lamanya, seekor unta dilaporkan melakukan perjalanan sejauh 100 kilometer melalui padang pasir untuk kembali kepada bekas pemiliknya itu, lapan bulan selepas dijual. Kisah unta yang setia dan sanggup menghabiskan masa berhari-hari menyeberangi padang pasir tandus di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China Utara itu disiarkan oleh media China baru-baru ini. Menurut Oddity […]
Luqman Hakim Sebaris Dengan Bintang Muda Eropah, Tersenarai Sebagai Calon ‘Golden Boy Award 2020’
Pemain muda negara yang kian meningkat naik, Luqman Hakim, dilaporkan telah tercalon dalam senarai 80 pemain muda terbaik bagi anugerah ‘Golden Boy Award 2020’, sebaris dengan bintang muda Eropah. Anugerah yang dikendalikan oleh akhbar Itali iaitu Tuttosport itu diadakan secara tahunan. Bagi tahun ini, Luqman Hakim berjaya mencuri tumpuan selepas turut diumumkan tercalon untuk merebut […]
Musim Kemarau Tiba, Penduduk Bandung Diminta Berhati-Hati Dengan Kebakaran
Bandung – Badan Pengurusan Bencana dan Kebakaran Kota Bandung (Diskar PB) mengingatkan penduduk agar berhati-hati dengan bahaya kebakaran menjelang musim kemarau yang akan datang. Penduduk dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan memeriksa elektrik di rumah mereka “Orang ramai harus tetap waspada dan saling mengingatkan untuk mencegah kebakaran,” kata Ketua PB Diskar Kota Bandung Dadang Iriana. Berdasarkan […]

Ratusan Pelajar Protes Di Jalanan Selepas Rakan Sekelas Ditahan Dipercayai Tak Siap Kerja Sekolah
Ratusan pelajar di kawasan Detroit keluar tunjuk perasaan di luar sekolah menengah mereka pada hari Khamis meminta pembebasan rakan sekelas yang berada dalam pusat tahanan juvana kerana dipercayai gagal membuat kerja sekolah semasa pembelajaran dalam talian semester lalu. Pelajar berusia 15 tahun, mengalami sindrom kurang daya tumpuan kerana mudah terganggu ketika belajar di rumah dan […]
Abaikan Nasihat Untuk Tidak Keluar Lepak, Remaja Dipercayai Sebarkan COVID-19 Kepada Seluruh Keluarga
Seorang lelaki bergelar bapa sedang berjuang untuk hidup selepas dijangkiti virus Covid-19 dari anaknya yang positif selepas mengabaikan nasihat untuk tetap berada di dalam rumah dan tidak keluar berjumpa kawan, lapor Daily Mail. Lelaki dari Plantation itu kini berada di Unit Rawatan Intensif (ICU) di Wetside Regional Medical Center. Lelaki yang juga berusia 42 tahun […]

Rumah Mewah Jutaan Ringgit Terancam Hakisan, Pemilik Gusar Boleh ‘Jatuh’ Dalam Laut
Penduduk perumahan mewah tepi pantai di New South Wales berdepan bahaya apabila rumah mereka ‘tergantung’ di atas laut dan berisiko runtuh susulan ombak kuat yang menghakis pantai. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Wamberal, di mana kediaman di sana telah mengalami kerosakan susulan hakisan pada tapak rumah. Pengawal Perkhidmatan Kecemasan Negeri, Rolf Garda berkata, kerosakan […]