Berita›Luar Negara
(Video) Tak Sedar Pintu Tertutup, Wanita Dilaporkan Maut Tertusuk Kaca Lepas Terlanggar Pintu Kaca
Seorang wanita dilaporkan maut selepas secara tidak sengaja merempuh pintu kaca di sebuah bank di Perumbavoor, India. Menurut Daily Mail, wanita tersebut meninggal dunia disebabkan kaca pada pintu itu menusuk perutnya. Kamera pengawasan litar tertutup di cawangan bank Baroda itu berjaya merakamkan detik-detik cemas insiden terbabit. Wanita berusia 46 tahun itu difahamkan ingin berurusan di […]
(Video) Dah Setahun Kucing Mati, ‘Kelibat’ Kucing Hitam Didakwa Terakam CCTV ‘Bersantai’ Atas Sofa
Seorang wanita tergamam apabila mendapati bahawa terdapat entiti yang menyerupai kucingnya yang telah mati setahun lalu muncul di sebuah sofa di rumahnya. Pengguna Reddit bernama “Chlochan” itu telah berkongsikan satu rakaman kamera pengawasan rumahnya di media sosial untuk mencari jawapan daripada warganet berkenaan kelibat entiti tersebut. Menurutnya, kucingnya yang bernama ‘Blackjack’ itu telah didakwa mati […]
Umur Dah Cecah 10 Tahun, CR Titip Ucapan Hari Lahir Istimewa Buat Anak
Menyambut ulang tahun kelahiran ke-10 pada hari ini, Cristiano Ronaldo mengucapkan selamat hari lahir kepada anak lelaki sulungnya, Cristiano Jr. Menerusi kiriman yang dimuatnaik di laman Twitter rasminya, pemain Juventus itu memuatnaik sekeping gambar bersama anaknya dengan kapsyen yang menarik perhatian. Memanggil anaknya dengan nama samaran ‘puppy’, Ronaldo juga berkata masa berlalu dengan pantas dan […]

(Video) Budak Lelaki Bernasib Baik, Hampir Dihempap Bekas Takungan Air Runtuh Dari Siling
Seorang remaja lelaki bernasib baik dari terkena ‘simbahan’ air yang meranapkan siling rumah, lapor Daily Mail. Menerusi satu video yang telah tular, remaja tersebut sedang bermain komputer sebelum bumbung runtuh dan ruang tersebut dibanjiri air. Kejadian yang dipercayai berlaku di Ben Tre, Vietnam itu juga menyaksikan bekas takungan air jatuh tepat di sebelah kerusinya. Tiada […]
Tak Henti-Henti ‘Senyum’, Reaksi Kucing Ini Pertama Kali Dibawa Ke Pantai Tarik Perhatian Ramai
Siapa sahaja yang tidak suka melihat telatah haiwan comel ini. Telatahnya yang nakal dan terkadang manja mampu mencuit hati sesiapa sahaja terutamanya bagi penggemar kucing. Haiwan ini bahkan dapat menceriakan suasana dan sangat menyeronokkan jika dibawa bermain. Lebih-lebih lagi, sifat kucing yang mudah untuk dijaga membuatkan haiwan ini sering dijadikan haiwan peliharaan. Laman Go Animal […]
Kronologi Pergelutan Maut Anggota Polis Dengan Rayshard Brooks, Akhirnya Mati Ditembak
Seorang lelaki berkulit hitam maut ditembak polis dalam satu adegan kejar mengejar di Atlanta, Amerika Syarikat. Rayshard Brooks, 27 ditembak dua kali dari belakang oleh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri dalam satu kejadian di sebuah restoran makanan segera di sini. Pada 12 Jun lalu, dua anggota polis telah menemui Rayshard sedang terlelap di […]
Padah Kentut Kuat Sangat, Lelaki Australia Berputih Mata Didenda Lebih RM 2 Ribu
Polis Austria telah mengeluarkan denda terhadap seorang lelaki sebanyak 500 Euro (RM 2,413) kerana telah melepaskan kentut yang kuat semasa pengawai polis melakukan pemeriksaan terhadapnya. Polis mempertahankan denda tersebut kerana lelaki itu sengaja mengeluarkan ‘angin’ ketika mengangkat punggungnya dari bangku tempat dia duduk. Tertuduh mengadu denda yang diperolehnya tidak berasas dan tidak adil semasa memberikan […]
Covid-19: Vietnam Catat Satu Kes Import Baharu
HANOI, 17 Jun — Vietnam pada Rabu mengesahkan satu kes import baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini seramai 335 orang, kata Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19. Kes terbaru itu membabitkan seorang lelaki berusia 24 tahun, baru balik dari Kuwait pada Selasa, dan transit di Qatar. Sejurus tiba di lapangan terbang antarabangsa Tan […]
Disangka Kambing Masuk Rumah, Cucu ‘Tebas’ Nenek Dengan Parang Hingga Maut
Seorang nenek, Masrum (70) di Musi Banyuasin, Sumatera Selatan dibunuh oleh cucunya, Heriyadi atau dikenali sebagai Adi (21) pada Isnin lalu (16/06/2020). Sebelum mangsa ditemui mati, Adi menyangka neneknya adalah kambing yang memasuki rumah. Ibu pelaku, Murni, mengatakan bahawa kejadian itu bermula ketika dia, Adi dan Masrum makan bersama di rumah mereka di Teluk Kemang, […]
‘Oyen’ Kucing Jalanan Terkenal, Bob Yang Berjaya Ubah Nasib Tuannya Dilapor Meninggal Dunia
Bob, seekor kucing jalanan yang menjadi teman setia kehidupan seorang lelaki bernama James Bowen telah mati. Sahabat comelnya itu meninggalkan dunia ini pada usia 14 tahun. Bagaimanapun, punca kematiannya belum lagi dinyatakan daripada mana-mana sumber. Mengimbas kembali, James pernah menulis kisah hidupnya dengan kucingnya itu dalam bukunya berjudul A Street Cat Named Bob. Kehidupan James […]
Mayat Lelaki Dalam Keadaan Terikat Dan Kepala Ditutup Dengan Karung Ditemui Di Sungai
DELISERDANG – Mayat lelaki dalam keadaan terikat ditemukan di sebuah sungai di bawah Jambatan Sei Mau Buangan, Kabupaten Gunung Meriah, Kabupaten Deliserdang, Sumatera Utara, pada Selasa (16/6/2020). Mayat tanpa identiti itu ditemui oleh seorang penduduk kampung kira-kira pukul 13.30 petang (Waktu Indonesia Barat). Dari data yang dikumpulkan, mangsa dianggarkan memiliki ketinggian 168 cm. Mangsa memakai […]

Jepun Longgar Sekatan Perjalanan Bermula Dengan Penerbangan Ke Vietnam
Hanoi: Jepun akan melonggarkan sekatan perjalanan bermula dengan penerbangan ke Vietnam secara terhad pada akhir bulan ini, lapor agensi berita Vietnam memetik Kyodo News. Pelan itu dibuat dalam rundingan dengan Vietnam, Australia, New Zealand dan Thailand, negara yang menyaksikan pandemik COVID-19 terkawal dan terdapat risiko kes jangkitan import agak rendah. Jepun dan Vietnam masih mewajibkan […]
Ada 32 Kes Baru COVID-19, China Dilapor Kuatkuasa Semula Perintah Berkurung Di Beijing
Beijing sekali lagi mengenakan perintah berkurung di beberapa kawasan berikutan penemuan 32 kes baru COVID-19 Isnin lalu. Sebanyak 27 kes daripada jumlah tersebut dilaporkan berlaku di Beijing, tiga di Hebei dan satu di Sichuan. Laporan awal mengesyaki jangkitan berpunca daripada pasar borong Xinfadi yang menjadi punca penularan ke atas 106 orang setakat semalam. Di samping […]
Bintang K-Pop & Vokalis Top Secret, Yohan Meninggal Dunia
Bintang K-Pop, Yohan yang mengganggotai kumpulan TST (dahulu dikenali sebagai Top Secret) dilaporkan telah meninggal dunia pada Selasa (semalam). Vokalis berkenaan meninggal dunia pada usia 28 tahun, memetik laporan Koreaboo. Bagaimanapun, punca kematian masih belum dikenal pasti. Berita kematiannya itu mengejutkan ramai pihak termasuk para peminatnya sendiri kerana didakwa mendiang masih aktif di Instagram sebelum […]
Dipercayai Leka Bermain Aplikasi Viral, Pelajar Sekolah Maut Terkena Renjatan Elektrik
Masyarakat di Indonesia gempar dengan satu video yang tular tentang seorang pelajar sekolah yang maut akibat renjatan elektrik. Menurut laporan, remaja itu terkena renjatan elektirk semasa bermain aplikasi viral di kediaman di Cibatung, Jawa Barat. Khabar angin di laman sosial mengatakan, kejadian ini terjadi apabila mangsa cuba mengambil telefon pintarnya yang terjatuh dan tersangkut diantara […]
Sekurang-Kurangnya 20 Tentera India Maut Dalam Ketegangan Dengan Askar China Semalam
Sekurang-kurangnya 20 tentera India termasuk seorang kolonel dilaporkan terkorban ketegangan dengan tentera China dalam satu pertempuran di sempadan Himalaya semalam. Sebelum ini, hanya tiga (3) sahaja kematian tentera yang dilaporkan sebelum menemui seramai 17 lagi yang terkorban, berdasarkan laporan semasa media-media tempatan, memetik CNN. “Ada antara mereka cedera dan kritikal, selain keadaan suhu di sana […]
Pendaki Hilang 10 Hari Ketika Mengembara Ditemui Selamat
Seorang pendaki yang hilang 10 hari yang lalu ketika mengembara di pergunungan di Pingtung County, Taiwan ditemui selamat oleh penyelamat semalam, kata pihak bomba daerah. Yang Hsin-cheng, 52, ditemui oleh penyelamat swasta terbaring di tebing sungai berhampiran Air Terjun Sungai Knifetail di luar bandar Perbandaran Laiyi pagi semalam, kata pihak bomba dalam satu kenyataan. Dia […]
(Video) Mendebarkan, Kereta Dirempuh Dari Belakang Sampai Terperosok Antara Dua Lori
Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah-langkah keselamatan telah diutamakan. Menerusi satu video yang tular di media sosial Twitter, satu kemalangan yang agak ngeri untuk disaksikan diantara sebuah kereta dan dua buah lori telah terjadi di daerah Xianyou, China pada Isnin. Kejadian tersebut mula berlaku apabila sebuah kereta berwarna putih yang terdapat […]
Bayi Di Australia Meninggal Dunia 2 Hari Selepas Lahir Akibat Ibu Degil Amal ‘Lotus Birth’, Taknak Potong Tali Pusat
Anda pernah dengar istilah ‘lotus birth‘? Ia adalah satu amalan melahirkan bayi dengan cara tidak memotong uri sejurus bayi dilahirkan atas beberapa faktor yang diminta oleh si ibu sendiri. Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kematian seorang bayi bernama Harlow di Australia yang meninggal dunia akibat sakit yang teruk selepas ibunya mengamalkan ajaran pelik sejurus kelahirannya. […]
TERKINI: Korea Utara Letupkan Pejabat Perhubungan Korea Utara-Selatan
Korea Utara dilaporkan mengebom sebuah pejabat perhubungan antara-Korea di sempadan negaranya pada Selasa (hari ini), sekaligus menimbulkan tekanan kepada seluruh Semenanjung Korea berikutan diplomasi nuklear dengan Amerika Syarikat (US). Kementerian Penyatuan Seoul berkata, bangunan tersebut yang berada di bandar Kaesong, berhampiran sempadan Korea Utara diserang pada 2.49 petang tadi. Setakat ini, maklumat lanjut masih dalam […]