Berita›Luar Negara
Gara-Gara Disuruh Keluar Sebab Tak Pakai ‘Mask’, Dua Lelaki Serang Pengawal Sampai Patah Tangan
Dua orang lelaki ditahan setelah menyebabkan pergaduhan di sebuah kedai serbaneka sehingga menyebabkan sorang pengawal keselamatan patah tangan. Jabatan Polis di Los Angeles memberitahu bahawa insiden itu berlaku apabila kedua-dua suspek ditegur tidak memakai topeng muka dan tidak mengikut penjarakan yang ditetapkan. Kedua-dua lelaki itu kemudian disuruh keluar daripada pasaraya itu namun sebaik sampai di […]
COVID-19: Wuhan Dilapor Kesan Kluster Baharu Lepas ‘Lockdown’ Ditarik
Satu kluster jangkitan Covid-19 baharu telah dilaporkan berlaku di Wuhan dan wilayah Jilin, menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional (NHC) pada Isnin. Kes jangkitan baharu itu telah mencetuskan kegusaran akan kemungkinan terjadinya gelombang kedua penularan wabak itu di China, yang kini sedang beransur pulih ke kehidupan normal dengan tahap risiko dikurangkan di seluruh negara sejak beberapa minggu […]
Dakwa Temui Puntung Rokok Dalam Hidangan, Pelanggan Terkejut Lihat Rakaman CCTV
Seorang pelanggan di sebuah restoran di China menghadapi detik yang ‘mengerikan’ apabila melihat semula seorang chef didakwa meludah ke dalam makanannya di dalam satu rakaman sistem kamera keselamatan, lapor Daily Mail. Pelanggan itu dibenarkan untuk mengakses video tersebut setelah menemui puntung rokok di dalam hidangan ‘stew’ yang dipesan olehnya. Menurutnya, dia ternampak chef tersebut seperti […]

Covid-19: Thailand Sahkan Enam Kes Baharu
Bangkok: Thailand melaporkan enam kes baharu COVID-19 termasuk seorang kanak-kanak berumur enam tahun, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,015 kes. Tiada kematian dilaporkan dengan jumlah kematian kekal 56. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata kesemua kes adalah di wilayah-wilayah selatan termasuk kes dari Phuket. “Kanak-kanak lelaki dari selatan wilayah Narathiwat diuji positif COVID-19 selepas […]
Lelaki Dakwa Tidak Berasa Sakit Walaupun Batang Besi Tertusuk Tembusi Kepalanya
Seorang lelaki yang kepalanya tertusuk dengan sebatang besi selepas satu kemalangan di tapak pembinaan selamat menjalani pembedahan yang telah menyelamatkan nyawanya. Lelaki yang berusia 46 tahun itu sedang menziarahi pangsapuri keluarganya yang sedang dibinanya berdekatan Jerusalem pada April. Pada ketika itulah dia tergelincir jatuh dari tingkat dua pangsapuri itu ke sebuah batang besi yang terdapat […]
(Video) Singapura Guna Anjing Robot Pastikan Rakyat Jaga Jarak
Negara Singapura telah menggunakan idea yang agak unik bagi memastikan para penduduk di negara tersebut mematuhi peraturan penjarakan sosial. Dilaporkan pada Jumaat lepas bahawa pihak berkuasa di Singapura menggunakan anjing robot untuk menguatkuasakan garis panduan COVID-19. Anjing robot atau juga digelar sebagai ‘Robodogs’ tersebut dicipta oleh Boston Dynamics dan pertama kali digunakan pada minggu lalu […]

Jepun Dijangka Tarik Balik Darurat Di 34 Wilayah
TOKYO, 11 Mei — Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk menarik balik darurat di sebahagian besar wilayah negara ini, kata pegawai pada Ahad, lapor agensi berita Kyodo. Darurat dijangka ditarik balik di 34 daripada 47 wilayah mulai Khamis jika memenuhi syarat ditetapkan iaitu kes jangkitan menurun setiap minggu dan sistem perubatan serta pemantauan yang mencukupi. Panel pakar […]
Kes COVID-19 Babitkan Kelab Hiburan Itaewon, Korea Selatan Meningkat 75 Orang
Kes jangkitan COVID-19 membabitkan kelab dan bar di Itaewon, kini meningkat kepada 75 orang, lapor agensi berita Yonhap pada Isnin. Datuk Bandar Park Won-soon ketika di wawancara stesen penyiar KBS berkata jumlah kes yang dilaporkan kini mencecah 75 termasuk 49 dicatatkan di Seoul. Beliau berkata pihak berkuasa bandar raya itu telah mengesan 5,517 orang yang […]
Kapal Tentera Iran Tertembak Kapal Lain, Seorang Maut
Sebuah kapal pemusnah tentera laut Iran secara tidak sengaja tertembak satu lagi kapal ketika menjalani sesi latihan di Teluk Parsi pada Ahad, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut. Beberapa lagi cedera, menurut kenyataan jabatan perhubungan awam wilayah Bandar Abbas lapor agensi berita Anadolu. Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut sambil mengatakan punca kejadian sedang disiasat. Laporan […]
Dipercayai Pecah Masuk Rumah Pesakit Covid-19, Lima Pencuri Terpaksa Jalani ‘Rapid Test’
Tersalah langkah, lima orang pencuri terpaksa menjalani ‘Rapid Test’ kerana dipercayai telah mencuri di dalam rumah seorang pesakit Covid-19. Mereka memecah masuk rumah itu di Jalan Campagayya Kecamatan Panakkukang, Makkassar dan menjalani ujian di perkarangan balai polis Panakkukang, Makassar. Pihak polis bekerjasama dengan Pusat Kesihatan Pampang untuk mengambil sampel darah kesemua suspek. Pegawai yang menjalankan […]
Gara-Gara Isu COVID-19, Dua Buah Kampung Bergaduh Tutup Jalan
Satu kejadian salah faham berlaku di Malang, Indonesia apabila penduduk dari dua buah kampung saling menutupi jalan awam yang sering digunakan. “Memang benar ada sekatan jalan dengan batu bata. Kejadian bermula pagi ini ada dua penduduk kampung dari kampung Senggreng dan kampung Sambigede. Masalahnya adalah salah faham mengenai penjarakan fizikal,” kata Camat Sumberpucung M Sholeh. […]
(Video) Tak Susah Seperti Disangka, Elon Musk Kongsi Cara Sebutan Nama Anaknya
Walaupun nama kreatif anak kepada Elon Musk bersama pasangannya Claire Grimes yang baru lahir itu membuatkan ramai daripada kita runsing untuk menyebutnya, CEO syarikat SpaceX itu pada baru-baru ini tampil untuk perjelaskan cara sebutan nama anaknya itu dengan betul dan ianya sebenarnya tidaklah begitu rumit seperti yang disangkakan. Semasa satu sesi podcast bersama pelawak Amerika bernama […]
Tiket Habis Dijual Dalam Satu Hari, Disneyland Shanghai Dibuka Selepas Tutup 3 Bulan
Taman tema terkenal di China, Disneyland akhirnya dibuka semula hari ini selepas tiga bulan penutupan akibat wabak COVID-19. Menurut laporan, tiket hari pertama Walt Disney Co. Shanghai Disneyland habis dijual pada Jumaat selepas pengumuman pembukaannya. Kerajaan China dalam pada itu meminta pihak Disney untuk menetapkan hanya 30% kehadiran pengunjung, iaitu sebanyak 24,000 orang berbanding 80,000 […]
(Video) Doktor Luar Negara Hasilkan Video Nyata Kagumi Cara Malaysia Tangani COVID-19
Jika kita lihat sepanjang wabak COVID-19 ini menular di negara Malaysia, kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai usaha bagi membendung penularan tersebut. Tidak dinafikan ada penduduk Malaysia yang puji serta hormat dengan kesungguhan tersebut dan ada juga segelintir daripadanya yang memberikan kritikan. Namun, ianya agak berbeza pula dengan pandangan orang luar negara tentang cara kerajaan Malaysia […]
Warga Emas Lumpuh Diselamatkan Lepas 3 Hari, Dipercayai ‘Ditanam’ Hidup-Hidup Oleh Anaknya
Seorang lelaki di barat laut China ditahan kerana dipercayai telah mengebumikan ibunya yang berusia 79 tahun hidup-hidup, lapor South China Morning Post. Ibunya yang lumpuh separuh badan telah diselamatkan selepas tiga hari dan kini berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital di wilayah Shaanxi. Pendakwa di daerah Jingbian berkata bahawa suspek yang berusia 58 tahun […]

Cara Buat Video Kemas Dan Lawa Guna PowerPoint Je
Microsoft Power Point merupakan perisian multimedia yang sering digunakan untuk bahan persembahan yang terdiri daripada teks, imej, grafik, animasi, audio, video dan lain-lain. Ia juga membantu dalam menyusun persembahan dengan lebih efektif. Powerpoint juga dapat memudahkan proses penyampaian dan penerimaan maklumat. Seorang gadis, Nurkhdjhnblh telah berkongsi di Twitter bagaimana cara untuk membuat video yang kemas […]
Gempa Bumi Sederhana Landa Laut Banda Di Indonesia
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada pukul 9.06 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 332 kilometer tenggara dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 10 kilometer. Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi sederhana b'laku di Laut Banda jam 9:06 […]
(Video) Peka Waktu Berbuka, Pemandu E-Hailing Perlahan Kereta, Bagi Ruang Penumpang Berbuka Dengan Selesa
Tindakan seorang pemandu e-hailing di Singapura yang hormat dan peka terhadap keperluan penumpang beragama Islamnya ketika hampir tiba waktu berbuka puasa mendapat pujian daripada warganet. Sebuah video pendek berkenaan insiden itu telah dimuat naik dan menjadi tular di media sosial. Menurut video tersebut, seorang pemandu e-hailing telah menjemput seorang pelanggannya yang beragama Islam untuk dihantar ke […]
(Video) Ditutup Selepas 30 Tahun, McD Jakarta Dikerumun Tanpa Penjarakan Sosial
Video tular orang ramai memenuhi perkarangan McDonalds yang terletak di sebuah bangunan membeli-belah di Jakarta tanpa mengamalkan penjarakan sosial yang betul. Restoran makanan segera yang sudah beroperasi sejak 1991 itu ditutup pada Ahad (10 Mei) selepas hampir 30 tahun pembukaannya. Penutupan itu dikatakan bagi melakukan perubahan strategi bisnes dan ubah suai bangunan membeli-belah tersebut. Walau […]
COVID-19: Isu Penentukuran Radas Jadikan 33 Kes Positif Di Singapura Sebelum Ini Sebagai Tidak Betul
SINGAPURA, 11 Mei — Sejumlah 33 kes yang diuji positif COVID-19 oleh sebuah makmal di sini, didapati tidak benar, susulan timbul isu berkaitan penentukuran radas bagi salah satu kit ujian penyakit itu. “Ujian semula berikutnya di Makmal Kesihatan Awam Nasional mengesahkan bahawa ia adalah kes negatif,” kata Kementerian Kesihatan republik itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan […]