Berita›Luar Negara

Berita
(Video) Detik-Detik Cemas Bayi Terlepas Dari Pelukan Ibu Selepas Dirempuh Kerbau Dalam Ketakutan
Seekor kerbau dilaporkan telah ditembak mati oleh pegawai polis China selepas berjaya meloloskan diri ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke pusat penyembelihan. Rakaman yang mendebarkan itu memaparkan seekor kerbau yang kelihatan sedang ketakutan, telah menyondol seorang ibu dan bayinya kerana terdesak untuk mencari jalan keluar. Wanita bersama bayinya itu telah diselamatkan oleh dua orang anggota […]
Luar Negara
Diancam Singa Kelaparan, Ibu Zirafah Pertahankan Anak Dari Diterkam Singa Terakam Kamera
Detik-detik mendebarkan yang menyaksikan seekor ibu zirafah cuba untuk mempertahankan anaknya dari diterkam oleh singa berjaya dirakam di Taman Negara Maasai Mara di Kenya. Menerusi gambar-gambar yang diambil, ibu dan anak zirafah itu dikejar sebelum diterkam oleh pemangsa dan mematahkan leher anak haiwan itu dengan kejam untuk dijadikan sebagai ‘santapan’. Gambar lain pula menunjukkan tindakan […]
Berita
Cederakan Mata Mangsa Untuk Elak Dikenali, Lelaki Didakwa Rogol Kanak-Kanak 6 Tahun
Polis India telah melancarkan satu gerakan memburu seorang lelaki selepas seorang kanak-kanak berusia enam tahun dilaporkan diculik serta dirogol di Madhya Pradesh. Penyerang itu juga didakwa telah mencederakan mata mangsa supaya dirinya tidak dapat dikenal pasti mangsa. Menurut polis, mangsa kini sedang dirawat di hospital yang terletak di bandar Jabalpur dan sedang dalam keadaan kritikal. […]
Berita
Doktor Pakar Warga Malaysia Meninggal Dunia Di UK Akibat Jangkitan Covid-19
Dr R Vishna seorang doktor warganegara Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di United Kingdom. Perkara ini dikeluarkan pihak pengurusan Yayasan Wanita dan Kanak-Kanak Birmingham (BWS) melalui portal rasmi mereka. Menerusi kenyataan itu, Dr Rasiah dikenali rakan sekerja dengan panggilan Vish yang merupakan seorang Pakar Perunding Neonatal di hospital berkenaan. Isteri mendiang, dikenali sebagai Liza […]
Berita
“Sampaikan Salam Sayang Pada Daddy,” Dua Bulan Tak Lalu Makan, Kucing Peliharaan Ashraf Sinclair Mati
Ikatan suami isteri yang dibina hampir 12 tahun membuatkan pasangan Bunga Citra Lestari dan Allahyarham Ashraf Sinclair menjadi pasangan yang paling romantis tanpa kontrovesi. Namun, keluarga ini ditakdirkan untuk berpisah di dunia dan hanya tinggal kenangan manis sahaja. Kira-kira dua bulan pemergian Ashraf Sinclair, keluarga sekali lagi menerima berita sedih apabila kucing kesayangan arwah menghembuskan nafas terakhir […]
Luar Negara
Tragedi Paling Kejam Dalam Sejarah Jepun, ‘Neraka’ 44 Hari Junko Furuta
Pernahkah anda dengar dengan kisah pembunuhan seorang remaja Jepun bernama Junko Furuta? Golongan muda kini mungkin kurang mengetahui tentang kes pembunuhan ini kerana kejadiannya berlaku sekitar lewat 80-an. Menurut UnseenJapan, kejadian yang berlaku di Saitama, Jepun itu bermula apabila gadis sekolah tinggi tersebut didapati hilang pada November 1988 sehinggalah mayatnya dijumpai pada 30 Mac 1989. […]
Berita
“Saya Bekerja 24 Jam Dan Rindukan Ibu Sangat,” Dr Amalina Titip Pesan Buat ‘Frontliners’
Pada ketika ini, kita boleh lihat ramai frontliners atau petugas barisan hadapan di seluruh dunia sedang giat menjalankan usaha membendung penularan wabak COVID-19. Tidak kira anggota polis, doktor mahupun jururawat, mereka semua tidak pernah berputus asa. Sokongan dan kata-kata semangat wajar diberikan kepada mereka lebih-lebih lagi kepada yang beragama Islam kerana perlu juga bertugas di […]
Berita
(Video) Anak Bulan Ramadan Tidak Terlihat, Umat Islam Di Brunei Mula Berpuasa Esok
Umat Islam di Brunei akan mula berpuasa esok, Sabtu 25 April 2020. Pengumuman anak bulan Ramadan ini disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Awang Haji Hassan bin Haji Metali. Menurut beliau, pada 23 April 2020 dilaporkan bahawa anak bulan Ramadan tidak terbit kelihatan. Maka berdasarkan hukum syarak Ramadan 1441 Hijrah adalah tidak sabit […]
Berita
Video Bapa Simpan Seketul Ayam Dalam Beg Dikatakan Untuk Anak Di Rumah Undang Sebak
Seorang ayah itu sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan keluarganya memperoleh makanan, pakaian serta tempat tinggal yang secukupnya. Perkara ini secara tidak langsung membuktikan bahawa insan yang bergelar ayah ini mempunyai tanggungjawab yang besar dan kasih yang tak terungkap buat ahli keluarganya. Baru-baru ini, perkongsian video Sahabatsurga di Instagram mendapat perhatian ramai. Melalui video itu […]
Luar Negara
Pesawat Enjin Tunggal Terhempas Di Texas, Seorang Dilaporkan Cedera
Seorang dilaporkan cedera dalam kejadian pesawat terhempas yang berlaku di Texas pada petang semalam, lapor WFAA. Menurut pegawai Dallas County dan penerbangan, pesawat enjin tunggal Pilatus PC-12 itu terhempas kira-kira pada pukul 3.35 petang waktu tempatan di dalam sebuah padang berdekatan dengan persimpangan jalan Lawson dan Scyene. Kemalangan itu berlaku berhampiran Lapangan Terbang Mesquite Metro. […]
Luar Negara
(Video) Udara Dan Air Yang Lebih Bersih, Ribuan Flamingo ‘Banjiri’ Tasik Di Mumbai
Disebabkan oleh kurangnya pencemaran dan aktiviti manusia serta ditambah lagi dengan air dan udara yang bersih, ribuan burung flamingo merah jambu dirakam sedang berkumpul di sebuah sungai di Mumbai, lapor Daily Mail. Video yang dirakam daripada apartment di Nerul yang menghadap sebuah anak sungai di Navi Mumbai itu menyaksikan lebih daripada 150,000 burung-burung yang cantik […]
Luar Negara
Penyokong Protes “Anti-Lockdown” Di Amerika Dilapor Meninggal Dunia, Jadi Mangsa COVID-19
Seorang lelaki di Amerika Syarikat yang merupakan seorang penyokong protes anti-lockdown di Amerika Syarikat dilapor meninggal dunia, dipercayai menjadi mangsa COVID-19. Mangsa, 60, meninggal dunia pada Rabu di sebuah hospital di Ohio sebelum ini pernah memuat naik di media sosial yang mendakwa virus COVID-19 adalah agenda politik dan menganggap keputusan Gabenor Ohio yang mahu menutup […]
Berita
Dipercayai Buaian Putus, Spring ‘Benam’ Kepala Kanak-Kanak 6 Tahun
Seorang kanak-kanak perempuan di Medan, Indonesia terpaksa menjalani dua kali pembedahan bagi membuang bahagian spring besi buaian yang terpacak di kepalanya. Nazwa Maulida, 6 dilaporkan cedera setelah buaian adik yang dinaikinya putus, menyebabkan spring membenam di atas kepalanya. Akibatnya, tempurung kepala mangsa mengalami keretakan dan dia digegaskan ke sebuah hospital tempatan untuk rawatan. ”Saya buntu […]
Luar Negara
COVID-19: Sweden Catat Lebih 2,000 Kematian, Kes Naik Mendadak
STOCKHOLM, 24 April (Bernama) — Seramai 16,755 orang di Sweden didapati positif COVID-19, dengan 751 kes baharu direkodkan antara Rabu dan Khamis, manakala angka korban berjumlah 2,021, lapor agensi berita Xinhua. Kenaikan mendadak itu disebabkan peningkatan jumlah saringan COVID-19 yang diadakan oleh petugas perubatan, kata pakar epidemiologi Anders Wallensten pada taklimat harian. “Kami tidak melihat […]
Kesihatan
COVID-19: Brazil Lancar Pelan Darurat, Sedia Lebih Banyak Kawasan Perkuburan
Datuk Bandar Sao Paulo pada Khamis melancarkan pelan darurat untuk mewujudkan ribuan lagi tapak perkuburan berikutan dijangka lebih banyak kematian akan dicatatkan di bandar itu disebabkan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. “Kami tidak boleh alami situasi sama seperti yang terjadi di Guayaquil, di Ecuador atau New York di Amerika Syarikat,” kata Bruno Covas merujuk […]
Kesihatan
“Billboard” Di Amerika Dilapor Papar Nasihat Dari Hadis Nabi, Cara Berdepan Ancaman Wabak
Sebuah papan iklan billboard dipercayai di Chicago, Amerika Syarikat dilapor memaparkan nasihat menghalang penularan koronavirus melalui hadis Nabi Muhammad S.A.W. Dalam iklan oleh Gain Peace di AS, mereka merangkumkan tiga nasihat Rasulullah S.A.W iaitu kerap membasuh tangan, jangan tinggalkan kawasan dijangkiti wabak dan jangan masuk ke dalam kawasan dijangkiti. Mesej berusia lebih 1400 tahun itu […]
Berita
Indonesia Larang Semua Penerbangan Komersial Dan Persendirian Bermula Esok Sehingga 1 Jun 2020
JAKARTA, 23 April (Bernama) — Indonesia mengumumkan larangan terhadap semua penerbangan komersial dan persendirian di dalam negeri dan antarabangsa, berkuat kuasa esok sehingga 1 Jun 2020. Direktur Jenderal Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan (Pengangkutan), Novie Riyanto dalam satu kenyataan berkata ia selaras dengan perintah Presiden Indonesia Joko Widodo yang melarang semua aktiviti bermudik atau balik kampung bagi […]
Gaya hidup
(Video) Suara Misteri Sambung Nyanyi Ketika Lalu Lorong Gelap
Hospital dan kisah-kisah hantu seram berpisah tiada, bagai isi dengan kuku. Percaya atau tidak setiap daripada kita pasti pernah mendengar malah ada yang ‘bernasib baik’ berjumpa dengan ‘makhluk’ ini. AmriieAskor telah memuat naik video di laman Twitter miliknya, berkongsi pengalaman seram dipercayai di sebuah hospital di Indonesia. Rakaman video itu menunjukkan dirinya melalui satu lorong […]
Berita
Bayi 1 Bulan Pesakit Paling Muda Sembuh Covid-19 Di Thailand
Berita tentang orang sembuh daripada wabak COVID-19 menjadi antara berita yang gembira untuk kita dengar. Baru-baru ini di negara Thailand, seorang bayi berumur satu bulan menjadi pesakit yang paling muda sembuh daripada COVID-19. “Kami melakukan pemeriksaan kesihatan untuknya setiap hari. Dan tiga hingga lima hari selepas itu, keputusan X-ray menunjukkan tanda-tanda pemulihan secara beransur-ansur,” kata […]
Berita
Lebih 20 Puting Beliung ‘Hentam’ Oklahoma Dan Texas, Empat Mangsa Terkorban
‘Serangan’ puting beliung di Oklahoma dan Texas telah menyebabkan empat kematian dilaporkan serta menghancurkan ratusan kediaman. Menurut laporan, kira-kira 30 orang cedera pada Rabu apabila puting beliung itu ‘menghentam’ selatan Oklahoma. Mayat salah seorang mangsa dikatakan dihempap pokok ketika keluar daripada sebuah kilang sehingga menyebabkan kecederaaan teruk. ABC News melaporkan sebanyak 21 puting beliung di […]