Berita›Luar Negara
Ketua Kampung Di Indonesia Wakafkan Tanah Untuk Kebumikan Jenazah Pesakit Covid-19 Yang Tak Diterima Penduduk
Seorang ketua kampung di Desa Talunombo, Sampuran, wilayah Wonosobo, Jawa Tengah, Indonesia menjadi tular selepas dia bertindak mendermakan gajinya selama sebulan dan mewakafkan tanah miliknya untuk pengebumian mangsa Covid-19. Badarudin, ketua kampung Desa Talunombo, telah menjadi tular setelah sebuah video berkenaan kenyataannya itu dimuat naik di media sosial. Dalam video tersebut, Badarudin telah menyatakan keprihatinannya […]
(Video) Merangkak Dan Terus Hilang, Sosok Dipercayai ‘Kuntilanak’ Atas Bumbung Gemparkan Penduduk
Sesiapa sahaja pasti akan merasa takut jika ternampak atau terlihat kelibat hantu di depan mata mereka sendiri. Walaupun tak pernah tahu atau nampak sosok fizikalnya, setiap kali mendengar saja sudah cukup meremangkan bulu roma. Baru-baru ini, tular di laman sosial tentang kelibat yang dipercayai kuntilanak berjaya dirakam di negara seberang Indonesia. Menurut pengguna Twitter dengan […]

Bimbang Dijangkiti, Petugas Hospital ‘Ditinggalkan’ Sementara Isteri Dan Anak Lepas Mandikan Jenazah Pesakit Covid-19
Penularan kes Covid-19 di Indonesia semakin meruncing dengan kes kematian kini meningkat kepada 399 orang. Namun, ada kisah memilukan yang berlaku di sebuah hospital di Lampung yang meruntun hati. Seorang petugas jenazah di Hospital Abdul Moeloek ditinggalkan oleh isteri dan anak-anaknya kerana takut dijangkiti Covid-19 darinya. Petugas jenazah itu sememangnya pernah memandikan jenazah pesakit yang […]
Lelaki Bawa Dadah Ke Balai Polis Merayu Supaya Ditahan Kerana Kelaparan
Seorang lelaki bertindak nekad masuk ke dalam balai polis di Phuket pada Sabtu sambil membawa sebiji pil methamphetamine, merayu supaya ditahan kerana kelaparan. Timbalan Ketua Balai Polis Wichit, Lt Kol Thammasant Boonsong, berkata bahawa beliau dan anggota polis yang lain terkejut apabila lelaki tersebut memasuki balai polis berkenaan sambil menunjukkan pil itu dan merayu supaya […]
Rakyat Malaysia Ditemui Mati Dalam Tahanan Polis Di Thailand
Seorang rakyat Malaysia ditemui mati ketika dalam tahanan polis di Samut Prakan, selatan Bangkok, semalam. Pegawai penyiasat Bangkaew, Daerah Bang Phli, Samut Prakan Pol Maj Thanthit Danrasi berkata lelaki berusia 41 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan pada Sabtu kerana melanggar perintah berkurung dan melakukan kerosakan harta benda serta menimbulkan kekacauan. Beliau berkata pekerja kilang manik plastik […]

Sekumpulan Pelancong Dihukum Tulis ‘Saya Minta Maaf’ Sebanyak 500 Kali Lepas Langgar Perintah Berkurung
Disebabkan oleh penularan Covid-19, India juga telah menguatkuasakan perintah berkurung sejak akhir bulan Mac yang lalu. Penduduk hanya dibenarkan untuk keluar dari rumah jika ada keperluan yang mustahak. Namun, tidak semua yang patuh kepada perintah berkurung itu. Sekumpulan pelancong asing dipercayai melanggar perintah tersebut di sebuah bandar di India dan dihukum untuk menulis ‘Saya minta […]
Kematian Akibat COVID-19 Di Indonesia Hampiri Angka 400
JAKARTA, 13 April (Bernama) — Kematian akibat COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 399 orang, dengan lebih 200 kematian itu berlaku di Jakarta. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata, sebanyak 26 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 316 kes positif […]

Budak Melecur Disambar Api Gara-Gara Bawa Botol ‘Handsanitizer’ ke Tempat Bakar Sampah
Sejak wabak koronavirus semakin menular di seluruh dunia, seluruh warga dunia disarankan menggunakan cecair pembasmi kuman yang mengandungi kadar alkohol 70 hingga 80 peratus untuk membasmi kuman yang melekat pada permukaan tangan. Terbaru, perkongsian menerusi Facebook iaitu Kiki Henky Gunawan menjadi perhatian apabila seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dikatakan melecur disambar api ketika membawa botol […]
Demi Nak Sara Keluarga, Ibu Tunggal Ambil Upah Panjat Hingga 60 Batang Pokok Pinang Sehari
Berbekalkan kudrat empat kerat, ibu tunggal, Siti Hajar (35) mengambil upah memanjat pokok pinang bagi menyara anak-anaknya yang masih bersekolah. Setiap hari, beliau memanjat sehingga 60 batang pokok dengan upah kira-kira 50 sen (Rp2000) sepokok. Wanita dari Acheh, Indonesia ini memetik buah pinang dari pokok setinggi lapan hingga 12 meter untuk diberikan kepada individu yang […]

Tersergam Indah Foto Langit Madinah ‘Dihiasi’ Terang Bulan ‘Supermoon’
Kewujudan ‘Supermoon’ atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena pada bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. Istilah supermoon pertama kali diberi oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Bulan April adalah waktu terdekat untuk semua melihat fenomena Supermoon bagi tahun 2020, yang dikenali sebagai ‘Pink Moon’ kini […]
(Video) Lebih 40 Ambulan Bawa Pesakit Covid-19 Di Moscow Terpaksa Beratur 15 Jam Untuk Masuk Hospital
Satu video menunjukkan barisan panjang ambulan di luar hospital Moscow mengejutkan orang ramai. Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurang 45 buah ambulans membawa pesakit Covid-19 berbaris menunggu ‘giliran’ masuk ke hospital. Lebih menyedihkan, pesakit terpaksa menunggu sehingga 15 jam untuk bertemu pakar. Hal ini berlaku sebaik sahaja Kremlin mengisytiharkan darurat. Dalam satu video yang dirakam penduduk […]
Dikatakan Takut Jatuh Murtad, Jemaah Di Indonesia Rempuh Masjid Ingin Solat Jumaat
Tular di laman sosial Twitter baru-baru ini mengenai sebuah video dikatakan berlaku di negara jiran yang menunjukkan para jemaah merempuh pagar masjid dipercayai ingin menunaikan solat Jumaat. Menurut salah satu pengguna Twitter yang berkongsi video tersebut, ianya dikatakan berlaku di Masjid Al-Karomah Martapura di Kabupaten, Banjar Kalimantan Selatan. Kejadian tersebut berlaku pada 10 April lepas. […]
UAE Perkenal Kahwin Secara ”Online”, Benarkan Orang Ramai Teruskan Perkahwinan Ketika COVID-19
KERAJAAN Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaksanakan perkhidmatan perkahwinan secara atas talian (online) sebagai usaha mengelakkan penularan wabak jangkitan COVID-19. Menteri keadilan berkata, perkhidmatan itu dilaksanakan adalah untuk membenarkan majlis perkahwinan diteruskan sementara negara itu masih menjalankan tindakan berjaga-jaga dalam mencegah penyebaran virus tersebut. “Perkhidmatan ini termasuklah pelaksanaan perkahwinan jarak jauh, di mana pihak yang terlibat […]
(Video) ‘Hikmah’ COVID-19, Haiwan Liar Bergerak Bebas Ketika Manusia ‘Terkurung’ Di Rumah
Penangan wabak jangkitan COVID-19 sedikit sebanyak telah ‘mengubah’ normalisasi kehidupan di dunia pada hari ini. Kebanyakan negara telah melaksanakan perintah lockdown sebagai langkah utama dalam mengekang penularan jangkitan virus tersebut hingga menjadikan bandar-bandar yang dahulunya sesak, kini menjadi sepi seakan tiada manusia. Namun, di sebalik ‘kesepian’ ini, dari sudut lain, ia adalah ‘rahmat’ kepada sebilangan […]

Lima Pekerja McDonald’s Singapura Didiagnosis Dengan COVID-19
SINGAPURA, 12 April — McDonald’s Singapura hari ini mengumumkan lima pekerjanya telah didiagnosis dengan COVID-19. Lima pekerja itu bekerja di empat cawangan berbeza iaitu dua bekerja di McDonald’s LIDO, dan tiga lagi masing-masing bekerja di Forum Galleria, Parklane dan Geylang East Central. “Kami memandang serius perkara ini dan mengawasinya dengan teliti dan kami memberikan sokongan dan bantuan kepada pekerja yang terjejas untuk […]

Covid-19: Bahrain Ubah Suai Tempat Letak Kereta Jadi Pusat Rawatan Sementara
MANAMA, 12 April — Bahrain mengubah suai tempat letak kereta menjadi pusat rawatan sementara untuk pesakit COVID-19, menempatkan unit rawatan rapi (ICU), dilengkapi alat bantuan pernafasan, siap dalam masa seminggu, lapor agensi berita Bahrain (BNA). Tempat letak kereta yang terletak di tingkat tiga Hospital Tentera Bahrain itu dilengkapi 130 katil. “Unit itu dilengkapi peralatan terbaik […]

Indonesia Catat 327 Kes Kematian Covid-19, Paling Tinggi Di Asia Tenggara
Indonesia terus mencatatkan pertambahan jumlah kematian akibat wabak Covid-19 apabila kes keseluruhan meningkat kepada 327. Ini menjadikan Indonesia negara di benua Asia Tenggara yang merekodkan kematian tertinggi setakat ini. Menerusi kemaskini di laman web rasmi Covid-19 Indonesia, sebanyak 21 lagi kematian berlaku pada Sabtu (11 April 2020) setakat 12 tengah hari. Manakala, keseluruhan kes positif […]

WHO Sahkan 1 Kes Ebola Terbaru Di Congo, Selepas 52 Hari Tiada Kes Dilaporkan
Belum sempat Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan secara rasmi pengakhiran wabak Ebola Isnin ini di Cango Timur, kes terbaru telah dicatatkan. Kes terbaru Ebola di negara tersebut telah disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tedros Ghebreyesus. Selepas 52 hari tanpa ada kes baharu yang direkodkan satu kes telah disahkan merebak dan mereka dalam persediaan jika ia […]
AS Kini Catat Korban Covid-19 Paling Tinggi Di Dunia, 19,882 Sudah Disahkan Maut
ANKARA, 12 April – Jumlah korban COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) kini paling tinggi di dunia, mengatasi Itali, lapor agensi berita Anadolu memetik Johns Hopkins University. Setakat Sabtu seramai 19,882 orang maut dan 514,415 lagi dijangkiti virus itu di tengah-tengah AS berjuang menghentikan rantaian jangkitan. Sementara 29,347 pesakit lagi pulih. Diikuti Itali yang mencatatkan korban […]

Lebih Setengah Juta Rakyat Amerika Syarikat Dijangkiti Covid-19
WASHINGTON, 11 April – Lebih setengah juta orang di seluruh Amerika Syarikat (AS) dijangkiti wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University. Menurut universiti itu AS mencatatkan 500,399 kes COVID-19 dan 18,693 kematian. Terdapat 28,837 pesakit pulih. Kematian pertama dilaporkan pada 29 Februari di Washington. AS negara yang mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi […]