Berita›Luar Negara
Isteri Perdana Menteri Kanada Disahkan Positif COVID-19
ISTERI Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dikesan positif Coronavirus (COVID-19) . Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyaatan yang dikeluarkan semalam. “Mengikut nasihat pihak perubatan, dia akan diisolasi buat sementara waktu. “Keadaannya baik, dia mengambil langkah berjaga-jaga dan simptomnya juga ringan,” jelas kenyataan itu lagi. Sophie dilaporkan mula mengalami simptom seperti demam […]
(Video)”Tiada Pelancong Bagi Makan,” Ratusan Monyet Berebut Sebiji Pisang Untuk Isi Perut
Ratusan monyet yang kelaparan dilihat merusuh sesama sendiri kerana sebiji pisang di Thailand selepas wabak koronavirus telah menyebabkan penurunan drastik jumlah pelancong yang memberi makan kepada mereka. Pada sebelum ini, haiwan tersebut kebiasaannya diberi makan oleh pelancong di Lopburi, Thailand, namun bilangan pengunjung ke kawasan itu telah merudum kerana virus Covid-19 yang sedang melanda dunia […]

(Video) Rakaman Kawanan Burung Kelilingi Kawasan Kaabah Hiasi Langit Malam
Mekah menjadi destinasi tumpuan bagi Muslim untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Ia menjadi tempat yang paling diidamkan oleh setiap muslim untuk dilawati. Selain itu, umat Islam yang mengunjungi kawasan berkenaan tidak akan melepaskan peluang untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT. Terbaharu, satu lagi video tular yang menyaksikan kawanan burung merpati yang menghiasi langit di […]
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta Disahkan Positif Covid-19
Pengurus pasukan gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Mikel Arteta telah disahkan positif dijangkiti koronavirus, tulis satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh kelab Arsenal. Kesemua skuad kesebelasan utama Arsenal dan sesiapa sahaja yang pernah melakukan kontak rapat dengan Arteta telah diperintahkan untuk mengkuarantinkan diri mereka. Berikutan dengan itu, perlawanan di antara Arsenal dan Brighton […]

Covid-19: Thailand Lancar Aplikasi Kesan Mereka Yang Jalani Kuarantin Sendiri
Bangkok: Thailand hari ini melancarkan satu aplikasi secara online bagi mengesan penduduk tempatan dan pelancong dari enam negara dan wilayah berisiko tinggi iaitu China, Korea Selatan, Iran, Itali, Hong Kong dan Macau yang menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari. Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Buddhipongse Punnakanta berkata aplikasi itu adalah bagi memastikan rakyat Thailand […]
(Video) Penumpang Kongsi Gambar Pesawat Lengang Susulan Penularan Wabak Covid-19
Seorang pengguna sosial media telah berkongsi beberapa foto dan video di mana keadaan sebuah pesawat kosong tanpa penumpang akibat penularan Covid-19 di seluruh dunia. Perjalanan ke Florida, Vietnam dan New York kelihatannya telah terjejas kerana kesan daripada wabak tersebut. Katanya di Dailymail, sekurang-kurangnya 13 orang penumpang sahaja. Walaubagaimanapun, ada sesetengah syarikat penerbangan masih lagi menjalankan […]
Covid-19: Korea Selatan Keluar Amaran Fasa Baharu
Korea Selatan telah melaporkan kurang daripada 120 kes Covid-19 yang dikatakan kes baharu untuk hari ini. Susulan daripada itu, pihak berkuasa Korea Selatan telah mengeluarkan satu amaran fasa baharu penularan wabak Covid-19 berikutan wujud kluster baharu di bandar Seoul yang mungkin menyebarkan wabak berkenaan. Sekurang-kurangnya 100 orang penduduk di kawasan tersebut disahkan positif virus tersebut […]
COVID-19: Jokowi Minum Jamu Kuatkan Imunisasi Badan
JAKARTA, 12 Mac (Bernama) — Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengakui yang beliau meminum jamu setiap hari sejak penularan virus COVID-19, yang beliau percaya akan dapat meningkatkan imunisasi badan, bagi mengelak dijangkiti virus itu. Malah, tetamu yang melakukan kunjungan hormat kepadanya juga, tidak lagi disediakan minum teh, sebaliknya jamu yang hasil daripada campuran herba , antaranya […]

India Gantung Visa Pelancong
NEW DELHI, 12 Mac (Bernama) — India menggantung visa pelancongan dan menguatkuasakan larangan perjalanan antarabangsa dalam usaha negara itu mengekang penularan wabak COVID-19. Semua kategori visa kecuali diplomatik, rasmi, pekerjaan dan yang berkaitan projek, digantung sehingga 15 April, umum kerajaan pada Rabu. Kemudahan tanpa visa kepada pemegang kad Kerakyatan Luar Negara India (OCI) – bukan […]

(Video) Imamkan Banduan Dengan Bacaan Merdu, Pegawai Polis Ditawarkan Pindah Ke Unit Lain
Seorang polis berpangkat brigadier dipanggil oleh ketua polis setelah viral di media sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram. Ia dipanggil setelah viral aksinya saat menjadi imam di sel tahanan bersama para tahanan. Suara yang merdu saat menjadi imam melantun di sel tahanan. Pegawai polis yang bernama Bripda Asep Jafar Sidik berkata video itu muncul kerana seniornya […]
(Video) “Saya Bukan Virus, Saya Manusia..” – Solidariti Pelajar China Di Itali
PENULARAN wabak Coronavirus (Covid-19) telah menimbulkan pelbagai kesan buruk dalam kehidupan manusia, sama ada keretakan hubungan sosial antara masyarakat akibat ketakutan mahupun unsur-unsur perkauman yang wujud di celahan prejudis. Namun baru-baru ini, seorang pelajar China di Itali telah membuat satu pertunjukan flash mob untuk bersolidariti atas sikap prejudis yang membarah dalam kalangan masyarakat terhadap rakyat […]
Selain COVID-19, Wabak Pandemik ‘Spanish Flu’ Juga Pernah ‘Serang’ Dunia, Antara Yang Paling Dasyat
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik yang memperlihatkan sebanyak 126,380 kes dan 4,634 kematian telah direkodkan di seluruh dunia. Ketika koronavirus merebak di seluruh dunia dan kecemasan dalam kalangan masyarakat meningkat, perbandingan antara situasi hari ini dan pendemik flu Sepanyol pada tahun 1918 semakin meningkat di dalam dunia kewartawanan dan media […]
Imbasan X-Ray Dedahkan Keadaan Paru-Paru Pesakit Yang Maut Akibat Covid-19
Gambar X-ray dan imbasan CT (CT scan) yang dilakukan ke atas seorang lelaki China berusia 44 tahun yang meninggal dunia akibat Covid-19 menunjukkan bagaimana wabak tersebut menyerang paru-paru mangsa. Imbasan tersebut memaparkan tompok-tompok putih di bahagian bawah paru-paru yang menandakan apa yang radiologists gelarkan sebagai ground glass opacity. Keabnormalan seperti yang dikenalpasti oleh doktor dalam […]

(Video) Lagu ‘Getaran Jiwa’ Diberi Sentuhan Baharu Penyanyi Tersohor Venezuela
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Lagu ‘Getaran Jiwa’ – karya pelakon, penyanyi dan penulis legenda Malaysia, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee – bukan sahaja diminati rakyat Malaysia malah turut mencuri tumpuan artis terkenal Venezuela yang memberi sentuhan baharu menerusi petikan ‘cuatro’ (gitar kecil yang digunakan dalam muzik Amerika Latin dan Caribbean). Baru-baru ini, artis […]
Perit Lihat Anak Terbakar Hidup-Hidup, Si Ibu Meronta Pengsan Berkali-Kali
Seorang ibu yang tidak dapat menahan keperitan menyaksikan anaknya terbakar hidup-hidup, pengsan sebanyak beberapa kali. Kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah bengkel yang terletak di pinggir Jalan Bumi Perkemahan, Batam, Indonesia itu dilaporkan telah terjadi pada Rabu (11/3/2020) sekitar jam 9.30 malam tadi. Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah dilaporkan meninggal dunia […]

Disangkakan Cacar Air, Bayi 6 Bulan Derita Penyakit Herpes Lepas Kerap Kali Dicium
Seorang ibu telah memuatnaik gambar-gambar yang menggerunkan dalam usaha untuk memberi amaran kepada orang lain selepas anaknya yang baru lahir mengatasi virus herpes walaupun mengenakan larangan mencium. Virus yang boleh disebarkan dengan hanya satu ciuman telah dihidapi oleh bayi kecilnya ketika dia berumur enam bulan. Wanita itu sangat terkejut dengan bayinya yang menghidap virus tersebut […]
Barang Jualan Tak Laku, Pemuda Ditemui Menangis Di Lorong Kerana Kelaparan
KECEWA kerana jualan anda hari ini tidak laku? Bersabarlah. Mungkin kita berasa rugi tetapi kita masih ada wang dan makanan untuk hidup. Namun, perkara itu tidak mampu dirasai oleh seorang peniaga dari Karawang, Jawa Barat, Indonesia yang ditemui menangis di celah lorong bangunan baru-baru ini ekoran barang jualannya tidak laku dan kelaparan. Turut bersama dengannya […]

Dah Bertukar Jadi ‘Bandar Berhantu’, Suasana Lengang Bandar Di Amerika
New Rochelle pada hari ini menyerupai bandar berhantu selepas ia diumumkan sebagai satu kawasan pembendungan satu batu akan ditubuhkan dalam usaha untuk menghentikan penyebaran koronavirus. Bandar di Westchester County memperlihatkan lebih daripada 120 kes yang disahkan. Gambar-gambar dari dalam zon pembendungan menunjukkan jalan-jalan sepi, restoran kosong dan sekolah tertutup. Pengawal kebangsaan dibawa masuk untuk membantu […]
Dua Tentera AS Maut Dalam Serangan Roket Di Iraq
WASHINGTON, 12 Mac (Bernama) — Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengesahkan dua anggotanya maut dalam serangan roket di pangkalan tentera Iraq, lapor agensi berita Xinhua memetik media Amerika. Media melaporkan dua tentera dan seorang anggota perkhidmatan Britain terbunuh dalam serangan roket di Kem Taji Iraq, di utara Baghdad dan sedozen lagi cedera, memetik pegawai. […]

(Video) Tular Rakaman Mayat Pemuda Palestin Ditembak & Diheret Dengan Jentolak
SEMENANJUNG GAZA, 12 Mac (Bernama) — Bagaimanakah perasaan anda sekiranya jasad ahli keluarga yang disayangi tidak dapat ditatap buat kali terakhir atau dikebumikan menurut ajaran Islam? Lebih menyayat hati apabila jasad yang ditembak dan sudah tidak bernyawa itu diseret dan dilanggar dengan jentolak. Allahu Akbar! Begitulah antara penderitaan dan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung rakyat Palestin. […]