Berita›Luar Negara
(Video) Pesakit Koronavirus Di Wuhan Dakwa Diberi Makan Daging Labi-Labi, Yakin Boleh Sembuh
Isu pesakit yang dikuarantin di salah satu Hospital Khas Koronavirus di Wuhan disajikan dengan daging labi-labi untuk hidangan makan malam telah dibangkitkan. Menurut salah seorang pesakit mendakwa mereka yakin sajian daging yang dihidang adalah labi-labi (Softshell Turtle) yang berasal dari negara tersebut. Daging labi-labi mempunyai protein yang tinggi serta dapat membantu orang sakit sembuh lebih […]
(Video) Media Rusia Dakwa Pesawat Bawa 172 Penumpang Nyaris Ditembak Dalam Operasi Udara Tentera Israel Di Syria
Sebuah pesawat Airbus A320 yang membawa penumpang seramai 172 orang dilaporkan terpaksa membuat pendaratan kecemasan di pangkalan udara yang dikawal Rusia selepas nyaris menjadi mangsa serangan peluru berpandu pertahanan udara Syria secara tak sengaja yang menyasarkan operasi serangan udara Israel di Damsyik. Pesawat berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Tehran ke Damsyik ketika kejadian. Walau bagaimanapun, […]
(Video) “Saya Tak Layak Jadi Idola, Sebagai Muslim Hanya Baginda Nabi Muhammad Sahaja Layak Jadi Ikutan”- Khabib
Umum telah mengetahui bahawa petarung UFC Khabib Nurmagumedov adalah seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Pasti ramai diantara kita yang menjadikan Khabib Nurmagomedov sebagai idola selepas beliau telah berjaya menumpaskan seorang lagi bintang UFC terkenal iaitu Conor McGregor dalam satu perlawanan yang menyaksikan petarung dari Ireland itu terpaksa menyerah kalah akibat di ‘kunci’ oleh […]

Arab Saudi Ancam Koyak Pasport Rakyat Yang Berniat Nak Ke China
Ekoran wabak global Koronavirus yang semakin membimbangkan, Arab Saudi pula mengenakan sekatan penerbangan ke negara China. Kejaraan Arab Saudi telah menghalang rakyatnya daripada pergi ke China dan memberi amaran akan mengoyak pasport sesiapa sahaja yang melanggar arahan tersebut. Jabatan Imigresen Arab Saudi akan menggunakan ‘peruntukan peraturan mengenai dokumen perjalanan’ kepada warganegara yang mengembara ke negara […]

Koronavirus: Peningkatan 41 Kes Dilaporkan Dalam Kapal Mewah Jepun
Kapal persiaran mewah ‘Diamond Princess Cruises’ telah dikuarantin beberapa hari lalu selepas salah seorang daripada 3,700 penumpang dan anak kapal disahkan mengalami jangkitan koronavirus. Melalui laporan terkini, sehingga kini 41 kes koronavirus terbaharu ditemui di dalam kapal persiaran tersebut. Peningkatan kes jangkitan itu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 61 kes di dalam kapal yang sedang di […]
Singapura Rancang Satu Lagi Penerbangan Membawa Pulang Rakyatnya Dari Wuhan
SINGAPURA, 7 Feb (Bernama) — Singapura merancang untuk mengadakan satu lagi penerbangan bagi membawa pulang rakyatnya dari Wuhan, pusat wabak Novel Koronavirus 2019. Penerbangan pertama sebelum ini berjaya memindahkan 92 rakyat Singapura dari Wuhan pada 30 Jan. Menurut jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik itu, kementerian akan meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa yang berkenaan […]
Etnik Uighur Risau, China Guna Alasan Koronavirus Atas Kematian Dalam Kem Tahanan
Etnik Uighur dan saudara mara yang dipenjarakan di kem-kem tahanan berkata hidup mereka dalam ketakutan dan mendakwa kerajaan China menutup kematian Uighur dengan wabak Koronavirus. Lebih dari satu juta etnik Uighur dikatakan ditahan tanpa perbicaraan atau tuduhan di pusat tahanan Xinjiang. Tindakan kerajaan China untuk menyekat populasi etnik itu di negara tersebut. Kerajaan China menegaskan […]
(Video) Pak Cik ‘Cleaner’ Tinggalkan RM7,000 Dekat Balai Polis Mohon Hantarkan Ke Pusat Rawatan Wuhan
Wabak Koronavirus yang membimbangkan dunia pada hari ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 565 orang. Disebabkan itu, pelbagai langkah pencegahan diambil daripada terkena virus berkenaan, antaranya pemakaian topeng muka supaya dapat mengurangkan risiko berjangkit. Menerusi perkongsian video di halaman South China Morning Post, seorang pekerja lelaki melakukan tindakan yang sangat murni sehingga menarik perhatian ramai. Daripada rakaman […]
Saintis China Bimbang Virus Mungkin Boleh Berpindah Dari Ibu Hamil Positif Koronavirus Kepada Bayi Dalam Kandungan
Virus maut yang dijangkiti oleh golongan ibu mengandung berkemungkinan berpotensi dipindahkan kepada bayi dalam kandungan mereka sekali gus menyebabkan bayi mereka turut dijangkiti, kata saintis di China yang bimbang dengan kes bayi yang baru lahir dilaporkan positif koronavirus sebelum ini. Angka kematian akibat daripada virus tersebut dilaporkan terus meningkat sejak wabak itu mula dikesan pada […]
Doktor Yang Cuba Beri Amaran Awal Koronavirus Tetapi Dituduh Sebar Berita Palsu Dilaporkan Meninggal Dunia
Seorang doktor China yang diangkat sebagai hero kerana cuba untuk memberi amaran berkenaan koronavirus pada awal-awal penularan virus itu telah meninggal dunia, lapor media tempatan. Doktor Li Wenliang, 34, cuba untuk memberitahu kepada rakan-rakan doktornya berkenaan dengan wabak tersebut pada akhir Disember lalu. 3 Hari kemudian, pihak polis datang berjumpa dengannya dan menyuruhnya untuk berhenti […]
Gambar Hutan Australia Yang Hitam Mula Menghijau Beri ‘Sinar’ Baru
Kebakaran hutan di Australia yang dipercayai tercetus penghujung tahun lepas telah menyaksikan berjuta-juta ekar kawasan hutan musnah dijilat api. Kebakaran yang telah membunuh lebih 480 juta hidupan liar yang tinggal di hutan sekitar New South Wales itu bukan sahaja memberi impak negatif kepada hidupan liar, malahan ianya juga turut memberi kesan yang buruk kepada manusia. […]
Koronavirus: Singapura Sahkan 2 Kes Jangkitan Terbaru Libatkan Rakyatnya
Menteri Kesihatan Singapura (MOH) pada Khamis (6 Februari) telah mengesahkan dua lagi kes jangkitan koronavirus di negara itu, dengan seorang daripadanya tidak pernah ke China dan tidak ada kaitan dengan kes-kes yang pernah berlaku sebelum ini. Berikutan dengan itu, jumlah kes yang telah disahkan di Singapura kini meningkat sebanyak 30, dengan 11 di antaranya adalah […]
TERKINI: Gempa Bumi Berkekuatan 6.4 Magnitud Gegar Selatan Filipina
Gempa bumi berkekuatan 6.4 magnitud dilaporkan menggegar kawasan Selatan Filipina, menurut tweet yang dimuat naik CNN Filipina sebentar tadi. Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira 9.40 malam waktu tempatan dengan pusat gempa dilaporkan terletak kira-kira 110 km dari Tenggara Bandar Jose Abad Santos di Davao City pada kedalaman kira-kira 10 km. Tiada laporan mengenai kerosakan harta […]
Kerja 10 Hari Tanpa Henti, Doktor Rawat Koronavirus Meninggal Dunia
Seorang doktor di China telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas terpaksa dikerahkan bertugas selama 10 hari berturut-turut dalam usaha melawan virus maut yang sedang teruk menyerang negara China. Menurut Daily Mail, Song Yingjie, 27, merupakan seorang ketua paramedik di sebuah klinik di wilayah Hunan yang terletak di sempadan Hubei iaitu tempat dimana wabak […]

Penduduk Wuhan Resah Asap Tebal Disyaki Mayat Mangsa Koronavirus Dibakar
Rakaman mengerikan di Wuhan memperlihatkan langit diliputi dengan kabus tebal telah mengundang kebimbangan. Video-video yang tersebar menunjukkan bandar Wuhan diselubungi dengan ‘jerebu’ misteri menjadi ura-ura para penduduk setempat. Keadaan ini menyebabkan kebimbangan asap tersebut adalah hasil asap ‘crematorium’ yang membakar mayat mangsa wabak koronavirus. Ia datang sehari selepas Suruhanjaya Kesihatan Nasional di China melarang sebarang […]
12 Tentera Israel Cedera Parah Dilanggar Kereta, Remaja Palestin Terbunuh
Seorang lelaki Palestin bertindak menghentam keretanya ke arah sekumpulan tentera awal pagi ini di Jerusalem telah mencederakan 12 orang anggota tentera Israel. Manakala di Tebing Barat, seorang remaja Palestin berusia 19 tahun terbunuh dalam pertempuran dengan ketenteraan Israel. Menurut jurucakap tentera Israel, Lt.Col Jonathan berkata salah seorang daripada 12 yang cedera di Jerusalem mengalami cedera […]
Koronavirus: “Jangan Ditipu Oleh Orang Yang Jual Produk Konon Boleh Rawat Penyakit” – Dr Amalina
Perkongsian Dr Amalina menerusi laman Twitter miliknya mengenai Koronavirus telah menarik perhatian ramai orang. Dr Amalina yang berkongsikan satu kajian yang menjelaskan bagaimana Baricitinib dikatakan sebagai rawatan berpotensi untuk penyakit pernafasan 2019-nCoV. Menerusi ciapan yang seterusnya, Dr Amalina menjelaskan bahawa kajian lanjut perlu dilakukan bagi membuktikan perkara tersebut. Disebabkan perkongsian itu, ada juga yang bertanyakan […]
China: Hospital Sementara Mula Terima Pesakit Koronavirus
WUHAN, 6 Feb (Bernama) — Sebuah pusat pameran di Wuhan yang diubah suai menjadi hospital sementara untuk merawat pesakit yang dijangkiti novel koronavirus, memulakan operasinya pada Rabu lapor agensi berita Xinhua. Hospital itu mempunyai kira-kira 1,600 katil. Selain itu, dua lagi kemudahan awam yang diubah suai menjadi hospital sementara, dilengkapi 2,800 katil mula menerima pesakit […]
Suka Pakai “Earphone” Sambil Tonton Drama, Wanita Ini Jadi Pekak Sebelah Telinga
Seorang perempuan di Taiwan mengalami masalah pekak sebelah telinga selepas memakai earphone dalam jangka masa tempoh yang lama. Wanita yang lebih dikenali sebagai Xiao Jing, 28, mempunyai satu tabiat iaitu menonton drama kegemarannya setiap hari selepas pulang dari kerja. Dia menonton drama dengan memakai set earphone sehingga lewat malam. Kemudiannya, selepas sebulan dia mendapati sebelah […]

(Video) Rakaman Awan Bulat Dikaitkan Dengan UFO Di Langit Rusia Cetus Persoalan
Rakaman aneh dua awan berbentuk persis cincin besar muncul di langit dipercaya di sebuah bandar Rusia telah menjadi perdebatan media sosial. Video yang telah tersebar itu menunjukkan dua awan seperti cakera terapung sebelum menghilang. Menjelang saat akhir rakaman video tersebut, pesawat dilihat menuju ke arah cincin langit dan menembusi bulatan pertama. Media tempatan berkata cincin […]