Berita›Luar Negara
Koronavirus: AS Keluar Nasihat Perjalanan Baharu
WASHINGTON, 31 Jan (Bernama) — Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengeluarkan nasihat perjalanan baharu, yang melarang rakyatnya mengunjungi China berikutan penularan wabak novel koronavirus, lapor agensi berita Anadolu. Tahap Empat – Larangan perjalanan dibuat selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak maut itu sebagai darurat kesihatan global. “Pengembara perlu bersedia untuk larangan perjalanan dikuatkuasakan […]
UK Tinggalkan EU Mulai Hari Ini
BRUSSELS, 31 Jan (Bernama) — Bagi pihak negara anggota Kesatuan Eropah (EU), Majlis EU meluluskan keputusan untuk menyempurnakan perjanjian bagi membolehkan United Kingdom (UK) keluar daripada blok berkenaan, menurut kenyataan pada Khamis. Agensi berita Xinhua melaporkan keputusan berkenaan dibuat sehari selepas sesi plenari Parlimen Eropah meluluskan perjanjian Brexit dengan 621 menyokong, 49 menentang dan 13 […]
(Video) Kasih Ayah, Lelaki Sanggup Terjun & Peluk Anak Terjatuh Di Landasan Kereta Api Dari Digilis
Kasih seorang ayah tiada penghujungnya. Biarpun terpaksa menggadai nyawa sendiri, seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi anaknya. Dalam satu video perkongsian wartawan Timur Tengah, Jenan Moussa, seorang ayah bertindak memeluk anaknya didakwa bagi melindungi si anak yang terjatuh ke landasan keretapi. “Seorang perempuan jatuh ke atas landasan keretapi di Mesir. Ayahnya melompat ke […]
Sebelum ‘Dijangkiti’, Wuhan Bandar Berteknologi Tinggi, Penyumbang Ekonomi Terbesar China
Nama daerah Wuhan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia ekoran koronavirus dikenal pasti bermula dari daerah berkenaan. Wabak koronavirus telah menyebabkan kebimbangan kepada komuniti dunia ekoran telah mencatatkan ratusan kematian. Nama Wuhan terus disebut hari demi hari sejak wujudnya virus ini. Malah, ada yang tidak pernah tahu akan kewujudan dan keberadaannya. Seperti daerah lain, Wuhan juga […]
Tokyo: Pendakwa Peroleh Waran Tangkap Baharu Terhadap Bekas Bos Nissan
TOKYO, 31 Jan (Bernama) — Pihak pendakwa di Tokyo memperoleh waran tangkap baharu terhadap bekas bos Nissan Motor Co, Carlos Ghosn, kerana melanggar undang-undang imigresen Jepun, menurut sumber pada Khamis. Beliau yang ditahan pada November 2018 kerana didakwa melakukan penyelewengan, dibebaskan dengan ikat jamin pada April 2019 yang menghalangnya meninggalkan negara itu. Agensi berita Xinhua […]
Suhu Panas Melampau Dijangka Landa Australia Minggu Ini, Beri Risiko Kebakaran Semula Hutan
Fenomena gelombang panas melampau dilaporkan akan melanda bumi Australia bermula hari ini dengan suhu 45C dan ianya memberikan peningkatan risiko kebakaran hutan. Mercury akan melanda di barat Sydney dengan suhu 38C, dan Melbourne akan menjadi ibu negara terpanas ketika suhu melambung sehingga 43C. Keadaan ini akan menjejaskan pertandingan Terbuka Australia yang sedang berlansung. Pihak pengendali […]
(Video) Gempar, Nelayan Dakwa Tangkap Makhluk Misteri ‘Berkaki’ Tiga, Rupa Macam Sotong Kurita
Seorang nelayan terkejut apabila menjumpai satu hidupan laut yang aneh kerana mempunyai sesungut seperti sotong kurita namun hanya terdapat 3 sesungut sahaja berbanding sotong kurita yang mempunyai 8 sesungut. Menerusi satu video pendek yang tular di laman sosial itu, kelihatan binatang aneh itu mempunyai ciri-ciri yang agak pelik dengan mempunyai kepala dan mulut yang besar […]

Dua Ditahan Sebar Berita Tidak Benar Mengenai Koronavirus Di Thailand
Bangkok : Dua orang ditahan di Thailand kerana didakwa menyebarkan berita tidak benar mengenai wabak novel koronavirus, kata Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat pada Khamis lapor agensi berita Xinhua. “Kami memantau rapat berita dan khabar angin mengenai wabak koronavirus di media sosial dan media dalam talian melalui Pusat Anti Berita Tidak Benar Thailand untuk memastikan […]
Tiada Keputusan Kabinet Sekat Penerbangan Dari China Setakat Ini -Anthony Loke
SEREMBAN, 31 Jan (Bernama) — Tiada keputusan setakat ini dibuat bagi menyekat penerbangan dari China ke Malaysia di sebalik langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar darurat kesihatan global pada Khamis berhubung jangkitan 2018 novel koronavirus. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata sebarang keputusan mengenai perkara itu perlu dibuat secara bersama oleh Kabinet termasuk mengambil […]
Lelaki Ini Kongsikan Contoh Nama Lain Babi Pada Makanan Jika Anda Melancong Ke Eropah
Pasti ramai diantara kita yang pernah melancong ke luar negara mahupun berpengalaman tinggal di luar negara atas pelbagai urusan. Dan sememangnya semua orang pasti mengetahui bahawa kebanyakan negara terutamanya di bahagian eropah yang majoriti rakyatnya terdiri bukan daripada beragama Islam. Sebagai seorang yang beragama Islam, kita telah dilarang untuk menyentuh atau pun memakan babi. Justeru […]

(Video) Panik Dijangkiti, Penduduk Guna Botol Lindungi Diri
Kedatangan koronavirus yang melanda beberapa buah negara telah menyebabkan berlakunya banyak kekalutan. Perkara ini ekoran telah dicatatkan kematian yang telah mencecah lebih 200 orang. Dengan bilangan tersebut, ramai yang bimbang sekiranya mereka juga terkena virus yang dikatakan berasal dari daerah Wuhan, China. Disebabkan itu, rata-rata mereka menggunakan alat perlindungan seperti topeng muka bagi mengurangkan risiko […]

Harap Februari Lebih Baik, Netizen Senarai ‘Kerosakkan’ Dunia
Kedatangan tahun 2020 diharapkan dapat memberikan sinar baharu kepada kehidupan semua orang. Pun begitu, semuanya bagaikan tidak sama seperti yang diingini apabila pelbagai kekalutan yang berlaku. Begitulah situasi yang memenuhi kalendar Januari tahun 2020 di mana terdapat pelbagai bencana, tragedi dan wabak penyakit yang berlaku. Antara kebimbangan komuniti dunia ialah konflik yang berlaku di antara […]
Selepas 2 Kes Koronavirus, Giliran Itali Dilapor Gantung Penerbangan Dari & Ke China
Itali, 31 Jan – Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan semua penerbangan dari China dihentikan bagi mengelakkan penyebaran wabak koronavirus, lapor CNN. “Kami mempunyai dua kes disyaki koronavirus dan baru menerima maklumat baru. Kedua-dua kes telah disahkan (positif),” katanya di sidang media bersama Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza semalam. Susulan itu, kerajaan Itali bertindak menyekat […]

(Video) Wanita Cemas Ingatkan Diacu ‘Pistol’ Rupanya Alat Pengesan Suhu Haba
Wabak koronavirus yang sedang melanda dunia sekarang ini telah menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pelbagai langkah dilakukan untuk mencegah daripada virus ini terus merebak. Bagi medium pengangkutan awam, setiap pemandu akan mengesan suhu penumpang sebelum dibenarkan masuk bersama penumpang lain. Namun lain pula yang berlaku menerusi satu rakaman tular di media sosial. Menerusi […]
Koronavirus: WHO Isytihar Darurat Kesihatan Global, Kes Jangkitan Makin Meningkat
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak koronavirus baharu sebagai ‘darurat kesihatan global’, selepas Jawatankuasa darurat bermesyuarat pada Khamis di Geneva. Minggu lalu, WHO menyatakan bahawa virus tersebut belum lagi sampai ke tahap yang memerlukan pengisytiharan darurat. Tetapi dengan jumlah kes yang semakin meningkat serta bukti jangkitan dari manusia ke manusia betul-betul berlaku, kepimpinan WHO […]
Enam Pesakit Koronavirus Dibenarkan Keluar Hospital Di Thailand
BANGKOK, 30 Jan (Bernama) — Enam daripada 14 pesakit 2019 novel koronavirus dibenarkan keluar hospital, kata Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Thailand Dr Sukhum Kanchanapimai. Beliau berkata pada masa ini terdapat 135 pesakit disyaki dijangkiti virus itu dikuarantin di hospital. “Lapan lagi pesakit yang disahkan dijangkiti virus itu masih menerima rawatan di hospital. Mereka semakin pulih, “ kata […]
IKEA Tutup 30 Cawangan Di China Akibat Penularan Koronavirus
Pusat perabot IKEA di seluruh China akan ditutup buat sementara waktu hingga ada notis baru dikeluarkan. Penututpan itu dilakukan akibat daripada penularan wabak koronavirus yang melanda negara itu. IKEA yang mempunyai 30 cawangan di seluruh China, termasuk di Wuhan. IKEA merupakan tempat popular yang sering menjadi kunjungan orang ramai. Perkara tersebut boleh mengundang kepada jangkitan […]

Cristiano Ronaldo Jadi Orang Pertama Di Dunia, Capai 200 Juta “Follower” Di Instagram
Cristiano Ronaldo memecah rekod jumlah pengikut di Instagram. Dia dikatakan telah menjadi orang pertama yang mempunyai 200 juta pengikut di Instagram. Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram miliknya @cristiano, dia memuat naik video sejak dia masih kecil hingga kini dengan memberi ucapan terima kasih kepada para pengikutnya di Instagram yang sekarang berjumlah 200 juta. https://www.instagram.com/p/B76UQsQIHSU/?utm_source=ig_embed Angka […]
India Sahkan Kes Pertama Koronavirus
NEW DELHI, 30 Jan – India melaporkan kes koronavirus pertama ketika negara diletakkan dalam keadaan berwaspada terhadap penularan virus yang mula dikesan di China itu. Seorang pelajar dari selatan Kerala yang menuntut di Universiti Wuhan,China didapati positif dijangkiti virus berkenaan. “Ujian terhadap pesakit itu didapati positif dijangkiti novel koronavirus dan kini ditempatkan di wad pengasingan. […]

Tenis: Kenin Tumpaskan Pemain Nombor Satu Dunia
ANKARA, 30 Jan (Bernama) — Pemain tenis Amerika, Sofia Kenin, melangkah ke pentas akhir Terbuka Australia 2020 selepas berjaya menjinakkan pemain nombor satu dunia Ashleigh Barty pada pusingan separuh akhir perseorangan wanita, lapor agensi berita Anadolu. Kenin, 21, yang merupakan pilihan ke-14, menumpaskan Barty dari Australia dengan keputusan straight set 7-6, 7-5 di Melbourne pada […]