Berita›Luar Negara
Serangan Peluru Berpandu Ke Atas Pangkalan Tentera: Iraq Akan Panggil Duta Iran
BAGHDAD, 9 Jan (Bernama) — Kementerian Luar Iraq pada Rabu berkata ia akan memanggil duta Iran berhubung serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera di negara itu yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) dan tentera pasukan gabungan, lapor agensi berita China Xinhua. Kenyataan kementerian itu menyebut ia menolak serangan peluru berpandu oleh Iran dan menganggapnya […]

Berang Makanan Dihurung Semut, Suami Simbah Isteri Dengan Air Panas
Tak dapat terima makanannya dihurungi oleh semut, seorang suami di Indonesia tergamak menyimbah isterinya dengan air panas bagi melepaskan kemarahannya. Lelaki 25 tahun itu menyiram air panas di belakang isterinya serta melepaskan geramnya dengan menumbuk dan menendang mangsa. Pihak polis mengesahkan bahawa suspek telah ditahan di Jalan Sudirman Garut, Jawa Barat semalam. Isterinya juga telah […]

Negara Asia Resah, Wabak Pneumonia Kembali
Satu penyakit pernafasan misteri ‘menggegarkan’ pusat bandar China sekaligus meletakkan negara-negara di Asia Tenggara dalam langkah berjaga-jaga selepas dikatakan telah tersebar ke Singapura. Malaysia, Vietnam dan Thailand telah mula melakukan pemeriksaan terhadap semua penumpang yang tiba dari bandar Wuhan, di mana berpuluh-puluh orang telah dijangkiti. Di Singapura, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dijangkiti […]
Serang Pangkalan Tentera AS, Iran Dipercayai Sengaja Elak Korban Nyawa
Semalam, dilaporkan bahawa Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu menghala ke arah wilayah Al Anbar, Iraq. Serangan itu juga dikatakan adalah tindak balas terhadap serangan udara yang diarahkan oleh Donald Trump sehingga mengorbankan Qassim Soleimani. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang terkesan dengan perkara tersebut memaklumkan bahawa semuanya berada dalam keadaan yang baik. All is […]
(Gambar) Dakwa Ada ‘Lubang Misteri’ Di Badan Pesawat, Pakar Kaitkan Nahas Pesawat Ukraine Dengan Tragedi MH17
15 kanak-kanak termasuk seorang bayi terkorban dalam tragedi nahas udara di Iran yang membunuh warga Iran (82), Kanada (63), Ukraine (11), Sweden (10), Afghanistan (4), Jerman (3) dan British (3). Pesawat PS752 dilaporkan terhempas hanya beberapa minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, Tehran, Iran pada awal pagi semalam. Tragedi yang berlaku ketika krisis […]
Presiden Turki Suarakan Kebimbangan Terhadap Ketengangan Antara AS Dan Iran
ISTANBUL, 9 Jan (Bernama) — Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Rabu berkata ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran telah mencecah satu tahap yang tidak pernah diingini Turki, lapor agensi berita China Xinhua. “Tiada siapa pun berhak menjerumuskan rantau ini ke kancah yang penuh dengan api persengketaan,” kata Erdogan pada majlis perasmian projek saluran paip […]
Kerajaan Bagi Rumah Percuma Untuk Rakyatnya Yang Tiada Rumah, Hidup Warga Finland Kini lebih Stabil
Di Finland, bilangan golongan gelandangan yang terdapat di negara itu turun secara mendadak. Puncanya adalah, negara tersebut dikatakan menggunakan konsep “Rumah Pertama” ke atas rakyatnya. Golongan gelandangan yang tiada tempat tinggal ini akan diberikan sebuah apartment kecil serta kaunseling tanpa ada sebarang syarat yang membebankan. 4 daripada 5 orang rakyatnya yang mempunyai masalah ini kini […]
Sekolah Ini Dipuji, Gantikan Homework Dengan Tugasan ‘Berkelakuan Baik’ Untuk Semua Pelajarnya
Sesuatu yang unik dan wajar diberi pujian atas usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah di Ireland yang telah menggantikan kerja rumah kepada ‘berkelakuan baik’. Sebuah sekolah rendah di Clonakilty memutuskan untuk menghapuskan kerja rumah dan digantikan dengan’berkelakuan baik’ selama sebulan untuk mendidik para pelajar supaya melakukan kebaikan kepada seluruh masyarakat. Hal ini dilakukan bertujuan […]

Kebakaran Di Australia Dijangka Terus Menyala Beberapa Bulan Lagi – Perdana Menteri
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang dahsyat di negara itu mungkin akan terus menyala untuk beberapa bulan yang mendatang. Sekurang-kurangnya 24 orang telah meninggal dunia sejak kebakaran yang bermula pada September lalu. Kualiti udara di ibu kota Canberra pada minggu ini juga dinilai paling teruk di dunia. Morrison mengumumkan […]
Agensi Perisikan Barat Percaya Tiada Bukti Pesawat Ukraine Terhempas Kerana Ditembak Peluru Berpandu
Penilaian awal yang dibuat oleh Agensi Perisikan Barat berkenaan dengan tragedi pesawat penumpang Ukraine yang terhempas di Iran semalam mendapati bahawa pesawat itu terhempas bukan kerana ditembak oleh perluru berpandu, lapor sumber dari agensi keselamatan Kanada. Menurut sumber yang tidak mahu dikenali, dia menyatakan bahawa pihak agensi percaya bahawa pesawat Boeing 737 hanya mengalami masalah […]

Mengamuk Cari Air, Puluhan Unta Di Australia Terpaksa Dibunuh
Sehingga 10,000 ekor unta ditembak mati dari helikopter kerana haba yang melampau dan kemarau di Australia Selatan. Penduduk setempat telah melaporkan kumpulan besar unta mengamuk melalui bandar-bandar, merosakkan bangunan dan menimbulkan ancaman kepada penduduk. Pemusnahan lima hari bermula pada hari Rabu di kawasan Anangu Pitjantjatjara Yankunytjatjara (APY), kawasan minor penduduk Australia Selatan. “Memandangkan keadaan kering […]
(Gambar) Jodoh Tiga Hari, Pengantin Baru Antara Mangsa Tragedi Pesawat Terhempas Di Iran
Arash Pourzarabi, 26 dan Pouneh Gourji, 25 tidak menyangka tanggal 8 Januari 2020 bakal menjadi hari penerbangan terakhir mereka. Apa yang mereka fikir, mereka hanya ingin memulakan hidup baru di negara tanah tumpah darah mereka setelah melangsungkan pernikahan di Iran tiga hari sebelumnya. Kedua-dua pengantin yang merupakan graduan di Tehran Sharif University ini antara 63 […]
(Video) Kenakan Beberapa Sekatan Ke Atas Iran, AS Sedia Untuk Berbaik
Semalam, Iran telah bertindak melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Iraq yang dikatakan bertujuan membalas dendam atas kematian komander tertinggi mereka, Qassim Soleimani. Ekoran daripada serangan itu, Trump mengesahkan bahawa tiada anggota tentera Amerika yang terkorban dan kerosakan yang berlaku adalah pada kadar yang minimum. Melalui ucapan yang dibuat oleh Donald Trump, Amerika Syarikat (AS) […]
Giliran Baghdad Diserang, Dua Roket ‘Tembus’ Zon Hijau
Selepas serangan peluru berpandu yang dilancarkan daripada Iran semalam, satu lagi serangan dilaporkan telah berlaku menghala ke Baghdad. Menurut laporan media antarabangsa, dua siri letupan kedengaran pada lewat malam Rabu waktu tempatan. Memetik daripada sumber keselamatan, Agence France-Presse telah melaporkan bahawa dua roket telah meledak sehingga menyebabkan kebakaran dan letupan di kawasan ‘Green Zone’ yang […]
Jadi Makin Serius? Ini Kisah Di Sebalik Hubungan ‘Panas’ Iran-AS Dan Kenapa Iraq Terlibat
Keputusan Presiden Donald Trump untuk membunuh Qasem Soleimani telah membuatkan masyarakat antarabangsa berasa goyah. Sebelum kes ini pergi dengan lebih lanjut, terdahulunya AS telah membunuh seorang jeneral Iran di Iraq – sebuah negara di mana ia telah memelihara kehadiran ketenteraan yang berterusan sejak pencerobohan tahun 2003 untuk menggulingkan Saddam Hussein. Bagaimanapun hubungan buruk antara AS […]
Sebak, Anak Patung & Buku Kanak-Kanak Ditemui Di Tapak Kejadian Pesawat Terhempas
Menurut laporan televisyen negara Iran, semua mangsa yang menaiki pesawat Ukraine yang terhempas di Iran telah terkorban. Ketua Jabatan Kecemasan Iran mengatakan bahawa terdapat 179 penumpang dan anak kapal di atas pesawat yang jatuh, termasuk 147 warga Iran dan 32 warga asing. Dipercayai bahawa beberapa penumpang mungkin memiliki dua kewarganegaraan. Rasa hibar dengan tragedi tersebut […]

Gadis-Gadis Muslim Di Australia Jadi Hero, Sediakan Makanan Untuk Anggota Bomba Padam Kebakaran
Sekumpulan sukarelawan yang dianggotai wanita-wanita muslim sanggup travel ke Victoria untuk menghulurkan bantuan kepada anggota-anggota Bomba yang memadamkan kebakaran besar yang berlaku di Australia. Ahli-ahli Newport Islamic Society memasak makanan untuk anggota bomba yang kepenatan di Brigade Bomba Sukarela Johnsonville, Australia pada hujung minggu. Para bomba yang sangat berani itu telah bekerja tanpa mengenal penat […]

(Video) Lelaki Sempat Rakam Detik-Detik Dipercayai Pesawat Ukraine Sebelum Terhempas
Baru sahaja tadi dunia digemparkan dengan pesawat penumpang milik Ukraine yang terhempas di Iran . Kini terdapat maklumat yang dikatakan telah dikemaskini dimuatnaik di laman Twitter Global Breaking News. Pesawat Ukraine PS752 berlepas dari Tehran menuju ke Kiev. Kemudiannya, pesawat itu dilaporkan terhempas selepas beberapa minit berada di udara. Kesemua mangsa telah disahkan terkorban. Orang […]
Tragedi Pesawat Ukraine Terhempas: Semua 176 Penumpang Disahkan Terkorban
Pesawat penumpang milik Ukraine dipercayai terhempas di Iran. Kesemua 176 orang yang menaiki pesawat International Airlines Boeing 737 Ukraine yang terhempas selepas berlepas dari Tehran telah meninggal dunia, laporan TV negera Iran. Berikutan dengan perkara tersebut, Ukraine International Airlines mengeluarkan kenyataan mengatakan ia telah menggantung semua penerbangannya ke Tehran sehingga diberitahu. Ia juga mengesahkan bahawa […]
Selepas Serangan, Iran Dakwa Lebih 80 Rakyat AS Terkorban & Ratusan Cedera
Susulan daripada serangan peluru berpandu yang dilancarkan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) menyatakan bahawa kira-kira 80 warga Amerika Syarikat telah berjaya dibunuh dan hampir 200 lagi tercedera dalam serangan tersebut. Peluru berpandu Iran yang mensasarkan pangkalan tentera Amerika Ain al-Asad di Iraq itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan yang dilakukan ke atas Mejar Jeneral […]