Berita›Luar Negara
(Video) Dari Depan Bangun Ambil Beg Dan Turun, Netizen Kagum Cara Penumpang Kanada Turun ‘Flight’
Setelah menempuh beberapa jam penerbangan di udara, penumpang kapal terbang kebiasaannya sudah pasti ingin turun secepat mungkin daripada pesawat tersebut. Namun, disebabkan laluan di antara tempat duduk penumpang begitu kecil dan hanya memuatkan seorang sahaja, ianya akan menyukarkan proses pergerakan turun. Tambahan lagi, sikap penumpang yang tidak sabar juga boleh merumitkan keadaan. Namun, lain pula […]
Dituduh Dah Tiada Dara, Atlet Gimnastik Digugurkan Daripada Sukan Sea 2019
Kekecewaan dirasakan oleh seluruh keluarga kepada salah seorang atlet Gimnastik Indonesia apabila dia dipaksa pulang ke tanah air dipercayai ekoran dituduh sudah tidak mempunyai dara. Tindakan menghantar pulang atlet berkenaan ke Indonesia telah membuatkan impian atlet gimnastik itu untuk mengharumkan nama Indonesia di pentas Sukan Sea 2019 lebur. Isu keperawanan atlet berkenaan bagaimanapun telah mendapat […]

(Video) Remaja Buta Warna Menangis Pertama Kali Lihat Warna ‘Sebenar’ Lepas Pakai Kaca Mata Khas
Satu momen mengharukan telah tular di media sosial yang menyaksikan seorang kanak-kanak buta warna buat pertama kalinya boleh melihat warna ‘sebenar’ apabila dia memakai kaca mata khas. Momen yang dirakam di sebuah sekolah di Cottonwood, Minnesota pada minggu lalu itu memperlihatkan Jonathan Jones, 12, menangis selepas guru besarnya yang juga buta warna meminjamkan cermin mata […]
Kena Hentak Sampai Nampak Otak, Wanita Maut Ditukul Bekas Kekasih
Seorang wanita maut dalam keadaan sebahagian daripada otaknya terdedah apabila bekas teman lelakinya memukul kepala mangsa menggunakan tukul pada malam hari lahirnya yang ke-33. Sandra Zmijan ditemui maut di taman belakang rumah bekas kekasihnya, Wojciech Tadewicz di London pada September tahun lalu. Wanita itu dikatakan mengambil masa satu jam sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah […]
Pakaian Kebangsaan ‘Gah’ Merentasi Philippine Arena
BULACAN (Filipina), 30 Nov (Bernama) — Sukan SEA ke-30 kini dengan rasminya telah bermula dengan berlangsungnya acara perasmian secara gilang gemilang di Philippine Arena di sini, sebentar tadi. Jelas terpancar semangat kesukanan, kekeluargaan dan warna warni negara-negara Asia Tenggara di sepanjang majlis berlangsung. Seperti kelaziman, acara ‘wajib’ perasmian adalah perarakan masuk atlet-atlet negara dan malam […]

Jatuh Gunung Dari Ketinggian 1,000 Kaki, Pendaki Solo Terkenal Dunia Maut
Pendaki solo terkenal dunia, maut setelah terjatuh dari ketinggian 1,000 kaki sewaktu melakukan pendakian di Mexico pada Rabu lalu. Brad Gobright, pada ketika itu sedang menuruni puncak El Potero Chico, berdekatan bandar Monterrey, bersama seorang lagi rakan pendaki, Aidan Jacobson. Sewaktu kejadian, dia sedang menuruni gunung bersama-sama rakannya itu dengan menggunakan tali sebelum terjatuh ke atas […]

Satu Dari 500 Ribu Kelahiran, Bayi Lahir Dengan Kembar Berada Dalam Rahimnya
Satu daripada 500 ribu kelahiran, seorang wanita melahirkan seorang bayi perempuan di mana bayi tersebut ‘mengandungkan’ kembarnya. Ibu bayi berkenaan, Monica Vega dimaklumkan doktor bahawa dia sebenarnya hamil anak kembar. Namun, doktor mendapati terdapat sesuatu yang aneh apabila terdapat dua tali pusat di dalam rahim Monica tetapi gagal mengesan kembar keduanya. Hasil pemeriksaan kejadian tyang […]
“Tapi Saya Tak Bawa Cash,” Wanita Terkejut, Pengemis Kata Boleh Sedekah Guna Wechat Pay
Aplikasi WeChat sememangnya sangat terkenal dengan penggunaannya di negara China. Boleh dikatakan kebanyakan urusan oleh warganegara China berlegar melalui aplikasi itu. Selain daripada berhubung, aplikasi WeChat juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran tanpa tunai melalui WeChat Pay. Ia merupakan satu kemajuan yang ditonjolkan negara China apabila gerai-gerai kecil di tepi jalan juga menyediakan perkhidmatan ini. […]
Mak Didakwa Sibuk Main Telefon Hingga Tak Sedar Anak Terjatuh Kolam, Ditemui Lemas & Muka ‘Biru’
Cyprus – Seorang kanak-kanak 4 tahun mati lemas setelah terjatuh ke dalam kolam dewasa di sebuah hotel di sini ketika ibunya didakwa sedang sibuk menjawab panggilan. Mya Piper berjalan bersama adik lelakinya, Jonah dari kolam kanak-kanak ke kolam dewasa ketika ibu mereka sedang menjawab satu panggilan penting. Kira-kira 5 minit kemudian, ibu mereka, Lisa, 40, […]
Dipercayai Ibu Habiskan Duit Beli Arak, Anak Sendiri Kelaparan Terpaksa Makan Polysterine Untuk Ikat Perut
Dua kanak-kanak malang masing-masing berumur lima tahun dan setahun diabaikan oleh ibunya dalam keadaan lapar di sebuah rumah sehingga terpaksa makan polysterine dan kertas di Ukraine. Diana dan Anya, berusia lima tahun dan setahun, hidup dalam keadaan yang sangat sedih bersama ibu serta teman lelakinya di Dnipro. Menurut doktor, ibunya yang berusia 25 tahun tidak […]
Demi Nak Miliki Iphone 11, Pengasuh Kantoi Sanggup Jual Kanak-Kanak Jagaannya Atas Talian
Seorang wanita Vietnam sanggup melakukan perkara yang diluar jangkaan dengan menjual cucu perempuan jirannya demi mendapatkan sebuah iPhone 11. Thai Thi Bich Hanh, 42, ditahan oleh pihak polis di wilayah An Giang kerana menjual seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun kepada seorang kenalan yang dikenalinya secara atas talian. Kanak-kanak itu tinggal bersama neneknya yang merupakan […]

Dua Maut, Tiga Cedera Serangan Di London Bridge
London : Pesuruhjaya Polis Metropolitan Cressida Dick pada Jumaat mengesahkan dua orang yang cedera dalam serangan di London Bridge, meninggal dunia dan tiga lagi masih dirawat di hospital. Polis sebelum ini menyatakan suspek mati di tempat kejadian dan peranti yang dipakai oleh suspek adalah bom palsu. Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, berkata siasatan masih diteruskan. […]

Didakwa Rogol, Sebar Video Lucah, 2 Lelaki Bintang K-pop Dihukum Penjara
Dua bintang K-pop dijatuhi hukuman penjara hingga enam dan lima tahun atas kesalahan merogol dan mengedarkan video seks yang diambil tanpa kerelaan pasangannya. Satu daripada mereka dikatakan telah merogol wanita yang mabuk itu tanpa sedar. Dia telah merakam video mesra antara mereka kemudian menyebarkan rakaman itu tanpa keizinan wanita berkenaan. Dia mengongsikan video berkenaan di […]
Bayi 14 Hari Dibiarkan Mati Dalam Penjara, Tak Diberi Rawatan Kerana Alasan Ini Yang Tak Munasabah
Seorang bayi berusia dua minggu dilaporkan meninggal dunia di sebuah penjara selepas kakitangan di sana dituduh enggan memberikan rawatan keatas bayi tersebut atas alasan bukan penghuni disana. Bayi tersebut dilaporkan tidak sedarkan diri selama 30 minit di penjara Dame Phyllis Frost Center yang menempatkan ibu dan anak di Victoria, Australia. Seorang penghuni di sana cuba […]

(Video) Santa Claus Pun Kena Pergi Sekolah, Belajar Benda ‘Basic’ Jadi Santa Sebelum Krismas
Perayaan Hari Krismas akan kembali beberapa minggu sahaja lagi dan masyarakat Kristian telah melakukan persediaan awal untuk menyambut perayaan tersebut. Seperti yang diketahui, ada seorang figura yang sangat sinonim dengan Hari Krismas iaitu Santa Claus yang sangat ditunggu-tunggu terutama oleh golongan kanak-kanak. Mungkin ada yang mengganggap bahawa menjadi Santa Claus adalah sangat mudah iaitu dengan […]
Pemuda Terkapai-Kapai & Mati Lemas Di Kuari, Rakan-Rakan Dipercayai Hanya Lihat & Rakam
Seorang remaja lelaki dipercayai hanya dibiarkan lemas oleh dua rakannya ketika sedang mandi di sebuah kuari terbiar di Kalburgi, Karnataka pada 15 November yang lalu. Jaffer Ayub, 19 tahun telah mandi bersama-sama dua lagi rakannya di kuari tersebut. Dia mula dilihat terkapai-kapai di dalam kauri berkenaan sendirian tanpa dibantu oleh rakannya. Ayub tenggelam timbul di […]
Wanita Hamil Temui Ajal, Jadi Mangsa Panah Bekas Suami Tak Boleh Terima Hakikat Sudah Bercerai
London – Seorang wanita hamil lapan bulan maut akibat kecederaan parah setelah terkena anak panah dilepaskan bekas suaminya. Anak panah yang menembusi jantungnya hanya beberapa milimeter hampir mengenai kepala bayi yang dikandung mangsa. Devi, 35 maut apabila anak panah sepanjang 18 inci menembusi pinggang sehingga ke jantungnya setelah diserang bekas suami Ramanodge Unmathalla, 51, yang […]
Kecoh Serangan Terbaru Di London Bridge, Dr Amalina Terkenang Detik Cemas Serangan Pertama Tahun 2017
Semalam, kecoh di media sosial mengenai serangan yang berlaku di atas London Bridge sehingga menyebabkan kematian. Menurut laporan portal Independent, dua orang awam telah dilaporkan mati akibat ditikam oleh penyerang. Ekoran daripada tindakan menikam orang awam, pihak polis tempatan telah menembak mati penyerang tersebut agar tidak menyebabkan keadaan bertambah buruk. Selain itu, dilaporkan beberapa orang […]

(Video) Polis Tembak Mati Seorang Lelaki Atas London Bridge Selepas Didakwa Cederakan Orang Awam
Seorang Polis bersenjata didakwa telah menembak seorang lelaki di London Bridge dalam insiden yang menyebabkan seorang mati dan lima orang cedera. Kejadian berlaku apabila terdapat pergelutan antara lima orang mangsa itu sebelum pegawai polis bersenjata itu masuk yang cuba untuk meleraikan pergelutan tersebut. Peristiwa seperti itu dikatakan pernah berlaku 3 tahun yang lalu, dimana serangan […]

Wanita Rentung Dijumpai Bawah Jambatan Selepas Dipercayai Diperkosa
Seorang wanita ditemui rentung di bawah jambatan di India selepas diperkosa dan dibunuh oleh seorang lelaki yang didakwa ingin membantunya. Wanita yang berusia dua puluhan itu dikatakan dalam perjalanan pulang berhampiran Hyderabad sebelum diperkosa dan dibakar. Pihak polis telah menemui pakaian, kasut serta motosikalnya berhampiran jalan tol dan pengecaman dilakukan dengan loket yang dipakainya. Empat […]