Berita›Luar Negara
Suspek Didakwa Mati Dalam Penjara Lepas Ditahan ‘Suap’ Anak Dengan Heroin
Seorang lelaki yang sebelum ini didakwa melakukan cubaan membunuh bekas teman wanita dan menyuntik dadah jenis heroin ke mulut bayi perempuannya sendiri disahkan meninggal dunia semasa masih lagi berada dalam tahanan penjara. Roger Weir, 52, dipenjarakan di HMP Berwyn di Wrexham telah dikejarkan ke hospital yang terletak di bandar Maelor setelah mengalami kesakitan di bahagian […]
Kanak-kanak Lelaki Tiga Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Empat
Edward Popadiuc berusia tiga tahun meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat rumahnya di Court Bridge, Harrow. Saksi kejadian, Naznaz Ismael, 50, dia mendengar jeritan ibu Edward yang menjerit apabila anaknya jatuh dari tingkap tersebut. Dia memberitahu Sun Online: “Saya mendengar jeritan dan tangisan. Kelihatan satu tubuh berada di atas lantai ketika itu. “Ayahnya menjerit […]
(Video) Rakaman Detik Cemas, Gempa 5.8 Magnitud Landa Iran
Menurut Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat, satu gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda barat laut Iran pada awal pagi tadi. Gempa itu dilaporkan berlaku pada jam 2.17 pagi waktu tempatan dan dilaporkan mempunyai gegaran yang sangat kuat. Ekoran itu, ramai yang panik dan bergegas keluar daripada rumah mereka. Pada awalnya, gempa itu dilaporkan berukuran 6.0 oleh […]
Suami Didakwa Bunuh Diri Lepas Dipercayai Penggal Kepala Isteri, Kelar Leher Anak
Seorang lelaki telah didakwa bertindak memenggal kepala isteri serta mengelar leher anaknya yang berusia 5 tahun sebelum menggantung dirinya beberapa jam sebelum perbicaraan kes perceraiannya dijalankan, lapor pihak polis. Menurut New York Daily News, Pihak polis telah menjumpai kepala, Jennifer Schlecht, 42, diletakkan di atas pangkuannya di bilik mandi sebuah pangsapuri di New York pada […]

Momen Menyayat Hati, Tiga Ekor Beruang Selamatkan Anak Dilanggar Kereta
Tiga ekor beruang bahayakan nyawa mereka demi menyelamatkan anak beruang yang telah dilanggar kereta di jalan raya yang sarat dengan kenderaan. Video yang berdurasi seminit lebih itu telah dirakam di Immokalee, Florida menunjukkan yang anak beruang itu cuba untuk bangun namun telah terjatuh di jalan raya selepas dinggar oleh sebuah kenderaan. Tiga ekor beruang itu […]
(Video) Anak Sampai Cium Kaki Ibu, Keluarga Pelarian Syria Ini Bersatu Semula Lepas 3 Tahun Terpisah
Berpisah dengan keluarga satu detik yang tidak terungkai dengan kata-kata, hanya perasaan sahaja dapat jelaskan. Tular video di mana seorang lelaki melepaskan rindu pada ibu dengan mencium kaki ibunya di khalayak ramai. Menurut milik akaun Twitter ini, Melissa Martin video yang tular tersebut memberi kesan positif kepada orang ramai. Seorang ibu sanggup datang ke Kanada […]
Pelindung Hutan Amazon Maut Didakwa Ditembak Pembalak Haram
Pelindung hutan amazon bernama Paulo Paulino Guajajara yang lebih dikenali sebagai Lobo didakwa ditembak mati di hutan tersebut oleh pembalak haram pada Sabtu lalu. Ia adalah insiden terbaru dalam gelombang keganasan yang mensasarkan pelindung tanah asli sejak pilihan raya Presiden Brazil Jair Bolsonaro tahun lalu. Lobo terbunuh apabila dia dan pelindung hutan lain diserang oleh […]
Percutian Bertukar Tragedi, Lelaki Dikhuatiri Maut, Tangan Dan Cincin Kahwin Ditemui Dalam Perut Jerung
Seorang perenang berusia 44 tahun dikhuatiri maut setelah dilaporkan hilang ketika berenang bersendirian di Hermitage Lagoon di Pulau Reunion, Sabtu lalu. Menurut media antarabangsa, isteri mangsa telah melaporkan kehilangan suaminya apabila dia didapati tidak pulang ke rumah. “Apabila dia tidak pulang, isterinya membuat laporan dan misi pencarian dijalankan melibatkan bot dan helikopter. “Penyelam mencari mangsa […]
Dipercayai Hanya Tak Dapat Rokok, 2 Lelaki Didakwa Belasah, Bakar Kawan Hidup-Hidup
Hanya kerana tidak diberi rokok, dua lelaki di Semarang, Indonesia didakwa membakar rakannya sendiri. Kedua-dua lelaki tersebut yang masing-masing berumur 26 dan 27 sanggup membakar rakannya yang berumur 40 tahun itu. Hal itu terjadi hanya kerana mangsa dipercayai tidak memenuhi permintaan kedua-dua tertuduh. Difahamkan, kedua-dua tertuduh cuba meminta rokok daripada mangsa. Namun pada ketika itu, […]

Penggambaran Filem Superhero Baru Terhenti Gara-Gara Penemuan Bom Lama Masih Aktif
Pengambaran filem The Eternals di Pulau Canary terpaksa dihentikan selepas kru produksi dimaklumkan dengan penemuan bom lama yang masih lagi aktif. Tempat itu juga dipercayai bekas tapak kem tentera Jerman dan bom yang dijumpai ialah hasil peninggalan Perang Dunia Kedua. Kru dan para pelakon terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat bagi mengelak sebarang kejadian […]
Dipercayai Malu Lahir Anak Luar Nikah, Bayi Ditemui Mati Didakwa Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Oleh Ibu Sendiri
Seorang pengasuh di Palembang, Indonesia didakwa memasukkan bayinya yang dipercayai baru sahaja lahir ke dalam mesin basuh gara-gara malu kerana bayi itu merupakan anak luar nikah. Bayi itu kemudiannya ditemui sudah tidak bernyawa. Wanita tersebut dipercayai melakukan perbuatan keji itu pada hari isnin (4/11) di rumah majikannya yang juga merupakan tempat kerjanya. “Saya hanya memasukkan […]
(Video) Rasa Terganggu Masa ‘Game’, Pemain Bola Tendang, Baling Ayam Keluar Pagar
Seorang pemain bola sepak di Crotia menerima layangan kad merah selepas didakwa membunuh seekor ayam ketika satu perlawanan yang berlangsung di Sisak-Moslavina. Pemain itu dikatakan menjadi tidak senang dengan keadaan padang yang ‘dicemari’ dengan kelibat beberapa ekor ayam. Disebabkan itu, dia mengejar sekumpulan ayam itu lalu menghayunkan kakinya dengan kuat. Akibat daripada tendangannya, beberapa ekor […]
Mangkuk Tandas Emas Bertatah Berlian Curi Perhatian, Harganya Mungkin Lebih Mahal Dari Sebuah Banglo Tepi Tasik
Berapa banyak yang akan anda belanjakan untuk jamban? Bagi orang kaya di China , jawapannya ialah 1 juta Pound sterling (RM 5 juta). Sebuah jamban mewah yang dilengkapi dengan ciri kalis peluru serta bertatahkan lebih daripada 40 ribu butir berlian telah dipamerkan di ekspo perdagangan yang berlangsung di Shanghai. Jamban tersebut bernilai kira-kira £ 999,497 […]

Mahu Kalahkan Dubai, Ibu Negara Baru Indonesia Bakal Jadi Kota Terbaik Dunia – Jokowi
Menjelang 2020, rancangan pemindahan ibu negara baru Indonesia dari Jakarta ke wilayah Kalimantan Timur di pulau Borneo, akan dimulakan. Susulan itu, Presiden Indonesia, Joko Jokowi Widodo, dalam satu kenyataannya berkata, ibu kota tersebut akan menjadi ”the happiest city on earth” (kota paling bahagia di dunia) dan ”the best city on earth” (kota paling terbaik di […]

Ajaran Sesat Di Indonesia Tumpas, Pengikut Disuruh Beli Kad Syurga RM3, Zakat Timbang Ikut Berat
Satu ajaran sesat yang diketuai oleh seorang lelaki warga emas berumur 74 tahun berjaya ditumpaskan oleh polis di Sulawesi Selatan, Indonesia. Lelaki tersebut dipercayai mengaku bahawa dirinya adalah seorang rasul dan menyesatkan pengikutnya dengan meyakinkan mereka bahawa ajaran yang dibawanya boleh membuatkan mereka masuk ke syurga dengan mudah. Lebih mengejutkan, ajaran yang dikenali sebagai aliran […]
Suami Abadikan Sperma Terakhir Dalam Cincin Buat Isteri
Seorang lelaki menyatakan hasrat yang agak luar biasa kerana mencari tukang emas untuk membantunya membuat cincin vasektomi. Lelaki yang tidak dikenali identitinya itu mempunyai lima orang anak sedang sedia untuk menjalani vasektomi pada akhir bulan November tetapi berharap untuk mengabdikan sperma miliknya ke dalam bentuk barang kemas. Untuk yang tidak tahu, vasektomi adalah operasi kecil […]

37 Maut Dalam Serangan Ke Atas Konvoi Pekerja Lombong Di Burkina Faso
Trenton : Satu serangan ke atas konvoi yang dalam perjalanan ke sebuah lombong emas milik syarikat Kanada di Burkina Faso pada Rabu telah menyebabkan 37 orang maut manakala lebih 50 lagi cedera, lapor agensi berita Turki Anadolu. Semafo, syarikat perlombongan emas dari Montreal yang memiliki Lombong Boungou, berkata serangan berlaku kira-kira 40 kilometer (25 batu) dari lombong itu. Ketika kejadian, anggota tentera mengiringi lima […]
Mata Tersembul & Buta, Anjing Didakwa Menderita Kerena Stress Dengar Bunyi Letupan Mercun
Seorang pemilik anjing mendakwa haiwan peliharaannya menjadi buta apabila matanya tersembul ketika pertunjukan bunga api dipercayai akibat terlalu stress dan tertekan. Margaret Adams, 85 mendakwa anjingnya kelihatan tidak tentu arah ketika pertunjukan berlangsung dengan cuba memanjat dinding dan menyorok di sudut yang gelap. “Kami hanya bersantai menonton televisyen ketika seseorang mula bermain mercun. Ia menjadi […]
Ibarat Zombi, Lelaki Tanggung Derita Lebih 15 Tahun Cacing ‘Pemakan’ Daging Hidup Dalam Otaknya
Cacing sepanjang 12cm berjaya dikeluarkan daripada kepala seorang lelaki yang telah hidup selama lebih 15 tahun di dalam kepalanya. Wang Lei mula mengalami simptom kebas di bahagian kiri badannya pada tahun 2007, dan sejak dari itu kesihatannya mula merosot. Dia sudah banyak kali berjumpa dengan pakar dan pernah didiagnos menghidapi tumor otak, namun pihak doktor […]

Bermotif Dendam, Lelaki Bunuh Bekas Isteri Sarat Hamil Guna Anak Panah
Disebabkan dendam, seorang lelaki didakwa membunuh bekas isterinya yang sarat hamil dengan menggunakan busur silang. Ramanodge Unmathallegado, 51, dipercayai mengambil masa setahun merancang untuk menembak dan membunuh bekas isterinya, Devi, 35. Dia mendakwa wanita itu meninggalkannya untuk bersama dengan lelaki lain. Ramanodge tiba di rumah keluarga Devi di timur London dilengkapi dengan dua busur silang […]