Berita›Luar Negara

Luar Negara
Dikenali Sebagai ‘Si Pemborong Ijazah’, Lelaki Ini Dakwa Miliki 32 Gelaran Akademik
Welin Kusuma, seorang jejaka hebat yang berasal dari Makassar, Indonesia ini mempunyai 32 gelaran akademik dan bukan akademik (non-academic). Jika ditulis nama penuh bersama gelarannya itu, ia akan menjadi begitu panjang seperti ini: Welin Kusuma, S.T., S.E., S.Sos., S.H, S.Kom., S.S., S.Ap., S.Stat., S.Akt., S.I.Kom., S.I.P., M.T., M.S.M., M.Kn., RFP-I, CPBD, CPPM, CFP, Aff.WM, BKP, […]
Berita
Pelik, Challenge Baru Sumbat Boba Dalam Hidung Jadi Kegilaan Terkini Remaja Jepun
Membuat cabaran atau ‘challenge’ sudah menjadi kebiasaan dalam zaman Internet ketika ini. Antara cabaran yang popular sebelum ini ialah Mannequin Challenge, Ice Bucket Challenge dan Bottle Cap Challenge. Baru-baru ini timbul pula satu lagi cabaran pelik di arena Internet iaitu “Boba Nostrils Challenge”. Cabaran ini memerlukan peserta untuk memasukkan jeli boba ke lubang hidung dan […]
Luar Negara
Seorang Maut, Tiga Cedera Akibat Kebocoran Elektrik Dalam Kolam Renang Di China
Seorang kanak-kanak maut dan tiga yang lain mengalami kecederaan akibat kebocoran elektrik pada kolam renang Dongfang Zhixiu di Shandon, China pada Sabtu lalu (24 Ogos). Kejadian ini memakaan 4 mangsa, iaitu seorang wanita usia 30 tahun dan tiga kanak-kanak yang masing-masing berusia, 5 tahun, 6 tahun dan 11 tahun. Keempat-empat mangsa dikejarkan ke sebuah hospital […]
Kesihatan
(Video)”Happy Time”, Gelagat Doktor Bedah Selepas Berjaya Keluarkan Ketumbuhan Gergasi Curi Tumpuan Netizen
Kejayaan merawat seseorang pesakit sudah pasti memberi kelegaan serta keseronokan dalam hati seorang doktor. Mungkin itulah yang dirasai oleh seorang pakar bedah di Moscow baru-baru ini selepas beliau dan pasukannya berjaya mengeluarkan ketumbuhan bersaiz ‘gergasi’ dari badan pesakit. Ia bermula apabila seorang pesakit wanita mengadu berasa sakit dan sukar untuk bernafas. Selepas pemeriksaan lanjut, doktor […]
Berita
Ahli Arkeologi Temui Lebih 200 Rangka Kanak-Kanak Di Pantai Peru, Dakwa Dibunuh Dalam Upacara Ritual
Sebanyak 227 kerangka kanak-kanak yang dikorbankan pada masa yang sama telah ditemui di satu perkuburan terbesar di sekitar kawasan pantai utara Peru. Ahli Arkeologi mempercayai bahawa mereka telah menemui tempat penguburan ritual yang mengorbankan kanak-kanak terbesar yang pernah dicatatkan. Satu kajian telah dilakukan, kanak-kanak yang dikorbankan adalah kepercayaan Chimu untuk ritual menghentikan bencana yang berkaitan […]
Berita
Gempa Bumi Kuat Landa Jepun Awal Pagi Tadi, Tiada Amaran Tsunami Dikeluarkan
Perairan berhampiran Hachihone, Jepun baru sahaja digegar gempa bumi pada kekuatan 6.1 skala Ritcher beberapa jam yang lepas. Gegaran itu berpusat ditengah lautan, 141 kilometer dari kawasan Hachihone pada kedalaman 10 kilometer namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. The U.S. Geological Survey reports a magnitude 6.1 #earthquake shook 141 km ENE of Hachinohe, Japan: https://t.co/3fUDBxXvdJ pic.twitter.com/GGjDtqFVTf […]
Berita
(Video) Aneh, Lebah Bersarang Di Punggung Lelaki Cetus Rasa ‘Geli’ Netizen
Aneh. Itu apa yang dapat digambarkan mengenai kejadian yang menimpa seorang lelaki dari Timur India baru-baru ini apabila dia dikerumuni oleh sekumpulan lebah. Lebih menarik perhatian, menerusi video yang tular di media sosial, lebah berkenaan dilihat membuat sarang pada bahagian punggung lelaki terbabit selepas ratu lebah dikatakan terbang ke arahnya. Lelaki itu yang dikenali dengan […]
Berita
Agong, Permaisuri ‘Tawan’ Puncak Candi Borobudur
MAGELANG (Jawa Tengah), 28 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini ‘menawan’ puncak Candi Borobudur, yang merupakan monumen warisan terkenal di Jawa Tengah, Indonesia. Dalam lawatan itu, Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendaki anak tangga menuju ke puncak candi bagi menikmati […]
Gaya hidup
“Bukan Manusia Agaknya,” Aksi ‘Mak-Mak’ Naik Motor Buat Netizen Terhibur
Menunggang motorsikal di atas jalan raya bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh, malah memerlukan tumpuan yang sangat tinggi. Perkara ini berikutan terdapat pelbagai jenis bahaya kemalangan sama ada disebabkan oleh diri sendiri dan orang lain mahupun keadaan fizikal jalan yang berada dalam keadaan tidak baik. Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan rakaman seorang individu […]
Angkara Dendam Lelaki Ini Tembak ‘Pembuli’ Semasa Majlis Reunion
Selepas 50 tahun bertemu semula, seorang lelaki warga emas bertindak untuk membalas dendam dengan menembak sehingga mati terhadap rakannya yang sering membulinya pada zaman sekolah dahulu. Ketika mereka berusia 16 tahun, didakwa mangsa sering membuli suspek di sekolah. Pada hari kejadian, mereka menghadiri sebuah majlis ‘reunion’ yang diadakan untuk pertemuan yang sudah lama terpisah akhirnya […]
Gaya hidup
(Video) Gelagat Wartawan Tetap Lapor Berita Sampai Habis Walau Disembur Air Sampai Kuyup
Walaupun air tersebut tidak mendatangkan mudarat tetapi tetap akan merosakkan ‘mood’ hari anda. Aksi dan gelagat seorang pembaca berita telah mencuit hati para penonton apabila dia kaku berdiri mengutarakan berita sukan di sebuah padang di Rusia. Satu video telah tular mengenai seorang pembaca berita tetap utuh berdiri walaupun dibadai dengan air pancutan ke padang permainan. […]
Gaya hidup
Didakwa Ubat Telah Tercemar, 16 Kanak-Kanak Derita Terkena ‘Sindrom Werewolf’
Seramai 16 orang kanak-kanak di Sepanyol dilaporkan telah mengalami sindrom Warewolf selepas mengambil ubat yang tercemar di Costa del Sol Sepanyol. Kanak-kanak tersebut didakwa berlaku ketumbuhan lebihan bulu pada wajah dan keseluruhan badan mereka selepas mengambil ubatyang tercemar dengan minoxidil untuk merawat alopesia, kata laporan tempatan. Ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut berlaku hypertrichosis di mana […]
Berita
25 Anggota Tentera Maut Dalam Serangan Hendap Houthi Di Utara Yaman
Aden (Yaman) : Kira-kira 25 anggota tentera kerajaan Yaman terbunuh pada Selasa dalam serangan besar-besaran yang dilancarkan pemberontak Houthi di utara wilayah Saada, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai tentera. “Kumpulan Houthi melakukan serangan hendap ke atas sejumlah anggota tentera yang sedang mara di timur kawasan Kataf di Saada,” kata pegawai tentera itu […]
Luar Negara
Lebam Dan Tangan Patah, Lelaki Terima Padah Cedera Teruk Akibat Lawan Gusti Lengan
Beradu kekuatan dengan berlawan gusti lengan bukanlah asing terutamanya bagi golongan lelaki. Malah, ia menjadi antara ‘permainan’ popular ketika di sekolah. Walaupun pada hakikatnya ia bukanlah permainan sukan yang berisiko tinggi, namun itu tidak bermakna ia tidak boleh mendatangkan kecederaan langsung. Ia dibuktikan dengan satu kejadian yang berlaku di China baru-baru ini selepas seorang lelaki […]
Luar Negara
(Video)Asap Hitam Berkepul-Kepul, Pesawat Terbakar Ketika Menunggu Kemasukan Penumpang
Warga kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing menghadapi detik cemas apabila sebuah pesawat tiba-tiba terbakar ketika menunggu kemasukan penumpang. Kejadian itu berlaku pada Selasa sewaktu kru pesawat sedang mempersiapkan penumpang untuk masuk ke pesawat Air China yang dijadualkan berlepas ke Tokyo, petang itu. Melihat kepada gambar yang dimuatnaik di laman Weibo sebelum dikongsikan oleh media, […]
Berita
Malang Tak Berbau, Bayi 18 Bulan Maut Dihempap Cermin Butik Dalam ‘Airport’
Malang menimpa seorang bayi yang baru berusia 18 bulan apabila didapati maut selepas terhempap cermin panjang penuh di sebuah butik yang terletak didalam Lapangan Terbang Jewel Changi. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Urban Revivo iaitu salah satu outlet fesyen China di tingkat dua lapangan terbang berkenaan. Akibat dihempap oleh cermin itu, bayi berkenaan didakwa tidak […]
Berita
Sebelum Indonesia, Lima Negara Ini Juga Pilih Pindah Ibu Kota
Pada beberapa hari yang lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo dengan rasminya telah mengumumkan bahawa ibu negeri bagi Indonesia akan dipindahkan dari Jakarta ke Kalimantan Timur. Perpindahan ibu negeri ini dibuat berikutan beberapa faktor seperti keadaan ekonomi yang tidak memuaskan. Keputusan untuk memindahkan ibu negeri bagi sesuatu negara bukanlah sesuatu yang mudah. Perkara ini kerana ianya […]
Berita
Pemandu Gojek Ancam Kepung Kedutaan Malaysia Berikutan Tularnya Video Penghinaan
JAKARTA, 27 Ogos (Bernama) — Pemandu Gojek mengancam untuk mengadakan demontrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, bagi membantah terhadap satu dakwaan penghinaan terhadap profesion itu oleh pengasas dan penasihat sebuah syarikat teksi Malaysia. Menurut beberapa laporan media tempatan, yang memetik kenyataan Ketua Nasional Gabungan Aksi Roda Dua (Garda) Indonesia, Igun Wicaksono sebagai berkata mereka akan mengemukakan surat bantahan kepada Duta […]
Bersalah Rogol 9 Kanak-Kanak, Pemuda Terima Padah Bakal Jalani Hukuman ‘Kembiri Kimia’
Pada tahun 2016, negara Indonesia telah meluluskan hukuman chemical castration (kembiri kimia) untuk lelaki pedofil yang merogol kanak-kanak. Presiden Joko Widodo telah mencadangkan satu perubahan pada bulan Mei di tahun 2016 berikutan dengan 1 kes rogol dan bunuh terhadap seorang gadis berusia 14 tahun. Kelulusan hukuman itu pun sudah ditandatangani oleh Presiden Indonesia. Tiga tahun […]
Berita
Hutang Punya Pasal, Isteri Tergamak Upah ”Hitman” Bunuh, Bakar Suami Dan Anak Tiri Dalam Kereta
Dilaporkan, dua mayat ditemukan dalam sebuah kereta terbakar di Sukabumi, Jawa Barat Indonesia pada Ahad lalu (25 Ogos). Penduduk tempatan yang terkejut melihat kejadian tersebut telah melaporkan kepada pihak polis. Dipercayai penduduk juga melihat terdapat mayat di dalam kereta yang terbakar. Hasil dari analisis polis, kedua mayat didakwa merupakan mangsa pembunuhan yang dilakukan beberapa hari […]