Berita›Luar Negara

Beruang Kutub Ditemui Di Tempat Perlupusan Sampah Dipercayai DIlepaskan Oleh Pemburu
Seekor beruang kutub terakam merayau-rayau dalam kebuluran dan lemah di sebuah kawasan pelupusan sampah di bandar Norilsk, Rusia. Kehadiran beruang betina berkenaan di tempat yang tidak sepatutnya ternyata meresahkan pelbagai pihak terutamanya golongan pencinta haiwandan alam sekitar. Pakar mengatakan bahawa beruang berkenaan terlalu muda untuk melalui perjalanan jauh seperti itu. Ia begitu jinak dan tidak […]

Thailand Keluarkan Larangan Merokok Di Dalam Rumah Tidak Lama Lagi
Mulai 20 Ogos ini, satu undang-undang baharu bakal dikuatkuasakan di Thailand iaitu larangan merokok di dalam rumah. Perkara tersebut dilakukan atas usaha untuk mengurangkan kes kematian yang terjadi kepada perokok pasif (Second-hand smoke). Oleh itu, para perokok diberi tempoh 90 hari untuk mengurangkan atau berhenti dari tabiat tersebut. Larangan yang dikuatkuasakan oleh Akta Pembangunan dan […]

Kanak-Kanak Berusia 2 Tahun Masih Tak Mampu Berjalan Dan Bercakap Kesan Berpisah Dengan Ibu Bapanya
Menurut The New York Times, anak bongsu daripada keluarga ini dipisahkan oleh pentadbiran Trump pada tahun lepas. Kanak ini yang bernama Constantin Mutu ditinggalkan di sempadan Amerika Sayarikat – Mexico sejak berusia 4 bulan. Kini, umur kanak tersebut sudah menjangkau 2 tahun dan sudah diambil dari bapanya di sempadan tersebut dan dihantar untuk tinggal bersama […]

Sering Ditekan Amerika, Kini Giliran Huawei Mahu Tuntut Royalti Dari Syarikat AS
Menurut pakar, Huawei berkemungkinan akan menuntut lebih banyak royalti daripada firma Amerika Syarikat untuk teknologi yang digunakan dan dipatenkan oleh syarikat gergasi telekom China berkenaan. Hal ini berikutan oleh tekanan yang berterusan diberikan oleh Washington. Ini akan menjadi peralihan terbesar dalam strategi Huawei kerana sebelum ini mereka bukanlah pihak (syarikat) yang suka mengambil tindakan undang-undang […]

Serangan Bom Di Masjid Ketika Solat Jumaat, Sekurangnya Tujuh Jemaah Maut
Sekurang-kurangnya tujuh orang jemaah terkorban dalam satu serangan bom di sebuah masjid dekat wilayah Timur Baghdad, pada 21 Jun. Serangan itu turut mengakibatkan lebih 20 orang jemaah lain mengalami kecederaan. Bagaimanapun, menurut sumber, ia bukanlah serangan bom berani mati. Letupan dikatakan berlaku selepas selesai solat Jumaat ketika para jemaah sedang berpusu-pusu meninggalkan kawasan masjid. Pada […]

(Video) “Mereka (Hantu) Sudah Ibarat Jiran Kami,” Kejiranan Atas Kubur Akibat Kemiskinan
Di dunia ini, terdapat pelbagai perkara yang kadangkala tidak terjangkau akal fikiran kita. Siapa sangka, rupa-rupanya ada golongan yang memilih untuk tinggal di kawasan perkuburan akibat kemiskinan yang melanda. Di Kemboja, sebanyak 14 peratus rakyatnya tinggal di bawah paras miskin dan tercicir daripada kepesatan pembangunan ekonomi negara tersebut. Mereka terpaksa hidup dalam kesempitan dan tercicir […]

Temui Janin Dalam Tandas, Pesawat Penumpang Terpaksa Batal Penerbangan
Sebuah pesawat penumpang dari Afrika Selatan terpaksa membatalkan penerbangan selepas petugas pembersihan menemui janin yang tersumbat dalam mangkuk tandasnya. Pesawat FlySafair FA411 sepatutnya terbang ke Johannesburg dari bandar Durban pada 6.15 pagi, 21 Jun akan tetapi, terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan siasatan terhadap penemuan itu dijalankan. “Selepas pemeriksaan akhir pada sistem pengurusan bahan buangan, pasukan kami […]

(Video)Tragedi Kilang Dalam Rumah Terbakar, Puluhan Maut Termasuk Kanak-Kanak
Langkat, Sumatera Utara – Seramai 30 orang maut dalam kebakaran sebuah kilang memproses pemetik api di wilayah ini, hari ini pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan. Daripada jumlah berkenaan, seramai 24 dewasa yang merupakan pekerja di situ dan 6 orang kanak-kanak terkorban akibat terperangkap di dalam kilang manakala hanya 3 orang yang terselamat daripada kebakaran […]

(Video)Imej Satelit Dedah Perubahan Tasik Yang Merisaukan, Lima Juta Penduduk Bakal Terjejas
Kemarau berpanjangan dan cuaca panas dengan suhu melampau menghantui salah satu bandar utama di India, Chennai sejak beberapa bulan yang lalu. Kejadian ini bukanlah kemarau biasa yang dihadapi kawasan-kawasan lain di dunia. Ia telah menyebabkan mereka kini mengalami krisis air yang meruncing dan memberikan kesan kepada sekitar 5 juta penduduk di sana. Malah, satu imej […]

Bayi Malang Maut Ditangan Ibu Sendiri Selepas Direndam Dalam Air Panas
Seorang ibu berusia 41 tahun dari Winconsin, Amerika Syarikat telah melakukan sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai tidak berhati perut dan sangat kejam kepada bayinya sendiri. Beliau didakwa telah merendam bayinya yang baru berusia 2 tahun dengan air panas tanpa mengendahkan jeritan daripada anaknya itu, pada September tahun lalu. Akibat perbuatan itu, bayi malang tersebut telah […]

(Video) Lelaki Ini Sanggup Panjat Ke Tangki Air Untuk Berak Dan Kencing Kerana Tak Puas Hati Dengan Jiran
Kebanyakan orang akan menyelesaikan perselisihan faham dengan jiran melalui perbincangan atau melalui pengantara bagi menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan baik. Namun di Taichung, Taiwan ini pula ada cerita yang disebaliknya apabila seorang lelaki warga emas yang tidak berpuas hati dengan jirannya telah melepaskan rasa tidak puas hatinya dengan melakukan perkara yang agak ekstrim. Lelaki itu […]

Fernando Torres Umum Bersara Setelah Hampir 18 Dalam Dunia Bola Sepak
Bekas penyerang pasukan Liverpool dan Chelsea. Fernando Torres telah mengumkan bahawa dirinya mahu bersara. Pemain berusia 35 tahun yang bermain di Jepun untuk Sagan Tosu sejak meninggalkan Atlético Madrid telah berjaya menjaringkan 81 gol dalam empat musim bersama Liverpool dan memenangi Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala FA bersama Chelsea. Pemenang Piala Dunia ketika bersama Sepanyol […]

Pelik Tapi Benar, Bandar Terbesar Dunia Yang Tak Boleh Diakses Melalui Jalan Darat
Mungkin ramai yang bersangka di hutan Amazon tidak mempunyai penghuni manusia tetapi anda salah sebenarnya sudah berabad lama suku kaum Huaorani di mana mereka hidup tanpa berpakaian, bergantung kepada alam dan suku kaum yang paling digeruni di hutan Amazon. Selain dari masyarakat suku kaum Huaorani ini, ada satu bandar yang besar dan pesat yang dikenali […]

Daripada Bersepah Tepi Jalan, Lelaki Beli 10,000 Buah Basikal Bantu Orang Miskin
Masih ingatkah anda terhadap basikal berwarna kuning dan putih yang terdapat di institusi-institusi pengajian tinggi, laluan pejalan kaki dan bandar-bandar utama di Malaysia pada satu ketika dahulu ? Basikal yang perlu diakses menggunakan aplikasi oBike dan Ofo ini berperanan sebagai medium perkhidmatan bagi memudahkan pengguna untuk menuju ke sesuatu destinasi. Apa yang menariknya, setelah digunakan, […]

Nak Sertai Latihan Aktiviti Air, Wanita Terbabas ‘Parking’ Kereta Dalam Kolam Renang
Seorang wanita warga emas berusia 93 tahun berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sebuh kolam renang di Pusat Akuatik Westlake, Missouri. Ketika kejadian, wanita itu baru sahaja tiba di lokasi untuk menyertai latihan aktiviti air. Walaubagaimanapun, wanita tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian itu berlaku di saat wanita tersebut terasa pitam […]

Presiden Rusia Berkeras Tiada Bukti Rusia Tembak Jatuh Pesawat MH17
Pada Rabu lepas, penyiasat antarabangsa telah mendakwa empat orang terlibat dalam insiden tembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines lima tahun lalu. Kejadian tragis yang telah mengorbankan 298 nyawa itu yang telah mengejutkan komuniti dunia terutamanya Malaysia. Berdasarkan laporan terbaru, tiga suspek daripada empat yang didakwa merupakan warga Rusia. Walau bagaimanapun, Presiden Rusia Vladimir Putin […]

Dikaitkan Dengan Keganasan, Ulama Aceh Sepakat Haramkan Permainan PUBG
Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh secara sebulat suara telah mengharamkan permainan Player Unknown’s Battle Grounds (PUBG) dan permainan seangkatan dengannya. Fatwa yang dipersetujui oleh semua 47 ulama anggota MPU tersebut diputuskan setelah mengkaji beberapa faktor yang menyebabkan permainan tersebut diharamkan mengikut fiqh Islam. Menurut Wakil Ketua MPU Aceh, Teungku Faisal Ali, antara faktor tersebut ialah […]

Mengharukan, Kisah Tindakan Empat Pemuda Disebalik Gambar Ini Amat Menyentuh Hati
Setelah lebih 71 tahun, konflik antara Palestin-Israel belum menunjukkan petanda untuk reda. Bagi menentang tekanan ke atas mereka yang kini hanya memiliki tanah sekangkang kera di Gaza, rakyat Palestin khususnya di Gaza melakukan perhimpunan seperti The Great Return March bagi menuntut kembali tanah mereka. Menurut Al-Jazeera, sekurang-kurangnya 207 rakyat Palestin maut ketika himpunan The Great […]

Pekerja Wanita Dipecat Hanya Kerana Balas Mesej Bos Guna Emoji
Seorang pekerja wanita di sebuah bar di Hunan, China telah dibuang kerja hanya kerana membalas mesej majikannya menggunakan emoji ‘OK’, menurut laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini. Pengurus bar berkenaan telah tag pekerja berkenaan semasa menghantar mesej di grup WeChat pada minggu lepas dan meminta wanita berkenaan menghantar dokumen mesyuarat kepadanya. Dia kemudiannya membalas dengan emoji […]

“Iran Buat Kesilapan Besar”, Respon Trump Selepas Insiden Dron Ditembak Jatuh
Krisis yang berlaku di antara Iran dan Amerika Syarikat(AS) nampaknya kian meruncing. Pada minggu lepas, kerajaan AS telah menuduh Iran bertanggungjawab dalam serangan dua kapal tangki minyak di Perairan Oman. Terbaru, pasukan keselamatan Iran didakwa telah menembak jatuh dron milik tentera AS pada Khamis, 20 Jun. Menurut Amerika, dron tersebut ditembak ketika berada di ruang […]