Berita›Luar Negara

(Video)Unik, Pemuda Ini Hasilkan Straw Minuman Daripada Rumput Liar Untuk Atasi Masalah Sampah Plastik
Ketika dunia semakin terancam dengan sampah plastik, rata-rata penduduknya menyedari apa yang sedang berlaku dan berusaha mencari alternatif bagi menggantikan penggunaan plastik termasuklah straw minuman. Baru-baru ini, seorang pemuda daripada Vietnam melancarkan produk straw minuman mesra alam yang diperbuat daripada rumput liar dan perkara tersebut pantas menjadi tular dalam kalangan wargamaya. Tran Minh Tien merupakan […]

Guru Poland Lancar Mogok Terbesar Dalam Sejarah Minta Kerajaan Naikkan Gaji
Guru-guru di seluruh Poland mengadakan mogok pada hari Isnin selepas kerajaan dan kesatuan gagal menyetujui kenaikan gaji yang dicadangkan, kata pemimpin kesatuan guru Poland (ZNP). Perbincangan antara tiga guru kesatuan sekerja dan kerajaan berakhir pada petang Ahad dengan permintaan kenaikan gaji bulanan sebanyak 1,000 zlotys (RM1074). Pekerja sektor awam di Poland memohon kenaikan gaji selepas […]

“Ganggu Fokus Juruterbang,” Hukuman Mati Untuk Pelancong Yang Ambil Gambar Berhampiran ‘Airport’ Thailand
Pelancong boleh berdepan dengan hukuman mati jika didapati mengambil gambar berhampiran pantai di sekitar kawasan lapangan terbang di Thailand. Pantai berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket sangat popular dengan pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar berlatar-belakangkan pesawat yang sedang berlepas. Timbalan Pengurus Besar Lapangan Terbang memberitahu media bahawa tindakan itu secara tidak langsung boleh […]

(Video)”Kamu Memalukan Australia”, Senator Anning ‘Disekolahkan’ Rakan Parlimen Kerana Kenyataan Tak Sensitif Insiden Christchurch
Masih lagi segar dalam ingatan rakyat dunia termasuklah kita di Malaysia dengan insiden berdarah yang berlaku di Christchurch, New Zealand pertengahan bulan lepas. Dek kerana tindakan diluar perikemanusiaan seorang lelaki menyerang dua buah masjid menggunakan senjata api yang menyaksikan lebih 50 orang jemaah yang mahu mendirikan solat Jumaat terkorban, termasuklah rakyat Malaysia. Ketika dunia bersedih, […]

Tular Gambar Seorang Wanita Berbaring Di Atas Kubur, Keluarga Ungkap Kisah Pilu Disebaliknya
Viral semalam di laman Facebook dan Instagram foto seorang wanita yang tidur di atas kubur. Foto tersebut nyata telah menimbulkan beribu persoalan dari masyarakat tentang punca sebenar insiden itu. Lebih sayu, wanita itu baring di atas tanah kubur yang kelihatan basah tanpa beralaskan kain. Kejadian sayu itu dilaporkan berlaku di daerah Demak, Indonesia. Menurut sumber, wanita […]

“Jangan Rosakkan Satu ‘Alam’ Demi Sekeping Gambar” Netizen Berang Tindakan Individu Rosakkan Bunga Untuk ‘Berselfie’
Mata sesiapa pun pasti akan terpesona melihat bunga. Bunga yang berwarna-warni, kembang mekar dan berbau harum pasti boleh menakjubkan semua terutamanya wanita. Malah bunga dan wanita berpisah tiada, sering ‘terdefinisi sebagai sama’ perlu dipelihara dengan penuh kasih sayang supaya ia terus mekar berseri. Pasti anda semua teruja apabila menerima sekuntum bunga dari orang yang tersayang, […]

Kerajaan Korea Selatan Isytihar Darurat Bencana Susulan Kebakaran Besar Di Goseong
Seoul : Kerajaan Korea Selatan mengisytiharkan darurat bencana kebangsaan pada Jumaat selepas kebakaran besar-besaran melanda lima bandar dan daerah di sepanjang pantai timur laut, lapor agensi berita Yonhap. Pengumuman itu dibuat selepas Perdana Menteri Lee Nak Yon berkata beliau telah mencadangkan agar Presiden Moon Jae In mengambil langkah tersebut. “Kerajaan akan turut memutuskan sama ada […]

(Video)Lelaki Ini Temui Kucing Jalanan Lalu Jadikannya Teman Mengembara Keliling Dunia
Kucing dan manusia sudah diketahui sekian lama menjadi sahabat baik. Malah sebenarnya, tidak sukar untuk kita melihat kucing di mana-mana. Namun apa yang menyedihkan apabila ada kucing-kucing ini dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab dan dibiarkan merayau-merayau terutamanya di restoran-restoran ataupun kawasan tumpuan orang ramai. Seorang pengembara solo dengan menggunakan basikal, Dean, telah berkongsi kisah menariknya […]

Singapura Naikkan Bayaran Masuk Kasino Kepada Rakyatnya Sebanyak 50%
Rakyat dan penduduk tetap Singapura (PR) akan membayar levi 50% lebih tinggi jika mereka ingin memasuki dua resort kasino bersepadu (IR) mulai 4 April. Berikutan undang-undang ini juga, kerajaan Singapura tetap akan meneruskan usaha untuk memastikan masalah perjudian terus terkawal. Undang-undang terbaru ini telah diumumkan oleh kementerian-kementerian perdagangan dan perusahaan, kewangan, hal ehwal dalam negeri […]

(Video)”Kalau Saya Tak Tolong, Siapa Lagi”, Sahabat Sejati Pikul Rakan OKU Ke Sekolah Setiap Hari Selama 6 Tahun
Seorang remaja berusia 12 tahun ini mungkin layak digelar sebagai sahabat sejati apbila sanggup memikul rakan sekelas, yang juga Orang Kelaianan Upaya (OKU) ke sekolah setiap hari, sejak 6 tahun lepas. Xu Bingyang, 12, rela menjadi ‘kenderaan’ kepada Zhang Ze tidak kira apa pun cuacanya. Bukan itu sahaja, Xu turut membawa kemana sahaja Zhang mahu […]

Sebabkan Kematian Lebih 50 Jemaah Masjid, Penyerang Christchurch Berdepan 89 Pertuduhan
Penyerang dua buah masjid di Christchurch, New Zealand bulan lepas yang dihadapkan ke mahkamah bakal berhadapan dengan 50 pertuduhan membunuh dan 39 pertuduhan cubaan membunuh, lapor The Guardian yang memetik laporan daripada pihak berkuasa New Zealand. ”Kami sedang meneliti pertuduhan-pertuduhan lain yang boleh dikenakan,” kata jurucakap polis. Brenton Tarrant, 28, berasal daripada Australia sebelum ini […]

Biawak Pun Kena Seludup, Indonesia Mahu Tutup Pulau Komodo Tahun Depan
Kerajaan Indonesia mengambil keputusan untuk menutup Pulau Komodo pada tahun depan selepas mendapati ada pelancong yang meneludup keluar biawak komodo dari pulau tersebut. Pengumuman ini dibuat susualan kejayaan polis membongkar kegiatan kumpulan penyeludup yang menjual lebih 41 ekor biawak komodo di pasaran antarabangsa pada harga sekitar RM 145 ribu seekor. Penutupan berkenaan akan memberi peluang […]

Wanita Nekad Potong Kemaluan Lelaki Yang Selalu Mengintainya
Seorang wanita berusia 47 tahun di barat India mengerat alat kelamin lelaki yang yang kerap mengintainya sebelum bertindak menghangtar mangsa ke hospital untuk menyelamatkan nyawanya. Dalam kejadian Selasa lalu di Mumbai, suspek membawa dua orang lelaki bagi membantu menyempurnakan rancangannya untuk memotong kemaluan mangsa yang berusia 30 tahun, juga merupakan jirannya. Mangsa Tushar Pujare, didakwa […]

Remaja Umur 13 Tahun Sanggup Jual Jual Xbox Kesayangan Untuk Hadiahkan Kereta Kepada Ibunya
Seorang budak lelaki yang berusia 13 tahun telah bertindak menggadaikan permainan video Xbox miliknya serta mengambil upah dengan membuat kerja-kerja rumah demi menghadiahkan sebuah kereta kepada ibunya. William Preston yang berasal dari Nevada itu menyedari akan kesukaran ibunya dalam menguruskan keluarganya tanpa kereta lalu nekad untuk membantu ibunya itu dengan menghadiahkan sebuah kereta bagi memudahkan […]

(Video)Memang Profesional, Aksi Penyeluk Saku Kota Paris Tangah ‘Buat Kerja’ Berjaya Dirakam Pelancong Malaysia
Bercuti ke luar negara memang mengujakan sesiapa sahaja. Kota-kota besar di Eropah seperti Paris, Milan, Madrid, Barcelona, London dan Mancherster sentiasa menjadi pilihan untuk dikunjungi sekiranya berpeluang suatu hari nanti. Namun bukan semuanya indah di tempat orang. Dimana-mana sahaja, jenayah pasti ada, lebih-lebih lagi di lokasi tumpuan utama pelancong. Aktiviti penyeluk saku adalah salah-satu jenayah […]

Selepas Ke Bulan Tahun 2024, NASA Rancang Perjalanan Ke Marikh Tahun 2033
NASA sepakat untuk menghantar semula angkasawan ke bulan pada tahun 2024 dan seterusnya merancang pengembaraan untuk menghantar manusia ke planet Marikh pada tahun 2033. Jim Bridenstine, jurucakap NASA menjelaskan kepada umum bahawa untuk menghantar manusia ke Marikh, mereka perlu menjalankan pelbagai kajian dengan terperinci, menjalankan pelbagai program supaya rancangan mereka berjalan dengan lancar. “Kita boleh […]
Lelaki Scotland Nyaris Maut Akibat Kemalangan Ngeri, Tersedar Dari Koma Tiba-Tiba Cakap Bahasa Melayu
Mangsa kemalangan Scotland mengejutkan doktor dan kakitangan hospital apabila sedar daripada koma dan bercakap dalam bahasa Melayu. Mangsa, Fraser Watt, 60 tahun koma selama 24 jam pada tahun 1983 selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri sehingga nyaris maut. Ketika kecil, Watt memang tinggal di Borneo sementera bapanya bekerja sebagai seorang jurutera awam. Pada masa itu, […]

(Video) Keseronokkan Bertukar Tragedi, Pusaran Angin Terbangkan Istana Belon Bawa Puluhan Kanak-Kanak Ke Udara
Dua orang kanak-kanak maut manakala 20 orang lagi cedera selepas istana belon ‘bouncy castly’ di sebuah kawasan taman permainan telah dibawa angin hingga ke perkarangan langit wilayah Henan, China. Salah seorang saksi memberitahu media bahawa dia melihat seorang kanak-kanak jatuh dari langit pada ketinggian 20 meter (66 kaki). Pihak berkuasa tempatan berkata 18 orang kanak-kanak […]

(Video)Kanak-Kanak Perempuan ‘Selamba’ Berus Gigi Buaya Sambil Ditemani Ular Sawa
Memiliki haiwan peliharaan adalah perkara biasa. Kucing, burung ataupun hamster adalah haiwan-haiwan comel yang sering menjadi pilihan untuk orang ramai untuk dibela. Namun lain pula dengan keluarga di Indonesia ini, apabila memilih untuk memberikan anak perempuan mereka yang masih kecil haiwan-haiwan eksotik seperti buaya dan ular sawa untuk dibela. Lebih menakjubkan, dalam satu video tular […]

Pasangan Kembar Kantoi, Kongsi Lesen Memandu Yang Sama Selama 20 Tahun
Satu pasangan kembar yang didapati berkongsi lesen memandu selama 20 tahun di China berjaya diberkas oleh pihak polis kerana salah seorang daripada pasangan itu membotakkan kepalanya. Lelaki itu ditahan oleh pihak polis pada khamis lepas selepas polis mengesyaki bahawa lelaki itu memandu menggunakan lesen milik adik kembarnya. Walaupun memiliki rupa paras yang hampir sama, pegawai […]