Berita›Luar Negara

Berita
Lepas Insiden Tembakan, Masjid Queensland Pula Dirempuh Dan Jemaah Dihambur Kata Makian
Belum reda dengan insiden serangan tembakan di masjid hingga mengorbankan 50 nyawa jumaat lalu, kini sebuah masjid di Queensland, Australia pula menjadi sasaran apabila dirempuh hingga menyebabkan kerosakan. Suspek seorang lelaki berusia 23 tahun, telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa merempuh keretanya ke pintu pagar masjid sambil mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap para jemaah yang […]
Berita
Kumpulan Jenazah Pertama Diserah Mulai Malam Ini
Ketua Koroner New Zealand Deborah Marshall memberitahu kesukaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti mayat mangsa serangan keganasan hari Jumaat lalu. “Tidak ada yang lebih buruk daripada memberi jenazah yang salah kepada keluarga yang salah,” kata Marshall. “Ini tidak akan berlaku di sini.” Bercakap pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Wally Haumaha, […]
Berita
Dua Gempa Bumi Besar Gegar Lombok
Gempa bumi berukuran melebihi 5 pada skala Richter menggegarkan Pulau Lombok, Indonesia, petang ini. Gempa pertama berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku jam 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok-Nusa Tenggara Barat. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, ia disusuli dengan satu lagi gempa berukuran 5.2 pada skala Richter, berpusat […]
Berita
“I am a proud Muslim,” Ucapan Ketua Polis New Zealand Dimulai Dengan Doa Undang Sebak Dan Dapat Pujian Sedunia
Ketua polis Islam paling senior di New Zealand mengalirkan air mata ketika berucap dalam satu perhimpunan selepas serangan pengganas di Christchurch yang mengorbankan puluhan mangsa. Beliau mengucapkan Alhamdulilah berulang kali sebelum menyampaikan mesej ringkas itu di hadapan beberapa komuniti yang hadir. Naila Hassan jelas beremosi dalam memberitahu bahawa, “Saya bangga menjadi seorang Muslim. Saya mengetuai […]
Berita
Kotak Hitam Pesawat Ethiopian Dedah Detik Cemas Suara Panik Juruterbang 3 Minit Selepas Berlepas
Penyiasat kemalangan udara telah mula menganalisis perakam data kotak hitam dari pesawat Ethiopian Airlines 302. Perakam kotak hitam, yang tiba di Paris menunjukkan beberapa kerosakan luaran dan sedang diteliti oleh pakar penerbangan Perancis atas permintaan Syarikat Penerbangan Ethiopia. Penyiasat berpendapat kemalangan yang berlaku terdapat banyak persamaan yang jelas dengan insiden Lion Air yang berlaku Oktober […]
Berita
Tragedi Christchurh: Jumlah Kematian Meningkat Kepada 50 Orang, Seorang Kanak-Kanak 4 Tahun Kritikal
Angka korban dalam serangan keganasan di dua buah surau di Christchurch meningkat kepada 50 orang, lapor CNN yang memetik kenyataan daripada jurucakap polis New Zealand. Jasad mangsa ke-50 itu baru ditemui di dalam ruang solat Surau An-Noor, lokasi di mana kebanyakkan mangsa maut ditemui sebelum ini. Menurut jurucakap polis lagi, nama-nama mangsa yang terkorban tidak […]
Berita
Insiden Christchurch, Bangunan Terkenal Dunia Bergelap, Agama Lain Beri Perlindungan Muslim Berdoa
Bangunan-bangunan gah dunia yang tersenarai dalam UNESCO memberi simbolik kehormatan kepada negara New Zealand selepas serangan tembakan rambang yang mengorbankan puluhan nyawa di dua buah masjid. Bangunan bersejarah seperti Sydney Opera House antara yang terlibat dengan menyalakan lampu berwarna perak sebagai tanda hormat dan turut bersedih diatas apa yang terjadi. With display of Silver Fern, […]
Berita
Seorang Rakyat Indonesia Terbunuh, 2 Lagi Cedera Insiden Christchurch
Seorang warganegara Indonesia disahkan antara 49 orang yang terkorban dalam insiden tembakan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, semalam. Agensi berita Antara, yang memetik kenyataan Kedutaan Besar Indonesia (KBRI) di Wellington, berkata mangsa, Muhammad Abdul Hamid @ Lilik Abdul Hamid, yang sebelum ini dilaporkan hilang, telah disahkan terkorban dalam insiden itu oleh pihak berkuasa tempatan negara itu. Duta Besar Indonesia di New Zealand, Tantowi Yahya, dipetik sebagai berkata, terdapat tujuh rakyat Indonesia berada di kedua-dua masjid itu semasa insiden tembakan […]
Berita
Tragedi Christchurch: ‘Bawang Army’ Serbu Laman Sosial ‘Eggboy’ Untuk Ucap Tahniah Dengan Keberaniannya
Gara-gara tindakkannya memecahkan telur di atas kepala seorang senator daripada Australia kerana mengeluarkan kenyataan provokasi berhubung tragedi berdarah di Christchurch, laman facebook milik Eggboy atau Will Connolly ‘diserang’ oleh tentera bawang Malaysia. Begitupun, ‘serangan’ di ruang komen itu hanyalah sekadar untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongannya terhadap mangsa-mangsa serangan keganasan tersebut. Terdahulu, video dimana […]
Luar Negara
Digelar Hero Kerana Baling Telur, Egg Boy Cecah 100K Pengikut di Instagram Dalam Masa Tak Sampai Sehari
Tindakan seorang remaja berusia 17 tahun membaling telur ke arah Senator, Anning, yang mengeluarkan kenyataan ‘kurang sensitif’ terhadap insiden di Christchurch, New Zealand mendapat pelbagai respon dari ramai pihak. Malah tindakan itu juga menjadi antara topik utama di akhbar-akhbar antarabangsa. Will Connoly – yang sekarang digelar EggBoy oleh media – datang memecahkan telur di kepala Anning […]
Berita
Kami Akan Tanggung Kos Pengebumian Semua Mangsa- PM New Zealand
Portal berita Ilmfeed melaporkan bahawa Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata bahawa kerajaan di bawah pimpinannya akan menanggung semua kos pengebumian mangsa-mangsa yang terkorban dalam serangan keganasan di dua masjid di Christchurch. Jacinda dalam pertemuan dengan keluarga 49 mangsa yang terkorban juga dilaporkan berjanji bahawa kerajaan komited untuk memberi sokongan kepada waris termasuk dari […]
Berita
Tragedi Christchurch: Ini 25 Dari Semua Mangsa Yang Terkorban Dan Hilang Serta Latar Belakang Mereka
Dunia khususnya umat Islam ketika ini masih terkejut dan berduka dengan serangan keganasan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 49 orang terkorban di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand baru-baru ini. Ketika itu, semua mangsa sedang bersiap sedia untuk menunaikan Solat Jumaat sebelum ‘diserang’ seorang lelaki yang melepaskan tembakkan rambang. Mereka yang terkorban tidak kira umur dan […]
Luar Negara
Orang Ramai Gelar Daoud Nabi Sebagai Hero, Mahu Nama Allahyarham Diingati
Lelaki pertama yang terkorban dalam serangan di Christchurch digelar sebagai hero oleh orang ramai susulan tindakannya yang masih lagi sempat mengucapkan “Hello Brother” kepada pengganas yang menyerang. Ada juga yang membuat andaian tindakan Daoud Nabi itu sebagai satu usaha untuk menenangkan penyerang. Daoud Nabi, 71, terkorban di dalam kejadian tersebut. Allahyarham merupakan seorang imigran dari […]
Berita
Keluar Kenyataan ‘Tak Sensitif’, Remaja Pecahkan Telur Di Kepala Senator Australia
Senator Fraser Anning diserang ketika sedang bercakap kepada media pada mesyuarat politik di Moorabbin, Melbourne. Rakaman kejadian menunjukkan seorang remaja lelaki yang sedang menyaksikan Senator dari luar sebelum dia mengambil telefon bimbit daripada poket dan merakam dirinya memecahkan sebiji telur di belakang kepala Anning. Sebagai tindak balas, Anning menghayunkan dua tumbukan kepada remaja berkenaan. Seorang […]
Berita
Tiada Sekatan Rakyat Malaysia Ke New Zealand – Menteri Pelancongan
Tiada sekatan buat rakyat Malaysia untuk berkunjung ke New Zealand susulan insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch yang dilapor mengorbankan 49 nyawa semalam. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata halangan hanya akan dilakukan sekiranya ada arahan daripada Kementerian Luar. Beliau bagaimanapun menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang pergi ke New Zealand supaya lebih berhati-hati […]
Berita
NYPD Beri Jaminan Keselamatan Kepada Komuniti Muslim Di New York, Tingkatkan Kawalan Di Sekitar Pusat Islam
Selepas tragedi menyayat hati serangan bersenjata ke atas masjid di Christchurch, New Zealand semalam, New York Police Department (NYPD) yang diwakili Komisioner O’Neill dalam satu entri terbaru menerusi Facebook rasminya menyatakan rasa sedih atas apa yang berlaku di Christchurch. Dalam kenyataan O’Neill itu juga, NYPD memberi jaminan bahawa tiada ancaman merbahaya di bandar New York […]
Berita
“Hello Brother,” Lelaki Pertama Terkorban, Sapaannya Kepada Pengganas Membuatkan Masjid An-Nur ‘Bercahaya’ Seluruh Dunia
Insiden serangan hitam yang menyelubungi New Zealand benar-benar memberikan tamparan hebat buat seluruh umat Islam di seluruh dunia. Serangan tembakan rambang itu didakwa dilakukan oleh seorang lelaki yang memasuki ke dalam masjid bersama selaras senapang dan melepaskan tembakan ketika jemaah sedang mendirikan solat jumaat. Dalam masa yang sama, nama seorang mangsa Daoud Nabi, 71 menjadi bualan […]
Berita
Tragedi Serangan Di ChristChurch, New Zealand Ubah Undang-Undang Senjata Api
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengulangi keputusan bahawa undang-undang senjata ​​​​​​​negara itu akan diubah, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu. Langkah itu susulan insiden serangan bersenjata di dua buah masjid di bandar kedua terbesar, Christchurch.Lima senjata ditemui, dua ​​​​​​​daripadanya separa automatik. Difahamkan penyerang mempunyai lesen senjata yang sah. “Kita akan ubah Undang-undang senjata,” ujarnya. Setakat ini tiga suspek […]
Berita
Exco, Adun Bersama Anggota Keluarga Mangsa Ke Christchurch Hari Ini
Wakil kerajaan negeri Pulau Pinang akan bersama-sama dengan anggota keluarga Rahimi Ahmad, mangsa yang cedera dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand. akan berlepas ke negara itu esok. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Aziz Mahathir akan mengiringi ibu Rahimi, Rokiah Mohammad, 65 dan anak lelakinya, […]
Berita
Pengganas Hadir Di Mahkamah Buat Isyarat ‘OK’
Pengganas insiden Christchurch yang berjaya ditangkap dihadapkan di mahkamah selepas menyerang dua buah masjid sehingga menyebabkan 49 orang mangsa meninggal dunia. Dia dituduh atas dakwaan mengorbankan dan mencederakan lebih 50 mangsa ketika mereka ingin menghadiri solat Jumaat. Serangan tersebut dirakaman dan dipaparkan secara langsung melalui platform media sosial miliknya. Kehadirannya di mahkamah dilihat membuat isyarat […]