Berita›Luar Negara

Berita
(Video)Ibu Mengandung Dibiar Pengsan Ketika Bersalin Kerana Doktor Sibuk Sambut Tahun Baru
Memang kita pernah mendengar kisah kecuaian doktor atau jururawat di luar negara sehingga menyebabkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini kepada pesakit yang sedang dirawatmya. Namun apa yang berlaku di sebuah hospital di Guatemala ini memang sesuatu yang sangat mengejutkan dan kami sendiri pun tidak tahu sama ada ini disebabkan kecuaian ataupun sebaliknya. Ini disebabkan baru-baru […]
Berita
10 ‘Waterfront’ Terbaik Dalam Dunia, Tak Sangka Satu Di Malaysia Tersenarai
Shibuya Stream, Tokyo, Japan Shibuya Stream mungkin menjadi tarikan baru bagi warga Tokyo untuk meluangkan masa dari kesibukan kerja. Dibina bersebelahan Sungai Shibuya, ianya merupakan antara kawasan pembangunan urban dalam bandar Tokyo. Dibuka sejak September 2018 lalu, Shibuya Stream menawarkan pelbagai pilihan kafe, kedai dan restoran yang hebat. Kawasan terbuka ini juga menjadi tempat berlangsungnya […]
Berita
Ditonton Lebih 45 Juta Kali, Cabaran Filem ‘Bird Box’ Dalam Kehidupan Sebenar, Netflix Keluarkan Amaran
Filem ‘Bird Box’ dihasilkan sepenuhnya oleh Netflix telah mendapat lebih 45 juta tontonan sejak tayangannya Disember lalu. Walau bagaimanapun, selepas 5 hari tayangan, pihak Netflix mengeluarkan amaran sebaik mendapati orang ramai mula cuba meniru aksi didalam filem berkenaan di kehidupan sebenar. Bird Box menceritakan kehidupan seorang wanita, Malorie yang cuba untuk meneruskan hidup dengan mata […]
Berita
Nak Ibu Pulang Awal Berehat Di Rumah, Tindakan Budak Lelaki Tolong Ibunya Seorang Tukang Sapu Buat Netizen Sebak
Seorang budak lelaki berumur 11 tahun membuatkan netizen di China sebak selepas beberapa keping gambarnya yang sedang membantu ibunya yang berkerja sebagai tukang sapu sampah tersebar di laman sosial. Kanak-kanak itu dipercayai sering membantu ibunya menyapu sampah di jalan kerana mahu ibunya pulang awal dan berehat di rumah. Gambar Long Guotao, 11, di ambil […]
Berita
Nak Bercuti Ke Luar Negara, Ini 3 Tips Sebelum Menempah Tiket Penerbangan Anda
Walaupun musim cuti persekolahan sudah pun tamat, tetapi inilah masa yang sesuai untuk anda bercuti kerana jika anda menempah tiket pesawat pada musim cuti sekolah sudah pasti harganya melambung tinggi. Sebagai pelancong yang suka bercuti ke luar negara anda perlu bijak memilih masa yang sesuai untuk menempah tiket pesawat. Jika anda ingin bercuti ke luar […]
Berita
(Video) “Demi Nak Selamatkan Diri, Sanggup Dia Langgar Semua Motorsikal,” Netizen Bengang Pemandu Lori ‘Gila’ Langgar 20 Kenderaan
Kejadian yang berlaku semalam mengejutkan penduduk tempatan apabila sebuah trak kontena bersaiz besar merempuh sekurang-kurangnya 20 motorsikal yang sedang menunggu lampu isyarat hijau di persimpangan Binh Nhut di daerah Ben Luc, bandar Ho Chi Minh. Menurut laporan, kebanyakan motosikal diseret lebih 150 meter sebelum trak berhenti. “Insiden itu sangat mengerikan,” kata salah seorang saksi. Media […]
Berita
Fizikal Gunung Anak Krakatau Berubah Selepas Meletus, Bentuk Teluk Kecil
Beberapa imej satelit optik menunjukkan gunung berapi Anak Krakatau yang aktif sejak beberapa minggu lalu susulan tsunami di Selat Sunda mula berubah. Gambar yang diambil melalui platform Dove dan SkySat menunjukkan kesan aktiviti gunung terhadap kawasan muka bumi disekitarnya. Apa yang dahulunya sebuah kawah di puncak bangunan 340m yang tinggi telah dipecahkan sepenuhnya untuk membentuk […]
Berita
Jepun Mula Kutip Cukai Tinggalkan Negara Isnin Ini, Pelancong Asing Turut Terlibat
Jepun akan memulakan kutipan cukai meninggalkan negara bernilai 1000 Yen (RM 38) bermula Isnin depan bagi setiap individu yang mahu meninggalkan negara Matahari Terbit itu sama ada menggunakan pesawat ataupun kapal laut. Cukai baru itu dilapor turut akan dikenakan kepada semua individu yang mahu meninggalkan negara tersebut tanpa mengambil kira kewarganegaraan asal mereka. Menurut laporan […]
Berita
Berang Isteri Minta Cerai, Suami Tergamak Siramnya Dengar Air Mendidih Ketika Tidur
Gara-gara berang isteri meminta cerai, seorang lelaki di Bireun, Acheh, tergamak menyiram wanita itu dengan air panas yang mendidih hingga mangsa mengalami luka terbakar yang serius. Perbuatan tersebut dilakukan di rumah mereka di Desa Geulanggang Gampong, Kecamatan Kota Juang, Bireuen pada ahad lalu. ”Motifnya kerana cemburu, tertuduh merasa kesal terhadap mangsa yang menggugut mahu bercerai. Oleh […]
Berita
Penerbangan Ke Koh Samui Dibatalkan, Semua Jalan Ditutup Sepenuhnya, Taufan Pabuk Hampiri Thailand
Bangkok Airways telah membatalkan semua penerbangan ke dan dari lapangan terbang Samui pada hari ini (Jumaat) ekoran keselamatan penumpang, ketika ribut tropika Pabuk sedang bergerak ke arah selatan. Syarikat penerbangan itu berkata pada hari Khamis, memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan sementara dalam menghadapi angin ribut dan hujan lebat di Teluk Thailand disebabkan oleh ribut Pabuk. Penduduk […]
Berita
(Video)Hebat, China Jadi Negara Pertama Berjaya Daratkan Prob Pada Bahagian Gelap Bulan
China melalui agensi angkasa lepasnya mengumumkan kejayaan pesawat angkasa milik negara tersebut yang mendarat pada bahagian gelap Bulan, buat kali pertama. Penjelajah bulan tersebut yang diberi nama Chang’e 4 dilapor berjaya mendarat pada bahagian yang sangat jarang diteroka itu pada pukul 10.26 pagi waktu tempatan. Chang’e 4 juga berjaya mengambil gambar pertama mengenai keadaan sebenar pada bahagian […]
Berita
Derita Penjara Terpadat, Banduan Tidur Berhimpit Umpama ‘Kelawar’
Tidur umpama kelawar. Begitulah nasib yang menimpa banduan di Penjara Bagansiapiapi, Riau, sebuah penjara terpadat di Indonesia. Manakan tidak, dalam keadaan berhimpit, mereka terpaksa memikirkan alternatif lain untuk tidur dengan lebih selesa. Caranya hanya satu, mereka menggunakan kain dan mengikatnya di gerigi besi sebagai buaian untuk dijadikan tempat tidur. Itu sahaja caranya supaya semua orang […]
Luar Negara
Gabenor Dedah Jawa Barat Dalam Zon Merah, Berisiko Jadi Kawasan Bencana
Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa seluruh kawasan Jawa Barat dan 2/3 Sukabumi kini berada dalam Zon Merah ataupun risiko terdedah risiko bencana. ”Jika dilihat pada peta Jawa Barat, keseluruhan kawasan ditandai dengan warna merah. Malah luas dua pertiga kawasan Sukabumi juga termasuk dalam zon yang sama,” katanya ketika melawat kawasan […]
Berita
(Video)NASA Keluarkan Amaran Asteroid, Objek Gergasi Hampiri Bumi Jumaat Ini
Satu asteroid gergasi yang bergerak pada kelajuan melebihi kelajuan bunyi dijangka akan membuat ‘Perjalanan Mendekati Bumi’ Jumaat ini, seperti yang didedahkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan, Amerika Syarikat (NASA). Diberi kod nama Asteroid 2014 AD16, NASA menjangkakan asteroid berkenaan akan melintasi kawasan pada jarak yang hampir dengan Bumi pada awal pagi Jumaat. Ini adalah kali […]
Berita
Percaya Mereka Adalah Pasangan Kekasih Di ‘Kehidupan Lalu’, Ibu Bapa Ini Kahwinkan Anak Kembar Yang Berusia Enam Tahun
Sepasang suami isteri mengambil keputusan untuk mengahwinkan anak kembarnya kerana mempercayai bahawa mereka adalah pasangan kekasih di ‘kehidupan yang lalu’. Amornsan Sunthorn Malirat, 31 dan isterinya Phacharaporn, 30, berbelanjakan banyak wang bagi mengadakan majlis perkahwinan itu supaya anak mereka mendapat kejayaan kelak. Mengikut kepercayaan Buddha, pasangan kembar lelaki , Guitar, 6 dan adik perempuannya, Kiwi, […]
Berita
Viral Rakaman CCTV Masjid, Wanita Dipukul Ketika Solat, Suspek Sempat Tolong Imam Kira Duit Derma Tabung Sebelum Bertindak
Video seorang lelaki memukul seorang wanita yang sedang solat di masjid tular di media sosial beberapa hari lalu. Dalam rakaman video tersebut, seroang wanita yang sedang solat di Masjid Al Istiqomah, Kunjang, Samarinda, Indonesia tiba-tiba dipukul oleh suspek daripada arah belakang. Lelaki tersebut memukul wanita itu menggunakan kayu hingga tersungkur. Ketika mangsa tersungkur ke lantai, […]
Berita
“Suami Terpakai,” Muak 7 Tahun Bersama, Isteri Jual Suami Dalam eBay serendah RM80
Seorang wanita dari Jerman telah menyenarikan suaminya di dalam talian melalui medium eBay dengan harga bermula dari RM80. Dorte L, 40 tahun berkata, “Perayaan Krismas kali ini saya dah muak untuk bersamanya. Saya nak jual suami saya.” “Saya gembira untuk berunding harga, sila hantarkan sebarang pertanyaan melalui e-mel.” Beliau menambah bahawa suaminya itu boleh dijadikan […]
Berita
Satu Lagi Gunung Berapi Indonesia Meletus, Gunung Agung Bali Dalam Status Merbahaya, Penduduk Sekitar Sungai Diberi Amaran Lahar Api
Pusat Vulkanologi dan Bencana Indonesia (PVMBG) memberitahu bahawa Gunung Agung, Bali kmebali meletus pada petang semalam dan berada pada tahap 3 sehingga kini. PVMBG memberi amaran kepada setiap penduduk untuk menghentikan aktiviti pendakian di sekitar Gunung atau dalam radius 4 kilometer dari kawah puncak. Amaran bahaya yang dikeluarkan bersifat dinamik mengikut perkembangan terkini gunung berapi. […]
Berita
(Video) Padah Leka Dengan Telefon Bimbit, Kekasih Berang, Rampas Dan Baling Dalam Periuk Mendidih
Gara-gara tidak tahan dengan pasangan yang asyik bermain telefon sewaktu makan malam, seorang wanita menggunakan cara ‘kejam’ bagi mendapatkan perhatian kekasihnya itu. Cara yang digunakan adalah dengan merampas dan membuang telefon bimbit lelaki itu ke dalam periuk yang sedang mendidih. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah restoran di Chongqing, selatan barat China. Video rakaman yang […]
Berita
(Video) Ngeri, Lintah ‘Berumah’ Dalam Hidung Budak 6 Tahun
Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun kelihatan tenang apabila seekor lintah bewarna hitam ditarik keluar dari hidungnya setelah haiwan itu dikatakan tersekat di situ lebih daripada sebulan. Difahamkan, kanak-kanak dari Vietnam itu dibawa bertemu dengan doktor oleh ibu bapanya selepas dia mengadu terdapat sesuatu yang bergerak-gerak di dalam hidungnya. Budak perempuan itu yang berasal dari Phin […]