BeritaPolitik

Politik
Polis Akan Panggil Exco Selangor Didakwa Langgar SOP Aidilfitri
SHAH ALAM, 21 Mei (Bernama) — Polis akan memanggil seorang Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu siasatan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkenaan ziarah Aidilfitri dengan menganjurkan majlis sambutan hari raya baru-baru ini. Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata selain exco itu, pihaknya akan turut memanggil […]
Politik
Gagal Bayar Cukai Pendapatan: Anak Najib Terima Notis Bankrap Dari LHDN
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Selain Datuk Seri Najib Tun Razak, anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan berikutan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana gagal melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi Julai tahun lepas. Peguam Wee Yeong Kang,yang mewakili Mohd Nazifuddin ketika dihubungi pemberita, berkata […]
Politik
PRU15 Bakal Saksikan Pertembungan Tiga Pakatan Politik Utama
BATU PAHAT, 2 Mei (Bernama) — Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) dijangka menyaksikan pertembungan tiga pakatan politik utama di negara ini iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan. Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata situasi itu berbeza berbanding PRU sebelumnya yang menyaksikan PH yang DAP adalah satu daripada komponennya […]
Politik
Undi 18 Dijangka Dilaksana Tahun Ini – Takiyuddin
KOTA BHARU, 2 Mei (Bernama) — Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Undi 18 dalam masa terdekat pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Beliau berkata ketika ini, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih meneliti beberapa perkara sebelum dimuktamadkan dan menjangkakan ia dapat dilaksanakan Julai ini sekali gus akan […]
Berita
Ordinan Baharu Beri Kuasa Kerajaan Guna Dana Tanpa Kelulusan Wakil Rakyat Dalam Tempoh Darurat
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Satu undang-undang baharu yang membenarkan Perbendaharaan (Kementerian Kewangan), Menteri Besar atau Ketua Menteri meluluskan apa-apa perbelanjaan tambahan atau pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa, diwartakan hari ini. Ini berdasarkan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (Pindaan) 2021, yang berkuat […]
Berita
Rakyat Pakistan Dambakan Kedamaian, Kerjasama Dengan Negara Jiran – PM Imran
ISLAMABAD, 31 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Pakistan Imran Khan berkata rakyat Pakistan mendambakan kerjasama dan hubungan yang aman dengan semua negara jiran termasuk India. Khan berkata demikian sebagai membalas surat tahniah daripada Perdana Menteri India Narendra Modi sempena Hari Pakistan yang disambut pada 23 Mac. “Terima kasih atas perutusan tahniah sempena Hari Pakistan. Rakyat […]
Berita
Semua Menteri Umno Akan Terus Kekal Dalam Kabinet – PM Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata semua menteri daripada UMNO akan terus kekal berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN). Perdana Menteri berkata kesepakatan itu dicapai selepas pertemuan beliau dengan menteri-menteri daripada UMNO pada Isnin (29 Mac) yang meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam Kabinet kerajaan PN. “Saya telah menasihati mereka […]
Politik
Pemilihan UMNO Sebelum PRU15 Boleh Cetus Keretakan, Pecah-Belah Parti – Najib
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain, kata Ketua Bahagian UMNO Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas presiden parti itu berkata banyak pihak sedang menunggu untuk melemahkan UMNO dengan cara sedemikian. “… dia (parti lain) akan […]
Politik
Khairy Gesa Pemilihan UMNO Disegerakan Bagi Selesai Kemelut Parti
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini menggesa pucuk pimpinan UMNO agar mengadakan pemilihan parti itu dengan segera bagi menyelesaikan kemelut dalamannya. Beliau berkata pemilihan seharusnya dijalankan tahun ini, tanpa perlu menunggu selepas pilihan raya umum yang akan datang. “Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO… segerakan pemilihan […]
Berita
(Video) Diberi Masa 48 Jam, Kakitangan Kedutaan Korea Utara ‘Berkemas’ Keluar Dari Malaysia
KUALA LUMPUR, 21 Mac – Kakitangan Kedutaan Korea Utara dilapor telah meninggalkan premis kedutaan dengan bas sewa khas dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 11 pagi tadi. Difahamkan, pegawai dan keluarga kedutaan yang tiba di KLIA pada 11.45 pagi tadi mendaftar masuk bagi urusan penerbangan pulang ke Korea Utara. Warga kedutaan […]
Berita
Malaysia Arah Kakitangan Kedutaan Korea Utara Keluar Dari Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam
Wisma Putra semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa kakitangan diplomatik Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia diperintahkan untuk meninggalkan negara dalam tempoh 48 jam. Ia susulan daripada kenyataan Korea Utara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Menerusi kenyataan media yang dimuatnaik Wisma Putra di Twitter, Malaysia turut kesal dengan keputusan Korea Utara dan menganggap ia […]
Perbicaraan Ahmad Zahid: Pendakwaan Tutup Kes Selepas Panggil 99 Saksi
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi, hari ini menutup kes mereka selepas memanggil 99 orang saksi dalam tempoh 53 hari perbicaraan. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja […]
Berita
Korea Utara Dilapor Mahu Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia
Korea Utara mengatakan akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia kerana mengekstradisi salah seorang rakyatnya ke Amerika Syarikat, lapor CNA. Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan kementerian luar negeri yang disiarkan oleh Korean Central News Agency (KCNA) hari ini. “Pihak berkuasa Malaysia telah melakukan ‘jenayah yang tidak dapat dimaafkan’ kerana memaksa warganegara Korea Utara yang tidak […]
Berita
Muhyiddin Tetap Perkukuh Hubungan Antarabangsa
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Dalam keadaan dunia bergelut dengan COVID-19 yang mengehadkan pergerakan manusia, hubungan antarabangsa Malaysia dengan rakan asing tetap mantap. Setelah berjumpa Presiden Indonesia Joko Widodo, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan terbang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan China beberapa bulan ini untuk mengukuhkan hubungan sedia ada. Yang terdekat, […]
Berita
Muhyiddin Pastikan Sabah, Sarawak Dapat Layanan Adil
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan memastikan Sabah dan Sarawak diberi layanan adil dalam pelbagai aspek, seiring dengan pewujudan portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Mengambil kira jurang Sabah dan Sarawak yang masih jauh tertinggal dalam pelbagai aspek, perdana menteri melahirkan pandangan […]
Kesihatan
PRU Hanya Selepas Negara Pulih – Hamzah
SELAMA, 27 Feb (Bernama) — Kerajaan Pakatan Nasional (PN) pastinya akan mengambil kira situasi pandemik dan program imunisasi dalam kalangan rakyat sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu penularan COVID-19 dalam negara. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pilihan raya hanya akan diadakan apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik […]
Berita
Havana Sekali Lagi Kemuka Resolusi Bantah Sekatan AS, Harap Sokongan Malaysia Dan Masyarakat Antarabangsa
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Cuba pada Mei ini sekali lagi akan mengemukakan resolusi yang tidak mengikat untuk mengutuk sekatan perdagangan sepihak yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) dan berharap sokongan padu dari Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Duta Cuba ke Malaysia, Ibete Fernandez Hernandez berkata draf resolusi bertajuk ‘Keperluan untuk mengakhiri sekatan ekonomi, komersial dan […]
Berita
Selepas Rampas Kuasa, Tentera Myanmar Pecat 24 Menteri & Timbalan Menteri Kerajaan
Setelah menahan Aung San Suu Kyi, Tentera Myanmar dilaporkan telah memecat 24 menteri dan timbalan menteri serta telah menamakan 11 pengganti dalam pentadbiran baharunya setelah mengambil alih kuasa kerajaan, lapor Channel News Asia. Semalam, Junta Tentera Myanmar telah melakukan rampasan kuasa dengan menahan Aung San Suu Kyi bersama dengan pemimpin lain dari parti Liga Nasional […]
Luar Negara
TERKINI: Tentera Myanmar Dilapor Rampas & Ambil Alih Kuasa Kerajaan, Isytihar Darurat Setahun
Junta Tentera Myanmar dilaporkan telah mengisytiharkan darurat di negara itu selama setahun setelah menahan Aung San Suu Kyi dan tokoh-tokoh kanan lain dari parti pemerintah dalam ‘serangan’ awal pagi tadi. Menurut Shepparton News, kuasa telah diserahkan kepada Panglima Angkatan Bersenjata negara itu, Min Aung Hlaing. Seorang penyampai TV Myawaddy yang dimiliki tentera, telah membuat pengumuman […]
Berita
Aung San Suu Kyi Ditahan & Talian Internet Terputus, Rampasan Kuasa Oleh Tentera Dikhuatiri Berlaku Di Myanmar
Myanmar kini dipercayai di ambang rampasan kuasa setelah pemimpin tertinggi negara itu termasuk Aung San Suu Kyi telah ditangkap oleh pihak tentera awal pagi ini. Agensi berita Reuters yang memetik jurucakap Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD), Myo Nyunt, mengesahkan penahanan tersebut. “Penasihat Negeri, Aung San Suu Kyi dan beberapa tokoh kanan lain ditahan di ibu […]