BeritaPolitik

Bisnes
Selepas Google, Giliran Microsoft Pula ‘Bertindak’ Terhadap Produk Huawei
Selepas Google, kini tiba pula giliran sebuah syarikat teknologi gergasi milik Amerika Syarikat untuk menjauhkan diri daripada Huawei. Syarikat yang dimaksudkan itu ialah Microsoft. Microsoft telah bertindak mengeluarkan produk komputer peribadi milik syarikat China iaitu Huawei daripada stor jualan atas talian milik syarikatnya itu. Segala carian untuk mana-mana peranti yang membabitkan produk Huawei di dalam […]
Berita
Kecewa Kempen ‘Brexit’ Tidak Berhasil, Perdana Menteri UK Umum Letak Jawatan
Perdana Menteri UK, Theresa May hari ini secara rasminya mengumumkan bahawa beliau akan mengundurkan diri daripada jawatan itu selepas tiga tahun berhempas pulas meyakinkan rakyatnya tentang Brexit. Menurut May, beliau akan meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif berkuatkuasa pada hari jumaat yang bersamaan dengan 7 Jun. Selepas usahanya dalam mendapatkan sokongan rakyat serta meyakinkan parlimen […]
Berita
Indonesia Hadkan Penggunaan Whatsapp, Instagram Dan Facebook Akibat Rusuhan Di Jakarta
Teknologi semakin berkembang dan tidak dapat dinafikan keberadaan internet semakin diperlukan dalam kehidupan harian. Tetapi lain pula di negara Indonesia, pemimpin menyeru untuk menghadkan penggunaan beberapa aplikasi sosial media. Berikutan dengan kejadian rusuhan maut di negara tersebut, rakyat mengalami kesukaran untuk menggunakan menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp yang merupakan medium utama untuk menghantar pesanan yang […]
Berita
Malaysia Akan Terus Kecam Kekejaman Israel Terhadap Rakyat Palestin- Dr Mahathir
PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sokongan terhadap perjuangan Palestin merupakan satu tanggungjawab moral, dan Malaysia akan kekal dengan pendiriannya mengecam keganasan Israel terhadap rakyat Palestin. Dr Mahathir mengulangi komitmen terhadap perjuangan Palestin dan berkata Malaysia sentiasa akan berdiri teguh di belakang rakyat negara itu. “Kita tidak akan berdiam diri selagi […]
Luar Negara
Arsenal Sahkan Mikhitaryan Terlepas Aksi Final Liga Europa Atas Faktor Keselamatan
Henrikh Mkhitaryan secara rasminya tidak akan terlibat dengan perlawanan akhir Liga Europa bagi membantu pasukannya dalam kempen menjuarai piala eropah yang bakal berlangsung di Baku, Azerbaijan 30 Mei ini. Atas sebab-sebab keselamatan yang tidak dapat dielakkan, beliau terpaksa melupakan hasratnya dalam membantu pasukannya itu menjuarai piala eropah kerana faktor ketegangan politik diantara negaranya iaitu Armenia […]
Berita
Menang Dalam Pilihanraya Indonesia 2019, Tun M Ucap Tahniah Pada Jokowi
Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad telah menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Presiden Joko Widodo atas kemenangannya memenangi pilihan raya Indonesia buat kali kedua. Keputusan rasmi yang dikeluarkan pada hari selasa yang bersamaan dengan 21 Mei telah menyaksikan bahawa Widodo, yang juga dikenali sebagai Jokowi, telah berjaya memenangi pilihan raya bagi jawatan presiden menentang […]
Berita
Jokowi Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat, Prabowo Fail Petisyen Bantah, 50 Ribu Pasukan Keselamatan Kawal Jakarta
Jakarta : Lebih 50,000 anggota polis dan tentera Indonesia ditempatkan di kawasan strategik di kota Jakarta bagi mengawal keselamatan dan ketenteraman awam, pasca pengumuman keputusan Pilihan Raya Indonesia (Pemilu 2019), awal pagi ini. Pasukan keselamatan ditempatkan di kawasan seperti di Komisi Pemilihan Umum (KPU), Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu), Istana Negara, bangunan parlimen, pusat membeli-belah dan […]
Berita
Jokowi Menang Pilihan Raya Presiden Indonesia 2019
Jakarta : Presiden Joko Widodo (Jokowi) diumumkan memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia 2019, untuk kekal memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu bagi tempoh 2019-2024. Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada pukul 1.46 pagi ini (waktu Indonesia Barat) mengumumkan keputusan Pilihan Raya Presiden 2019 (Pilpres 2019), sehari lebih awal, selepas proses pengiraan undi di 813,350 Tempat […]
Berita
Gerakan Bawa Balik Ahmad Zahid Bukan Sesuatu Yang Baik Bagi Umno
Johor Bahru : Gerakan untuk membawa balik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mengambil semula tugas sebagai Presiden Umno bukan sesuatu yang baik untuk parti itu, yang baharu sahaja bangkit dan bergerak ke hadapan. Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang berkata, perlu diingat bahawa antara sebab berlaku desakan untuk Ahmad Zahid bercuti adalah […]
Berita
Pernah Tarik Perhatian Netizen Malaysia, Senator ‘Telur’ Fraser Anning Kalah Pilihan Raya Australia
Fraser Anning, bekas senator Australia yang menyalahkan imigran Muslim ke New Zealand berikutan kes tembakan di Christchurch oleh seorang lelaki berkulit putih kini tewas dalam pilihan raya negara tersebut yang diadakan semalam. Sebelum ini, kenyataan tersebut mendapat kecaman dari dua parti lawan selain dimalukan oleh seorang remaja yang bertindak berani memecahkan telur di kepalanya. Tidak […]
Berita
Kerajaan Terengganu Umum Bonus Hari Raya Kepada Penjawat Awam Minggu Depan
Selepas beberapa buah kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam di negeri masing-masing, kini tiba giliran kerajaan negeri Terengganu pula melakukan perkara sama. Sebentar tadi, kerajaan negeri melalui Menteri Besarnya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan bahawa bonus raya akan diberikan kepada sekitar 12,700 orang penjawat awam di negeri tersebut. Akan tetapi, jumlah bonus […]
Berita
PBB Sahkan Kerajaan Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rom
Dalam kenyataan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Twitter rasmi Wisma Putra, kerajaan Malaysia secara rasmi menarik diri dari Statut Rom yang berkuatkuasa bermula 29 April 2019. PBB mengesahkan menerima notifikasi itu menerusi Kementerian Luar Negeri “Pemberitahuan yang diterima daripada Menteri Luar Negeri Malaysia berbunyi seperti berikut: ‘… Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menarik balik […]
Berita
Boleh Ke Yang Di-Pertuan Agong Bubar Parlimen Sekarang? Ikuti Penjelasan Ini
Melihat kepada situasi politik semasa, kami dapati banyak suara-suara yang mahukan parlimen Malaysia ini dibubarkan menggunakan kuasa DYMM Yang di-Pertuan Agong(YDPA) untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan dengan segera. Namun, apakah sebenarnya kuasa yang dimiliki oleh DYMM YDPA dalam proses membubarkan parlimen ini? Betul ke Baginda YDPA boleh membubarkan parlimen serta-merta? Untuk mengetahui jawapan bagi persoalan […]
“Saya Tak Pernah Benci Siapa Yang Buat Saya Begini”, Hilang Sebelah Kaki Terpijak Periuk Api, Salah Gembira Dapat Kaki Palsu
Kanak-kanak berusia sembilan tahun yang bernama Salah Al Wahbei kembali tersenyum selepas menerima kaki palsu dan menyatakan dengan bangganya bahawa: “Bila saya sudah dewasa nanti, saya mahu menjadi seorang doktor.” Salah merupakan pesakit yang ke-658 mendapatkan rawatan akibat daripada tercedera daripada letupan periuk api di klinik tersebut. Pakar menganggarkan bahawa lebih daripada sejuta periuk api […]
Berita
Peristiwa 13 Mei: Pengajaran Perlunya Masyarakat Bersatu Padu
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni. Bagi felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, pengajaran daripada peristiwa […]
Berita
Jho Low Dan Bekas Penyanyi Rap Fugees Didakwa Kerana Membiayai Kempen Obama
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) awal pagi tadi telah membuat pendakwaan terhadap bekas penyanyi rap anggota kumpulan Fugees Prakazrel “Pras” Michel serta ahli perniagaan Malaysia yang terbabit dengan skandal 1MDB Low Taek Jho atau pun lebih dikenali sebagai “Jho Low,” berhubung dengan penajaan dana untuk kegunaan kempen pilihan raya Obama dengan menggunakan wang yang dipercayai […]
Berita
Kerajaan PH Perlu Masa Tunaikan Janji Manifesto
BANGI, 10 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya memerlukan lebih masa untuk menunaikan segala janji-janji manifestonya. Menurutnya, prestasi pencapaian janji kerajaan PH bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 adalah sebanyak 39.01 peratus dan tempoh setahun itu merupakan satu tempoh yang sangat singkat untuk […]
Luar Negara
Keadaan Meruncing, Gaza Alami Masalah Kewangan Teruk Dan Jutaan Penduduknya Diambang Kebuluran
Walaupun tiada lagi serangan atau pertempuran yang berlaku sejak gencatan senjata dipersetujui beberapa hari lalu, warga Gaza masih belum boleh menarik nafas lega. Ini kerana Persatuaan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan sejuta penduduk di sana berkemungkinan akan mengalami kebuluran tidak lama lagi berikutan”bencana kemanusiaan” yang diramal akan dihadapi dalam masa terdekat. Menurut pegawai dari agensi pelarian […]
Luar Negara
Majoriti Rakyat Israel Anggap Serangan Ke Atas Palestin Lemah, Tidak Berlebihan
Dalam satu pengundian yang diterbitkan oleh Syarikat Penyiaran Awam Israel, Kan, 53% rakyat Israel berpendapat serangan Israel ke atas Gaza pada Mac lalu bersifat lemah manakala hanya 3% menyifatkan serangan tersebut sebagai berlebihan. Berdasarkan undian tersebut, 33% rakyat Israel menyifatkan prestasi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berada pada tahap yang rendah manakala 24% menganggap prestasinya […]
Hiburan
“Assalamualaikum. Terima kasih semua. I love you 3,000.” – Dr. Maszlee
Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee terkenal dengan peribadinya yang lebih bersifat santai. Ini dibuktikan melalui reaksi Dr. Maszlee itu sendiri yang menggunakan bahasa isyarat seakan-akan sama dengan bahasa isyarat yang digunakan di dalam filem Avengers: End Game. Menerusi halaman Instagram, Dr Maszlee telah memuat naik rakaman aksinya yang menggunakan bahasa isyarat tersebut. Aksinya itu berjaya […]