Berita›Politik
Mukhriz Umum Lepas Jawatan MB Kedah Berkuatkuasa Serta Merta
ALOR SETAR, 17 Mei (Bernama) — Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini mengumum melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta. Mukhriz berkata ia susulan selepas beliau kehilangan kepercayaan oleh majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). “Pagi ini saya telah sembah maklum kepada Tuanku Sultan (Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) […]
PRK DUN Chini Pada 4 Julai
PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini, Pahang diadakan pada Sabtu, 4 Julai depan. Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun turut mengumumkan hari penamaan calon pada 20 Jun manakala tarikh mengundi awal ialah pada 30 Jun. Kerusi DUN Chini kosong susulan kematian […]
TERKINI: Tiada Sidang Dewan Rakyat Selepas Titah Diraja 18 Mei Ini- Speaker
Putrajaya, 13 Mei- Tiada sidang Dewan Rakyat akan dijalankan pada Isnin, 18 Mei hadapan. Berdasarkan kenyataan media dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusoff itu, pindaan tersebut dikatakan selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Menurutnya, beliau telah menerima surat ditandatangani YAB Perdana Menteri sebagai […]
Persidangan DUN Melaka Kecoh Isu Pelantikan Speaker
MELAKA, 11 Mei — Babak awal persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini kecoh berikutan desakan anggota Perikatan Nasional (PN) diketuai Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) supaya Speaker DUN Melaka, Datuk Omar Jaafar, digantikan dengan anggota PN. Persidangan sehari yang bermula jam 9.30 pagi itu menjadi kecoh kerana pertikaman lidah dan cabar mencabar antara wakil rakyat […]
Usul Tidak Percaya Terhadap PM Dibuat Tun Mahathir Diterima Speaker Dewan Rakyat
Putrajaya, 8 Mei – Usul Tun Dr Mahathir berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat diterima untuk dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima empat usul dari Ahli-ahli Parlimen sejak Notis Memanggil Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan […]
Nurul Hidayah Ahmad Zahid & Suami Didenda RM 800 Kerana Melanggar PKP
PUTRAJAYA, 5 Mei (Bernama) — Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, masing-masing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 20 April lepas. Majistret Shah Wira Abdul Halim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas anak dan menantu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad […]
(Video) ”Nurse” Protes Depan White House Minta Kerajaan Sediakan PPE, Laung Nama 50 Jururawat Dah Terkorban
Beberapa jururawat daripada National Nurses United (NNU) menjalankan protes di hadapan bangunan White House, Amerika Syarikat (US) pada Selasa, mendesak agar kerajaan menyediakan alat perlindungan peribadi (PPE) dengan lebih banyak untuk kegunaan petugas kesihatan dalam memerangi COVID-19 di negara itu. Seorang jururawat dari Pusat Hospital Washington, Erica Jones berkata, “Kami berada di sini kerana rakan […]
Tiga Kementerian Bekerjasama Pastikan Malaysia Proaktif Dapatkan Vaksin COVID-19
PUTRAJAYA, 21 April — Tiga kementerian iaitu Kementerian Luar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) bekerjasama untuk memastikan Malaysia mengambil langkah proaktif dalam mendapatkan vaksin bagi pandemik COVID-19. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kerjasama itu bertujuan memastikan Malaysia berada di kedudukan terbaik untuk mendapat akses kepada pembangunan vaksin COVID-19 serta mampu terus mendapatkan vaksin […]
Trump Arah Amerika Syarikat Henti Salur Dana Kepada WHO
Presiden Amerika Syarikat (US), Donald Trump dilapor telah mengarahkan pentadbirannya untuk menghentikan pembiayaan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam tweet oleh White House, kerajaan negara tersebut turut akan menilai semula peranan yang dimainkan oleh WHO dalam mengurus perebakan COVID-19. “Satu kajian akan dijalankan untuk menilai peranan WHO yang silap dalam percaturan serta menutup penyebaran […]
Pesuruhjaya Tinggi Britain Ke Malaysia Adakan Pertemuan Dengan Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 9 April — Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay hari ini, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, antara lain untuk membincangkan mengenai kesan krisis COVID-19. Suruhanjaya Tinggi itu berkata pada pertemuan berkenaan perbincangan turut tertumpu mengenai kerjasama dua hala lebih luas, terutama bagaimana Britain dan Malaysia dapat bekerjasama […]
Perdana Menteri UK, Boris Johnson Dimasukkan Ke ICU Selepas 10 Hari Disahkan Positif COVID-19
Perdana Menteri UK, Boris Johnson dilaporkan dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital St Thomas, London semalam setelah menunjukkan simptom berterusan COVID-19, lapor The Guardian. Boris, 55 dimasukkan ke ICU setelah 10 hari disahkan positif COVID-19 serta menunjukkan simptom batuk dan demam panas. Profesor pengimejan perubatan University College London, Derek Hill berkata, “Kami difahamkan beliau […]
(Video) “Apa Ustaz Akan Buat Kalau Jadi Menteri Agama”, Ini Jawapan Penuh Nasihat Ustaz Azhar Idrus
Teruja apabila melihat dua pendakwah terkenal ini menjalankan sesi munaqashah (perbincangan) secara langsung di media sosial malam tadi. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Al-Bakri berdiskusi bersama pendakwah terkenal dari Pantai Timur, iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi Facebook, Instagram dan Youtube dengan membawa tajuk ‘Deme wak mende PKP ning?’. Menariknya […]
Perak Rangka Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri
IPOH, 7 April –Kerajaan Negeri Perak telah menubuhkan satu pasukan khas bagi merangka Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri untuk menghadapi cabaran yang dihadapi susulan penularan wabak COVID-19. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pasukan khas itu berperanan merangka strategi sesuai dengan pelbagai cabaran semasa termasuk menggunakan kaedah-kaedah di luar daripada pendekatan biasa. “Apa yang […]
“Sumbangan Paling Hebat PM Kali Ini Adalah ‘Emotional Security’”, Rakyat Malaysia Luah Rasa Kagum Dengan PM
Biarpun tidak dilantik melalui pilihanraya, kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin diterima rakyat. Dalam situasi gawat akibat penularan COVID-19, kebanyakan rakyat Malaysia mula mengetepikan ideologi politik dan dilihat bersatu menentang virus ini dengan melakukan bahagian masing-masing. Inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat juga sedikit sebanyak memberi sinar harapan buat semua rakyat yang terjejas dan […]
(Video) “Hapuslah Air Matamu”, Beri Amanat Bagaikan Ayah, Rakyat Luah Rasa Tersentuh Dengan Tan Sri Muhyiddin
Mengambil alih tampuk kepimpinan setelah berlaku goncangan dalam arena politik negara bukanlah mudah, terutamanya apabila wabak sedang melanda negara. Dalam tempoh singkat, pemimpin yang mengambil alih perlu bekerja keras untuk menjaga rakyat dan menstabilkan negara. Dengan mengetepikan ideologi politik, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus berdiri dan berkhidmat untuk melindungi rakyat dari wabak COVID-19 […]
Sultan Nazrin Perkenan Lantik Semula Ahmad Faizal Sebagai MB Perak
IPOH, 13 Mac (Bernama) — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan melantik semula Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Kol (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor menerusi satu kenyataan di sini hari ini. Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri […]
Ahmad Maslan Ganti Annuar Musa Sebagai Setiausaha Agung UMNO
KUALA LUMPUR, 12 Mac – UMNO hari ini mengumumkan penstrukturan semula parti itu dengan melantik Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung yang baharu. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu kenyataan, berkata Ahli Parlimen Pontian itu dilantik bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang kini dilantik […]
Azmin Sah Sertai Bersatu – Tan Sri Muhyiddin
PUTRAJAYA, 11 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara rasmi telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, berkata, permohonan oleh Azmin dan 10 yang lain untuk menyertai parti itu telah dipersetujui dan diterima dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu. “Ini adalah […]

Pelantikan Dr Zulkifli Mohamad Perkasa Gandingan Umara-Ulama
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — “Gembira dan syukur”. Dua perkataan yang mungkin paling tepat untuk menggambarkan perasaan sebahagian besar masyarakat Islam negara ini sebaik sahaja Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelantikan Zulkifli, 51, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri […]
(Video) Kesemua 31 Menteri Selesai Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Al-Sultan Abdullah
Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin semalam, kini secara rasminya menjadi anggota Kabinet baharu setelah istiadat Mengangkat Sumpah anggota Kabinet di Istana Melawati. Istiadat Angkat Sumpah tersebut telah dilakukan di hadapan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Anggota Kabinet Menteri dibahagikan secara berkumpulan […]