Berita›Politik

Dua Tuduhan Terima Rasuah RM3 Juta, Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah dan satu pertuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM3 juta, berhubung pembelian tanah bagi pembinaan rumah mampu milik pada tahun 2013 dan 2016. Tengku Adnan yang memakai kemeja batik lengan pendek berwarna ungu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan […]

ICERD : Kerajaan Jamin Tidak Mansuh Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan
Kerajaan memberi jaminan tidak akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan sekiranya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasikan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy memberikan jaminan itu pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang mahu tahu pendirian kerajaan berhubung perkara itu. […]

”Seolah-Olah Saya Mengeluarkan Kata-Kata Kesat,” Musa Hitam Sangkal Video Tular Kaitkan Perdana Menteri
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini menyangkal satu video tular di media sosial menunjukkan seolah-olah beliau pernah membangkitkan sikap jahat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Musa berkata, klip video berdurasi 20 saat itu telah disunting secara khusus untuk disesuaikan dengan tujuan pihak yang melakukan penularan. “Isi kandungan artikel itu penuh dengan tindakan memotong klip video berkenaan dan […]
Potongan Gaji Menteri Akan Diteruskan – Lim
Potongan 10 peratus terhadap gaji semua menteri kabinet akan diteruskan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Katanya jumlah yang dikumpulkan daripada potongan itu tidak akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) sebaliknya dikembalikan ke perbendaharaan kerajaan. “Potongan gaji akan diteruskan melainkan diputuskan sebaliknya. Selagi belum terima sebarang arahan, gaji menteri kekal dipotong,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini. Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada potongan gaji menteri akan dihentikan apabila THM ditutup. Akaun THM akan ditutup pada 31 Dis ini. THM […]

Rosmah Dijangka Didakwa Esok
Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dipercayai berkaitan kes pembekalan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak. Perkara itu dinyatakan oleh peguamnya Datuk K Kumaraendran ketika ditemui selepas mengiringi Rosmah memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini. “Saya tidak mahu mengambil apa-apa soalan, cuma boleh sahkan anak guam saya akan didakwa di mahkamah Jalan Duta […]

Bukan Lagi Simbol Harapan, Amnesty International Tarik Balik Anugerah Berprestij Dari Suu Kyi
Amnesty International telah menarik balik anugerah hak asasi manusia berprestij dari Aung San Suu Kyi, berikutan kegagalan beliau bersuara terhadap keganasan yang berlaku kepada Islam Rohingya. Ia adalah yang terbaru dalam satu siri penghargaan yang akan ditarik balik dari Aung San Suu Kyi, termasuk Anugerah Elie Weisel Museum Holocaust Amerika Syarikat dan Anugerah Freedom of the City yang dibatalkan oleh Edinburgh, […]

Jika Tiada Komitmen Masing-Masing, Kami Boleh Bermimpi Punyai Parti Baru – Khairy Jamaluddin
”Jika bukan kerana komitmennya kepada Anwar (Rafizi Ramli) dan kerajaan baru serta komitmen saya dalam membangunkan semula UMNO, kami boleh bermimpi mempunyai parti baru untuk Malaysia,” begitulah status yang dimuatnaik oleh ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi instagram rasmi miliknya malam tadi. Kenyataan itu dibuat susulan pemilihan PKR yang menyaksikan perebutan jawatan timbalan presiden […]

Sudah Sampai Masanya Kerajaan PH “Kurangkan Bercakap, Lebihkan Bekerja” – Rafidah
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu “kurangkan bercakap, lebihkan bekerja” dalam usaha meletakkan semula negara di landasan yang tepat, kata Tan Sri Rafidah Aziz. Beliau yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi tempoh 1987 hingga 2008 berkata kerajaan perlu menumpukan tadbir urus negara dan bergerak dengan menggalas tanggungjawab […]

‘Bajet Paling Besar Konon’ – Najib Razak
Minggu lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah membentangkan Belanjawan 2019 dengan bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera.’ Bajet 2019 ini dikatakan bajet terbesar dalam sejarah negara kerana memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion serta menumpukan beberapa aspek seperti reformasi institusi, memastikan kesejahteraan rakyat dan memupuk budaya negara keusahawanan. Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Najib Razak […]

Perbalahan Antara KJ Dan Lokman Buat Lobak Merah Popular Di Media Sosial
Khairy Jamaluddin baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas salah satu posting di Twitter miliknya tular dengan kenyataan berbaur kecewa selepas menempelak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) tewas sehingga hilang kuasa sebagai kerajaan pusat pada pilihan raya umum yang lalu akibat fitnah, penipuan dan janji palsu yang dibuat oleh […]

“IQ Macam Lobak,” KJ Tempelak Ulasan Dato’ Lokman
Khairy Jamaluddin baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas salah satu posting di Twitter miliknya tular dengan kenyataan berbaur kecewa selepas menempelak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) tewas sehingga hilang kuasa sebagai kerajaan pusat pada pilihan raya umum yang lalu akibat fitnah, penipuan dan janji palsu yang dibuat oleh […]

Tan Sri Musa Aman Ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berhubung siasatan kes rasuah setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara, hari ini. Penahanan itu dibuat pada jam 10.05 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Susulan itu, Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) […]

Kerajaan Berhak Tentukan Gaji Minimum
IPOH, 4 Nov (Bernama) — Keputusan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum berkuat kuasa tahun depan tidak bercanggah dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2012, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran. Beliau berkata keputusan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,100 bermula 1 Jan tahun depan, bukan RM1,050, tidak menyalahi akta itu kerana Jemaah Menteri mempunyai […]

”Takkanlah Melayu Dah Begitu Dhaif,” Rais Yatim Tegur Larangan Guna Pantun Dalam Majlis Rasmi
Bekas Menteri, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim melalui satu tweet di laman rasmi twitternya memuat naik sekeping surat berkaitan larangan penggunaan pantun dalam skrip juruacara sebarang acara rasmi di peringkat Angkatan Tentera Malaysia. Surat bertarikhh 2 November lalu itu ditandatangani oleh Leftenan Jenaral (TUDM) Dato’ Kamarulzaman Bin Mohd Othman. Dalam tweet tersebut, […]

Pulau Pinang Tak Jangka Dapat Peruntukan Lebih Dalam Belanjawan 2019 – Ketua Menteri
Pulau Pinang tidak menjangkakan akan mendapat peruntukan yang lebih dalam Belanjawan 2019 berikutan kedudukan kewangan negara yang dialami sekarang, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow. Bagaimanapun, Chow berkata kerajaan negeri akan terus membuat permohonan peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk menjalankan projek-projek pembangunan di negeri itu. “Pulau Pinang dianggap sebagai negeri membangun sejajar dengan keseimbangan pembangunan secara […]

Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Sukar Dilaksanakan – Lim Guan Eng
Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti dijanji Pakatan Harapan sukar direalisasikan berikutan kedudukan fiskal negara, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau akui kerajaan dihujani kritikan, selepas pengumuman baharu dibuat berhubung isu itu dalam Belanjawan 2019 baru-baru ini, bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain. “Saya terima kritikan ini (kerana kita memang) […]

”Kita Kalah Sebab 1MDB, Tamat” – KJ Sindir Najib?
”Kita kalah sebab 1MDB. Tamat”. Itulah kenyataan ringkas yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebentar tadi ketika mengretweet satu laporan portal berita berbahasa Inggeris. KJ dipercayai menempelak dawaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) tewas sehingga hilang kuasa sebagai kerajaan pusat pada pilihan raya […]

Dr Mahathir Tolak Dakwaan Bajet 2019 ‘Ciplak’ Kerajaan Dahulu
Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan pembangkang kononnya Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam menciplak apa yang dilakukan kerajaan terdahulu. Perdana menteri berkata pembangkang boleh berkata apa sahaja, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa. “Dia (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) boleh kata apa sahaja sebab (dia) tiada kuasa. “Kita tak hutang berbilion-bilion ringgit,” […]

Hari Ini Catat Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun
Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang. Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar […]

Ahli Parlimen Kerajaan Buat Pengisytiharan Pendapatan, Menteri Kewangan Antara Punyai Pendapatan Tertinggi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyediakan satu portal bertujuan untuk membolehkan orang ramai menyemak pendapatn dan harta anggota pentadbiran dan Ahli Parlimen kerajaan. Portal berkenaan yang dikenali sebagai Portal Pengisytiharan Harta dibangunkan bagi membuktikan ketelusan kerajaan semasa yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri. Portal berkenaan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu […]