Berita›Politik

Najib Dan Guan Eng Dipanggil PAC Beri Keterangan Kes Hasil Kutipan GST ‘Hilang’
Sebuah portal berita tempatan atas talian berbahasa Melayu hari ini melaporkan bahawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mendapatkan maklumat mengenai dakwaan kehilangan RM 19.25 bilion daripada Tabung Bayaran Balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Lapor berita berkenaan […]

Vellfire Milik Rosmah Dilihat Menuju Ke Pejabat SPRM
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka akan hadir lapor diri ke Ibu Pejabat SPRM pada pukul 10 pagi ini. Panggilan susulan dilaporkan pada pukul 10 malam tadi oleh pihak SPRM yang memberi notis untuk beliau hadir pagi ini bagi memberi keterangan. Pihak media seawal pagi lagi dilihat berada di luar perkarangan kediaman […]

Ketua Dewan Ulama PAS Kedah Meninggal Dunia
Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir, 59, meninggal dunia akibat strok di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, di sini pada Selasa. Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata Allahyarham meninggal dunia pukul 12.15 tengah hari selepas dimasukkan ke hospital itu beberapa hari lepas. “PAS Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga […]

Kerajaan Baru Di Maldives Baru Dimenangi Pembangkang, Logo Parti Tak Ubah Seperti BN
Nampaknya, rakyat Maldives kini bertukar tampuk pemerintahan baru seperti Malaysia. Kerajaan mereka mendapat pimpinan baru setelah parti pembangkang berjaya menumbangkan parti yang sedia ada memerintah negara itu. Menurut laporan Aj Jazeera, ketua pembangkang, Ibrahim Mohamed Solih, telah berjaya mengalahkan Presiden Abdulla Yameen dalam Pilihan Raya Presiden selepas Solih mendapat 58.3 peratus undi popular berbanding Yameen […]

Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim Dan Abangnya Ditahan SPRM
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama-sama abangnya dilaporkan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 11 pagi tadi di Ibu Pejabat SPRM, lapor beberapa portal berita tempatan. Manakala abangnya, Abdul Latif dilaporkan ditahan di Sungai Buloh kira-kira pukul 11.30. Azeez yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO ditahan mengikut Seksyen 16(a) […]

”Selamat Bertanding, Saya Datang Cuma Mandi Laut” Tweet Lucu Ahmad Maslan Untuk PRK Port Dickson
Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil, Port Dickson yang dijadualkan berlangsung pada 13 Oktober ini yang dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat. Bagaimanapun media semalam melaporkan parti pembangkang, Barisan Nasional dikatakan telah memboikot pilihan raya tersebut. Bagaimanapun, salah seorang wakil rakyat […]

Pendakwah Terkenal, Selebriti Sertai AMANAH
Datuk Hassan Mahmud, pendakwah terkenal membuat keputusan menyertai AMANAH yang dengan ini membuktikan gerak kerja polik berlandaskan Islam tidak hanya menjadi milik mana-mana parti. Ini kerana juga merupakan salah satu usaha menunjukkan perjuangan untuk memartabatkan Islam yang sememangnya bersifat luas. Selaku naib ketua pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd, pembabitan Hassan dipercayai akan memperkasa Majlis Penasihat […]

Kenapa Najib Tak Pakai Baju Jingga Dan Digari Ketika Ditahan? Ini Penjelasan SPRM
Beberapa hari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan di perkarangan pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram di Menara KPJ berikutan 21 pertuduhan yang antaranya melibatkan melibatkan pengunaan wang haram. Susulan penahanan tersebut, SPRM menerima beberapa persoalan apabila ada yang mengatakan Najib telah menerima layanan istimewa daripada […]

“Saya Bukan Pencuri, Saya Nak Bersihkan Nama, Tuduhan Terhadap Rosmah, Saya Tak Tahu” – Najib
Susulan penahanan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, beliau walau bagaimanapun telah diikat jamin daripada 25 pertuduhan membabitkan dana 1MDB di Mahkaman Sesyen Kuala Lumpur. Dalam satu temu bual selepas dibebaskan, Najib berkata, “Sepertimana kita maklum, isu RM2.6 bilion telah digunakan secara habis-habisan untuk mengutuk, memburuk dan mencaci saya selama ini. Dengan pertuduhan ini, akan […]

Terkini : Mahkamah Benarkan Najib Diikat Jamin RM3.5 Juta
Hakim Mahakamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi membenarkan ikat jamin terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM3.5 juta dengan seorang penjamin atas empat pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 lagi pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion. Pada masa sama, mahkamah turut meminta Najib membayar wang jaminan RM3.5 juta secara ansuran […]

Kabinet Setuju Turunkan Had Umur Mengundi, Mungkin Dikuatkuasa PRU Akan Datang
Sebuah portal berita tempatan berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Kabinet Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Keputusan yang dicapai oleh Kabinet dalam mesyuarat pada 19 September itu didedahkan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, seperti yang dilaporkan oleh portal berita berkenaan. […]

“Tak Sabar Nak Bawa Pergi Kedai Yong Tau Foo Kegemaran Ayah,” Anak Emosi Susulan Penahanan Najib Razak
Hari ini sekali lagi Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kes 1MDB yang masih tidak selesai. Najib yang ditahan pada petang Rabu membuatkan anak lelaki bongsunya meluahkan rasa sebak di atas penahanan bapanya. “As I sit here outside your place of detainment, I am filled with trepidation.” Sedang saya […]

Najib Razak Didakwa Sekali Lagi Hari Ini Susulan Isu RM2.6 Bilion
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak bakal didakwa sekali lagi di bawah beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara,” memetik kenyataan. Najib dikatakan telah ditahan pada 4 petang semalam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Difahamkan penahanan ini berkaitan dengan kes dana RM2.6 bilion […]

Selepas Tok Pa, Seorang Lagi Orang Kuat UMNO Umum Keluar Parti
Sejak semalam, melalui laporan portal berita tempatan, dunia politik Malaysia terus dihimpit isu panas apabila beberapa orang ahli Parlimen pembangkang atau lebih tepat, wakil rakyat daripada UMNO termasuk bekas Menteri kerajaan terdahulu dilaporkan ‘angkat kaki’ daripada parti berkenaan. Yang paling awal dilaporkan meletak jawatan dan keluar daripada parti berkenaan adalah Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa […]

Rosmah Bakal Didakwa Dengan 20 Tuduhan Berkaitan Pengubahan Wang Haram?
Dalam salah satu laporan akhbar tempatan, isteri bekas perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah dikatakan bakal berdepan dengan 20 dakwaan yang berkaitan pengubahan wang haram. Kes ini mula dibuka semula oleh pasukan penyiasat sejak 3 bulan lalu sejurus jatuhkan kerajaan Barisan Nasional ketika pilihanraya lalu. Siasatan ini berkaitan dengan beberapa dakwaan sumber tentang dana yang […]

”Boleh Juga Berlaku Kakitangan Tandatangan Surat Bagi Pihak Majikan” – Ini Penjelasan Najib
Kami baru sahaja mendedahkan terdapat satu laporan yang mendakwa bahawa beberapa dokumen yang menjadi bukti rujukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi sebenarnya bukannya ditandatangani oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud tetapi wakil raja tersebut. Baca : Tandatangan Di ‘Dokumen Bukti Derma’ Yang Didedahkan Najib Bukan Milik Raja Abdullah – […]

Tandatangan Di ‘Dokumen Bukti Derma’ Yang Didedahkan Najib Bukan Milik Raja Abdullah – Laporan
Beberapa dokumen yang dirujuk oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai “bukti” mengesahkan bahawa berbilion wang yang didepositkan ke dalam akaunnya adalah derma atau sumbangan yang diterima dari keluarga diraja Arab Saudi didakwa bukannya ditandatangani oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud seperti yang tertera di dalam dokumen. Lapor The Edge Weekly, meskipun surat itu tertera tandangan […]

Anwar Minta Maaf Beberapa Janji Manifesto Ditangguhkan
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana beberapa janji dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) terpaksa ditangguhkan buat masa ini sehingga kewangan negara kembali kukuh. Katanya semasa manifesto berkenaan dibuat, HARAPAN tidak menjangkakan hutang negara mencecah sehingga RM1 trilion. “Sekarang ini bila lihat, kenyataan dia berbeza, oleh demikian itu saya minta maaf kerana […]

“Lebih Baik Diwakili Calon Tempatan Walau Sukar Menang,” – KJ
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah disahkan akan bertanding di Parlimen Port Dickson sekali gus membuatkan penyandang kerusi sebelum ini, Datuk Danyal Balagopal meletak jawatan. Danyal dikatakan membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar khas di ibu pejabat PKR yang dihadiri Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. Susulan berita […]

Terkini: Anwar Ibrahim Sah Akan Bertanding di Port Dickson
Kuala Lumpur, 12 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding di Parlimen Port Dickson, lapor portal The Star Online. Penyandang kerusi tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah juga dilaporkan meletak jawatan berkuat kuasa serta merta dan surat perletakan jawatan telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat pagi tadi. Perkara tersebut diumum dalam satu sidang akhbar […]