BeritaPolitik

Berita
PRN: Selangor Bincang Dengan Lima Negeri Lain Bubar Dun Serentak
SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) — Kerajaan Selangor akan mengadakan perbincangan dengan Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan bagi mencadangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat dijalankan serentak tahun hadapan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. “Pembubaran DUN secara serentak perlu dilakukan bagi memastikan kos untuk mengadakan PRN di kesemua negeri tersebut […]
Berita
Pelantikan Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Dapat Liputan Media Antarabangsa
Pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dapat liputan media antarabangsa Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 telah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tengah hari tadi. Pengumuman pelantikan itu bukan sahaja mendapat liputan media di Malaysia malah berita itu juga turut […]
Politik
‘Yang Menang Tak Menang Semua, Yang Kalah Tak Kalah Semua’ – YDPA
‘Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua’. Demikianlah nasihat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Seri Paduka Baginda YDPA bertitah sedemikian menerusi perutusan rasmi Istana Negara oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin selepas perkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana […]
Berita
GRS Akan Turuti Apa Sahaja Nasihat YDPA Dalam Pembentukan Kerajaan
GRS akan turuti apa sahaja nasihat YDPA dalam pembentukan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan akur dengan apa saja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong bagi mewujudkan kerajaan perpaduan. Menurut Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, selaku Ketua Menteri Sabah berkata GRS […]
Berita
PN Setuju Pertimbang Cadangan Kerajaan Perpaduan, Bersama Parti ‘Sehaluan’
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengesahkan partinya sebulat suara bersetuju mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan bersama parti-parti sehaluan demi kestabilan negara. Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi PN mengenai cadangan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan yang diadakan hari ini. “Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan […]
Politik
“I Love You Papa, Always Proud Of You” – Nurul Izzah
Hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara rasminya berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) ke-10. Berikutan pengumuman itu, rata-ratanya ramai yang meluahkan kegembiraan dan mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana dilantik menjadi PM setelah dua dekad berjuang. Tumpuan media kini pastinya tertumpu […]
Berita
Rasmi, Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10, Angkat Sumpah 5 Petang Ini
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri kesepuluh. Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan jam 1.33 petang ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan pada 5 […]
Politik
Selepas Anthony, Giliran Lim Guan Eng Wakili DAP Mohon Maaf
Selepas Anthony, giliran Lim Guan Eng wakili DAP mohon maaf Selepas Anthony Look, kini giliran Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Sarawak atas kenyataan yang menyinggung perasaan mereka selama ini. Permohonan maaf itu dibuat oleh beliau dalam kemas kini terbaru di akaun Facebook rasminya. […]
Berita
“Hanya Ada Satu Pemenang Dalam Kemelut Krisis Ini, Bukan Rakyat Malaysia, Tapi…” – FB Najib
Negara kini berdepan dengan kemelut politik yang dilihat semakin membimbangkan susulan tiada kata putus diberikan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung pada 19 November lalu. Difahamkan, kemelut yang sedang berlaku kini turut memberi kesan kepada pelabur-pelabur luar negara yang telah menjalinkan kerjasama dengan negara ini. Di sebalik kekecohan politik, laman Facebook bekas Perdana Menteri, […]
Berita
Anthony Wakili DAP Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Kerajaan & Rakyat Sarawak
Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Look Siew Fook mewakili partinya menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Sarawak atas apa-apa kenyataan yang menyinggung perasaan selama ini. Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan hormat kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Abang Openg di kediaman beliau di Kuching. Jelas bekas […]
Berita
Dituduh ‘Mufti Pengkhianat’, Dr Zulkifli Tenang Balas “Saya Tak Rugi Apa-apa”
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan beliau tidak mempunyai apa-apa yang perlu dirugikan berhubung tuduhan negatif dilemparkan ke atasnya semasa menjawat jawatan itu. Dr Zulkifli sebaliknya menegaskan beliau hanya menjalankan amanah yang diberi dengan sehabis baik dan tidak pernah mencampuri tangan dalam kemelut politik yang sedang […]
Berita
Ahmad Zahid Minta Khairy Bersabar, Pemilihan UMNO Tak Sampai 6 Bulan
Selepas Barisan Nasional (BN) gagal mendapatkan kerusi majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), calonnya Khairy Jamaluddin dilihat terus bersuara supaya presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan untuk bertanggungjawab ke atas parti itu. Setelah lama berdiam diri, semalam, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO memberi komen balas meminta Khairy untuk bersabar kerana pemilihan […]
Politik
PRU15: Persiapan Terakhir Petugas SPR Bagi DUN Tioman & Parlimen Padang Serai
PRU15: Persiapan terakhir petugas SPR bagi DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang melakukan persiapan akhir bagi proses penamaan calon DUN Tioman di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin, Pahang pagi ini. Terdahulu, PRU15 di DUN itu telah ditangguh susulan daripada kematian calon yang bakal bertanding, […]
Berita
“Kekal Tenang, Kita Sedang Usahakan, Kita Masih Di Hadapan,” – Hadi Awang
Teka-teki keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) pada kali ini masih lagi belum terjawab berikutan tiada parti yang mendapat gabungan majoriti dalam membentuk Kerajaan Persekutuan. Dalam mencari jawapan di sebalik kemelut yang sedang berlaku ini, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya sedang mengusahakan cara dalam membentuk kerajaan. “Kekal tenang. Kita sedang usahakan. […]
Berita
MT UMNO Putuskan Sokong Kerajaan Perpaduan Bukan Diterajui PN
MT UMNO putuskan sokong kerajaan perpaduan bukan diterajui PN KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — UMNO menyokong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan seperti yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun bukan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN). Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya berkata ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis […]
Berita
Speaker Parlimen Tunisia Ucap Tahniah Pada DSAI & PH Atas Kejayaan Dalam PRU15
Speaker Parlimen Tunisia Ucap Tahniah Pada DSAI & PH Atas Kejayaan Dalam PRU15 Speaker Parlimen Tunisia, Cheikh Rached Ghannouchi telah menucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan di atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh calon Perdana Menteri PH itu melalui […]
Politik
Jangan Tuding Jari Cari Siapa Yang Salah – Bung Moktar
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Setiap pemimpin Barisan Nasional (BN) harus bertanggungjawab dengan keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bukannya menuding jari mencari siapa yang salah, kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Justeru, beliau berkata gesaan MCA supaya Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan adalah keterlaluan. “Orang yang […]
Politik
Setiausaha PKR Kedah Diumum Calon PH Bagi Parlimen Padang Serai
KULIM, 23 Nov (Bernama) — Setiausaha PKR Kedah Dr Mohamad Sofee Razak diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengumuman calon PH itu dibuat Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub pada satu majlis malam ini, yang turut dihadiri beberapa pimpinan PH di […]
Politik
Mesyuarat Khas MKT UMNO Bincang Tawaran PH, PN, Bukan Gesaan Ahmad Zahid Hamidi Letak Jawatan
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam ini akan meneliti tawaran dan syarat yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sekiranya sokongan diberikan kepada mereka untuk membentuk kerajaan. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada media, sebelum menghadiri […]
Politik
Beri Kepercayaan Kepada Agong Leraikan Segala Permasalahan – Bung Moktar
KOTA KINABALU, 23 Nov (Bernama) — Semua pihak perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi meleraikan segala permasalahan yang dihadapi negara ketika ini. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata justeru, gabungan politik itu perlu kekal komited dengan keputusan menjadi pembangkang seperti yang diputuskan […]