BeritaPolitik

Berita
Rombakan Kabinet: Kerajaan Jepun Dibubarkan, Letak Jawatan Sepenuhnya
Seluruh kabinet kerajaan Jepun telah dibubarkan, Sputnik melaporkan berdasarkan kenyataan daripada laporan agensi akhbar Kyodo. Satu mesyuarat khas kabinet bermula pada pukul 11.30am waktu tempatan (10:30 am waktu Malaysia). Kerajaan baharu Jepun di bawah pimpinan Perdana Menteri Fumio Kishida dijangka akan diumumkan kemudian. Asalnya, rombakan kabinet akan dijalankan pada awal bulan September, tetapi disebabkan terdapat seruan […]
Berita
Pasukan Peguam Baharu Najib Akan Tarik Diri Jika Rayuan Diteruskan 15 Ogos
PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) — Pasukan peguam yang baru dilantik mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, hari ini memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu minggu depan. Media difahamkan peguam daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners […]
Politik
Kerajaan Gesa SPRM Segerakan Siasatan Isu LCS – PM
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Jemaah Menteri hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyegerakan siasatan berhubung isu Kapal Tempur Pesisir (LCS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata perkara berkenaan yang dibincangkan secara terperinci pada Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut meminta Peguam Negara agar membuat pendakwaan sekiranya […]
Luar Negara
Rusia Beri Amaran Tentang ‘Armageddon’, Sedia Ancam Bom London & Washington
Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran mengenai Armageddon dan sedia bom London dan Washington dalam satu siaran tv kerajaan baru-baru ini, lapor Daily Star. Amaran itu dikeluarkan selepas berlaku ketegangan di sekitar loji kuasa nuklear Zaporizhzia pada minggu ini. Bagaimanapun, pemimpin Ukraine membidas bahawa Rusia sengaja membedil loji terbesar di Eropah berkenaan dan mendakwa Ukraine […]
Berita
Projek LCS Diteruskan, Kapal Pertama Dijangka Siap Dalam Tempoh Dua Tahun – Hishammuddin
Projek LCS Diteruskan, Kapal Pertama Dijangka Siap Dalam Tempoh Dua Tahun – Hishammuddin Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan diteruskan dan kapal pertama dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Bercakap mengenainya di sidang Dewan Negara pagi ini, Hishammuddin berkata kementeriannya memberikan kerjasama yang menyeluruh kepada Jawatankuasa […]
Politik
Parti Bangsa Malaysia Hantar Permohonan Rasmi Sertai BN – Zuraida
Parti Bangsa Malaysia Hantar Permohonan Rasmi Sertai BN – Zuraida Parti Bangsa Malaysia (PBM) dilapor telah menghantar permohonan rasmi untuk sertai Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, lapor AWANI. Menerusi laporan ringkas yang dimuat naik AWANI di Facebook sebentar tadi, difahamkan gabungan itu adalah sebagai persediaan menghadapi gelombang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “PBM telah menghantar […]
Luar Negara
Tentera Taiwan Lipat Ganda Latihan Buat Simulasi Anti Penceroboh, Cetus Kebimbangan ‘Perang Dunia Ketiga’
Ketegangan antara Taiwan dan China mencetuskan kebimbangan dunia tentang Perang Dunia Ketiga selepas tentera negara itu melakukan simulasi anti penceroboh baru-baru ini, lapor Daily Star. Senario itu semakin jelas kelihatan apabila Taiwan mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran iaitu simulasi anti penceroboh sewaktu sekutu utamanya, China dan Rusia sedang sibuk menawan Ukraine. Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, pihaknya […]
Berita
Selepas 25 Tahun Taiwan Terima Kunjungan Speaker Dewan AS
Selepas 25 Tahun Taiwan Terima Kunjungan Speaker Dewan AS ISTANBUL, 2 Ogos (Bernama) — Sejurus mengakhiri lawatannya ke Malaysia pada Selasa, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi meneruskan perjalanan ke Taiwan meskipun berdepan amaran termasuk ancaman tindakan ketenteraan. Ketibaan Pelosi disambut Menteri Luar Taiwan Joseph Wu sebaik beliau mendarat di Lapangan Terbang Taipei Songshan kira-kira […]
Politik
Pesawat Bawa Pelosi Didakwa Mengelak Lalu Ruang Udara Laut China Selatan, Dah Sampai Taiwan
Pesawat Bawa Pelosi Didakwa Mengelak Lalu Ruang Udara Laut China Selatan, Dah Sampai Taiwan Pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) yang membawa delegasi diketuai oleh Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dilaporkan telah mendarat di Taipei sebentar tadi, lapor Nikkei Asia. Pelosi dipercayai telah disambut oleh Menteri Luar Taiwan, Joseph Wu dan Pengarah Institut AS […]
Politik
Rang Undang-Undang Lompat Parti Lulus, ROS Akan Teliti Perlembagaan Parti Politik
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan meneliti perlembagaan semua parti politik berikutan kelulusan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, mengenai peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti di Dewan Rakyat hari ini. “ROS akan kaji perlembagaan-perlembagaan parti politik yang ada,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ringkas dalam […]
Berita
Penggulungan, Pengundian Rang Undang-Undang Berkaitan Larangan Lompat Parti Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Persidangan Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada ucapan penggulungan dan pengundian bagi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijangka menggulung perbahasan rang undang-undang itu pada […]
Luar Negara
Penunjuk Perasaan Serbu Parlimen Iraq Tolak Pencalonan Perdana Menteri Baharu
BAGHDAD, 28 Julai (Bernama) — Penunjuk perasaan di Iraq pada Rabu menyerbu Zon Hijau yang menempatkan bangunan Parlimen Baghdad sebagai protes terhadap pencalonan perdana menteri baharu oleh parti Syiah yang pro-Iran. Penunjuk perasaan berarak ke Zon Hijau selepas mengalihkan beberapa halangan konkrit, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Agensi Berita INA. Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi […]
Politik
Tak Perlu Report Polis, Saya Sebenarnya Suka Grafik Ini – Tengku Hassanal
Tak Perlu Report Polis, Saya Sebenarnya Suka Grafik Ini – Tengku Hassanal Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza, sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila telah berkongsikan karya satira terbaru di media sosial miliknya yang memaparkan seakan seorang lelaki bertanjak sedang melakukan tekan tubi. Menerusi perkongsian itu, Fahmi dipercayai menyindir isu Tasik Chini di Pahang yang […]
Luar Negara
Bermula Dari Golongan Guru, Ini Apa Yang Rakyat Panama Tuntut Dari Kerajaan Sepanjang 3 Minggu ‘Protest’
Tunjuk perasaan yang bermula dari golongan guru, inilah penjelasan sebenar apa yang rakyat Panama tuntut dari kerajaan dalam ‘protest’ selama tiga minggu. Panama merupakan salah satu negara yang sedang menangani rusuhan berserta krisis kewangan. Di sini, kita akan melihat desakan daripada pihak penunjuk perasaan (rakyat) dan maklum balas daripada pihak kerajaan. Ribuan penunjuk perasaan di […]
Berita
30 Individu Termasuk Penganjur Perhimpunan #Turun Dipanggil Beri Keterangan
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Polis memanggil seramai 30 individu termasuk penganjur perhimpunan #Turun untuk diambil keterangan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata individu yang dipanggil untuk hadir pada esok dan Selasa itu akan dimaklumkan identiti mereka selepas polis selesai merakamkan keterangan masing-masing. “Polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum sebarang […]
Berita
Penyelewengan Dana SRC: Dakwaan Najib Terhadap Hakim Mohd Nazlan Dipenuhi Skandal & Tidak Berasas – TPR
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Pihak pendakwaan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan percubaan yang terdesak untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd dengan membangkitkan dakwaan tidak berasas terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang tidak dapat membela dirinya sendiri. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul […]
Berita
Perbincangan Tuntutan Kumpulan Sulu Di Parlimen Boleh Jejaskan Kepentingan Negara
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Perbincangan berhubung tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah di Dewan Rakyat boleh menjejaskan kepentingan Malaysia dalam prosiding litigasi kes berkenaan. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata perbincangan itu berkemungkinan akan mendedahkan strategi negara dalam hal berkaitan, sekali gus memberi manfaat kepada pihak lain. “Mahukah kita berbincang […]
Berita
DUN Sabah Lulus Naikkan Saraan Ketua Menteri, ADUN & Anggota Pentadbiran Negeri
KOTA KINABALU, 19 Julai (Bernama) — Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul untuk menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain. Usul untuk Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 dicadangkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu telah diluluskan […]
Berita
Kedah Catat Pelaburan RM8.55 Bilion Bagi Suku Pertama 2022
ALOR SETAR, 18 Julai (Bernama) — Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu bahawa jumlah pelaburan yang diterima negeri ini setakat suku pertama 2022 sebanyak RM8.55 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata jumlah itu menjadikan Kedah berada pada kedudukan pertama berbanding semua negeri lain di […]
Berita
Dewan “Panas” Usul MP Kota Belud Mengenai Tuntutan Kesultanan Sulu Ditolak
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) diarah keluar dan digantung dua hari daripada menghadiri persidangan selepas beliau bertegas mahu usul tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah dibahas di Dewan Rakyat. Usul mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah yang ditolak buat kali ketiga di Dewan […]