BeritaPolitik

Berita
BN Dikompaun RM10,000 Langgar SOP PPN
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada Barisan Nasional (BN) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian dalam platform media sosialnya memaklumkan, kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu dikeluarkan kepada BN […]
Berita
Caj Tambahan 50 Sen Bil Astro Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari keempat hari ini bakal membincangkan mengenai caj 50 sen dikenakan sebagai komisen oleh pejabat pos kepada pelanggan yang membayar bil Astro secara manual di premis berkenaan. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu akan dikemukakan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia pada […]
Berita
Langgar SOP Penganjuran Majlis Sosial, Barisan Nasional Dikompaun RM10,000
Parti Barisan Nasional (BN) dikompaun Pejabat Kesihatan Kepong susulan penganjuran sebuah majlis sosial bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, malam ini. Menurut hantaran di laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), parti tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 di bawah Akta 342 kerana didapati gagal mengamalkan penjarakan fizikal seperti yang telah ditetapkan. Sebelumnya, beberapa video dan […]
Berita
Anjur Sidang Akhbar PRN Melaka, Parti MUDA Dikompaun RM4,000 Ingkar Larangan Berhimpun
MELAKA, 27 Okt (Bernama) — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 kerana mengingkari larangan berhimpun dengan mengadakan sidang akhbar di sini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad dalam kenyataan malam ini berkata tindakan itu diambil berikutan perhimpunan berkenaan menyukarkan penjarakan fizikal dilakukan. “Kompaun tersebut dikeluarkan kepada penganjur program itu yang […]
Luar Negara
Berlaku Rampasan Kuasa Oleh Pihak Tentera, Sudan Digantung Dari Kesatuan Afrika
Susulan rampasan kuasa tentera terhadap kerajaan Sudan, Kesatuan Afrika (AU) dalam satu kenyataan hari ini menggantung negara tersebut dari kesatuan. Sejak 6 Jun 2019, Majlis Keamanan dan Keselamatan Kesatuan Afrika (PSC) telah menahan penglibatan Republik Sudan dalam sebarang aktiviti kesatuan. Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada negara tersebut keluar dari kemelut politik setelah rampasan kuasa […]
Anak Mat Sabu Bebas Tuduhan Penyalahgunaan Dadah
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam atas tuduhan penyalahgunaan dadah, dua tahun lepas. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan rayuan Ahmad Saiful Islam, 33, untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada […]
Politik
PRN Melaka: Parti MUDA Hasrat Tanding, Akan Runding Dengan PH – Syed Saddiq
MELAKA, 27 Okt (Bernama) — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini menyatakan hasrat akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini. Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata untuk itu, pihaknya kini berunding dengan Pakatan Harapan (PH) bagi meletakkan calon MUDA pada PRN berkenaan. “MUDA telah pun membuat pendirian tetap untuk bertanding pada PRN negeri (Melaka) ini. Kita akan […]
Berita
RUU Perbekalan 2022 Dijangka Dibaca Kali Pertama Di Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 bagi bacaan kali pertama dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, rang undang-undang itu akan dikemukakan oleh Menteri Kewangan. Selain itu, Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 turut dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri hari […]
Berita
Jasad Mendiang Guan Dee Disempurnakan Sabtu Ini
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Jasad mendiang Ahli Dewan Negara Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang meninggal dunia petang tadi akan disempurnakan di Krematorium Cheras, dekat sini pada Sabtu ini. Perkara tersebut disahkan anak keduanya, Melissa Emelda, 38, ketika dihubungi Bernama malam ini. “Kami memahami prosedur operasi standard ditetapkan bagi pesakit yang meninggal […]
Berita
Mahkamah Benar Najib Pinda Tarikh Pelepasan, Pemulangan Pasport Ke Singapura
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Tiga Mahkamah Tinggi berasingan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang dijangka akan melahirkan anak kedua pada awal November. Tiga hakim iaitu Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk […]
Berita
Bantu PRN Melaka: Najib Mohon Pinda Tarikh Pelepasan, Pemulangan Pasport Ke Singapura
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura selepas bekas presiden UMNO itu diamanahkan untuk membantu jentera parti UMNO menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov depan. Najib berkata memandangkan Presiden Parti UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada […]
Politik
PRN Melaka: UMNO Belum Putuskan Kerjasama Dengan Parti Lain – Mohamad Hasan
SEREMBAN, 20 Okt (Bernama) — UMNO belum membuat keputusan sama ada bergerak secara solo atau bekerjasama dengan mana-mana parti lain setakat ini dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu dalam waktu terdekat dengan […]
Politik
Ahmad Zahid Tahu Tentang Penyelewengan Dana Yayasan Akalbudi Sejak 2014 – Pendakwaan
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya mengetahui tentang penyelewengan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sejak 2014. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata bekas Timbalan Perdana Menteri itu bagaimanapun meletakkan kesalahan dan menuding jari kepada bekas Setiausaha Eksekutifnya Mejar Mazlina Mazlan […]
Politik
SPR Tetapkan 20 November Sebagai Tarikh PRN Melaka
Susulan kekosongan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 20 November ini sebagai tarikh perlaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri tersebut. Menurut Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, pihaknya terpaksa mengadakan PRN berhubung pembubaran DUN ke-14 negeri Melaka 14 Oktober lalu. Keputusan tersebut dibuat selepas pemakluman rasmi diterima daripada […]
Kesihatan
“Call Me Dajjal Or Whatever,” KJ Kekal Pendirian Tegas Mahu Dakwa Antivaksin Walau Dikritik Anwar Ibrahim
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sesi sidang media semalam sempat menegur pendekatan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin terhadap golongan antivaksin. Jelas Anwar, baginya pendekatan secara ugutan yang dibuat oleh menteri tersebut adalah cara sombong. “Kumpulan antivaksin ni saya tak sokong, tapi hujah mereka ada kuatnya juga, jadi kita jawab dengan hujah. […]
Berita
Ahli Parlimen Labuan Didakwa Guna Kedudukan Dapatkan Kontrak Pekerjaan
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas. Rozman, 57, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob. Mengikut pertuduhan, […]
Ahmad Zahid, Isteri Guna Dana Yayasan Akalbudi Bayar Kad Kredit Lebih RM1.3 Juta
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membayar bil kad kreditnya lebih RM1.3 juta yang digunakan untuk membeli-belah di gedung mewah seperti Giorgio Armani, Louis Vuitton dan Hermes. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata Ahmad Zahid dan isteri, Datin […]
Politik
TERKINI: KKM Benar Ahli Parlimen Tanggal Pelitup Muka Ketika Perbahasan – Speaker Dewan Rakyat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan Ahli Parlimen untuk menanggalkan pelitup muka ketika dalam sesi perbahasan, kata Speaker Dewan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Difahamkan, kebenaran tersebut adalah berikutan tiada kes positif COVID-19 yang dikesan di Parlimen, menurut kenyataan speaker Dewan Rakyat menerusi laporan ringkas Bernama hari ini. Berita lanjut menyusul. Sumber: Bernama
Politik
Mahkamah Benar Pelepasan Sementara Pasport Ahmad Zahid Untuk Rawatan Di Jerman
SHAH ALAM, 11 Okt (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman. Permohonan itu dibuat pagi ini di Mahkamah […]
Politik
Adly Sahkan PH Melaka Hantar Warkah Kepada Agong
MELAKA, 7 Okt (Bernama) — Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan telah menghantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur petang tadi. Pengerusinya Adly Zahari berkata warkah itu dihantar pada kira-kira 5.50 petang oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee dan […]