Berita›Sukan

Sedia ‘Tukar’ Dengan Pulisic, Chelsea Berminat Dapatkan Harry Maguire?
Sedia ‘Tukar’ Dengan Pulisic, Chelsea Berminat Dapatkan Harry Maguire? Khabar angin bertiup bahawa Chelsea bersedia untuk mengambil keputusan yang mengejutkan semua pihak apabila dilapor mempertimbang untuk mendapatkan kapten kesayangan peminat Manchester United, Harry Maguire. Kelab berkenaan dikatakan akan meletakkan syarat tersebut sekiranya United benar-benar mahu mendapatkan pemain sayapnya, Christian Pulisic, lapor Daily Mail. Harry Maguire […]

Moral Pemain JDT Merosot Selepas Ketinggalan Dua Gol – Bidoglio
Moral pemain JDT merosot selepas ketinggalan dua gol – Bidoglio KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Dua jaringan awal Urawa Red Diamonds telah ‘membunuh’ semangat Johor Darul Ta’zim (JDT), ketika tewas 0-5 pada pertembungan pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 di Stadium Saitama 2002 di Jepun, semalam. Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio mengakui moral pemainnya […]

Jaga-jaga EPL, Pemenang Lima Kali UCL, Casemiro Sertai Manchester United
United beli Casemiro bagi memperkuatkan bahagian tengah skuad Manchester United telah mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Real Madrid untuk perpindahan pemain tengah Brazil, Casemiro. Berita perpindahan ini juga turut dikongsikan di laman web rasmi kelab. “Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kelab telah mencapai persetujuan dengan Real Madrid untuk perpindahan Casemiro,” kata kenyataan […]

Liga Juara-Juara AFC: Urawa Red Diamonds Belasah JDT 5-0
Liga Juara-Juara AFC: Urawa Red Diamonds Belasah JDT 5-0 KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Episod penuh kejutan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 berakhir selepas tewas 0-5 kepada juara dua kali dari Jepun, Urawa Red Diamonds, pada aksi pusingan 16 terbaik, malam ini. Kekalahan di […]

Turun Lawan Liverpool, Man United Mungkin Sisihkan Maguire Daripada Kesebelasan Utama
Turun Lawan Liverpool, Man United Mungkin Sisihkan Maguire Daripada Kesebelasan Utama Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag dilapor sedia mempertimbangkan untuk menggugurkan kapten pasukan, Harry Maguire, 29, daripada kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Liverpool Isnin INI. Maguire sebelum ini turun sebagai pilihan utama di jentera pertahanan tengah dan melengkapkan 90 minit masa perlawanan ketika menentang […]

Jutawan Britain Berminat Beli Manchester United
Seorang jutawan Britain, Sir Jim Ratcliffe berminat untuk membeli gergasi Eropah, Manchester United sekiranya kelab itu sedia untuk dijual, lapor Sky Sport News. Menurut sumber menjelaskan kepada Sky Sport News bahawa Ratcliffe serius untuk membeli kelab itu dan beberapa pemain lama terlibat, selain dia akan berbincang dengan Sir Dave Brailsford. Jurucakap Ratcliffe memberitahu kepada The […]

“Media menipu”, Ronaldo Berang Dikatakan Mahu Tinggalkan MU Bulan Ini
Penyerang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo, mengecam media kerana “menipu” dalam laporan mengenai masa depannya yang didakwa ‘akan berakhir’ di Old Trafford tidak lama lagi, lapor eurosport.com. Dalam komen yang dibalas terhadap peminatnya di Instagram, Ronaldo sebaliknya membidas media dan menegaskan bahawa perkara sebenar akan diketahui dalam dua minggu akan datang. Komen itu dibuat beberapa […]

Miliki Rekod 29-0-0, Tular Rakaman Khabib Kongsi “Moment” Hampir Tewas Buat Kali Pertama
Miliki Rekod 29-0-0, Khabib Kongsi “Moment” Hampir Tewas Buat Kali Pertama Nama Khabib Nurmagomedov memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau adalah seorang petarung UFC yang paling diminati di seluruh dunia, dengan rekod perlawanan 29-0-0. Belia dikenali sebagai Juara UFC yang tidak pernah tewas sepanjang kariernya dalam MMA dan juga tidak pernah tewas walau satu pusingan […]

“Isteri Saya Seorang Hijabi,” Bekas Bintang Ragbi New Zealand Gembira Isteri Mula Bertudung
“Isteri Saya Seorang Hijabi,” Bekas Bintang Ragbi New Zealand Gembira Isteri Mula Bertudung Bekas bintang ragbi terkenal New Zealand, Sonny Bill Williams berkongsi kegembiraannya selepas isterinya membuat keputusan untuk berhijab. Menurut beliau perkara itu adalah salah satu detik paling membanggakan dalam hidupnya kerana isterinya yang bernama Alana memutuskan untuk mula memakai tudung. Beliau yang sekarang […]

Sah, ‘Elon Musk Mahu Beli Manchester United’ Sekadar Gurauan
Desas-desus pemilik syarikat Tesla, Elon Musk yang kononnya mendakwa mahu membeli Manchester United akhirnya terjawab apabila dia mengakui itu sekadar gurauan sahaja, lapor Daily Mail. Elon menerusi laman Twitter rasminya, Elon Musk mengesahkan perkara tersebut selepas dia mengatakan dirinya tidak berminat untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. Berita mengenai lelaki terkaya itu yang […]

Piala Dunia Qatar: ‘Negara’ Tiada Dalam Sistem, Rakyat Israel Perlu Beli Tiket Atas Nama ‘Palestin’
Rakyat Israel yang mahu menonton FIFA Piala Dunia Qatar 2022 di Doha serta mengakses kemudahannya perlu membeli tiket perlawanan atas nama negara ‘Palestin’, lapor Arab News. Menurut laporan Arab News, laman web rasmi tempahan tiket dan pakej kemudahan di Qatar, Winterhill Hospitality tidak menyenaraikan ‘Israel’ sebagai ‘negara’ dalam sistem mereka. Tambahan lagi, seperti yang dilaporkan […]

Salah Derma Lebih RM700,000 Kepada Gereja Terbakar Di Mesir
Pemain sayap kanan Liverpool, Mohamed Salah mendermakan sebanyak RM702,690 kepada sebuah gereja di Mesir yang terbakar hingga mengorbankan 41 nyawa, lapor The Sun UK. Memetik laporan The Sun UK, gereja Abu Seifein yang terletak di bandar Giza, Mesir itu dilaporkan terbakar pada hari Ahad baru-baru ini. Salah yang sejurus sahaja mendengar berita itu bertindak pantas […]

Andersen Dapat Ugutan Bunuh Selepas Insiden Penyerang Liverpool, Nunez Dibuang Padang
Andersen Dapat Ugutan Bunuh Selepas Insiden Penyerang Liverpool, Nunez Dibuang Padang Pemain Crystal Palace, Joachim Andersen mendedahkan bahawa dia telah menerima ugutan bunuh yang ditujukan kepada diri dan keluarganya selepas insiden dia ditanduk oleh Darwin Nunez dalam aksi yang berkesudaha seri di Anfield, Isnin lalu. Penyerang Liverpool itu dilayangkan kad merah dengan Liverpool ketika itu […]

Elon Musk Umum Beli Manchester United?
Pengarah syarikat Tesla dan pemilik aplikasi Twitter, Elon Musk mengumumkan dia membeli kelab gergasi Eropah, Manchester United (MU). Dalam satu ciapan di Twitter pagi tadi, pada awalnya Elon menjelaskan tentang prinsipnya dalam memberi sokongan secara adil kepada dua haluan parti politik. Dalam masa sama, dia juga memaklumkan dipercayai akan memiliki The Red Devils hingga pengumuman […]

Dapat Kad Merah, Aksi ‘Jelmaan’ Zidane Nunez Buat Klopp Pening, Mungkin Tiada Penyerang Nak Lawan MU Nanti
Dapat Kad Merah, Aksi ‘Jelmaan’ Zidane Nunez Buat Klopp Pening Kepala, Tiada Penyerang Nak Lawan MU Nanti Mimpi ngeri, itulah apa yang boleh diperkatakan mengenai aksi penyerang termahal Liverpool, Darwin Nunez ketika tampil dalam aksi sulungnya di laman sendiri, Anfield pagi tadi (waktu Malaysia). Ini selepas tindakannya menyondol muka pemain lawan, Joachim Andersen, menjadi tumpuan […]

Sejarah Tercipta, Malaysia Juara Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Skuad hoki dalam dewan lelaki negara mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 dengan menewaskan juara bertahan Iran, 3-2 menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi final di Bangkok, Thailand hari ini. Gelaran julung kali itu diraih selepas kedudukan terikat 4-4 dalam masa permainan sebenar di Stadium Tertutup Huamark, sekali gus […]

Tiada Pemain Suka Guling-Guling Lengahkan Masa, Kalau Ada Saya Orang Pertama Tanya – Zamsaham
Pemilik Kelantan Football Club (FC), Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menjelaskan bahawa tiada pemainnya yang suka lengahkan masa sewaktu perlawanan. Isu itu timbul selepas dua pemainnya, Felipe Hereda dan Nurshamil Abdul Ghani kelihatan terbaring di padang kira-kira lima minit sebelum perlawanan tamat baru-baru ini. Kebiasaannya, situasi begitu dilihat seolah-olah pemain sengaja melengahkan masa […]

Ten Hag Mahu Pemain Baharu, ‘Dinobat’ Jurulatih Pertama Tewas Dua Perlawanan Awal Liga Sejak 100 Tahun
Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag memohon pengurusan kelab itu untuk membenarkannya menandatangani pemain baharu selepas dimalukan 0-4 oleh Brentford semalam, lapor Metro UK. Malah dalam masa sama, Ten Hag satu-satunya pengurus pertama United yang tewas dalam dua perlawanan awal liga selepas rekod jurulatih terdahulu, John Chapman pada tahun 1921. Tambahan pula, keputusan itu menjadikan […]

Ronaldo Bengang De Gea Buat Kesilapan Mudah
Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo, 37, bengang terhadap rakan sepasukannya, David De Gea selepas penjaga gol itu buat dua kesilapan mudah hingga dimalukan Brentford 0-4 awal pagi tadi, lapor The Sun UK. Selepas mendapat kepercayaan pengendali United, Erik Ten Hag, Ronaldo sebelum ini kembali semula dalam kesebelasan utama Red Devils dalam misi memburu tiga mata […]

Peninju Thailand Meninggal Dunia, Tumbang Ditumbuk Hingga Alami Pendarahan Otak
Peninju Thailand, Phet Keng Gaiyang Hadao meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas tumbang ditumbuk lawan dalam sebuah pertarungan muay thai pada 13 Ogos semalam. Difahamkan, Phet Keng pada asalnya menyertai sebuah kejohanan muay thai bersempena ambang merdeka pada bulan ini yang berlangsung di sebuah institusi di Kota Bharu, Kelantan. Menurut sumber dari Kelab Info Malaysia, […]