Berita›Sukan

Pan Gon Puji Peminat, Ultras Malaya Atas Kejayaan Malaysia Benam Turkmenistan
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Ketua Jurulatih Kebangsaan Kim Pan Gon puji peminat bola sepak Malaysia dan Ultras Malaya atas sokongan sehingga Malaysia berjaya membenam Turkmenistan 3-1 pada perlawanan Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi. Pan Gon berkata skuad Harimau Malaya mendapat sokongan penuh para […]

Vietnam Tambah Luka Harimau Muda
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Skuad Harimau Muda kebangsaan menamatkan perjuangan mereka pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 tanpa sebarang keputusan positif selepas mengalami satu lagi kekalahan di tangan Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan C di Tashkent, Uzbekistan, hari ini. Skuad Harimau Muda bimbingan Brad Maloney yang tewas 0-2 kepada Vietnam gagal menyerap asakan […]

Kelayakan Piala Asia: Malaysia Mula Langkah Kanan, Berjaya Jinakkan Turkmenistan 3-1
Pasukan bola sepak Malaysia berjaya menundukkan Turkmenistan dalam perlawanan pertama kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 dengan jaringan 3-1. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi, pasukan negara mempamerkan aksi cemerlang dengan menjaringkan ketiga-tiga gol tersebut di separuh masa pertama. Gol pertama perlawanan Kelayakan Piala Asia itu telah dijaringkan oleh Safawi […]

Malaysia Bermula Garang Di ‘First Half’, Ini 3 Gol Menarik Yang Dijaringkan
Malaysia memulakan langkah kanan dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan apabila berjaya menjaringkan tiga gol. Biarpun wisel perlawanan untuk separuh masa pertama belum dibunyikan namun pasukan negara telah berjaya menekan permainan Turkmenistan. Gol pertama telah dijaringkan oleh Safawi Rasid pada minit ke-11 hasil daripada bola muntah yang ditepis oleh penjaga gol pasukan Turkmenistan. […]

Dari ‘Meja Mufti’ Ke Stadium, Dr. Zulkifli Dijemput MFL ‘Turun’ Bukit Jalil Malam Ini
Mantan Mufti Wilayah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al- Bakri dijemput oleh Malaysian Football League (MFL) untuk menonton perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini. Menerusi satu kenyataan di Facebook, bekas menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) itu memaklumkan, jemputan tersebut disampaikan oleh presiden MFL sendiri. “Saya amat menghargai jemputan […]

Ronaldo Jadi Manusia Pertama Di Bumi Capai 450 Juta ‘Follower’ Di Instagram
Bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi manusia pertama di planet bumi yang capai 450 juta pengikut di Instagramnya. Siapa sahaja yang tak kenal dengan sosok pemain yang pernah memenangi penghargaan bolasepak tertinggi, Ballon D’or sebanyak lima kali dan itu sudah cukup membuktikan tentang kehebatannya. Bukan sahaja pencapaiannya pemain bintang itu di atas padang dengan melakar […]

Pemain Didakwa Terbabit Kes Rogol Direhatkan Oleh KUFC
KOTA BHARU, 6 Jun (Bernama) — Kelantan United Football Club (KUFC) merehatkan seorang pemain pasukan yang didakwa terbabit dalam kes rogol remaja bawah umur. Ketua Pegawai Operasi KUFC, Wan Mohd Zul Ikman, dalam kenyataan hari ini, berkata pemain itu direhatkan daripada menyertai sesi latihan pasukan dan perlawanan Liga Premier sehingga dimaklumkan kelak. Menurutnya langkah itu […]

Barcelona Tawar Peluang Sewa Stadium Nou Camp Untuk Majlis Perkahwinan
Pasukan Barcelona dilaporkan menawarkan peluang kepada peminatnya untuk menyewa padang Nou Camp bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi, lapor portal Sport Bible. Menerusi sebuah kenyataan yang telah dimuat naik di laman Twitter rasminya, Barcelona juga turut akan menawarkan peminatnya untuk berkahwin di Nou Camp. Kelab itu telah mengumumkan bahawa para peminat boleh menyewa stadium itu […]

Kelayakan Piala Asia 2023: Liridon Tercicir, De Paula ‘Lolos’
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Impian pemain naturalisasi Liridon Krasniqi untik beraksi pada pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 berkecai selepas gagal berada dalam senarai 23 pemain skuad Harimau Malaya bagi saingan itu di sini minggu depan. Bagaimanapun, dua lagi pemain naturalisasi Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh boleh menarik nafas lega selepas masih diberi […]

U23 Asian Cup: Malaysia Tumpas 1-4 Kepada Korea Selatan
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) – Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan meraih kekalahan sulung dalam kempen Kejohanan Piala Asia B-23 2022 selepas tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C di Tashkent, Uzbekistan, malam ini. Pada aksi di Stadium Lokomotiv itu, Korea Selatan di bawah bimbingan Hwang Sun-Hong […]

Gareth Bale Sah Tinggalkan Real Madrid Musim Hadapan
Pemain Real Madrid, Gareth Bale sah akan meninggalkan kelab bola sepak gergasi Sepanyol itu pada musim hadapan selepas menandatangi penamatan kontrak baru-baru ini. Bale memaklumkan keputusan tersebut menerusi satu kenyataan seperti yang dimuat naik oleh pemberita, Fabrizio Romano di laman Facebook malam ini. “Rasmi, Gareth Bale mengesahkan dia meninggalkan Real Madrid. Ia adalah pengalaman yang […]

Skuad Harimau Malaya Benam Hong Kong Dengan Bergaya
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) — Malaysia mencatat dua kemenangan berturut-turut menjelang kempen Kelayakan Piala Asia 2023 selepas mengatasi pasukan di ranking lebih tinggi, Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan antarbangsa Tier 1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam ini. Muhammad Safawi Rasid meletakkan skuad Harimau Malaya di depan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada babak […]

Hoki Piala Asia: Malaysia Tewas Di Final, Tunduk 1-2 Kepada Korea Selatan
Malaysia terpaksa tunduk kepada gergasi hoki Asia, Korea Selatan dalam perlawanan akhir Hoki Piala Asia malam ini dengan kekalahan tipis 1-2. Dalam perlawanan yang penuh debaran itu, corak permainan kedua-dua pihak berjalan lancar, namun dipercayai Korea Selatan lebih mengawal rapi rentak perlawanan. Selepas 17 minit perlawanan berlangsung, akhirnya Korea Selatan berjaya membuka tirai jaringan merobek […]

Pemain Skuasy Wanita Negara, Sivasangari Subramaniam Mara Ke Peringkat Suku Akhir PSA World Tour
Pemain skuasy wanita negara, Sivasangari Subramaniam dilaporkan telah berjaya mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan PSA World Tour Platinum buat kali pertama dalam kariernya selepas menewaskan lawannya iaitu Donna Lobban dari Australia. Pemain yang menduduki ranking ke-20 Dunia itu merupakan anak kelahiran Malaysia yang pertama berjaya mara ke suku akhir kejohanan tersebut sama seperti […]

Syahmi Safari Terpaksa Digugurkan Daripada Skuad Kebangsaan Akibat Masalah Kesihatan
Pemain bola sepak negara, Syahmi Safari terpaksa digugurkan dari kem latihan pusat Skuad Harimau Malaya kerana masalah kesihatan, umum ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon. Kenyataan tersebut diumumkan selepas pemain pertahanan itu mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat meneruskan perjuangan bagi menghadapi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 pada 8 hingga 14 jun nanti. “Keputusan […]

Hoki Piala Asia: Malaysia Sah Mara Ke Final, Benam Jepun 5-0
Malaysia kini secara sahnya berjaya mara ke peringkat akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 selepas membenam skuad hoki Jepun dengan keputusan 5-0. Dalam perlawanan yang mendebarkan itu, skuad hoki kebangsaan melakukan asakan bertali arus sehingga menyebabkan pemain Jepun banyak ‘hilang bola’. Gol-gol yang dijaringkan pemain Malaysia disumbangkan oleh Shello Silverius pada minit ke-15 di suku […]

Pesawat Kertas Yang Direka Pemuda Malaysia Ini Berjaya Pecah Rekod Dunia
Rekod Dunia Guinness dalam lontaran pesawat kertas berjaya dipecahkan oleh trio dari Korea Selatan selepas mencatatkan lontaran sejauh 77.134 meter. Lontaran yang dicatatkan itu bersamaan dengan hampir sepanjang padang bola sepak. Trio tersebut ialah Kim Kyu Tae, dengan bantuan daripada Shin Moo Joon dan Chee Yie Jian (Julian) . Ketiga-tiga mereka digelar sebagai ‘Pasukan Shin […]

Anak Gadis The Rock Ikut Jejak Langkah Ayah, Bakal Sertai WWE
Anak perempuan The Rock ikuti jejak langkah ayahnya, bakal sertai World Wrestling Entertainment (WWE) tidak lama lagi, lapor Daily Mail. Bagaimana acuan begitulah kuihnya, Simone Alexandra Johnson, 20, anak kepada ahli gusti profesional terkenal Dwayne Johnson, (The Rock) mengumumkan bakal membuat penampilan sulungnya di WWE. Difahamkan, Simone telah membuat pendaftaran dalam siaran itu sejak dua […]

Tersingkir Ke Divisyen Kedua, Peminat Saint-Etienne FC Merusuh Masuk Dalam Padang
Peminat pasukan Saint-Etienne FC dilaporkan telah merusuh masuk padang sebaik sahaja tumpas 5-4 menerusi sepakan penalti di tangan AJ Auxerre sekali gus menyebabkan tersingkir ke divisyen bawah. Perlawanan pusingan kedua di Stade Geoffroy-Guichard berakhir dengan seri 1-1 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang gol berjaya dihasilkan. Ini menyebabkan mereka berkongsi mata agregat 2-2 selepas kedua-dua […]

Liverpool Adalah Pasukan Yang Lebih Mudah Ditentang – Carlo Ancelotti
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti mendakwa bahawa Liverpool adalah pasukan yang lebih mudah ditentang kerana mempunyai corak strategi yang senang dibaca, lapor portal Sport Bible. Dalam perlawanan peringkat akhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di Stade de France di Saint-Denis baru-baru ini, Real Madrid telah berjaya menumpaskan Liverpool dengan kemenangan 1-0. Memetik laporan Metro UK, Ancelotti […]