Berita›Sukan

Axelsen Menangis, Hanya Perlu 2 Set Tewaskan Chen Long Untuk Pingat Emas Olimpik
Viktor Axelsen menangis selepas menewaskan jaguh dari China yang juga penyandang pingat emas di Rio, Chen Long dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki di Olimpik Tokyo 2020. Kejayaan ini cukup manis buat Axelsen kerana ini adalah kali pertama beliau memenangi pingat emas Olimpik dalam kerjayanya yang sedang memuncak. Axelsen menewaskan Chen Long dalam aksi 2 set […]

Viral Mengait Ketika Olimpik, Tom Daley Hadiahkan ‘Cardigan’ Kepada Atlet Malaysia, Cheong Jun Hoong
Baru-baru ini, atlet terjun Great Britain, Tom Daley tular apabila dia tertangkap kamera sedang mengait di kerusi penonton. Ketika itu, saingan akhir acara tiga meter terjun papan anjal wanita untuk temasya Olimpik 2020 sedang berlangsung. Daley yang juga merupakan juara acara terjun 10 meter platform seirama lelaki Olimpik 2020 ini menjadikan mengait sebagai hobi. Dia […]

Olimpik: Acara Pelayaran Ditangguh Kerana Ketiadaan Angin
TOKYO, 2 Ogos (Bernama) — Dua pusingan terakhir acara pelayaran International 470 wanita di Olimpik Tokyo 2020 hari ini, melibatkan atlet negara Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali ditunda ke esok. Jurulatih Kebangsaan Muhammad Sahir A. Rahim berkata saingan hari ini terpaksa ditangguh berikutan kekurangan kelajuan angin di kawasan pulau di Teluk Sagami itu. Perlumbaan kesembilan dan […]

Atlet Great Britain ‘Kantoi’ Mengait Ketika Saingan Akhir Terjun Wanita Jadi Tumpuan Dunia
Selalunya bila menonton apa-apa perlawanan sukan secara langsung di lokasi acara, mesti la semangat nak menyokong tu berkobar-kobar kan. Maka rata-rata daripada kita akan bersorak dengan penuh semangat untuk tunjukkan sokongan kepada atlet. Tapi lain pula dengan penerjun Britain, Tom Daley ini. Disaat penonton-penonton lain berdebar menyaksikan saingan akhir acara terjun tiga meter individu wanita, […]

Sekali Lagi Sejarah Tercipta, 2 Atlet Lompat Tinggi Ini Berkongsi Pingat Emas Olimpik, Ini Sebabnya
Atlet Qatar, Mutaz Barshim menambah pingat emas Olimpik dalam gelaran dunianya ketika berkongsi kejuaraan dengan Gianmarco Tamberi dari Itali dalam acara lompat tinggi lelaki sebentar tadi. Barshim dan Tamberi mencatat lompatan terbaik 2.37 meter (m) semetera Maksim Nedesekau dari Belarus juga berjaya melakukan lompatan pada ketinggian tersebut sekaligus memecah rekod kebangsaan negaranya. Bagaimanapun, Nadesekau terlepas […]
Atlet Lompat Kijang Venezuela, Yulimar Rojas Catat Rekod Olimpik Sebelum Pecah Rekod Dunia
Memegang gelaran juara dunia dalam acara lompat kijang sebanyak dua kali, Yulimar Rojas sekali lagi menempa nama apabila berjaya memecahkan rekod dunia di temasya Olimpik Tokyo 2020, hari ini. Rojas melakukan lompatan sejauh 15.67 meter di kejohanan Olimpik Tokyo, sekaligus membenamkan rekod terdahulu 15.50 meter Inessa Kravets dari Ukrain pada tahun 1995. Ia merupakan satu […]

Korang Boleh Kira Kat Rumah, Ini Formula Nak Kira Markah Penerjun Di Sukan Olimpik
Hari ini, kita menerima khabar gembira apabila penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri telah menamatkan saingan akhir bagi acara tiga meter papan anjal individu. Walaupun tak berjaya membawa pulang apa-apa pingat, namun pencapaian Nur Dhabitah di temasya Olimpik 2020 ini turut membanggakan rakyat Malaysia. Nur Dhabitah mengumpul 326.15 mata dan menduduki tempat keempat dalam acara tersebut. […]

Kejutan Lagi, Marcell Jacob Dari Itali Jadi Lelaki Terpantas Olimpik Tokyo
Pelari pecut daripada Itali, Jacobs berjaya merangkul pingat emas acara 100 meter(m) di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan merakam catatan masa selama 9.8 saat. Lamont Marcell Jacobs menamatkan larian dengan mencatat masa 9.80 saat meraih pingat emas sementara atlet dari Amerika Syarikat, Fred Kerly meraih perak (9.84) dan gangsa milik Andre De Grasse dari Kanada […]

Gambar Lama Dhabitah Tular Semula, ‘Dipijak’ Ketika Latihan Untuk Jadi Penerjun Bertaraf Dunia
Nur Dhabitah Sabri bukanlah satu nama baru dalam arena sukan negara. Atlet muda ini telah mengharumkan nama Malaysia dalam sukan akuatik antarabangsa dan merupakan salah seorang penerjun negara setaraf nama besar Pandelela Rinong. Baru-baru ini, rakyat Malaysia berkongsi rasa bangga apabila Nur Dhabitah berjaya melayakkan diri ke saingan akhir dalam acara terjun tiga meter papan […]
Kejutan Lagi Di Tokyo, Tiada Wakil Jamaica Di Pentas Akhir 100 Meter Lelaki Kali Ini
Satu lagi kejutan berlaku di Olimpik Tokyo, apabila tiada wakil dari Jamaica untuk perlumbaan akhir acara 100 meter lelaki kali ini. Kesemua wakil dari Jamaica tersingkir di peringkat separuh akhir. Kali terakhir tiada wakil Jamaica di pentas akhir 100 meter lelaki di Olimpik ialah pada temasya Olimpik Sydney 2000. Satu dunia tahu, sejak Olimpik 2004 […]
“Senyum Sentiasa,” Tamatkan Saingan Di Ranking Ke-4, Ramai Puji Aksi Nur Dhabitah Sabri
Aksi penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri sebentar tadi telah menarik perhatian ramai orang yang mengharapkan sebarang pingat yang boleh diperolehinya. Walau bagaimanapun, penerjun itu telah menamatkan saingan acara 3 meter papan anjal wanita individu akhir di tempat yang ke-empat. Menyedari kedudukan tersebut juga satu kedudukan yang terbaik, warganet nampaknya membanjiri komen-komen positif dan juga berbangga […]

(Video) Meremang, Satu Apartment Gamat, Bersorak Rai Kemenangan Beregu Badminton Negara
Sukan bukan hanya untuk tontonan dan hiburan tetapi ia juga sebagai ‘ejen’ perpaduan dalam menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Rakyat di Malaysia baru sahaja meraikan kemenangan pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo apabila pasangan beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya memperoleh gangsa dalam aksi penentuan tempat […]
“Basah Ketiak,” Datuk Lee Chong Wei Kongsi Reaksi “First Time” Layan “Medal Match” Olimpik Kat Tv
Setelah beberapa hari ‘kempunan’ untuk mendapatkan pingat di temasya Olimpik Tokyo, Malaysia hari ini dihadiahkan dengan pingat gangsa menerusi kemenangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sebentar tadi. Menewaskan jaguh beregu dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan, mereka mempamerkan aksi yang sangat bertenaga. Walaupun tewas pada set pertama dengan mata 21-17, […]
Pingat Pertama Olimpik Tokyo, Beregu Badminton Negara Raih Gangsa Tumpaskan Jaguh Indonesia
Pemain beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat pertama untuk negara dalam pentas sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan pasangan beregu dari Indonesia sebentar tadi. Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, pasangan utama negara terpaksa berhempas pulas bermain sehingga ke set penentuan sebelum berjaya ditabalkan sebagai pemenang pingat gangsa. […]

Gimnas AS Biles Tarik Diri Acara Akhir Melombol, Palang Bertingkat
TOKYO, 31 Julai (Bernama) — Pasukan Gimnastik Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mengesahkan Simone Biles menarik diri daripada final acara melombol dan palang bertingkat di temasya Olimpik Tokyo. “Selepas berbincang dengan petugas perubatan, Simone Biles memutuskan untuk menarik diri. “Gimnas itu akan terus dipantau setiap hari untuk menentukan sama ada boleh terus bertanding dalam disiplin […]

Nur Dhabitah Layak Ke Akhir, Pemburuan Pingat Diteruskan
TOKYO, 31 Julai (Bernama) — Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri terus berada pada landasan yang betul dalam usaha memburu pingat Olimpik Tokyo 2020, selepas layak ke akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita individu di Pusat Akuatik Tokyo. Penerjun berusia 22 tahun, menunjukkan terjunan yang konsisten dalam kelima-lima terjunan, membolehkan beliau yang bermula pada […]
Kejayaan Zii Jia Bukannya Hilang, Hanya Tertangguh – Chong Wei
TOKYO, 30 Julai (Bernama) — Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei percaya, kejayaan Olimpik pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, bukannya hilang tapi hanya ditangguh. Pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga kali berturut-turut itu berpendapat, dari segi tenaga, kepantasan dan teknik, Zii Jia dapat mengatasi Chen Long pada aksi pusingan 16 terbaik malam […]
Gagal Sumbang Pingat, Zii Jia Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia
TOKYO, 29 Julai (Bernama) — Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal menyumbangkan pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, setelah tersingkir dalam saingan pusingan 16 terbaik acara perseorangan lelaki, malam ini. Pemain berusia 23 tahun itu, tumpas kepada pemenang pingat emas edisi Rio 2016, Chen Long dari China, […]
“Kamu Menangi Hati Kami,” Walau Tewas, Ramai Bangga, Puji Aksi Lee Zii Jia, Yakin Bakal ‘Bersinar’ Untuk Negara Nanti
Impian rakyat Malaysia yang ingin melihat pemain Lee Zii Jia mara ke peringkat seterusnya untuk memburu pingat dalam pentas Sukan Olimpik Tokyo nampaknya terkubur ekoran kekalahannya sebentar tadi. Pemain badminton perseorangan lelaki negara yang berusia 23 tahun itu tewas di tangan juara bertahan dari China, Chen Long walaupun perlawanan telah diheret hingga ke set yang […]
(Video) “Kalau Saya Mati, Siapa Nak Bertanggungjawab?” Pemain Tenis Rusia Terbaring Di Gelanggang, Tak Tahan Cuaca Panas Di Olimpik
Selain ‘dibelenggu’ dengan pandemik COVID-19, atlet-atlet yang bertanding di Olimpik Tokyo juga terpaksa menghadapi cuaca panas melampau yang melanda di bandar itu. Keadaan itu juga turut dirasai oleh pemain tenis dari Rusia, Daniil Medvedev yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan perlawanan pada Rabu kerana tidak tahan dengan cuaca panas. Pemain tenis nombor dua dunia itu bergelut […]