Berita›Sukan

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dipecat FAM
Fitri Jadi Pengadil Pertama Dipecat FAM KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah dalam aksi Piala MFL 2024/2025 antara Negeri Sembilan FC dan Selangor FC, Khamis lepas. Timbalan Presiden FAM Datuk S. Sivasundaram berkata keputusan yang pertama kali dibuat itu diambil […]

Tempat Terakhir Beri CPR Arwah Anak, Zaquan Mahu Jual Meja Snuker
Tempat Terakhir Beri CPR Arwah Anak, Zaquan Mahu Jual Meja Snuker “Saya nak jual table ini, sebab dekat atas table inilah saya dan Ayu letak baby Raees untuk buat CPR sementara tunggu ambulans sampai,” luah bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha, lapor Astro Gempak. Luah Zaquan, dia berhasrat untuk menjual meja snuker itu yang menjadi lokasi […]

Mohd Joehari Presiden FAM Baharu
Mohd Joehari Presiden FAM Baharu SUBANG JAYA, 15 Feb (Bernama) — Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baharu hari ini bagi menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang tidak mempertahankan jawatan disandangnya sejak 2018. Mohd Joehari yang sebelum ini menggalas tugas sebagai naib presiden badan induk itu, menang tanpa […]

Antoine Griezmann Tukar Jersi Atletico Dengan Kad Pokémon ‘Rare’
Antoine Griezmann Tukar Jersi Atletico Dengan Kad Pokémon ‘Rare’ Bintang bola sepak Perancis, Antoine Griezmann mencuri perhatian selepas membantu Atletico Madrid meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Getafe, Selasa lalu. Dalam sebuah video yang kini tular, Griezmann dilihat menukar jersi perlawanan bernilai sekitar £1000 (RM5,538.80) dengan dua kotak kad Pokémon edisi ‘rare’. Griezmann tidak menyembunyikan […]

Singapura Premier League Buka Penyertaan Termasuk Kelab Luar
Singapura Premier League Buka Penyertaan Termasuk Kelab Luar Liga Perdana Singapura atau Singapore Premier League (SPL) kini terbuka untuk mana-mana kelab termasuk dari luar bagi pencarian kelab di liga berkenaan, lapor Stadium Astro. Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Rabu lalu untuk menyambung semula pencarian kelab. Jelas FAS, mana-mana pihak yang berminat […]

ACLE: Dianggap Cipta Impak Besar, Ini Kata Arif Aiman Hanapi
ACLE: Dianggap Cipta Impak Besar, Ini Kata Arif Aiman Hanapi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengiktiraf Arif Aiman Hanapi sebagai salah satu bintang bola sepak yang menyerlah musim ini. Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dikatakan telah mencipta impak besar dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). Namun begitu, dalam satu sesi soal jawab di […]

Aliff Rakib Tumbangkan Lawan Dalam 70 Saat
Aliff Rakib Tumbangkan Lawan Dalam 70 Saat Petinju Muay Thai negara, Nor Iman Aliff Rakib yang kini menetap di Thailand, berjaya menumbangkan lawannya, Shamil Adukhov di ONE Championship hanya selepas 70 saat perlawanan dimulakan, lapor Stadium Astro. Perlawanana yang berlangsung pagi tadi di Bangkok menyaksikan Aliff menghantar tumbukan hook kiri pada pihak lawan. Tumbukan petinju […]

Football Manager 2025 Sah Dibatalkan
Football Manager 2025 Sah Dibatalkan Pembangunan permainan video popular, Football Manager 2025 (FM25) akhirnya telah dibatalkan selepas tertangguh sekian lama. Berita duka tersebut diumumkan sendiri oleh pembangun permainan berkenaan, Sports Interactive menerusi satu kenyataan media hari ini. Menurut ESPN, tarikh pelancaran FM25 sudah pun diinjakkan sebanyak dua kali. Namun hari ini, Sports Interactive dengan rasa […]

Rancangan Ronaldo Selepas Bersara Sebagai Pemain Bola Sepak
Rancangan Ronaldo Selepas Bersara Sebagai Pemain Bola Sepak Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak dari Portugal yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-40 semalam, mempunyai impian besar untuk masa depannya selepas bersara sebagai pemain bola sepak. Menurut Ronaldo, selepas bersara, beliau berhasrat untuk memiliki beberapa kelab bola sepak, satu perancangan yang cukup menarik perhatian peminat sukan […]

Kenali Sharabutdin Magomedov, “Pertarung Bermata Satu”
Kenali Sharabutdin Magomedov, “Pertarung Bermata Satu” Bertarung di pentas Ultimate Fighting Championship (UFC) sudah cukup mencabar bagi mana-mana atlet. Namun, bayangkan jika perlu melakukannya dengan hanya satu mata — sesuatu yang ‘mustahil’ bagi ramai, tetapi menjadi realiti bagi Sharabutdin Magomedov. Atlet kelahiran Dagestan ini semakin menjadi bualan selepas kembali ke gelanggang dalam acara UFC Fight […]

Juara Dunia MotoGP 2024 Kemalangan Di Sepang
Juara Dunia MotoGP 2024 Kemalangan Di Sepang Pemenang Kejuaraan MotoGP Dunia 2024, Jorge Martin, dilaporkan berdepan detik cemas apabila hilang kawalan sebelum terpelanting daripada motosikal semasa sesi ujian litar di Sepang, sebentar tadi. Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika pelumba dari Sepanyol tersebut sedang beraksi dalam persediaan menghadapi musim baharu MotoGP. Susulan kemalangan tersebut, Martin segera […]

Bintang JDT Ucap Selamat Hari Lahir Kepada Ronaldo
Bintang JDT Ucap Selamat Hari Lahir Kepada Ronaldo “Selamat hari lahir buat pemain terbaik dalam sejarah bola sepak” ucap bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jese Rodriguez kepada Cristiano Ronaldo. Jese yang juga bekas rakan seperjuangan Ronaldo di Real Madrid dahulu berkata demikian dalam satu hantaran di platform X. https://x.com/JeseRodriguez10/status/1887009505252086247?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1887009505252086247%7Ctwgr%5Eccd2db1ec9137f9fdbad2c618b517aacadaacb03%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fstadiumastro.com%2Fbola-sepak%2Fselamat-ulang-tahun-pemain-terbaik-dalam-sejarah-ucap-bintang-jdt-kepada-cristiano-ronaldo-282160 Bintang JDT itu pernah beraksi dengan […]

“Saya pemain bola sepak paling lengkap dalam sejarah” – Ronaldo
“Saya pemain bola sepak paling lengkap dalam sejarah” – Ronaldo Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo percaya bahawa dirinya merupakan pemain bola sepak paling lengkap sepanjang masa, petik ESPN. Pemenang lima kali Ballon d’Or yang kini bermain bersama kelab liga Arab Saudi, Al Nassr telah memecahkan banyak rekod sepanjang kariernya dan merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah […]

Ini Daftar 10 Pembelian Pemain Termahal Liga Arab Saudi
Ini Daftar 10 Pembelian Pemain Termahal Liga Arab Saudi Liga Profesional Arab Saudi atau Roshn Saudi League (RSL) kini menjadi tumpuan ramai pemain bola sepak profesional untuk berhijrah ketika hujung peak performance mereka. Apatah lagi, gaji yang ditawarkan juga cukup lumayan, membuatkan ramai pemain bola ‘tewas’ bukan sahaja pemain yang sudah berusia malah yang baru […]

IShowSpeed ‘Bersara Awal’ Dari WWE
IShowSpeed ‘Bersara Awal’ Dari WWE Pempengaruh terkenal YouTube, IShowSpeed, meluahkan rasa kesal dan nekad untuk tidak lagi terlibat dalam acara World Wrestling Entertainment (WWE). Keputusan ini diambil setelah pemuda berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan serius semasa penampilan sulungnya di Royal Rumble WWE, semalam. Difahamkan, IShowSpeed, yang nama sebenarnya Darren, dijemput sebagai tetamu khas untuk […]

UEL: FK Bodø/Glimt Derma Hasil Kutipan Tiket Perlawanan Kepada Mangsa Di Gaza
UEL: FK Bodø/Glimt Derma Hasil Kutipan Tiket Perlawanan Kepada Mangsa Di Gaza Kelab Norway, FK Bodø/Glimt mengumumkan hasil jualan tiket perlawanan UEFA Europa League (UEL) menentang kelab dari Israel, Maccabi Tel Aviv pada minggu lalu. “Glimt tidak boleh diam dan tidak akan berpeluk tubuh dengan penderitaan dan pencabulan undang-undang antarabangsa yang berlaku di dunia. “Kami […]

‘Loghat’ Kedah Mendunia Di FIFA
‘Loghat’ Kedah Mendunia Di FIFA Laman rasmi FIFA World Cup di Facebook hari ini mencuri perhatian ramai selepas menggunakan dialek negeri Kedah, lapor Stadium Astro. Dalam hantaran di Facebook itu memaparkan akaun FIFA World Cup memuat naik beberapa gambar bekas pemain bola sepak Zlatan Ibrahimovic dengan kapsyen dialek negeri Jelapang Padi. “Lonjong elok, kemaih elok, […]

Neymar Tinggalkan Al-Hilal, Kembali Ke Brazil
Neymar Tinggalkan Al-Hilal, Kembali Ke Brazil Pemain bola sepak ternama, Neymar Jr, yang pernah beraksi di Paris Saint-Germain (PSG), kini sah meninggalkan kelab gergasi Liga Pro Saudi, Al-Hilal, selepas dua musim bersama mereka. Difahamkan, keputusan tersebut dicapai melalui persetujuan bersama antara Neymar dan pihak Al-Hilal. Sepanjang musim ini, Neymar hanya beraksi dalam dua perlawanan Liga […]

Sze Fei-Izzuddin Model Jenama Pakaian Antarabangsa
Sze Fei-Izzuddin Model Jenama Pakaian Antarabangsa Pasangan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, melakar detik manis apabila menerima tajaan eksklusif daripada jenama pakaian terkemuka dari Jepun. Penajaan ini bukan sahaja menjadi suntikan motivasi buat juara Terbuka India itu, malah turut membakar semangat mereka untuk terus mencipta kejayaan di pentas antarabangsa. […]

Radja Nainggolan Ditahan, Disiasat Kes Penyeludupan Dadah
Radja Nainggolan Ditahan, Disiasat Kes Penyeludupan Dadah Bekas pemain kebangsaan Belgium, Radja Nainggolan dilapor telah ditahan pihak berkuasa sebagai sebahagian daripada siasatan kes sindiket penyeludupan dadah. Menurut BBC, pemain berusia 36 tahun itu sebahagian daripada mereka yang ditahan oleh Polis Belgium menerusi beberapa serbuan yang dijalankan pada Isnin lepas. “Siasatan tertumpu kepada sindiket penyeludupan kokain […]