Berita›Sukan

Donnarumma Terima 10 Jahitan Selepas Terkena Kaki Pemain Monaco
Donnarumma Terima 10 Jahitan Selepas Terkena Kaki Pemain Monaco Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Donnarumma mengalami kecederaan serius di muka selepas terkena kaki Wilfried Singo dalam perlawanan Ligue 1 menentang Monaco di Stade Louis II awal pagi tadi. Difahamkan, penjaga gawang kebangsaan Itali itu terpaksa menerima cemas sejurus insiden berkenaan. https://x.com/FootbalIhub/status/1869481710070702286?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1869481710070702286%7Ctwgr%5Ed1b542dd771e6419897eb27e11eef33f33ad7c1a%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.stadiumastro.com%2Fbola-sepak%2Fligue-1-video-donnarumma-terima-jahitan-di-muka-susulan-dipijak-pemain-monaco-279224 Pemain berusia 25 […]

Marcus Rashford Sedia Angkat Kaki Dari United
Marcus Rashford Sedia Angkat Kaki Dari United Pemain bintang Manchester United (MU), Marcus Rashford memberi bayangan bahawa beliau bersedia untuk meninggalkan kelab itu di masa hadapan. “Secara peribadi, saya bersedia untuk menghadapi cabaran baru dan kehidupan seterusnya. “Tiada istilah berkecil hati sekiranya saya pergi meninggalkan kelab ini. Saya tidak akan memberikan sebarang komen negatif tentang […]

Harimau Malaya Kini Rasmi Ada Dalam eFootball Konami
Harimau Malaya Kini Rasmi Ada Dalam eFootball Konami Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencipta sejarah apabila menjalinkan kerjasama strategik dengan Konami, iaitu syarikat pembangun permainan mudah alih popular, eFootball. Menurut ERA (Malaysia), kerjasama itu juga menyaksikan skuad Harimau Malaya secara rasmi disertakan sebagai salah satu pasukan yang boleh dimainkan dalam permainan tersebut. https://www.instagram.com/p/DDqs_lRSr65/?img_index=1 Lebih […]

Pep Lijnders Dipecat Daripada Jawatan Pengurus RB Salzburg
Pep Lijnders Dipecat Daripada Jawatan Pengurus RB Salzburg Bekas pembantu jurulatih Liverpool, Pep Lijnders, secara rasmi telah dipecat daripada jawatannya sebagai pengurus kelab RB Salzburg. Lijnders, yang pernah berkhidmat di bawah kendalian Brendan Rodgers dan Jurgen Klopp selama sembilan tahun di Liverpool, dilantik sebagai pengurus Salzburg pada Mei lalu. Bagaimanapun, perjalanan kariernya sebagai pengurus di […]

FIFA Lakukan Kejutan Akan Umum Pemenang Anugerah Terbaik Pada Selasa
FIFA Lakukan Kejutan Akan Umum Pemenang Anugerah Terbaik Pada Selasa BERLIN, 17 Dis (Bernama-dpa) — Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa pemenang Anugerah Terbaik termasuk Pemain Terbaik Dunia akan diumumkan pada Selasa, menerusi kenyataan mengejut oleh badan induk pentadbir bola sepak itu, lapor agensi berita Jerman dpa. Dengan hanya notis sehari, FIFA pada Isnin […]

Sze Fei-Izzuddin Kini Duduki Ranking Ke-3 Dunia
Sze Fei-Izzuddin Kini Duduki Ranking Ke-3 Dunia Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, mencipta sejarah apabila melonjak empat anak tangga untuk menduduki ranking ketiga dunia, berdasarkan kemas kini terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Pencapaian ini hadir selepas mereka berjaya melakar prestasi cemerlang sepanjang musim 2024, termasuk muncul sebagai naib juara Kejohanan […]

Tang Jie-Ee Wei Muncul Naib Juara Jelajah Dunia Akhir BWF
Tang Jie-Ee Wei Muncul Naib Juara Jelajah Dunia Akhir BWF KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Hasrat beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk merangkul kejuaraan berprestij Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan China Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada perlawanan akhir di Hangzhou, […]

AMEC 2024: Penyokong Harimau Malaya Cedera ‘Diserang’ Di Thailand
AMEC 2024: Penyokong Harimau Malaya Cedera ‘Diserang’ Di Thailand Sekumpulan penyokong Harimau Malaya terpaksa berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap dalam situasi tegang di Stadium Rajamangala, Thailand, malam tadi. Kejadian ini berlaku selepas perlawanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, apabila kedua-dua pihak penyokong saling berbalas provokasi. https://x.com/zulhelmizainal1/status/1867978275995443280?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1867978275995443280%7Ctwgr%5Eb54c6e2820d5c43292494c873f4ae08ae209c086%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.stadiumastro.com%2Fbola-sepak%2Fpiala-amec-ekor-harimau-diancam-penyokong-lawan-di-stadium-rajamangala-akibat-provokasi-278977 Walaupun keadaan tegang, situasi itu berjaya dikawal […]

Arteta ‘Kecewa’ Selepas Arsenal Seri Tanpa Jaringan Menentang Everton
Arteta ‘Kecewa’ Selepas Arsenal Seri Tanpa Jaringan Menentang Everton Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berpuas hati dengan persembahan pasukannya walaupun terikat tanpa jaringan menentang Everton di Emirates Stadium pada Sabtu. Keputusan ini menyaksikan Arsenal terus ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool. Dalam perlawanan lain, Liverpool berjaya seri 2-2 menentang Bournemouth walaupun beraksi […]

Jelajah Dunia Akhir BWF: Beregu Campuran Cipta Sejarah Mara Ke Peringkat Akhir
Jelajah Dunia Akhir BWF: Beregu Campuran Cipta Sejarah Mara Ke Peringkat Akhir Wakil badminton negara acara beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mara ke peringkat akhir Jelajah Dunia Akhir BWF selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai pagi tadi. Kemenangan dengan mata 21-15, 21-12 itu membuka laluan buat pasangan beregu ini berentap […]

Remaja India Cipta Sejarah Jadi Juara Dunia Catur Termuda
Remaja India Cipta Sejarah Jadi Juara Dunia Catur Termuda Remaja genius dari India, Gukesh Dommaraju memegang status Juara Dunia Catur Termuda selepas menewaskan pemain dari China, Ding Liren di Singapura pada Khamis, lapor AFP. Juara Dunia yang baru berusia 18 tahun itu menitiskan air mata selepas Ding, 32, membuat keputusan untuk menarik diri daripada permainan […]

Zii Jia Terpaksa Naik Kerusi Roda, Peminat Luah Rasa Kecewa Dengan Peraturan BWF
Zii Jia Terpaksa Naik Kerusi Roda, Peminat Luah Rasa Kecewa Dengan Peraturan BWF Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri daripada perlawanan menentang pemain China, Li Shi Feng susulan mengalami kecederaan pada aksi terakhir peringkat kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024. Walaupun layak ke separuh akhir, Zii Jia turun menentang […]

Cabaran Zii Jia Berakhir Di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Cabaran Zii Jia Berakhir Di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Kecederaan buku lali kanan memaksa pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, melupakan hasrat memburu gelaran juara di Jelajah Akhir Dunia BWF 2024 selepas menarik diri ketika perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A di Hangzhou, China, hari ini. Pada […]

Jelajah Dunia Akhir BWF: Dua Pasangan Beregu Campuran Malaysia Mara Ke Separuh Akhir
Jelajah Dunia Akhir BWF: Dua Pasangan Beregu Campuran Malaysia Mara Ke Separuh Akhir KUALA LUMPUR, 13 Disember (Bernama) — Dua wakil negara dalam acara beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, mara ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 di Hangzhou China hari ini, selepas […]

Derbi Manchester: Pertarungan Ikonik Dua Kelab Yang ‘Dahaga’ 3 Mata
Derbi Manchester: Pertarungan Ikonik Dua Kelab Yang ‘Dahaga’ 3 Mata Hujung minggu ini bakal berlangsung satu perlawanan tumpuan dalam Liga Perdana Inggeris antara Manchester City lawan Manchester United. Manchester Derby ini dijadualkan berlangsung pada 16 Disember 2024, jam 12.30 tengah malam (waktu Malaysia). Ikoniknya, pertemuan ini berlangsung ketika kedua-dua pasukan sedang bergelut dengan prestasi masing-masing. […]

Noor Azman Yakin Harimau Malaya Bakal Ke Final Piala AMEC
Noor Azman Yakin Harimau Malaya Bakal Ke Final Piala AMEC Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini menyasarkan Harimau Malaya ke pentas perlawanan akhir Piala Asean Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, lapor Stadium Astro. Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman memiliki keyakinan terhadap pasukan itu walaupun prestasi skuad negara tidak begitu memuaskan berikutan seri dengan Kemboja, […]

FIFA Umum Tuan Rumah Piala Dunia 2030 dan 2034
FIFA Umum Tuan Rumah Piala Dunia 2030 dan 2034 FIFA telah mengumumkan negara tuan rumah untuk edisi Piala Dunia 2030 dan 2034 selepas Mesyuarat Kongres Luar Biasa FIFA yang melibatkan kesemua 211 ahli persatuan. Menurut FIFA,edisi 2030 akan dihoskan oleh tiga negara, iaitu Maghribi, Portugal, dan Sepanyol. Selain itu, perlawanan pembukaan khas sempena ulang tahun […]

Man City Berisiko Tersingkir Awal Selepas “Diaibkan” Juventus
Man City Berisiko Tersingkir Awal Selepas “Diaibkan” Juventus TURIN — Gergasi Liga Inggeris (EPL), Manchester City berisiko tersingkir awal dari Liga Juara-Juara (UCL) selepas tumbang kepada Juventus 2-0, lapor AFP. Juara EPL musim lalu itu kini merana di tempat ke-22 selepas hanya mengumpul lapan mata daripada enam perlawanan mereka. Keputusan ini menyaksikan City merekodkan hanya […]

Victor Mohon Maaf Isu Jalur Gemilang Terbalik Di Jersi Zii Jia
Victor Mohon Maaf Isu Jalur Gemilang Terbalik Di Jersi Zii Jia KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini. Victor […]

Manchester United Ganti Bonus Kakitangan
Manchester United Ganti Bonus Kakitangan Langkah penjimatan drastik yang diperkenalkan Jim Ratcliffe di Manchester United kini melibatkan penggantian bonus Krismas £100 (sekitar RM565.36) kakitangan dengan baucar £40 (sekitar RM226.14) dari Marks & Spencer. Sebagai pemilik bersama kelab itu, Ratcliffe telah membuat perubahan besar sejak melabur £1.3 bilion (sekitar RM7.3 bilion) untuk memiliki 27.7 peratus saham […]