BeritaTragedi

Berita
Lelaki Terjun Sungai Kelantan Dipercayai Murung
Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas setelah bertindak terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra tengah hari tadi dipercayai mengalami kemurungan. Memetik Utusan Malaysia, mangsa yang berusia 46 tahun itu didapati meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda Wave sebelum bertindak sedemikian sehingga dikhuatiri lemas. Difahamkan, mangsa sering mengadu kepada isterinya bahawa dia sering tertekan […]
Berita
Myvi Langgar Tembok, Wanita Cedera Terkena Serpihan Batu – BOMBA
SEREMBAN, 16 Mei (Bernama) — Seorang wanita cedera di bahagian tengkuk apabila terkena serpihan batu tembok selepas sebuah Perodua Myvi dipercayai melanggar tembok di tingkat empat tempat letak kereta Hentian Bas Terminal One, di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban Mohammad Idris berkata insiden pelanggaran tembok itu menyebabkan serpihan batu tembok tersebut […]
Berita
Adik Kepada Kanak-Kanak Yang Meninggal Dunia Disyaki Turut Didera
IPOH, 16 Mei (Bernama) — Adik kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia awal pagi semalam disyaki turut didera oleh ibu dan bapa saudaranya, disyaki turut menjadi mangsa penderaan. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana terdapat kesan kecederaan […]
Berita
Bomba Jasin Selamatkan 80 Pengunjung Air Terjun Terperangkap Akibat Kepala Air
MELAKA, 16 Mei (Bernama) — Petugas Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin menyelamatkan kira-kira 80 pengunjung Air Terjun Lama Tiga Budaya, Asahan selepas terperangkap akibat fenomena kepala air hari ini berikutan hujan lebat. Komander Operasi Mohd Rizuan Suliman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengunjung pada pukul 1 tengah hari tadi sebelum tiba ke […]
Berita
Anggota Badan Dipercayai Milik Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Suku Ditemukan
IPOH, 16 Mei (Bernama) — Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik seorang daripada dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai di sini semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Muhammad Shahrizal Aris berkata anggota badan itu ditemukan […]
Berita
Dua Pendaki Wanita Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh, Kepala Air Di Gunung Suku
IPOH, 15 Mei (Bernama) — Dua wanita dipercayai dibawa arus deras dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika sedang mendaki Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46 tahun. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima maklumat […]
Tragedi
Wanita Parah & Maut, Serpihan Patung Batu Di Kuil Jatuh Dari Atas
Seorang wanita berusia 53 tahun dilapor maut selepas cedera parah gara-gara terkena serpihan patung batu yang terjatuh dalam satu upacara keagamaan di sebuah kuil di Ipoh. Memetik Sinar Harian, nahas tersebut berlaku kira-kira 9:50 pagi semasa mangsa sedang mengikuti upacara keagamaan yang berlangsung di kuil tersebut yang terletak di Buntong. Menurut Ketua Polis Perak, Datuk […]
Berita
Gelandangan Ditemui Maut, Dipercayai Gantung Diri Dalam Surau
Seorang gelandangan ditemui maut selepas dipercayai menggantung diri di sebuah surau di Jalan Ismail, Mersing, awal pagi tadi, lapor Kosmo. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing memetik laporan berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi di surau berkenaan. Jelasnya, mangsa merupakan seorang lelaki gelandangan disyaki warga tempatan ditemui […]
Berita
Jenazah Tiga Penuntut USAS Selamat Dikebumikan
KUALA LUMPUR, 14 Mei- Jenazah tiga lagi penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada tengah malam Rabu, masing-masing selamat dikebumikan di Negeri Sembilan, Selangor dan Johor, hari ini. Jenazah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Iqbal Hasnun Halimi, 23; dan Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, […]
Berita
Tragedi Lima Pelajar Rentung: Pemandu Treler Ada 22 Saman
KUALA KANGSAR, 13 Mei – Pemandu treler yang ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar tengah malam tadi direman selama empat hari mulai 12 Mei 2022. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata reman ke atas pemandu berumur 28 tahun sehingga Ahad ini […]
Berita
Budak Perempuan Maut, Ibu & Kakak Parah Dalam Nahas Kereta Bertembung Treler
Seorang budak perempuan maut manakala ibu dan kakaknya parah selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan kereta dalam nahas di Kilometer 54.1, Jalan Kota Bharu menuju ke Kuala Krai semalam. Mangsa, Nur Faqihah Nahdrah Noorfakrumuzi, 4 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah pada bahagian dalaman badan dalam kejadian […]
Berita
Dua Mangsa Kemalangan Tunjuk Perubahan Sikap Ketika Aidilfitri
KUALA KANGSAR, 12 Mei (Bernama) — Dua daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini malam semalam menunjukkan perubahan sikap ketika meraikan Aidilfitri baru-baru ini. Yuzambree Ramlee Mohd Yunus, 46, bapa saudara kepada Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, berkata pelajar Diploma Kaunseling Islami […]
Berita
Arwah Iqbal Hasnun Mahu Ikut Jejak Ibu Bapa Jadi Guru Agama
KULAI, 12 Mei (Bernama) — Seorang daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan berhampiran Terowong Menora di Lebuhraya Utara Selatan arah utara tengah malam tadi, Iqbal Hasnun Halimi, mahu mengikut jejak ibu bapanya menjadi guru agama selepas tamat pengajian nanti. Ibu saudaranya Siti Norassikin Paralan berkata penuntut Ijazah Sarjana Muda […]
Luar Negara
Remaja Berdepan Detik Cemas, Jatuh Perigi 40 Kaki Berjaya Diselamatkan
Seorang remaja berusia 14 tahun dilaporkan telah terjatuh ke dalam perigi sedalam 40 kaki dalam kejadian yang berlaku di Carolina Selatan, semalam. Memetik laporan Metro.co, nasib menyebelahi remaja lelaki tersebut apabila dia berjaya berpaut pada paip sebelum diselamatkan oleh pihak bomba. Difahamkan, remaja terbabit telah memijak penutup perigi tersebut sebelum ia runtuh dan terjatuh ke […]
Berita
Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Babitkan 13 Kenderaan
NIBONG TEBAL, 12 Mei (Bernama) — Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan 13 buah kenderaan termasuk sebuah treler yang mengalami masalah brek di Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Lee Chong Chern berkata kemalangan pada kira-kira 6.20 petang itu mengakibatkan Tang Hai Kok, […]
Berita
Cita-Cita Pelajar Rentung Dalam Kemalangan Ikut Jejak Ibu Tidak Kesampaian
KUALA KANGSAR, 12 Mei (Bernama) — Hasrat seorang daripada lima pelajar yang rentung dalam kebakaran kereta selepas kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi untuk mengikut jejak ibunya dalam bidang perniagaan tidak kesampaian. Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, yang beralamat di Batu Caves, Selangor adalah pelajar semester dua […]
Berita
2 Maut, 14 Cedera Pesawat Terhempas Di Brazil
SAO PAULO, 12 Mei (Bernama) — Sekurang-kurangnya dua maut manakala 14 lagi cedera pada Rabu selepas sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Boituva, Brazil, lapor pihak berkuasa. Pesawat itu terhempas selepas berlepas dari Pusat Payung Terjun Nasional di Boituva, lapor Xinhua. Menurut kenyataan pejabat Datuk Bandar Boituva, pesawat itu milik syarikat pelancongan Skydive4Fun dan membawa seorang […]
Berita
Pesawat Bawa 11 Penumpang Ditemukan Di Hutan Di Cameroon Selepas Terputus Hubungan
YAOUNDE, 12 Mei (Bernama) — Sebuah pesawat membawa 11 penumpang dilaporkan terputus hubungan pada Rabu malam sebelum pesawat itu ditemukan di hutan berhampiran Nanga Eboko, di Cameroon, lapor Xinhua. Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan Cameroon Jean Ernest Ngalle Bibehe dalam satu kenyataan. “Pasukan penyelamat kini dalam perjalanan ke lokasi pesawat ditemukan untuk memberikan bantuan,” kata Bibehe. Pesawat itu dalam […]
Berita
Lima Mangsa Rentung Nahas Terowong Menora Disahkan Pelajar USAS
Lima mangsa rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran terowong Menora dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Memetik Sinar Harian, mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad […]
Gaya hidup
“Boyfriend” Panik, Tengah Bincang Nak Bertunang Tiba-tiba Datang Rombongan Lain Datang Merisik Kekasih Hati
Setiap pasangan yang bercinta pastinya mengimpikan hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin. Tidak dinafikan, ramai yang menggunakan peluang pada bulan Syawal ini untuk mengadakan majlis pertunangan atau perkahwinan. Namun, jarang berlaku situasi di mana seorang gadis menerima kunjungan rombongan daripada dua pihak untuk melamarnya pada hari yang sama. Terima dua rombongan melamar Inilah […]