Berita›Tragedi

(Video) ‘Blackout’, Bangunan Bergoyang & Kematian, Keadaan Jepun Akibat Digegar Gempa Kuat 7.3
Satu gempa bumi kuat 7.3 skala ritcher dilapor melanda timur laut Jepun pada malam 16 Mac 2022 yang lalu. Menurut laporan berita, kejadian itu berlaku sekitar 11.36 malam (waktu tempatan). Gempa bumi kuat berkenaan dilaporkan telah melanda beberapa kawasan di Jepun hingga menyebabkan berlakunya kemusnahan infrastruktur. Selain itu, media turut melaporkan sekurang-kurangnya dua orang maut […]
Jepun Keluarkan Amaran Tsunami, Fukushima Digegar Gempa Bumi Kuat
Gempa bumi kuat 7.3 magnitud telah melanda pantai Fukushima di utara Jepun sehingga mencetuskan amaran tsunami, lapor The Guardian. Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa itu melanda 60 kilometer (36 batu) di bawah laut. Gempa itu dilaporkan dirasai di bahagian besar timur Jepun, termasuk Tokyo, di mana bangunan bergegar dengan kuat. Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan […]
Doktor Temui Gelas Kaca Dalam Pundi Kencing Wanita Ini, Mengaku Guna Untuk Puaskan Nafsu
Seorang wanita dilapor terpaksa menahan kesakitan apabila sebuah gelas kaca tersekat di dalam pundi kencingnya selama empat tahun selepas memasukkannya dengan tujuan untuk kepuasan nafsunya, lapor Daily Mail. Wanita Tunisia berusia 45 tahun itu dilaporkan telah pergi ke hospital kerana mengalami simptom berterusan iaitu jangkitan saluran kencing sehingga perlu ke tandas berulang kali. Ternyata, wanita […]
Pewaris Billionaire Maut Dilibas Kipas Bot Ketika Selamatkan Tunang
Anak yang juga pewaris kepada seorang billionaire terkenal yang terlibat dalam perniagaan perbankan dilaporkan maut dalam satu kejadian kemalangan, lapor Metro UK. Juan Carlos Escotet Alviarez, 31, maut selepas dia dikatakan telah terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan tunangnya, Andrea Montero. Tunangnya itu dipercayai terjatuh dari bot sepanjang 60 kaki semasa pertandingan memancing di Florida. […]

Siren Amaran Awal Tsunami Di Besut, Terengganu ‘Bergema’ Petang Ini, Penduduk Sekitar Diminta Tidak Panik
Penduduk di sekitar Besut, Terengganu diminta untuk tidak panik berikutan siren amaran awal tsunami yang akan dibunyikan pada petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, bunyi siren tsunami tersebut sebaliknya hanyalah ujian sahaja. “MET Malaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 16 Mac, Rabu (hari ini) di Pejabat Perikanan […]

Cerun Tidak Selamat, Penghuni Taman Bukit Permai 2 Diarah Pindah
SHAH ALAM, 15 Mac (Bernama) – Cerun di Taman Bukit Permai 2 di Ampang Jaya didapati tidak selamat dan berkemungkinan menjejaskan 72 buah rumah di kawasan tersebut sekiranya berlaku runtuhan kali kedua, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata susulan itu pihak Jawatankuasa Bencana Daerah Hulu Langat akan segera mengeluarkan arahan kepada […]
Remaja Direman Bantu Siasatan Kes Kebakaran Pondok Di Marang
MARANG, 15 Mac (Bernama) – Seorang remaja lelaki ditahan reman selama dua hari sehingga esok, bagi membantu siasatan kes kebakaran di asrama Madrasah dan Pondok Al-Huda, Kampung Lubuk Perah dekat sini, petang semalam. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda setelah mendapat permohonan daripada pihak polis untuk menjalankan siasatan di […]
Operator Kilang Maut Terjatuh Dalam Mesin Pengisar
JOHOR BAHRU, 15 Mac (Bernama) — Seorang operator kilang maut selepas terjatuh ke dalam sebuah mesin pengisar membuat mozek di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang di Iskandar Puteri, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berkenaan, Fenddy Asim, 19, meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan bahu. “Ketika kejadian kira-kira […]
MH17: Australia & Belanda Lancar Tindakan Undang-Undang Terhadap Rusia
Australia dan Belanda dilaporkan telah melancarkan tindakan undang-undang terhadap Rusia berhubung nahas pesawat Malaysian Airlines MH17 yang berlaku pada 2014. Menurut portal Daily mail, kedua-dua negara telah melancarkan prosiding dalam Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, dengan menamakan Rusia sebagai pihak yang bertanggungjawab atas insiden itu di bawah undang-undang antarabangsa. Terdahulu, pesawat itu dilaporkan telah ditembak jatuh […]
Jet Pejuang Taiwan Terhempas, Juruterbang Berjaya Selamatkan Diri
Sebuah jet pejuang Tentera Udara Mirage milik Taiwan dilapor terhempas di pantai timur pada Isnin, 14 Mac. Bagaimanapun, juruterbang pesawat tersebut dilaporkan sempat melentingkan kerusinya dan terselamat dari nahas tersebut. Markas Pemerintahan Tentera Udara Taiwan menyatakan bahawa sebuah pesawat Mirage 2000-5 milik Pangkalan Udara Hsinchu telah berlepas dari Pangkalan Udara Chihhang pada jam 10:08 pagi bagi […]

(Video) Cemas, Lelaki Diserang Ular Ketika Tengah Fokus buat Kerja
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila diserang seekor ular berbisa yang merayap betul-betul di bawah kerusinya. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang sedang fokus bekerja di luar rumahnya sambil menikmati minuman, bertukar cemas selepas diserang seekor ular yang muncul dari kawasan berumput di belakangnya dan perlahan-lahan menghampiri kerusinya. Ular itu dapat dilihat […]
Gadis 14 Tahun Dirogol Di Ladang Kelapa Sawit
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan dirogol di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di Kabupaten Tulang Bawang, Lampung, Indonesia. Suspek berusia 32 tahun merupakan seorang penduduk di Daerah Penawar Aji, Tulang Bawang, Indonesia. Difahamkan kejadian rogol itu berlaku di sebuah ladang kelapa sawit. Suspek dilaporkan telah mengugut mangsa untuk memuat naik video jika […]

Awas, Hujan & Ribut Petir Bakal ‘Hentam’ 11 Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada petang ini telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan melibatkan negeri-negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Antara negeri di Semenanjung yang terlibat sehingga 7.00 petang ini adalah Kedah iaitu Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang; Perak iaitu Kerian, Larut, Matang […]

Hadir Pengebumian Terakhir, Bekas Suami Tangmo Nida Sebak Tengok Gambar Lama
Kehadiran pelakon dan penyanyi Tono Phakin atau nama sebenarnya Phakin Khamwilaisak di hari terakhir pengebumian aktres Thailand, Tangmo Nida telah mencuri perhatian ramai. Beliau yang merupakan bekas suami kepada mendiang telah datang dengan berkemeja putih yang dipadankan bersama kot bewarna hitam. Menurut Kompas.com, matanya kelihatan sembab dan jelas ekspresi kesedihan pada raut wajahnya meskipun ketika […]

TERKINI: Polis Temui ‘Bukti’ Terbaru Kematian Tangmo Nida
Pihak polis dilapor menemui bukti terbaru berkaitan kematian aktres Thailand, Tangmo Nida baru-baru ini, lapor Bangkok Post. Pegawai polis, Leftenen Jeneral Jirapat Phumichit berkata, bukti baharu tersebut ditemui pegawai penyiasat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan di tepi Sungai Chao Phraya. Jelas polis, rakaman CCTV berkenaan menunjukkan terdapat kelibat seseorang yang didakwa sedang […]

Sultan Selangor Nasihat Kerajaan Negeri Beri Penekanan Serius Tangani Banjir
SHAH ALAM, 14 Mac (Bernama) – Kerajaan negeri dinasihatkan untuk memberi penekanan yang lebih serius terhadap usaha-usaha menangani masalah banjir dan banjir kilat yang semakin kerap berlaku di Selangor. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah kaedah terbaik menangani banjir perlu dikenal pasti segera, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran serta teknologi baharu dari dalam dan luar […]

Tular Video Pergaduhan Berkumpulan Di Tempat Letak Kereta, Seorang Lelaki Ditangkap – PDRM
Seorang lelaki ditangkap ekoran terlibat dalam satu pergaduhan di Johor Bahru seperti yang terpapar dalam video tular pada 13 Mac semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Johor, ACP Dzulkahiri Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai rakaman pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di tempat letak kereta di Taman Nusa Bestari. Jelas Dzulkhairi, siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut […]

(Gambar) Detik-detik Kejadian Banjir Kilat Di Sungai Siput, Perak Awal Pagi Tadi
Banjir kilat dilaporkan telah melanda kawasan perumahan di Taman Kledang, Sungai Siput, Perak awal pagi tadi, lapor Bernama. Menurut tinjauan Bernama, mereka kongsikan foto-foto situasi penduduk taman tersebut yang bergegas keluar dari kawasan perumahan mereka. “Penduduk keluar dari kawasan perumahan ekoran kejadian banjir kilat ketika tinjauan BERNAMA di Taman Kledang, Sungai Siput, Perak awal pagi […]

Fasa Peralihan Monsun Bermula Hari Ini, Banjir Dijangka Berlaku & Orang Awam Diminta Bersedia
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam satu kenyataan menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk melakukan persedian awal bagi menghadapi fasa peralihan monsun. Menurut JPS, ia dijangka akan berlaku bermula pada 14 Mac hari ini dan akan berterusan hingga pertengahan bulan Mei nanti. “Permulaan fasa ini menandakan akan berakhirnya Monsun Timur Laut (MTL) yang telah […]

Wanita Ukraine Ditembak Mati Ketika Cari Ubat Untuk Ibunya
Seorang wanita yang meninggalkan rumahnya di Kyiv untuk mengambil ubat buat ibunya yang sakit dilapor meninggal dunia selepas keretanya ditembak oleh kereta kebal Rusia. Valeriia Maksetska, wanita warga Ukraine itu terbunuh di sebuah kampung di luar Kyiv, menurut satu kenyataan daripada agensi pembangunan antarabangsa USAID, memetik Daily Star. Pentadbir USAID, Samantha Power berkata, ibunya (Irina) […]