BeritaTragedi

Luar Negara
Rumah Tumpangan Terbakar Dipercayai Kerana Telefon Bimbit Meletup Ketika Cas Atas Katil
JAKARTA, 9 Nov– Satu kebakaran yang menyayat hati terjadi di sebuah rumah tumpangan di Jalan Raya Bintara, Bintara Jaya, Kota Bekasi, Jawa Barat pada Selasa lalu. Kebakaran tersebut dipercayai berlaku kerana telefon milik seorang penghuni di situ meletup. Menurut Liputan6, kejadian berlaku ketika penghuni rumah tersebut berada di luar. Beliau dikatakan meninggalkan telefonnya yang sedang […]
Wanita Didakwa Bunuh 5 Anaknya Dipercayai Setelah Lihat Foto Suami Dengan Pasangan Baharu
Seorang ibu berusia 28 tahun di Solingen, Jerman dipenjara seumur hidup selepas didakwa membunuh lima anak kandungnya sendiri pada 3 September lepas, lapor Mirror. Menurut laporan itu, wanita tersebut bertindak kejam sedemikian gara-gara didakwa ternampak gambar suaminya yang bergambar bersama pasangan baharu. Wanita itu juga dikatakan menghantar mesej kepada suaminya dan mengatakan bahawa dia tidak […]
Berita
Remaja 15 Tahun Disyaki Tikam Abang Kerana Tunggang Motosikal Tanpa Pengetahuan Kakak
Seorang remaja lelaki ditahan polis gara-gara disyaki menikam abangnya ketika bergaduh di bawah blok sebuah pangsapuri. Remaja berumur 15 tahun itu dipercayai menikam abangnya di Taman Putra Damai, Kelana Jaya semalam. Menurut Ketua Polis Daerah petaling Jaya ACP, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan bahawa mangsa berusia 24 tahun dan rakannya berumur 19 tahun itu cedera […]
Tragedi
Mayat Kanak-kanak Ditemukan Dengan Kesan Gigitan Buaya
LAHAD DATU, 7 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki warga Filipina yang dilaporkan hilang selepas dipercayai diserang buaya di Sungai Kampung Bakau Lama di sini semalam, ditemukan meninggal dunia pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata mayat Ibrahim Tolento, 10, ditemukan penduduk kampung terapung kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian di sungai berkenaan pada 6.41 pagi. […]
Luar Negara
Unit ICU Hospital Terbakar, 11 Pesakit COVID-19 Dilaporkan Maut
11 pesakit COVID-19 dilaporkan meninggal dunia manakala enam lagi cedera dalam satu insiden kebakaran di sebuah hospital awam di wilayah Maharashtra, India. Memetik laporan Times of India, api dikatakan merebak dari unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan semalam mengakibatkan enam pesakit lain cedera akibat luka bakar. Tambah portal berkenaan, […]
Berita
Kanak-kanak Lelaki Meninggal Dunia Selepas Lemas Dalam Kolam Renang Buatan Sendiri
IPOH, 7 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia awal pagi ini, selepas dipercayai lemas dalam sebuah kolam renang berhampiran rumahnya di Kampung Balun, Slim River di Tanjung Malim semalam. Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata bapa mangsa menyedari anak lelakinya yang berumur setahun sembilan bulan tiada di dalam rumah dan menemukan anaknya lemas […]
Hiburan
Penonton Jerit Suruh Berhenti Nyanyi, 8 Orang Maut Dalam Kekacauan Yang Berlaku Di Konsert Travis Scott
Seramai lapan orang penonton terbunuh di konsert Travis Scott dan ratusan lagi tercedera dalam satu kekacauan yang berlaku di Festival Astroworld di Texas. Festival tersebut juga telah ditamatkan apabila ramai penonton berhimpit dan naik ke pentas pada Jumaat lalu. Menurut Daily Mail, Travis Scott ketika itu sedang membuat persembahan di festival yang diadakan di Taman […]
Tragedi
Kanak-kanak Hilang Di Sungai, Ditemui Maut Dengan Kesan Gigitan Buaya
Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Kampung Bakau Lama, Lahad Datu ditemui terapung dalam keadaan tidak bernyawa oleh penduduk kampung kira-kira jam 6.41 pagi tadi. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid, turut ditemui kesan gigitan buaya pada kaki kiri kanak-kanak berusia 10 tahun itu. Namun mayat mangsa dikatakan berada […]
Berita
(Video) Kanvas Lori ‘Terbang’ Timpa Penunggang Motosikal, Dua Orang Nyaris Digilis Lori Tangki
Dalam satu kejadian bertarikh 3 November 2021 yang berlaku di lebuhraya Puchong menuju Putrajaya, dua orang yang menaiki motosikal nyaris digilis lori tangki minyak apabila kanvas yang menutup muatan sebuah lori yang lain terbang dan menimpa penunggang motosikal tersebut. Video yang dimuatnaik di laman TikTok Selangor TV itu mendapat lebih 15,000 reaksi orang awam. Selepas […]
Tragedi
Wanita Dilapor Maut Akibat Tergelincir & Jatuh Ke Sungai Dari Ketinggian 100 Kaki Semasa Bergambar Di Tebing
Seorang wanita dilapor maut akibat tergelincir di tebing pada ketinggian 100 kaki selepas bergambar di depan suaminya dalam satu kejadian di Luxemborg baru-baru ini. Menurut laporan Daily Mail, wanita tersebut, Zoe Snoeks, 33, bersama suaminya, Joeri Janssen melancong ke wilayah itu dan turut berkunjung ke Desa Nadrin pada Selasa pagi. Ketika itu mereka berdua bersama […]
Berita
Dua Maut, Enam Cedera Dalam Kemalangan Di Jalan Kuantan-Segamat
KUANTAN, 3 Nov (Bernama) — Dua maut manakala enam cedera ringan dalam kemalangan melibatkan empat kereta di Km59 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan hari ini. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian kira-kira 2 petang itu menyebabkan seorang penumpang kereta Perodua Aruz, Nur Alya Fakhira Ariffen, 18, dan pemandu kereta Honda City, […]
Luar Negara
Gadis Dilapor ‘Mati Berdarah’ Setelah Diserang Sekumpulan Anjing Ketika Keluar Berjoging
Seorang gadis didakwa mati ‘berdarah’ setelah diserang oleh sekumpulan anjing ketika keluar berjoging pada waktu petang, berhampiran bandar San Juan di barat Argentina, lapor Mirror Kejadian ngeri itu berlaku di kawasan sampah berdekatan rumahnya sekitar jam 7 malam, Isnin di Albardon berhampiran bandar San Juan di barat Argentina bersempadanan dengan Chile. Pada ketika itu, dia […]
Berita
Kereta Langgar Lembu Sebelum Dirempuh Lori, Bayi 14 Hari Dilaporkan Maut Di Tempat Kejadian
Sebuah kereta Perodua Kancil dilaporkan bertembung dengan lori membawa muatan tanah selepas melanggar dua ekor lembu di Kampung Gelung Gajah, Manjung. Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Suhaimi Nijar, dalam kejadian kira-kira jam 6.24 pagi itu, seorang bayi lelaki berusia 14 hari dilaporkan maut di tempat kejadian. Bapa bayi berkenaan dan tiga […]
Tragedi
Dua Lelaki Maut Ketika Cuba Selamatkan Ibu Yang Hampir Lemas Di Sungai Air Beruk
GERIK: Sekurang-kurang dua lemas ketika menyelamatkan ibu mereka yang lemas di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang semalam, lapor Sinar Harian. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, Abdul Rahman Ramli, 26 dan juga abang iparnya, Ahmad Asymuni Idris, 42 ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, […]
Berita
Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Gerik
IPOH, 2 Nov (Bernama) — Dua wanita antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan yang bertembung di Kilometer 64, Lebuhraya Timur Barat berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di Gerik, hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada […]
Berita
Tak ‘Direstui’Jadi Menantu,” Lelaki Dilapor Bunuh Ayah Teman Wanitanya Kerana Marah
Seorang lelaki berusia 51 tahun didakwa telah dibunuh oleh teman lelaki anaknya setelah dia tidak setuju untuk menjadikan lelaki tersebut sebagai menantunya, memetik laporan daripada Tribun News. Peristiwa ini dilaporkan berlaku pada 30 Oktober lalu. Teman lelaki anaknya itu didakwa bertindak membunuh mangsa tersebut berikutan bengang kerana lamarannya ditolak. “Betul ada kejadian pembunuhan yang dilakukan […]
Luar Negara
Individu Disyaki Pemburu Haram Ditemui Mati Berkemungkinan ‘Dibunuh’ Gajah
Seorang individu dipercayai pemburu haram ditemui mati dengan kesan didakwa dibunuh oleh gajah di Taman Negara Kruger (KNP), Afrika Selatan baru-baru ini. Laman Twitter rasmi KNP memaklumkan, pihak renjernya menemui mayat pemburu haram itu ketika mereka sedang meronda di trek dalam kawasan taman negara berkenaan. “Hasil siasatan mendapati individu itu disyaki telah dibunuh oleh gajah […]
Berita
Lelaki Pakai Kostum ‘Joker’ Bakar Kereta Api & Tikam Penumpang, Dipercayai Sengaja Mahu Dijatuhkan Hukuman Mati
Seorang lelaki berpakaian kostum ‘Joker’ dari siri Batman dilaporkan telah menyerang orang awam di dalam sebuah komuter dan cuba membakar komuter tersebut, malam semalam. Dalam kejadian mengerikan di kereta api Keio itu, suspek yang berusia 24 tahun bertindak menikam orang awam sehingga beberapa penumpang yang ketakutan melompat keluar dari tingkap komuter untuk menyelamatkan diri, menurut […]
Berita
Wanita Maut Dirempuh Ketika Bantu Penunggang Motosikal Kemalangan
GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) — Dua maut akibat dirempuh oleh sebuah kereta dalam kemalangan di Solaria Residences, Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Lepas dekat sini malam tadi. Kejadian kira-kira pukul 11.20 malam itu dikatakan berlaku semasa Suhaila Zainol Abidin, 45, bersama seorang rakannya cuba membantu seorang penunggang motosikal Faizal Abu Bakar, 33, yang terjatuh selepas […]
Berita
Lima Lagi PPS Dibuka Di Kedah, 446 Mangsa Banjir Pagi Ini
ALOR SETAR, 31 Okt (Bernama) — Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah iaitu masing-masing melibatkan tiga PPS di daerah Baling manakala selebihnya di Pokok Sena. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata PPS di Baling itu ialah di Sekolah Kebangsaan […]