Berita›Tragedi

Seorang Mekanik Maut Dihempap Kereta
BAYAN LEPAS – Seorang mekanik maut dihempap ketika sedang membaiki sebuah kereta di sebuah premis di sini semalam, lapor Awani. Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Pegawai Kanan Bomba II Helmirizal Che Morad berkata, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 11:45 malam. Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian, mendapati seorang lelaki […]
Dicabul Ayah Angkat Sejak Umur 6 Tahun, Remaja Buat Laporan Polis 11 Tahun Kemudian
Seorang gadis berasal dari Singapura mendedahkan telah menjadi mangsa cabul bapa angkatnya semenjak dia berusia enam tahun, lapor Yahoo!News. Mangsa yang kini berusia 18 tahun dilaporkan tidak tahu bahawa apa yang dilakukan oleh lelaki berkenaan merupakan jenayah sehinggalah dia belajar subjek Pendidikan Seks ketika usia 11 tahun. Mangsa juga hanya mengetahui bahawa dirinya cuma anak […]
Budak 6 Tahun Menderita Dijangkiti STI, Selepas Jadi Mangsa Rogol 2 Lelaki
Dua orang lelaki di Amerika Syarikat (AS) telah mengaku bersalah atas dakwaan merogol kanak-kanak berumur 6 tahun selepas penyiasatan mengesahkan pelaku positif penyakit kelamin (STI). Kedua-dua suspek yang berasal dari Arkansas turut mengaku bersalah atas dakwaan pemerdagangan seks kanak-kanak bawah umur. Menurut dokumen makhkamah, kanak-kanak perempuan tersebut telah dibawa ke Hospital Kanak-kanak Arkansas pada 208 […]

Mejar Mohd Fareez Selamat Jalani Pembedahan
BUTTERWORTH, 18 Nov (Bernama) — Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dalam nahas pesawat Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Selasa lepas selamat menjalani pembedahan malam tadi. Bapa Mohd Fareez, Omar Deros, 62, berkata anaknya menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahagian pinggang dan tulang belakang bermula 7.30 malam […]

Polis Klasifikasikan Kes Kematian Juruterbang TUDM Sebagai Mati Mengejut
BUKIT MERTAJAM, 18 Nov (Bernama) — Polis mengklasifikasikan kes kematian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Mohamad Affendi Bustamy dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Selasa lepas sebagai mati mengejut (SDR). Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ketika ini pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai […]

Polis Tahan Ibu Saudara Kanak-kanak Maut Terjatuh Di Selayang
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Polis menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata wanita berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan. Beliau berkata suspek mempunyai lima rekod […]

“Dengan Buih-buih Di Mulut Mereka,” Sekeluarga Kritikal Termakan Cendawan Dipercayai Beracun
Kalau kes-kes keracunan makanan, biasanya ia berpunca daripada makanan yang rosak, tercemar, tamat tarikh luput dan seumpamanya. Simptom yang dialami pesakit sudah tentulah macam muntah, cirit-birit dan sebagainya. Tapi pernahkah anda terdengar isu keracunan cendawan? Ya, inilah tragedi hitam yang menimpa keluarga ini apabila mereka secara tidak sengaja telah termakan sejenis spesies cendawan yang disangka […]
Belalai Cedera Parah Terkena Jerat, Anak Gajah Ini Akhirnya Mati Lepas Dua Hari Dirawat
Seekor anak gajah di Aceh mati selepas dua hari dirawat di Pusat Latihan Gajah (PLG) di Saree, Aceh Besar apabila belalainya dikatakan terputus akibat terkena jerat, lapor Detik News. “Kami tidak dapat meneruskan misi menyelamat. Maklumat daripada pasukan perubatan juga mengatakan gajah itu telah mati pagi ini,” kata ketua Badan Konservasi Sumber Asli Aceh (BKSDA), […]

Jenazah Kapten Mohamad Affendi Dibawa Pulang Ke Muadzam Shah
BUTTERWORTH, 17 Nov (Bernama) — Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, di sini malam tadi akan dikebumikan di kampung halamannya di Muadzam Shah, Pahang hari ini. Adik perempuan arwah yang mahu dikenali sebagai Nur 20-an berkata […]

Kanak-kanak 5 Tahun Dilaporkan Maut Selepas Terjatuh Dari Tingkat 16 Kondominium
KUALA LUMPUR, 17 Nov — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, di sini, pagi ini. Ibu saudara kanak-kanak itu yang merupakan seorang wanita berusia 36 tahun berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi apabila tiba-tiba beliau sedar mengenai kehilangan anak […]

“Seram Sejuk Dapat Khabar Kapten Affendi Pergi Buat Selamanya,” Status FB Allahyarham Buat Netizen Tersentuh
Seperti yang kita tahu, sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah disahkan terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang malam semalam ketika melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying). Nahas pesawat pejuang itu telah mengorbankan seorang juruterbang TUDM, Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala seorang lagi dilaporkan cedera dan kini dirawat […]

Kepala Kanak-Kanak Tersepit Di Jeriji Pintu Rumah Pengasuh
SELAYANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun mengalami detik cemas apabila kepalanya tersepit di jeriji pintu rumah pengasuhnya di Taman Berlian semalam, lapor Sinar Harian. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa dikatakan bermain dan memanjat jeriji pagar tersebut. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malasia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak mereka menerima […]

Salam Takziah Buat Ahli Keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy – PM
Seperti yang kita tahu, sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah disahkan terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang malam semalam ketika melakukan latihan penerbangan (Night Flying). Nahas pesawat pejuang itu telah mengorbankan seorang juruterbang, Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala seorang lagi, Mejar Mohd Fareez Omar dilaporkan cedera […]

Pesawat Hawk 108 Terhempas: “Seorang Anggota Kehilangan Nyawa, Seorang Lagi Cedera” – Hishammuddin
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam nahas pesawat Hawk 108 terhempas tadi terkorban, manakala seoarang lagi cedera. Menerusi laman Facebooknya, Hishammuddin memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad mengenai tragedi tersebut. “Takziah […]
TERKINI: Pesawat TUDM Dikhuatiri Terhempas Sebentar Tadi
Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri terhempas ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM. Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku sekitar 10.07 malam Selasa melibatkan pesawat jenis Hawk MK108 membabitkan dua juruterbang. Bagaimanapun setakat ini, nasib dua juruterbang berkenaan tidak diketahui. Berita lanjut menyusul. Sumber: Sinar Harian
Wanita Didakwa Tikam Suaminya Kerana Lelaki Itu Enggan Ke Kenduri Kahwin Saudara Bersamanya
Seorang wanita didakwa menyerang suaminya dengan pisau dan turut membaling perkakas ke arah suaminya. Suaminya yang berusia 34 tahun itu memfailkan aduan terhadap wanita itu selepas kejadian yang berlaku pada 12 November itu. Menerusi laporan India Times, wanita dari Aurangabad Maharashtra telah mencederakan suaminya selepas suaminya enggan menemaninya ke majlis perkahwinan saudara mara. Wanita itu […]

Kanak-kanak Empat Tahun Maut Terjatuh Tingkat 29
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati selepas terjatuh daripada kediamannya di tingkat 29 di sebuah kondominium di Jalan Ipoh petang ini. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata mayat kanak-kanak malang berusia empat tahun itu, ditemui oleh pekerja pengurusan kondominium berkenaan di tingkat lapan. Beliau berkata pihaknya telah menerima […]

Seekor Tapir Betina Mati Dilanggar
SABAK BERNAM – Seekor tapir betina dewasa ditemui mati di tebing terusan Ban Canal Parit 9 Jalan Ban Canal Sekinchan, Jumaat lalu disyaki dilanggar kenderaan. Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, hasil bedah siasat mendapati bahawa tapir tersebut mengalami pendarahan dalaman, iaitu paru-paru dan jantung […]

Isteri Maut Manakala Suami Cedera Parah Selepas Motosikal Terlanggar Babi
KUALA PILAH – Seorang wanita berusia 35 tahun maut akibat motosikal yang diboncengnya bersama suami terbabas dipercayai terlanggar seekor babi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum terbabas di Kilometer 2 Jalan Air Mawang-Renggoh pagi tadi, lapor Sinar Harian. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8:15 pagi […]
Empat Buah Rumah Musnah 100 Peratus Dalam Kebakaran Di Nilai Hari Ini
Sekurang-kurangnya lima unit rumah di kawasan perumahan rakyat Mantin, Nilai terlibat dalam kebakaran pagi tadi. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin PPgB Priscilla Carol Thomas berkata, kebakaran tersebut melibatkan lima buah rumah yang berkeluasan 18×20 kaki persegi. Empat buah rumah musnah 100 peratus manakala satu buah rumah mengalami kemusnahan sebanyak 20 peratus sahaja. […]