Berita›Tragedi

Kapal Korek Terbakar, Kesemua 11 Kru Selamat
SHAH ALAM, 19 Julai – Sebuah kapal korek MV SHI XIAN 156 telah mengalami kebakaran di kedudukan lebih kurang 0.3 batu nautika Sungai Chondong Besar, Pulau Indah pada jam lebih kurang 12.48 tengah hari tadi, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata sebaik menerima aduan, bot Maritim […]

Kaki Membengkak Tiga Kali Lebih Besar, Budak Derita Kaki Digigit Ular Berbisa, Racun Sampai Ke Buah Pinggang
Seorang budak perempuan berusia 11 tahun dilaporkan telah digigit ular ketika keluar berjalan dengan keluarganya di Middlesbrough, England, baru-baru ini. Menurut Daily Star, budak itu bersama ayah dan adiknya pergi ke tasik Cod Beck Reservoir sebelum dia terpijak sesuatu di laluan pejalan kaki dan melihat ia bergerak perlahan. Tidak lama kemudian, budak itu dikatakan telah […]
Pemancing Dihanyutkan Arus Ditemukan Lemas Di Dasar Sungai Cerul
KEMAMAN, 19 Julai (Bernama) — Seorang lelaki yang dihanyutkan arus ketika memancing bersama tiga individu lain termasuk anak saudaranya di Sungai Cerul, Bandar Baru Cheneh, di sini semalam, ditemukan lemas di dasar sungai kira-kira 10.30 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh Mohamad Hanif Che Khalid berkata mayat Muhamad Zulkefli Ismail, 34, ditemukan Pasukan […]
Lelaki Dikhuatiri Lemas Lori Dipandu Terjatuh Ke Dalam Laut
SEREMBAN, 19 Julai (Bernama) — Seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun dikhuatiri lemas selepas lori yang dipandunya secara mengundur terjatuh ke dalam laut dari jeti pemunggahan arang batu di Jimah Power Plant, Port Dickson dekat sini, awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Hairul Izam Mazelan berkata pihaknya menerima panggilan […]

Sekitar 40 Orang Dilapor Terjatuh Ke Dalam Perigi Ketika Operasi Selamatkan Seorang Budak, 11 Maut
Sebuah kejadian mengerikan telah berlaku di daerah Vidisha, Madhya Pradesh, India apabila operasi menyelamatkan seorang kanak-kanak dari dalam perigi telah mengakibatkan puluhan orang terjatuh ke dalamnya. Menurut India Times, 11 orang dilaporkan maut dan mayat mereka telah ditemui manakala 19 orang lagi berjaya diselamatkan. Tambah portal itu, sekitar 40 orang yang berkumpul sekitar perigi itu […]
(Video) Detik Cemas Dua Wanita Terjatuh Dari Buaian Berhayun Di Tebing Setinggi Lebih 6 Ribu Kaki
Nyawa dua orang wanita ibarat berada di hujung tanduk apabila hampir maut setelah berayun di pinggir tebing yang setinggi 6.300 kaki (1,828 meter). Menurut IndiaTimes, kejadian mencemaskan itu berlaku di di Dagestan, Rusia apabila kedua-dua orang wanita tersebut telah berayun di Sulak Canyon. Sulak Canyon digambarkan sebagai gaung (canyon) terdalam di Eropah berbanding Grand Canyon […]
(Video) Gelap & Kesejukkan, Kisah Harrison Okene Terperangkap Sendirian Tiga Hari Dalam Kapal Tunda Tenggelam Sebelum Diselamatkan, Kru Lain Semua Terkorban
Tragedi kapal tenggelam atau karam di lautan sering dilaporkan berlaku di seluruh dunia. Tidak kira apa jua jenis kapal sekalipun yang terlibat, ia merupakan satu kejadian terburuk yang tidak mahu dihadapi oleh semua orang. Manakan tidak, ramai yang telah terkorban dan ada yang bersemadi selamanya di dalam samudera yang luas itu. Siapa kita sebagai manusia […]

Lelaki Dakwa Lantunkan Azan Dan Istighfar Ketika Diterkam, Harimau Terus ‘Berubah Fikiran’ Lalu Beredar
Baru-baru ini tular seorang penduduk dari Kampung Serapung Kecamatan Kuala Kampar, Riau yang diterkam kakinya oleh seekor harimau. Setelah dilaungkan azan dan beristighfar, harimau tersebut dikatakan berlalu pergi begitu sahaja. Menurut Tribunnews, lelaki yang berusia 30 tahun itu telah masuk ke dalam hutan bersama rakannya untuk mencari kayu pada Sabtu lepas (10/7). Malangnya, dia dilaporkan […]
Kanak-Kanak 10 tahun Antara Mangsa Simbah Asid Di London
LONDON- Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun antara tiga mangsa yang dilaporkan cedera akibat disiram dengan asid oleh orang tak dikenali yang mengetuk pintu rumah mereka. Kejadian yang dilaporkan berlaku di flat Colibdale, London. Pasukan kecemasan tiba pada sekitar jam 7.20 malam (waktu tempatan). Seorang wanita, 36 tahun dan seorang lelaki dewasa, 46 tahun bersama kanak-kanak […]

24 Terbunuh Bas Terjunam Ke Dalam Gaung Di Bolivia
LA PAZ, 13 Julai (Bernama) — Seramai 24 empat penumpang maut dan 10 yang lain cedera selepas bas dinaiki terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter, di bahagian selatan Chuquisaca, Bolivia, lapor Xinhua memetik polis dan petugas perubatan pada Isnin. Pengarah Unit Operasi Trafik, Kolonel Jose Luis Assaf, memberitahu wartawan jumlah kematian mungkin meningkat memandangkan […]
Warga Emas Hidap Alzheimer Hilang Sejak 26 Jun Lepas
JOHOR BAHRU, 13 Julai – Seorang warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer dilaporkan hilang sejak 18 hari lepas, selepas keluar dari kawasan rumah anak lelakinya di Bayu Tasik Kondominium 2, Cheras di Kuala Lumpur, 26 Jun lepas. Lai Heng Cheong, 84, didapati keluar menerusi pintu belakang lobi kondominium itu pada kira-kira 6.30 petang, berdasarkan semakan rakaman […]
Lelaki Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar Dalam Tali Air
KEPALA BATAS, 12 Julai (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan kelar di bahagian kepala di dalam tali air di Permatang Kerai Kecil, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan terlentang bersebelahan motosikalnya pada 8.15 […]

(Video) Detik Cemas ‘Buaian’ ‘Fun Fair’ Terangkat Ketika Berhayun, Orang Ramai Pakat Tahan Supaya Tak Terbalik Belakang
Tahun-tahun sebelum ini, berlaku beberapa kejadian kemalangan di ‘funfair’ Thailand dan Perancis. Kini, satu lagi kejadian menakutkan di sebuah karnival ‘funfair’ yang tular di media sosial apabila salah satu ‘buaian’ di sana didakwa rosak ketika dinaiki oleh para penunggang. Menurut Daily Mail, kejadian tersebut berlaku Traverse City, Machigan, USA. Sebuah alat ayunan yang dinamakan ‘Magic […]

Insiden 2 Kapal Berlanggar Di Perairan Muar, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan
Sebuah kapal tangki dan sebuah kapal kargo telah berlanggar di perairan Muar sekitar jam 12.03 tengah malam tadi. Melalui siaran media Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) hari ini, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat menerusi Maritime Rescue Coordinator Centre […]
Rayakan Hari Jadi Di Pusat Karaoke, Wanita Maut Ditimpa TV Karaoke Seberat 19 Kg
MOSCO- Sebuah tragedi berlaku di sebuah klub di Rusia apabila seorang wanita maut tertimpa televisyen karaoke yang besar pada hari ulang tahunnya. Tatiana Pokhorenko, 35 tahun maut di tempat kejadian selepas skrin karaoke yang seberat 19 kg itu tepat menimpa atas badannya. Rakaman CCTV di Gallery Club menunjukkan mangsa sedang meraihkan ulang tahunnya bersama-sama temannya […]
Kilang Pemproses Makanan Terbakar, Lebih 50 Orang Maut Terperangkap Dalam Kilang
BANGLADESH- Sebuah kilang pemproses makanan di Bangladesh terbakar menyebabkan kira-kira 52 orang mati terbakar pada 9 Julai. NDTV melaporkan, kebakaran terjadi di sebuah kilang pemproses makanan bernama Inferno. Anggota pemadam kebakaran pada mulanya menjumpai tiga mayat ketika memadam kebakaran. Namun, bertambah apabila api mulai reda dan menemui kira-kira 49 orang lagi disebuah ruangan tingkat tiga […]
Penangan Senjata Kimia ‘Agen Oren’: Genetik Rosak Hingga 12 Generasi, Mimpi Ngeri Buat Rakyat Vietnam
Dalam peperangan, selain pedang, senapang, misil dan torpedo, senjata biologi dan kimia juga boleh menjadi pembunuh yang menakutkan. Kesannya bukan setakat menyebabkan mangsa berdarah, malah genetiknya juga akan rosak. Begitulah mimpi ngeri yang dialami sebahagian besar rakyat Vietnam sehingga hari ini apabila bumi itu pernah dihujani dengan racun rumpai berkimia tinggi yang dipanggil sebagai Agen […]
Kematian Presiden Haiti: Polis Sahkan Jovenel Ditembak 12 Kali & Sebelah Matanya Dicungkil Keluar
Semalam dunia digemparkan dengan tragedi pembunuhan tragis Presiden Haiti, Jovenel Moise yang ditembak mati di kediamannya dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi. Kediaman presiden itu di Port-au-Prince dilaporkan telah digempur dan dimasuki oleh sekumpulan lelaki bersenjata sebelum insiden tembakan tersebut berlaku di mana turut mencederakan isterinya. BACA: (Video) Detik-Detik Cemas Dipercayai Saat Pemberontak […]

(Video) Buaya Ini Gigit Kaki ‘Member’ Sampai Putus Kerana Disangka Daging Yang Dilempar Penjaganya
Mungkin ada diantara kita yang tak pernah melihat seekor buaya makan buaya yang lain. Sebenarnya, ada satu kejadian yang berlaku di mana penjaga buaya di taman tersebut cuba memberi makanan kepada buaya yang lain dan secara tiba-tiba satu kejadian ngeri berlaku. Kalau korang tonton video di bawah ini, mesti ada yang meremang bulu roma. Bukan […]

Wanita Terjatuh Dan Mati Dalam Tong Penyimpanan Pakaian Terbuang
AUSTRALIA- Seorang ibu maut apabila dia terperangkap dalam tong yang menyimpan pakaian terbuang dikawasan letak kereta disebuah pusat membeli-belah. Alarrah Lawrence, 33 tahun terjatuh ke dalam tong itu dan terperangkap di dalamnya hingga menyebabkan dia kesukaran bernafas dan maut dalam kejadian. Pasangannya memdedahkan peristiwa itu di laman Facebooknya. “Saya tidak percaya (Lawrence) telah pergi. Saya […]