Berita›Tragedi

Budak Dua Tahun Dilapor Maut, Dipercayai Akibat Telan Bateri ‘Remote’
Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun, maut setelah menelan bateri butang dari alat kawalan jauh, menurut inkues dipetik Daily Mail. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 25 Mei lepas di Abbey Hulton, England. Menurut sumber, kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia di Hospital Universiti Royal Stoke dalam beberapa jam setelah menelan salah satu bateri. Mangsa dilaporkan jatuh sakit […]
(Video)”Kulit Luruh Dari Badan, Rambut Terbakar,” Ini Tiga Fasa ‘Membunuh’ Boleh Berlaku Jika Bom Nuklear Meletup
Bom nuklear merupakan senjata pembunuh yang cukup digeruni setiap manusia. Dipercayai lebih berkuasa daripada bom atom, kesan nuklear semestinya menjadi satu malapetaka kepada dunia ditimpa. Kongsi salah seorang mangsa ledakan bom atom di Nagasaki yang terselamat, Shigeko Matsumoto, sebaik sahaja letupan berlaku, rambut dan kulit mangsa terbakar serta luruh. “Pada 11.02 pagi, langit menjadi putih. […]

Terkejut, Wanita Menjerit Temui Mayat Terbaring Ketika Nak Jemur Pakaian
Niat seorang penduduk Kampung Kebon Pedes untuk menjemur pakaian terbantut ketika dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki, pada jam 5.30 pagi tadi. Kejadian tersebut berlaku di Kota Bogor, Indonesia, lapor portal SuaraBogor.id. Dilaporkan, mayat lelaki tersebut ditemui terbaring di sebelah lintasan kereta api Kota Bogor. Menurut Sainah, 60 tahun yang merupakan saksi, “Awalnya saya ingin menjemur pakaian. […]
Insiden Perancah Besi Jatuh: KKR Arah Laporan Lengkap Dalam Seminggu
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan jurutera perunding iaitu Zaidun Leeng Sdn Bhd (ZLSB) diarah menyediakan laporan lengkap dalam tempoh seminggu berhubung insiden perancah besi jatuh di kawasan pembinaan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH), semalam. Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan, laporan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berhubung insiden yang […]
Cuba Pecah Rekod Dunia, Biker Maut Ketika Lakukan Lompatan Bahaya
Pada 17 Jun, seorang penunggang motosikal maut ketika cuba memecah rekod dunia. Mangsa, Alex Harvill, 28 tahun, berusaha memecah Rekod Dunia Guinness kategori Lompatan Motosikal Terpanjang di Pameran Tasik Moses di Wahington, tulis penganjur di Facebook. Menurut People.com, rekod lompatan yang perlu dikalahkan oleh Harvill adalah sepanjang 351 kaki. Pejabat Sheriff Grant County mengesahkan bahawa […]
Konkrit, Kerangka Besi Di Lebuh Raya Dalam Pembinaan Runtuh, Dua Pekerja Cedera
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Dua pekerja binaan warga Bangladesh cedera selepas konkrit dan kerangka besi di tapak pembinaan lebuh raya di Lebuhraya Baru Lembah Klang berhampiran susur keluar tol Kota Damansara dekat sini runtuh petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, kedua-dua mangsa […]
Wanita Maut Selepas Kereta Terperosok Di Bawah Lori Di Ipoh
IPOH, 19 Jun (Bernama) — Seorang wanita maut selepas kereta Proton Persona yang dipandunya terperosok di bawah sebuah lori yang masuk ke laluan bertentangan dalam satu kemalangan di hadapan sebuah restoran terkenal di Jalan Chemor-Jelapang di sini hari ini. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perak berkata mangsa Noor Aishah Mohd Tahir, 26, disahkan maut […]

Dua Maut, Seorang Cedera Selepas Lori Bawa Muatan Ayam Terbakar
SEREMBAN, 19 Jun (Bernama) — Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas lori membawa muatan ayam dinaiki mereka terbabas dan terbakar di KM283.6 Lebuhraya Utara Selatan, Nilai dekat sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata mangsa yang maut dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi itu adalah pemandu lori, […]
“Terkejut Rasa Nak Rebah..”, Ibu Tergamam, Anak Tertelan ‘Emas’ Dalam Perut
Kadang-kadang ada perkara yang terjadi dalam hidup kita berlaku tanpa dijangka. Antara tragedi yang sering dialami kebanyakan ibu ayah adalah kes anak kecil mereka tertelan benda asing. Demikianlah yang terjadi kepada seorang anak istimewa ini apabila ia tertelan sesuatu objek tanpa sengaja. Mungkin trauma & ingin jadikan pengajaran, ibunya Amiza Rahmat telah berkongsi pengalaman cemasnya […]
Puluhan Kura-Kura Dan Ikan Lumba-Lumba Mati Akibat Haba Dan Bahan Kimia Dari Kapal Terbakar
SRI LANKA- Dilaporkan kura-kura dan ikan lumba-lumba mati akibat haba dan keracunan bahan kimia dari kapal kontena yang terbakar dua minggu lalu. Sebahagian Kapal Singapura MV X-Press Pearl telah tenggelam di pantai Sri Lanka awak Jun. Disebabkan itu, bahan kimia banyak terjatuh ke dalam pantai-pantai setempat. Menurut Kompas.com, 48 kura-kura mati dan lapan ikan lumba-lumba […]
Dakwa Isteri Dibunuh Oleh Penyamun, Siasatan Polis Bongkar Penipuan Suami Yang Tak Disangka-sangka
BRITAIN- Berita mengejutkan apabila mangsa suatu pembunuhan terdedah melalui monitor nadi dan aplikasi fitness ditelefonnya berserta tiga petunjuk utama lain. Babis Anagnostopoulos, 33 tahun, mengaku mencekik isterinya (mangsa), Caroline Crouch, 20 tahun selepas polis mengemukakan bukti baru. Dia pada mulanya mendakwa seorang penyamun memecah masuk rumahnya di Alonissos, Breek. Kemudiannya, mengikat dan menutup mata mereka […]

Sekumpulan Penyamun Nigeria Bunuh Polis Dan Culik Lebih 80 Pelajar Dan Guru Di Sebuah Sekolah
NIGERIA- Sekumpulan penyamun bersenjata membunuh seorang polis dan menculik sekitar 80 pelajar dan beberapa guru di sebuah sekolah di Kebbi, Nigeria. Kejadian berlaku berkemungkinan dilakukan bermotifkan meminta wang tebusan, lapor Kompas.com. Jurucakap Polis Negara Kebbi, Nafiu Abubakar berkata, terdapat kes tembak-menebak sebelum terjadinya penculikkan berlaku. Dalam kes itu, seorang polis mati ditembak dan manakala seorang […]
Penjaga Zoo Mati Dibaham Harimau Siberia Di Afrika Selatan
AFRIKA SELATAN- Seorang penjaga zoo dibaham seekor harimau ketika pagar elektrik dinyahaktifkan di Afrika Selatan. David Solomon, 52 tahun, digigit beberapa kali dan lehernya patah kerana hentakkan. Kejadian berlaku pada 17 Jun di Taman Predator Seaview di Port Elizabeth. Jasper, harimau Siberia, melanggar pagar elektrik setinggi 12 kaki dan melihat Solomon yang berada berdekatan. The […]
Pilu, Ayah Meraung Jumpa Mayat Anak Di Jalan Ketika Edar Kad Kahwin Anak
Seorang ayah bersemangat untuk meraikan majlis perkahwinan anak gadisnya di Uttar Pradesh, India. Pada Isnin baru-baru ini, ayah tersebut, Madanpal Singh mengedar kad jemputan majlis kepada jiran tetangga, lima hari sebelum majlis dijadualkan berlangsung. Bagaimanapun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, langkahnya terhenti di satu tempat apabila terlihat ramai orang sedang berkumpul menyaksikan sesuatu di […]

Wanita Hamil Koma Dipukul Suami Kini Bawah Jagaan Keluarga
SEREMBAN, 17 Jun (Bernama) — Wanita hamil 12 minggu yang koma akibat dipukul suami kini dijaga oleh adiknya Fazariah Nordin yang berasal dari Bandar Sri Sendayan dekat sini. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memaklumkan Jahidah Nordin, 43, kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban atas permintaan keluarga selain mendapat nasihat daripada pihak […]

(Video) Lelaki Sanggup ‘Terjun’ Celah Platform Demi Selamatkan Budak Yang Terperangkap Di Bawah Kereta Api
Seorang pelajar universiti melompat ke celah platform yang sempit untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di bawah kereta api. Insiden tersebut berlaku di Gansu, China, lapor South China Morning Post. Dilaporkan, kanak-kanak yang berusia 4 tahun itu terjatuh di celah platform ketika dia turun dari kereta api dengan ibunya. Sejurus insiden itu berlaku, penumpang lain […]
(Video) Masih Sempurna Sifatnya, Gadis Tengah Sedap Makan Terjumpa Cicak Dalam Kuah, Terus Jadi Trauma
Peristiwa yang tidak menyenangkan telah dialami oleh seorang gadis yang sedang makan pecal ayam goreng dan menjumpai sesuatu yang memualkan di dalam kuahnya. Menurut Tribunnews, peristiwa Sabtu lepas itu menjadi viral setelah dirakam dan dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok yang bernama @meiongg. Dilaporkan, seekor bangkai cicak telah ditemui di dalam kuah yang sebungkus dengan […]

(Video) ‘Frontliner’ Palestin, Dr Mai Afana Didakwa Terbunuh Dalam Serangan Semasa Melalui ‘Checkpoint’ Tentera Israel
Seorang doktor perempuan Palestin yang juga petugas barisan hadapan, Dr Mai Afana dilaporkan terbunuh dalam satu serangan oleh tentera Israel dalam satu kejadian semalam. Doktor muda berusia 29 tahun itu didakwa diserang tentera berkenaan ketika sedang melalui sebuah pusat pemeriksaan di Hezme, Palestin. Situasi selepas kejadian sempat dirakam penduduk tempatan sebelum rakaman tersebut tersebar meluas […]
(Video) Stesen Minyak Di Rusia Meletup, Sekurang-kurangnya 33 Orang Cedera
RUSIA- Satu letupan berlaku di stesen minyak di bandar ketiga terbesar di Rusia. Kejadian yang berlaku di Novosibirsk itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 33 orang cedera, lapor berita RIA Novosibirsk yang dikendalikan oleh kerajaan negara itu. Salah seorang saksi kejadian sempat merakamkan video dan memuatnaik ke media sosial. Video tersebut menunjukkan api besar yang meletup ke […]
Tiga Lelaki Sanggup Pertaruh Nyawa Jadi ‘Tangga’, Selamatkan Tiga Beradik Dari Kebakaran
RUSIA- Tiga lelaki menjadi ‘tangga’ untuk membantu seorang budak perempuan dan dua budak lelaki keluar dari flat yang terbakar melalui tingkap. Menurut The Sun, mereka (kanak-kanak) terkunci dari dalam menyebabkan mereka terperangkap di dalam bangunan tersebut. Tiga lelaki memanjat luar bangunan tersebut bagi memudahkan mereka. Lelaki keempat pula tunggu dibawah untuk menyambut mereka ketika diturunkan. […]