BeritaTragedi

Berita
Pekerja Syarikat Perlombongan Pasir Ditemukan Lemas
SHAH ALAM, 24 Feb (Bernama) — Seorang pekerja syarikat perlombongan pasir ditemukan lemas kira-kira 11.35 pagi tadi, selepas bot yang dinaikinya terbalik dalam kejadian di sebuah lombong sedalam 14 meter di Kampung Labuan Dagang, Kuala Langat, dekat sini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, mangsa Muhamad Janil Tani yang ditemukan pada kedalaman lima […]
Berita
Mayat Wanita Di Dalam Kereta Terhumban Ke Sungai Sarawak Berjaya Dikeluarkan
KUCHING, 24 Feb (Bernama) — Mayat seorang wanita yang berada di dalam kereta terhumban ke Sungai Sarawak berdekatan Jambatan Gantung Satok di sini berjaya dibawa keluar tengah hari ini. Dua penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang mengeluarkan mangsa yang belum dikenal pasti identitinya kira-kira 12.57 tengah hari tadi, selepas berjaya mengesan kedudukan kereta jenis Perodua Kenari dipercayai dipandu […]
Berita
(Video) Kereta Perodua Kenari Jatuh Dalam Sungai Berdekatan Jambatan Gunung Satok, Sarawak
KUCHING, 24 Feb – Sebuah kereta terhumban ke dalam Sungai Sarawak berdekatan projek Jambatan Satok di sini, pagi ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira 10.30 pagi namun pemanggil tidak dapat memastikan jumlah mangsa di dalam kenderaan terbabit. Sejurus menerima panggilan itu, 14 […]
Berita
Gempa Bumi Sederhana Gegar Utara Laut Maluku, Indonesia
KUALA LUMPUR, 24 Feb – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.25 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 138 kilometer (km) selatan dari Kepulauan Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km. Gempa bumi itu tiada ancaman tsunami kepada […]
Berita
Treler Besi Buruk Jatuh Gaung, Pemandu Maut
KUANTAN, 23 Feb (Bernama) — Seorang pemandu treler muatan besi buruk maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjatuh gaung di km 218 Lebuhraya Pantai Timur, dekat sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata Mohd Syafiq Atan, 30, yang mengalami kecederaan di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala […]
Berita
Sekurang-kurangnya 9 Ikan Paus Mati Terdampar Di Pantai New Zealand
MOSCOW, 22 Feb (Bernama) — Sejumlah 49 ikan paus jenis Pilot ditemui terdampar di Golden Bay, New Zealand akibat air laut cetek dan sekurang-kurangnya sembilan daripadanya mati, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Jabatan Pemuliharaan pada Isnin. Pada Jumaat, sekurang-kurangnya 52 paus jenis sama dilaporkan mati terdampar di wilayah Jawa Timur, Indonesia. “Petugas kami yang bertindak […]
Luar Negara
Lelaki Abadikan Hidup Selamatkan Kucing ‘Mangsa’ Perang, Bina “Shelter” Terbesar Di Syria
Semua sudah maklum, Syria yang dulunya sebuah negara Islam yang kaya dengan pusat ilmu dan ketamadunan Islam, kini sudah berubah wajahnya menjadi ‘padang pasir’. Konflik, sengketa dan campur tangan daripada pelbagai telah menyebabkan negara itu menjadi tegang dari hari ke hari. Jika dulunya dibanggakan dengan Kota Damsyik, hari ini hanya debu batu yang menjadi tugu. […]
Berita
Kanak-kanak Pesakit Leukimia Capai Impian Naik MPV Meninggal Dunia
KEPALA BATAS, 22 Feb (Bernama) — Kanak-kanak lelaki yang menghidap leukimia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini telah mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV), meninggal dunia semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata beliau dimaklumkan Mohammad Ammar Dhani meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang […]
Berita
(Video) Detik-Detik Cemas Feri Pengangkutan Karam, Beberapa Mangsa Masih Hilang
Sebuah feri dikatakan terbalik sebelum karam di Sambas, Kalimantan Barat. Kejadian berlaku pada petang Sabtu lalu. Sehingga kini, menurut Ketua Polis Pontianak, Yopi Hariyadi sar mencari mangsa tenggelam masih dijalankan. Bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan tentang tragedi buruk ini. Video detik-detik di saat tenggelamnya feri tersebut mula tersebar luas di media sosial. Susulan daripada itu, […]
Berita
Dua Maut Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Di Muar
JOHOR BAHRU, 20 Feb (Bernama) — Dua lelaki maut, seorang cedera manakala empat lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Pasir dekat Muar, hari ini. Dalam kemalangan pada 9.29 pagi itu, pemandu dan penumpang kenderaan Toyota Hilux iaitu berusia 68 dan 17 tahun, maut selepas tercampak keluar dari kenderaan mereka. Seorang lelaki berusia 39 tahun yang merupakan pemandu lori, […]
Berita
(Video) China Dedah Rakaman Pertembungan Dengan Tentera India Jun Lalu, Dianggarkan Lebih 20 Orang Maut
China pertama kalinya kongsi rakaman video pertempuran bersama tentera India di sempadan yang menjadi pertikaian dua negara tersebut pada bulan Jun tahun lalu. Menurut maklumat, seramai empat tentera China terbunuh manakala seorang cedera dalam pertempuran ganas tersebut. Dalam pertempuran yang sama juga telah mengorbankan seramai 20 tentera India. Sebilangan tentera yang maut akibat cedera kerana […]
Berita
Tengkorak Manusia Ditemukan Di Tepi Lebuh Raya Yong Peng – Pagoh
BATU PAHAT, 20 Feb – Satu tengkorak manusia ditemukan pekerja penyelenggaraan lebuh raya di KM122.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah Yong Peng – Pagoh, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata tengkorak berkenaan dipercayai milik pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan jalan raya kira-kira 10 bulan lepas, iaitu sekitar Mei atau […]
Gagal Pujuk Bekas Isteri Rujuk, Lelaki Cuba Terjun Dari Jambatan
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Buntu setelah usaha memujuk bekas isteri untuk rujuk semula gagal, seorang lelaki berusia 50 tahun nekad cuba terjun dari sebuah jambatan di Jalan Pintas Rawang-Serendah (Rawang Bypass) dari Selayang menghala Sungai Buaya di sini petang tadi. Bagaimanapun, tindakan tersebut berjaya digagalkan apabila bekas isteri lelaki itu yang berusia lingkungan 50 tahun datang ke lokasi kejadian untuk […]
Luar Negara
Sesat Tengah Padang Pasir & Kereta Rosak, 8 Beranak Dipercayai Pelarian Ditemui Mati Akibat Kebuluran
Sebuah keluarga dari Sudan didakwa meninggal dunia dalam keadaan tragis apabila mereka telah tersesat jauh dalam satu perjalanan di padang pasir. Media tempatan Sudan melaporkan, mayat kesemua lapan ahli keluarga berkenaan ditemui pihak polis di satu kawasan kosong yang sunyi, kira-kira 400 kilometer dari bandar Kufra, Libya. Difahamkan, pada awalnya satu laporan berkenaan kes penemuan […]
Berita
(Video) Puluhan Cedera Di Iran, Digegar Gempa Bumi Berkekuatan 5.6
TEHRAN, 18 Feb — Sekurang-kurangnya 43 orang cedera dan sebahagian harta benda musnah dalam kejadian gempa bumi yang menggegarkan wilayah Kohgiluyeh dan Boyer-Ahmad, di barat daya Iran pada malam Rabu. Menurut Institut Geofizik Universiti Tehran, gempa berkekuatan 5.6 pada skala Richter itu berlaku pada 10.55 malam waktu tempatan (1925GMT), lapor Agensi Anadolu memetik pihak berkuasa […]
Luar Negara
(Video) Cuaca Sejuk Luar Biasa Landa Texas, Ragut Nyawa Sekurang-kurangnya 20 Orang
Sekurang-kurangnya 20 individu dilaporkan maut akibat terkesan dengan cuaca sejuk ekstrim di wilayah Texas, Amerika Syarikat (US) baru-baru ini. Selain bacaan suhu dipercayai serendah -33 darjah Celcius, wilayah di selatan US itu turut dilanda dengan ribut salji yang mengganas. Memetik beberapa sumber laporan tempatan, ribut tersebut telah mengakibatkan wilayah itu ‘bergelap’ selepas bekalan kuasa elektrik […]
Berita
Pilu, Kucing Peliharaan Mati Dipatuk Ular Berbisa Ketika Selamatkan Kanak-Kanak Dari Serangan
Dipercayai kerana ingin melindungi dua kanak-kanak daripada serangan ular berbisa, seekor kucing peliharaan maut akibat digigit ular di Sunshine Coast, Queensland, Australia. Menurut India Times, kucing yang diberi nama Arthur itu sedang bermain bersama tuan-tuannya sebelum terlihat seekor ular jenis Eastern Brown menyusup ke dalam taman. Haiwan itu kemudiannya menyerang ular tersebut sebelum digigit sementara […]
Berita
Mayat Warga Emas Ditemukan Terapung
JOHOR BAHRU, 16 Feb – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Emerald Bay, Puteri Harbour, di Iskandar Puteri semalam ditemukan lemas, tengah malam tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri Shamsul Komari Bakar berkata mayat mangsa dijumpai terapung di bawah jeti ‘long side boat’, kira-kira 10 meter dari tempat mangsa dipercayai […]
Berita
30 Taliban Maut Akibat Letupan Semasa Sesi Kelas Membuat Bom Di Sebuah Masjid
Sekurang-kurangnya 30 taliban termasuk enam warga asing terbunuh dalam satu letupan di dalam masjid di Utara Afghanistan Sabtu lalu. Tempat kejadian terletak di Desa Qultaq di daerah Dowlatabad di Balkh. Menurut maklumat pihak berkuasa, trajedi itu berlaku ketika mereka menjalani kelas membuat bom dan jerangkap samar. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka sehinggakan mengorbankan 30 orang […]
Berita
(Video) Cemas, Dipercayai Mungkin ‘Langgar’ Lampu Merah, Dua Motosikal Bertembung
Laporan berita mengenai nahas kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal saban hari kian membimbangkan. Boleh dikatakan hampir setiap hari pasti ada sahaja kes kemalangan yang berlaku, sama ada melibatkan penunggang awam mahupun penghantar makanan. Terdapat banyak punca kemalangan berlaku, namun tidak dinafikan, sikap seseorang penunggang itu sendiri juga boleh menjadi penyebab utama kecelakaan tersebut. Antara […]