Berita›Tragedi
Lelaki Maut Terjatuh Gunung Gua Sireh Ketika Cari Pokok Hiasan
ALOR SETAR, 19 Nov – Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari cerun Gunung Gua Sireh dekat Baling, ketika mencari pokok hiasan bersama rakannya di kawasan berkenaan pagi tadi. Ketua Polis Daerah Baling Supt Syed Basri Syed Ali berkata mangsa Amir Hakimi Md Ali, 22, dari Kampung Padang Che Mas, Baling maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira […]
Mufti WP Perjelas Ucapan Terbaik Ketika Seseorang Ditimpa Musibah
Seringkali kita lihat pelbagai musibah berlaku di depan mata kita. Secara tidak lansung juga, kejadian yang berlaku memberi keinsafan pada diri sendiri agar lebih berwaspada pada masa akan datang. Namun, timbul persoalan, ucapan apakah yang sesuai diucapkan apabila terjadinya sesuatu musibah. Berikut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan : Soalan: Apakah terdapat petunjuk daripada Nabi SAW apabila melihat […]
(Video) “Dia Lemah Dan Lapar,” Rakaman Anjing Terperangkap Ketika Banjir Diselamatkan Undang Hiba
Saat yang menyentuh hati apabila seekor anjing yang menggigil kesejukkan diselamatkan semasa banjir dipercayai disebabkan Taufan Eta di Mexico. Anjing yang basah kuyup itu bertenggek pada jaring tingkap logam di luar sebuah rumah di wilayah Tabasco pada 13 November yang lalu. Pasukan penyelamat yang meronda di kawasan itu untuk mencari penduduk yang terkandas sebelum mereka […]
Didakwa Tak Hirau Tanda Amaran, Tiga Sekeluarga ‘Tertanam’ Hidup-Hidup Dalam Kejadian Tebing Runtuh
Siapa sangka, percutian tiga ahli keluarga ini ke sebuah pantai berakhir dengan tragedi apabila tebing tinggi di situ telah runtuh dan ‘menguburkan’ mereka hidup-hidup, lapor Daily Mail. Pihak berkuasa telah mengenal pasti mangsa sebagai pasangan suami isteri dan seorang anak lelaki yang berusia tujuh bulan. Kejadian yang berlaku di Rio Grande do Norte, bahagian timur […]

Banjir Kilat Di Daerah Kinta Tengah Malam Ini Akibat Hujan Lebat Berterusan
IPOH, 18 Nov (Bernama) — Hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan di daerah Kinta sejak lewat petang tadi hingga tengah malam ini menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata kawasan terjejas ialah Ulu Chemor serta kawasan Mukim Lahat iaitu Kampung Sri Aman Fasa 2, Kampung Sri Kinta Jalan […]

Kenderaan 4×4 Tersangkut Pada Lumpur, Dianggap Kejam Gunakan Gajah Untuk Tarik
Satu video yang menunjukkan seekor gajah sedang menarik sebuah kenderaan 4×4 yang tersangkut di dalam lumpur menjadi viral. Gajah yang dilindungi itu nampaknya diberikan rantai yang bersambung dengan kenderaan tersebut lalu gajah itu menarik kenderaan yang tersangkut itu. Video berdurasi 30 saat itu memperlihatkan sang gajah menarik balik kenderaan yang terperangkap di dalam lubang berlumpur. […]
Dipercayai Akibat Berselisih Faham, Anak Tikam Bapa Sehingga Maut Di Jelebu
SEREMBAN, 18 Nov (Bernama) — Dipercayai akibat perselisihan faham, seorang lelaki maut selepas ditikam oleh anak lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Simpang Pertang, Jelebu pagi tadi. Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata pihaknya menerima maklumat tentang kejadian daripada orang awam yang menemukan mangsa terbaring berlumuran darah berhampiran pintu rumah kira-kira 9.30 pagi. “Berdasarkan […]
(Video) “Tangannya Tergapai-gapai”, Kisah ‘Pilot’ Nyaris Maut Setelah ‘Disedut’ Keluar Ketika Penerbangan Pada 1990
Luar biasa. Seorang juruterbang mungkin tidak dapat melupakan detik nyawanya hampir berakhir dalam keadaan mengerikan apabila ‘disedut’ keluar ketika penerbangan. Menurut News.com.au, peristiwa melibatkan juruterbang British Airways itu berlaku sekitar 1990 ketika mereka dalam perjalanan daripada Birmingham, UK ke Malaga, Sepanyol. Tambah portal berkenaa, baru 27 minit penerbangan 5390 itu berlepas dan melintasi Oxfordshire, dua […]

(Video) Wanita 40 Tahun Serang Remaja 19 Tahun Kerana Digelar “Makcik”
INDIA- Seorang wanita berusia 40 tahun di India menyerang seorang gadis berusia 19 tahun kerana memanggilnya dengan gelaran “Makcik” awal bulan ini. Kejadian yang terakam dalam sebuah video yang kini viral berlaku di pasar tempatan di Etah, negara bagian Uttar Pradesh pada 2 November, menurut India.com Menurut polis, ketika remaja itu sedang melewati kawasan membeli-belah […]

Budak ‘Oyen’ Jatuh Sungai Berjaya Diselamatkan Oleh ‘Abam’ Bomba Curi Perhatian Ramai
Seekor kucing yang jatuh ke dalam sungai berdekatan D Island Putra Perdana, Puchong berjaya diselamatkan oleh sekumpulam ‘abam’ bomba. Apa yang menarik perhatian ramai, kucing tersebut sering menjadi bualan orang ramai. Mana taknya, ia berwarna oren atau lebih mesra dengan panggilan ‘Oyen’. Menerusi perkongsian daripada laman rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan seekor kucing […]

Enjin Perahu Mati, 3 Nelayan Terumbang-Ambing Di Tengah Laut
INDONESIA- Tiga orang nelayan yang berasal dari Dusun Paropa Timur, Desa Malaju Kilo, Kabupaten Dompu, Nusa Tenggara Barat ( NTB), terumbang-ambing di laut selama dua hari. Hal ini kerana enjin yang berfungsi untuk mengemudi perahu mereka mati di tengah laut. Sehingga menyebabkan mereka tak boleh kembali ke pelabuhan. Ketua ibu pejabat Pencarian dan Pertolongan Mataram […]
Pacuan Empat Roda PDRM Bawa Jenazah Kes Mati Mengejut Ditimpa Kemalangan
BANDAR PERMAISURI, 17 Nov — Pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa jenazah seorang lelaki terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum terjunam ke tebing kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 52 Bari, Sungai Tong di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata insiden pada kira-kira 1 tengah hari itu […]
Anak Maut Selepas 23 Hari Bertarung Nyawa, Terkena Renjatan Elektrik Terpegang Besi Kipas Dinding
Seorang remaja berusia 18 tahun meninggal dunia selepas 23 hari bertarung nyawa akibat terkena renjatan elektrik di sebuah kolej swasta di Perak. Memetik daripada laporan akhbar, mangsa dikenali sebagai Muhammad Nadzaruddin perlu menyambung tempoh pengajiannya di peringkat sijil hingga Februari tahun hadapan. Sepatutnya tempoh pengajiannya akan tamat pada November tetapi ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan […]

Gempa Bumi Bermagnitud 6.3 Skala Richter Gegar Padang, Jakarta
JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 6,3 skala richter melanda pantai Provinsi Sumatera Barat Indonesia pada hari Selasa (17 Nov), kata agensi meterologi, klimatologi dan geofizik Indonesia di akaun rasmi twitternya. Agensi itu mengatakan bahawa tidak ada amaran tsunami yang dikeluarkan, gempa tersebut berlaku lebih dari 100km dari darat dan pada kedalaman 10km. Video yang dikongsi oleh […]
(Video) Detik Mendebarkan Lelaki Tua Lemas Di Terusan, Mujur Sempat Diselamatkan Lelaki Tidak Dikenali
Suatu insiden mendebarkan dirakam apabila seorang warga tua hampir lemas dibawa terusan air yang berlaku di barat laut Shaanxi, China. Rakaman detik mendebarkan tersebut dikongsi oleh China Xinhua News melalui akaun twitter mereka. Klip video itu memaparkan warga tua itu terkapai-kapai meminta pertolongan dan seakan hampir lemas lalu diselamatkan oleh seorang pemuda. Pemuda itu menarik […]

Hasrat Ayah Dan Anak-Anak Ini Nak Mohon Bantuan Baitulmal Musnah, Motosikal Ditunggang Rosak Dan Terbakar
JOHOR BAHRU, 16 Nov – Hasrat seorang lelaki Orang Asli yang sedang dalam perjalanan untuk membuat permohonan bantuan daripada Baitulmal Johor musnah, apabila motosikal yang ditunggang bersama dua anak lelakinya rosak lalu terbakar di laluan motosikal Plaza Tol Senai, di sini, hari ini. Menerusi hantaran Facebook rasmi Polis Daerah Kulai, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada percikan […]
Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Lelaki Dua Tahun Terperangkap Dalam Kereta
JOHOR BAHRU, 16 Nov- Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap kira-kira 10 minit di dalam kereta Proton Saga bapanya dalam insiden di Gelang Patah dekat sini petang tadi. Difahamkan mangsa, 2 tahun, sedang tidur di dalam kereta yang dimatikan enjin itu ketika bapanya keluar seketika untuk ke kedai runcit manakala kunci kenderaan […]

Dua Pekerja Maut Tercampak Keluar Selepas Lori Sampah Berlanggar Dengan Lori Tanah
SHAH ALAM, 16 Nov (Bernama) — Dua pekerja maut selepas tercampak keluar daripada lori sampah dinaiki mereka yang berlanggar dengan sebuah lori tanah di Jalan Meru Tambahan, Klang kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shari’at berkata mangsa yang maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dikenali sebagai Effendi Salleh, 30, dan warga Bangladesh Mofij […]
(Video) “Yang Bela Kucing Je Faham”, 6 Tahun Bersama, Anak Dedah Ayah Menangis Kucing Kesayangan Mati Dilanggar
Siapa yang bela kucing, tahulah macamana dia punya perasaan sayang ‘gila-gila’ kat kucing tu, apatah lagi kalau bela bertahun-tahun lamanya. Tapi orang kata, malang ni tak berbau. Macam mana pun, kalau takdir tu nak datang, maka ia datang juga. Baru-baru ini, seorang warga Twitter, Puan Mustasyar berkongsi detik-detik suram keluarganya apabila kucing kesayangan mereka yang […]
Gembira Bertukar Tragedi, Kanak-kanak Lelaki Maut Tertikam Semasa Sibuk Buat Persediaan Deepavali
IPOH, 15 Nov — Kegembiraan membuat persiapan sambutan Hari Deepavali bertukar tragedi bagi satu keluarga di Taman Cempaka Kampung Koh, Sitiawan, apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas tertikam pisau oleh sepupunya dalam satu insiden Jumaat lepas. Kejadian berlaku semasa J.Adithiyan yang berusia tujuh tahun itu dipercayai berlari ke arah sepupunya yang berusia 11 tahun, yang sedang […]