Berita›Tragedi
Kanak-kanak Dilapor Maut Tertinggal Dalam Kereta, Dipercayai Selepas Ayah Enggan Cermin Kereta Baru Dipecahkan Untuk Diselamatkan
LAS VEGAS: Seorang kanak-kanak berusia 21 bulan meninggal dunia kerana terperangkap di dalam kereta. Ayah mangsa yang berusia 27 tahun telah didakwa di atas kesalahan kecuaian hingga menyebabkan mangsa maut dalam keretanya, dalam kejadian yang berlaku pada 3.30 petang berhampiran dengan Owens Avenue dan H Street. Tertuduh bersangka bahawa keadaan mangsa sebelum meninggal dunia akan […]

Pengawal Keselamatan Mati Ditikam Di Hadapan Kedai Runcit
CHERAS, 8 Okt – Seorang pengawal keselamatan ditemukan mati di hadapan sebuah kedai runcit dipercayai ditikam dengan gunting dalam kejadian di sebuah perumahan awam dekat sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki berusia 52 tahun itu pada kira-kira pukul 2.03 petang. “Mayat mangsa […]
Bot Karam: Seorang Nelayan Lemas, Seorang Masih Hilang Di Muka Head
GEORGE TOWN, 8 Okt (Bernama) — Seorang nelayan tempatan lemas manakala seorang lagi nelayan warga Indonesia dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama dua lagi nelayan karam di kawasan perairan kedudukan 5.3 batu nautika di Muka Head, Teluk Bahang dekat sini awal pagi ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kept Maritim Hamizan […]
Gitaris Lagenda, Eddie Van Halen Meninggal Dunia Akibat Kanser
Gitaris lagenda, Eddie Van Halen yang juga pengasas bersama band popular Van Halen dilaporkan telah meninggal dunia akibat kanser awal pagi tadi. Ahli muzik berdarah Belanda-Amerika itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun setelah bertarung nyawa melawan komplikasi kanser paru-paru yang dialaminya. Difahamkan, mendiang meninggal dunia di St. John’s Hospital di Santa Monica di […]
Tak Tahan Dapat Jiran Suka Menyanyi Kuat Sangat, Wanita Terpaksa Jual Rumah & Berpindah
THAILAND: Seorang ibu dan anak perempuannya di wilayah tengah Nonthaburi terpaksa untuk menjual rumah mereka dalam usaha untuk menjauhkan diri daripada jiran mereka. Diketahui bahawa, ibu tersebut yang dikenali sebagai Somthop berusia 50 tahun dan anaknya, Kanchana berusia 25 tahun berbuat demikian kerana kehidupan seharian mereka terganggu dengan nyanyian daripada jiran mereka. Jiran mereka lelaki […]
Lelaki Melecur Teruk Tanggung Derita, Terpaksa Tunggu Ambulans 2 Jam Sebelum Dibawa Ke Hospital
Seorang lelaki di Denbighshire, UK dilaporkan terpaksa menanggung derita terbakar selama sekitar dua jam sehingga ambulan tiba. Menurut Daily Mail, Chris Williams, 40, sedang membaiki kereta di sebuah bengkel di rumahnya sebelum kenderaan itu terbakar secara tiba-tiba. Isterinya, Catherine Stewart dikatakan sempat menarik suaminya ke tempat selamat, namun mereka terpaksa membuat panggilan kecemasan berkali-kali sehingga […]

Nor Aqilah Dibenarkan Keluar Wad, Polis Akan Rekod Keterangan
BUKIT MERTAJAM, 6 Okt – Setelah hampir tiga minggu menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur, satu-satunya mangsa terselamat akibat keracunan karbon monoksida ketika empat sahabat tertidur di dalam sebuah kereta, 16 Sept lepas, telah dibenarkan keluar hospital hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata, […]
Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 287 Orang Pagi Ini
KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di negeri ini meningkat kepada 287 orang daripada 86 keluarga pagi ini dan satu lagi pusat pemindahan banjir (PPB) dibuka menjadikan keseluruhan enam pusat pemindahan setakat hari ini. Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi InfoBencana memaklumkan satu lagi PPB dibuka di Kota Belud iaitu Sekolah […]
Lelaki Ini Sanggup Terjun Dalam Kawasan Tadahan Air, Cuba Selamatkan 2 Beradik Yang Lemas
KAJANG, 5 Okt – Seorang peniaga kedai makan sanggup menggadai nyawa dengan terjun di kawasan tadahan air yang mempunyai kedalaman sembilan meter untuk menyelamatkan dua beradik yang lemas di Jalan Cheras Prima, Kajang, di sini petang tadi. Badruzzaman Borhanudin, 27, yang berniaga makanan di gerai berhampiran kawasan itu berkata dia bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh seorang wanita terdapat dua […]

Dua Beradik Lemas Di Kawasan Tadahan Air Di Kajang
KUALA LUMPUR, 5 Okt – Dua beradik ditemukan lemas di kawasan tadahan air di Jalan Cheras Prima, Kajang, di sini, petang tadi. Mangsa dikenali sebagai Mohd Rayan Ikram Rozilah, 8, dan Nur Farisah berusia 10 tahun. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 3 petang dan tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian. Beliau berkata kedua-dua mangsa dibawa naik ke […]
Dua Warga Myammar Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam Kilang Simen Di Ipoh
IPOH, 5 Okt – Dua pekerja kilang warga Myanmar maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah kilang simen di kawasan perindustrian Tasek di sini hari ini. Kedua-dua lelaki yang maut di lokasi dikenali sebagai Nay Lin dan Maung Maung Win, masing-masing berumur 26 serta 32 tahun. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata semasa […]
Dua Maut, Satu Cedera Kereta Bertembung Di Alor Gajah
ALOR GAJAH, 5 Okt (Bernama) — Dua sahabat sekampung maut manakala seorang lagi mangsa cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Kemuning, Pulau Sebang di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, pemandu kereta, Fikry Effendi Ahmad Razali, 27, dan penumpang, Nurul […]
(Video) Detik Cemas Rak Pasar Raya Runtuh Satu Demi Satu, Seorang Pekerja Terkorban
Orang ramai di sebuah pasar raya di Brazil mengalami detik-detik cemas apabila rak tempat meletakkan barang telah runtuh dengan kesan ‘domino’ sehingga mengorbankan seorang pekerja di situ, lapor Daily Mail. Lapan orang yang lain termasuk pelanggan dan kakitangan telah cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku pada Jumaat lalu di Mateus Atacarejo Mix Supermarket di São […]
(Video) Hujan Tak Henti Sejak Malam Tadi, Jambatan Hubungkan Beberapa Kampung Di Kota Belud Runtuh
Hujan lebat sejak lewat malam tadi telah menyebabkan beberapa lokasi di bandar Kota Kinabalu mengalami banjir kilat. Terbaru, BernamaTV melaporkan bahawa jambatan besi sungai Panataran Kampung Malangkap yang menghubungkan beberapa buah kampung di Kota Belud telah runtuh. Ia berikutan hujan tidak berhenti-henti di kawasan ini sejak malam tadi. Menerusi video yang dimuatnaik oleh BernamaTv, dapat […]
Gempa Bumi Sederhana ‘Goncang’ Rantau Sumba, Indonesia Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Rantau Sumba, Indonesia pada jam 11.05 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi dengan magnitud 5.2 pada skala Richter itu terletak 10.0° Selatan dan 119.5° Timur dengan kedalaman 10 km. 186km Tenggara dari Bima, Indonesia. Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pd skala Richter telah berlaku di […]
Beberapa Lokasi Di Sekitar Kota Kinabalu Dilanda Banjir Kilat
KOTA KINABALU, 5 Okt (Bernama) — Hujan lebat sejak lewat malam tadi menyebabkan beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat. Antara lokasi terjejas ialah sekitar Taman Telipok Jaya, Taman Telipok Ria, Kampung Lokub, Kampung Lorong Pulau, Manggatal dan Kampung Kaulan serta Kampung Rugading, Tuaran. Tinjauan Bernama di kawasan berkenaan mendapati banjir mula naik sehingga menenggelamkan […]
Macam Tin Sardin, Pemandu Nyaris Maut Van Tersepit Kemalangan Antara Dua Buah Lori
LEICESTERSHIRE: Seorang pemandu van bernasib baik dan hanya mengalami kecederaan ringan setelah van yang dipandunya hancur seperti tin. Kemalangan ngeri itu menyebabkan van yang dipandunya hancur setelah berlaku perlanggaran antara 2 buah trak. Van tersebut telah diapit menjadi ‘sandwich’ oleh 2 buah trak. Polis mengesahkan pemandu van putih itu berjaya melarikan diri dan mengalami kecederaan […]
Buaya Tembaga Cuba Sambar Kaki Pemancing Berjaya Ditangkap
KUALA NERUS, 4 Okt (Bernama) — Seekor buaya tembaga seberat 70 kilogram berjaya ditangkap sekumpulan pemancing di kawasan lombong tinggal di Kampung Ladang Sentosa di sini, petang semalam. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata reptilia berukuran 2.3 meter itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan […]
Warga Emas Maut Badan Terputus 2 Bahagian Ditemui Di Landasan Kereta Api
THAILAND: Seorang warga emas ditemui maut di landasan kereta api Bangkok-Ubon Ratchathani. Keadaan mayat tersebut sangat menggerikan badan mayat itu terputus menjadi 2 bahagian. Pihak polis mengatakan bahawa penemuan mayat warga emas itu sekitar jam 2 pagi, kira-kira 200meter daripada stesen kereta api daerah Huay Thalaeng. Polis mengatakan mayat lelaki itu kelihatan berusia antara 50 […]
Pemandu Maut, Lori Bawa Muatan Bahan Asid Terbalik
KUANTAN, 4 Okt (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas lori tangki muatan bahan kimia asid hidroklorik (HCL) yang dipandunya terbalik di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata dalam kejadian 9.19 malam itu, mangsa P. Siniwasan, 56, yang beralamat di Kampung Seri Serendah, […]