Berita›Tragedi
Mayat Nelayan Hilang Di Muara Tanjung Dawai Ditemukan Pagi Ini
ALOR SETAR, 20 Sept (Bernama) — Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang setelah bot gentian kaca yang dinaiki bersama abangnya dirempuh sebuah bot lain di muara Tanjung Dawai, dekat Sungai Petani, malam Jumaat lepas, ditemukan pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Ahmad Faizal Ahmad berkata, mayat Zulkifli Mohamad, 52, dijumpai pada 8.10 […]

Wanita Nyaris Maut, Kepingan Konkrit Hempap Kereta
KUALA LUMPUR, 19 Sept — Seorang wanita nyaris maut, selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), petang tadi. Walaupun kereta Proton Saga BLM itu remuk dihempap kepingan konkrit bersaiz satu meter persegi, namun wanita itu terselamat dan hanya cedera di tangan […]
(Video) Tembakan Besar-besaran ’Gemparkan’ Rochester, New York, Dipercayai 13 Orang Ditembak Dan 2 Maut
Satu kejadian tembakan besar-besaran dilaporkan telah berlaku di Rochester, New York, hari ini dengan 13 orang mangsa dipercayai telah ditembak. Menurut laporan BNO News, kejadian yang dilaporkan bermula tepat sebelum jam 12.30 pagi waktu tempatan itu berlaku berdekatan dengan Goodman Street dan Pennsylvania Avenue. Namun, maklumat terperinci mengenai kejadian tembakan itu masih lagi tidak diketahui […]
Kebakaran Rumah, Warga Emas Ditemui Rentung
BUTTERWORTH, 19 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung di dalam sebuah bilik tingkat atas rumah dua tingkat di Lorong Laksamana, Taman Telok Molek, di sini selepas kediaman itu musnah dalam kebakaran awal hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor berkata mayat Azali Saad, 64, ditemukan dalam bilik yang […]

Lima Individu Berdepan Detik Cemas, Tiga Cedera Lif Rosak Di Jinjang
KUALA LUMPUR, 18 Sept – Lima individu berdepan detik cemas apabila terperangkap selepas lif yang dinaiki di sebuah flat di Taman Batu Permai, Jinjang, di sini, mengalami kerosakan pada petang tadi. Dalam kejadian pada 2 petang itu, terdapat tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak menaiki lif berkenaan dari tingkat lima apabila tiba-tiba ia menggelungsur secara perlahan. Ketua Polis Daerah […]
Belum Tunjuk Perkembangan Positif, Nor Aqilah Mangsa Terakhir Keracunan Karbon Monoksida Masih Dirawat Di Wad ICU
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Wanita mangsa terakhir keracunan karbon monoksida selepas tertidur di dalam kereta bersama tiga yang lain di Butterworth, Pulau Pinang diberikan rawatan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini. Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata mangsa berkenaan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, masih dipantau […]

Dua Penumpang Treler Maut Selepas Pemandu Hilang Kawalan Di Jalan Keramat Pulai
IPOH, 18 Sept – Dua penumpang treler maut selepas kenderaan berat itu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan di Km 20 Jalan Keramat Pulai menuju ke Cameron Highlands di sini petang ini. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pemandu treler yang membawa muatan tiang besi itu dikenali sebagai Mohd Zuki Abu […]

(Video) Pegawai Polis Cedera Dilanggar Kereta Wira, Disyaki Dinaiki Dua Lelaki Warga Indonesia
SHAH ALAM, 18 Sept – Seorang pegawai polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam cedera selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta di Bulatan Puncak Perdana pagi tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata kejadian berlaku ketika pegawai itu sedang memantau operasi trafik di sekitar kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah […]
Pemasang Mozek Didakwa Hentak Kepala Anak Teman Wanita Ke Dinding, Mengaku Tidak Bersalah
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Seorang pemasang mozek didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menghentak kepala anak teman wanitanya di dinding rumah sehingga bengkak di dahi mangsa, Isnin lalu. Tertuduh, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahyon Talib. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan […]
Mangsa Terakhir Keracunan Karbon Monoksida, Nor Aqilah Masih Kritikal -Polis
GEORGE TOWN, 18 Sept (Bernama) — Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida ketika empat sahabat tertidur dalam kereta dinaiki semasa berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth, dua hari lepas, masih dalam keadaan kritikal. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, ketika ini menerima rawatan […]
(Video) “Frontliner” Cekal Jalankan Tugas, Pakat Tahan Khemah Saat Alor Setar Dilanda Hujan Lebat Pagi Tadi Buat Netizen Tersentuh
Bukan mudah untuk ‘kekal’ menjalankan tugas masing-masing sekiranya cuaca semasa tidak menentu, lebih-lebih apabila dilanda hujan lebat. Lebih menguji lagi, angin ribut yang kuat juga turut datang ‘menyerikan’ lagi suasana getir itu. Inilah yang sedang dirasai oleh petugas barisan hadapan (frontliner) polis dan tentera di Alor Setar pada ketika ini. Menurut video berdurasi 24 saat […]
“Jangan Buang Catalytic Converter…”, 5 Langkah Elak Keracunan Karbon Monoksida Akibat Kebocoran Daripada Sistem Ekzos Kenderaan
Apabila bergerak menuju ke sesuatu lokasi melibatkan perjalanan yang jauh, badan mudah terasa penat dan biasanya baik pemandu mahupun penumpang cenderung mengambil masa untuk berhenti dimana-mana bagi merehatkan badan. Adakalanya kita boleh terlelap dengan hajat untuk merehatkan badan. Bagaimanapun, sekiranya kita terlelap di dalam kenderaan terutamanya dengan enjin kenderaan masih hidup, kita terdedah kepada risiko […]
“Ujian Tanpa Diduga…” Fedtri Yahya Mohon Semua Doakan Kesembuhannya
Pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya kini sudah selamat menjalani rawatan dan pembedahan di wajahnya. Kondisi kesihatannya terkini dikemas kini oleh beliau melalui hantaran di Facebooknya pagi ini. Salam Jumaat. Hari berkah. Ujian tanpa diduga. Kun faya kun.. Semoga menjadi kafarah dosa. Pasti ada hikmah.. Syukur atas ujian ini. Betapa baiknya Allah dengan menghadiahkan orang sekeliling […]

Gempa Bumi Sederhana Landa Laut Banda, Indonesia Petang Tadi
KUALA LUMPUR, 17 Sept — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada 6.32 petang tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 388 kilometer (km) selatan dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 186km. Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi sederhana telah berlaku di […]

Suasana Pilu, Suami Meraung Peluk Jasad Isteri Terbujur Kaku Atas Jalan Raya Dipercayai Selepas Kemalangan
Hancur luluh perasaan sang suami apabila melihat sekujur tubuh isteri yang disayangi dan dicintainya terbaring kaku di tengah jalan. Memetik daripada sebuah laman berita tempatan, seorang wanita berusia 23 yang baru melahirkan seorang bayi berusia 7 bulan maut apabila digilis lori dalam satu kemalangan ngeri di jalan arah Serdang ke Sungai Ular, Kulim. Difahamkan dalam […]
Tiga Wanita Maut, Seorang Kritikal Akibat Keracunan Karbon Monoksida Selepas Tertidur Dalam Kereta
BUTTERWORTH, 17 Sept (Bernama) — Tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal akibat mengalami keracunan karbon monoksida, selepas mereka tertidur dalam kereta sewaktu berehat di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah SPT ACP Shafee Abd Samad berkata polis menerima laporan berhubung […]

Atok Rindu Cucu Panggil ‘Tok Abah’ Lepas Sehari Anak & Cucunya Maut Dalam Kemalangan
BATU PAHAT, 17 Sept – Panggilan ‘Tok Abah’ pasti akan terngiang-ngiang di telinga seorang datuk setelah kematian cucunya yang kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan di Kampung Sengkuang, di sini, semalam. Kasmuni Kasbi, 66, berkata cucunya itu, Mawar Normadiha Mohd Aisamuddin bersama anak bongsunya yang juga bapa Mawar, Mohd Aisamuddin, 32, meninggal dunia dalam kemalangan kira-kira pukul 2.30 petang itu. […]
“Selesai Jalani Pembedahan Malam Tadi…”, Pengacara Popular, Fedtri Yahya Dilapor Terlibat Kemalangan
Pengacara terkenal tanah air, Ahmad Fedtri Yahya dilaporkan terlibat dalam kemalangan, dipercayai pada malam tadi. Menurut kenyataan isterinya melalui hantaran di Facebook awal pagi tadi, beliau telah selesai menjalani pembedahan. Difahamkan, banyak kecederaan dialami di bahagian muka dan semuanya sudah dirawat dan dijahit. Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani […]
Pemandu Maut, 6 Cedera Perodua Viva Dilapor Terbabas Masuk Parit Di Batu Pahat, Johor
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor sebentar tadi memaklumkan satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Viva yang terbabas ke dalam parit di Batu Pahat, kira-kira 2.31 petang tadi. Menurut kemas kini yang dimuat naik di laman facebook, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu. […]
Gempa Bumi Lemah ‘Gegar’ Di Beluran, Sabah
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Beluran, Sabah pada 6.55 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 42 km Tenggara dari Pitas. Gegaran mungkin dirasai di sekitar Beluran. “Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut jabatan itu. […]