BeritaTragedi

Berita
Mayat Wanita Dengan Kesan Tetakan Ditemukan Di Rawang
KUALA LUMPUR, 21 Julai – Mayat seorang wanita dengan kesan tetakan ditemukan dalam ladang kelapa sawit berhampiran Kelab Golf Tasik Puteri di Rawang, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata mayat dipercayai wanita berumur dalam lingkungan 40-an yang masih belum dikenal pasti identiti itu dijumpai pada kira-kira pukul 6.00 petang oleh penduduk tempatan. “Tiada butiran diri dijumpai pada […]
Tragedi
(Video) Terbaik, Polis Dan ‘Abang’ Rider Selamatkan Monyet Cedera Di Tengah ‘Highway’
Tular satu video dimana anggota polis dan seorang ‘abang’ rider membantu seekor monyet yang mengalami kecederaan akibat dilanggar di sebuah jalan raya yang sesak. Menerusi rakaman video tersebut, nampak monyet tersebut seakan terkulai lemah di tengah jalan dan beberapa anggota polis cuba untuk selamatkannya. Walaubagaimanapun, monyet tersebut seakan menyerang semula anggota polis kerana ia dalam […]
Berita
(Video) Mendebarkan, Tiga Wanita Hadapi Detik Cemas Dihampiri Beruang
Sekumpulan wanita yang berjalan kaki di Taman Ekologi Chipinque, Mexico menghadapi detik cemas apabila seekor beruang hitam secara tiba-tiba mendekati mereka. Lebih menakutkan lagi, beruang tersebut kelihatan berdiri bersebelahan dengan salah seorang wanita tersebut selama beberapa saat sebelum menyentuh mereka dengan tapak kakinya. Selain itu, ia juga turut kelihatan seperti menampar bahagian peha wanita itu […]
Berita
Sultan Selangor Murka & Sangat Dukacita Lukisan Mural Pemimpin Negara Diconteng
Isu lukisan mural yang telah diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab itu telah menarik perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang murka dengan tindakan tidak bermoral tersebut. Dalam satu kenyataan melalui kiriman daripada laman Facebook Selangor Royal Office menyatakan bahawa Sultan Selangor murka dan mengharapkan pelaku dapat ditangkap dengan segara. DYMM Sultan Selangor Sultan […]
Luar Negara
Helikopter Terhempas Di Laut Caribbean, Dua Tentera Belanda Maut
MOSCOW, 20 Julai — Sebuah helikopter tentera Belanda terhempas di Laut Carribean berhampiran Aruba, mengorbankan dua anak kapal. Agensi berita Sputnik, memetik berita penyiar NOS negara itu, melaporkan helikopter NH90 itu terhempas di antara kepulauan Aruba dan Curacoa, kira-kira 12.5 kilometer dari pantai pada Ahad petang. Nahas meragut nyawa juruterbang Chritine Marten, 34 dan penyelaras taktikal Erwin Warnies, 33. […]
Gaya hidup
(Video) “Hero Is Gone, Terima Kasih Support Bakat Saya,” Pelukis Mural Sedih Karya Terpaksa Dipadam
Susulan daripada tular isu individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan lukisan mural wajah-wajah wira negara dengan perkataan kesat, MBSA mengambil tindakan untuk membuang lukisan tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku sekali lagi. Menerusi satu kiriman daripada laman Facebook pelukis mural tersebut, Suhaimi Ali kecewa dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong bakat […]
Berita
Van Kilang Rempuh Belakang Lori, Seorang Maut, 10 Cedera
Alor Setar: Seorang maut manakala 10 cedera apabila van pekerja kilang yang dinaiki mangsa dipercayai terlanggar belakang sebuah lori yang membawa muatan kayu balak di Kilometer 40, Jalan Sungai Petani-Baling, dekat sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Baling Supt Syed Basri Syed Ali berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa Awatif Md […]
Berita
Anggota Polis Terlibat Dengan Op Benteng Covid-19 Maut Dipercayai Tembak Diri Sendiri
LUMUT, 20 Julai (Bernama) — Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut dipercayai menembak diri sendiri dalam kejadian di Berek Polis, dekat sini, malam tadi. Difahamkan, yang mangsa bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pangkalan Hulu dan terlibat dengan Op Benteng COVID-19 di Manjung, dipercayai menembak diri sendiri di bahagian kepala menggunakan senjata api jenis […]
Luar Negara
Budak 10 Tahun Diserang Jerung Ketika Memancing Bersama Bapa
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama bapanya dan dua lelaki lain sedang memancing di atas kapal sejauh enam kilometer di pantai Tasmania dilaporkan ditarik seekor jerung dengan tiba-tiba ke dalam air, lapor 9news. Melihat kejadian itu, ayah kanak-kanak berkenaan segera melompat ke dalam air untuk menyelamatkannya. Salah seorang yang menyaksikan kejadian berkata “Ia berlaku […]
Berita
Lelaki Lemas Ketika Memancing Bersama Abang, Adik
SANDAKAN, 18 Julai (Bernama) — Hasrat seorang lelaki berumur 20 tahun untuk memancing bersama abang dan adiknya berakhir tragedi apabila ditemukan lemas tidak jauh dari Pantai Dandulit dekat sini semalam. Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sandakan di sini hari ini, mangsa dikenali sebagai Fadlizan Idris, 20, yang bekerja sebagai penghantar makanan di […]
Berita
Gempa Bumi Gegar Kepulauan Andaman, Rantau India – Met Malaysia
Menerusi maklumat daripada laman Twitter rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan bahawa satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Andaman, Rantau India pada pukul 10:03 malam, 17 Julai 2020. Pusat gempa bumi tersebut terletak 11.9° Utara dan 95.2° Timur dengan kedalaman 24 km. 269km Timur dari Port Blair, India. […]
Berita
Wanita Berusia 102 Tahun Ditemukan Mati Lemas
TAWAU, 17 Julai – Kehilangan seorang wanita warga emas berusia 102 tahun dari rumahnya di perkampungan atas air Kampung Tanjung Batu Keramat, awal pagi tadi terjawab selepas mayatnya ditemukan terapung tidak jauh dari rumahnya pagi tadi. Mayat Marwiyah Sakke ditemukan penduduk kampung pada jam 6 pagi tadi selepas disedari hilang oleh ahli keluarganya empat jam sebelum itu. Cucu mangsa, […]
Luar Negara
(Video) Tindakan Berani Lelaki Tangkap Budak Terjatuh Dari Tingkat 5 Berjaya Selamatkan Nyawa
Seorang lelaki telah menjadi penyelamat selepas menyelamatkan seorang budak lelaki yang terjatuh daripada tingkat 5 di sebuah blok pangsapuri daerah Xuyi, Kota Huai’an di Provinsi Jiangsu China Timur. Dalam satu rakaman video yang mendebarkan, budak itu kehilangan cengkamannya dan mula jatuh hampir 100 kaki ke bawah. Budak lelaki itu dikatakan bersendirian ketika dia mengurung diri […]
Berita
TERKINI: Gempa Bumi Kuat 6.8 Magnitud Gegar Papua New Guinea Sebentar Tadi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam tweet terbarunya memaklumkan satu kejadian gempa bumi dilaporkan berlaku di Timur Rantau New Guinea, kira-kira 10.50 pagi tadi. Gempa bumi kuat 6.8 magnitud itu dilaporkan berpusat di 117 km barat laut Popondetta pada kedalaman 92 km. MetMalaysia turut memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia akibat gemba berkenaan. Gempa bumi kuat […]
Luar Negara
Dipercayai Berang Dua Tahun Kerja Tak Dibayar Gaji, Pemandu Tikam & Bunuh Majikan Sendiri
Seorang pegawai kerajaan Indonesia maut selepas ditikam beberapa kali oleh pemandu peribadinya. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bulukumba, Indonesia, Berry Juana mengatakan hasil dari siasatan, tertuduh mengaku telah membunuh mangsa kerana sakit hati disebabkan gajinya tidak dibayar selama lebih 2 tahun menjadi pemandu peribadi mangsa. Tertuduh yang juga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa telah berjaya […]
Luar Negara
Dua Bangunan Di Mumbai Runtuh Akibat Hujan Lebat
MUMBAI – Hujan lebat di Mumbai menyebabkan dua bangunan runtuh di dua kawasan berbeza di bandar ini hari ini. Kemalangan pertama berlaku di kawasan Fort di Mumbai selatan ketika sebahagian bangunan kediaman enam tingkat runtuh, menyebabkan beberapa orang terperangkap di bawah runtuhan, kata pegawai. Empat jentera bomba, sebuah van penyelamat dan ambulans dikejarkan ke tempat […]
Luar Negara
Remaja Lelaki Trauma Tergigit Jari Manusia Ketika Menikmati Pastri Daging
Seorang remaja lelaki di Brazil trauma apabila tergigit jari manusia yang tiba-tiba ditemui dalam pastri daging yang dipesan dari sebuah restoran di bandar Sao Paulo. Dia memuntahkan semula pastri yang dimakan apabila terasa ada daging anehh yang terdapat dalam pastri tersebut. Pemilik restoran itu mengaku bahawa pekerjanya mengalami kemalangan ketika bekerja sehingga kehilangan belah atas […]
Luar Negara
Letupan Bom Di Selatan Thailand, 10 Cedera Termasuk Dua Kanak-Kanak
PATTANI, 16 Julai — Sepuluh orang termasuk dua kanak-kanak cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang (waktu tempatan) semalam, sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram, diaktifkan dengan walkie-talkie meletup di Jalan Panare-Sai Buri, Pattani. Ketua Polis Panare, Pol. Kol Liab Promchan berkata bom itu menyasarkan enam anggota […]
Luar Negara
(Video) Detik Mendebarkan Pegawai Polis Cuba Selamatkan Nyawa Bayi 3 Minggu Kerana Kesukaran Bernafas
Seorang pegawai polis telah dianggap menjadi ‘hero’ selepas dia dengan pantas menyelamatkan bayi berusia 3 minggu yang sukar bernafas. Jabatan polis Sterling Heighst di Michigan ada berkongsi video rakaman melalui dashcam di laman facebook, menunjukkan pegawai itu cuba menenangkan ibu bayi berkenaan yang berada dalam keadaan yang cemas. Kemudian, pegawai polis dengan tenang mengambil bayi […]
Tragedi
Bayi Terputus Kepala & Tertinggal Dalam Rahim, Dipercayai ‘Ditarik’ Ibu Ketika Bersalin Sendirian
Seorang ibu di Indonesia bertindak bersalin sendiri tanpa bantuan pihak lain. Individu tersebut yang digelar E, didakwa melahirkan anaknya yang dipercayai bayi pra-matang di Desa Kajowair, Kabupaten Sikka, Kepulauan Nusa Tenggara, Indonesia pada 12 Julai lalu. Namun, ketika di saat mahu melahirkan anaknya dengan cara sendiri, E didakwa menarik bayi itu hingga terputus kepalanya dan […]