Berita›Tragedi

Tragedi
Tiga Rakan Maut, Seorang Parah Kereta Bertembung Lori Sawit
KUANTAN, 14 Ogos (Bernama) — Tiga rakan maut manakala seorang parah apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh di Padang Tengku, Lipis kira-kira 156 Kilometer dari sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Noor dalam kenyataan media di sini hari ini berkata kejadian berlaku pada […]
Wanita 19 Tahun Dakwa Dirogol Secara Berkumpulan, 7 Suspek Termasuk Kembar Ditahan
PETALING JAYA, 14 Ogos – Seorang wanita tempatan berusia 19 tahun didakwa menjadi mangsa rogol secara berkumpulan di sebuah rumah di Sungai Way, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa pada awalnya mengenali suspek pertama menerusi aplikasi WhatsApp serta pernah berjumpa sebanyak dua (2) kali pada Mac dan […]
Berita
Jumlah Kematian Letupan Beirut Meningkat Kepada 177
BEIRUT, 14 Ogos (Bernama) — Angka kematian akibat letupan besar di Pelabuhan Beirut minggu lalu meningkat kepada 177 orang, lapor Agensi Anadolu, memetik Menteri Kesihatan Lubnan, Hassan Hamad pada Khamis. Mengambil kira 30 individu masih hilang selepas letupan maut di ibu kota itu, Hamad memberitahu siaran televisyen tempatan jumlah kematian berkemungkinan boleh mencapai 200 orang. Tentera […]
Berita
Lapan Kediaman Di Port Dickson Rosak Akibat Ribut
SEREMBAN, 14 Ogos – Lapan kediaman di Taman PD Damai, Kampung Paya, Port Dickson rosak, selepas dilanda ribut awal pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, daripada jumlah berkenaan, dua kediaman mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung, dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu. “Kesemua lapan buah rumah itu mengalami kerosakan di struktur […]
Berita
Kanak-Kanak Empat Tahun Maut, 10 Jam Tertinggal Dalam Kereta Bapa Di Sungai Petani
Alor Setar: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia, selepas hampir 10 jam tertinggal di dalam kereta bapanya di Sungai Petani, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, kejadian hanya disedari bapa mangsa yang berumur 30-an itu, ketika hendak pulang ke rumah dari tempat kerjanya pada 6.20 petang. “Sebelum […]
Luar Negara
(Video) Tidak Sampai 24 Jam, Lebih 10,000 Ekar Hutan Di California Musnah Dijilat Api
Kira-kira lebih 10,000 ekar kawasan hutan di California, Amerika Syarikat dilaporkan musnah dalam kebakaran, memetik kenyataan pegawai bomba wilayah tersebut. Difahamkan, api marak yang bergerak pantas itu meletus sekitar pukul 4.30 petang Rabu kelmarin, berhampiran Tasik Hughes di Hutan Negara Angeles telah menjadikan kawasan musnah tersebut 0 peratus. “Kebakaran merebak dengan pantas dari 100 ekar […]
Tragedi
42 Blok Rumah Kongsi Pekerja Asing Di Sendayan Musnah Dalam Kebakaran
SEREMBAN, 13 Ogos — Sebanyak 42 blok rumah pekerja merangkumi 840 pintu yang didiami pekerja asing di Jalan Labu LBJ, Taman Gadong Jaya, Sendayan, dekat sini musnah dalam kebakaran, kira-kira 4 petang tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar yang mengetuai operasi berkata bagaimanapun, kesemua 1,140 penghuni terselamat, kerana berada di tempat kerja masing-masing ketika kejadian. Beliau berkata empat […]
Luar Negara
(Video) Rakaman Mendebarkan Lori ‘Runtuh’ Dalam Sungai Sebelum ‘Ditelan’ Arus Kuat
Detik-detik mengerikan yang menyaksikan sebuah lori telah dihanyutkan oleh banjir besar. Rakaman menunjukkan jalan di tepi tebing sungai tiba-tiba runtuh ketika kenderaan besar itu terjatuh dan dihanyutkan oleh banjir. Kejadian yang berlaku di wilayah Sichuan, China Barat itu dilaporkan tidak berlaku sebarang kemalangan jiwa. Memetik laporan Daily Mail, ia berlaku setelah hujan lebat yang melanda […]
Berita
Asrama Sekolah Di Kapit Terbakar, 10 Pelajar Selamat
SIBU,13 Ogos (Bernama) — Seramai 10 pelajar dan seorang guru sempat menyelamatkan diri apabila satu blok asrama lelaki dan sebuah kediaman guru di Sekolah Kebangsaan Ulu Yong di Kapit, kira-kira 190 km dari sini, terbakar malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapit Erwandy Tugor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 11.30 malam sebelum 12 […]
Berita
Lelaki Maut Dihempap Traktor Di Beaufort
BEAUFORT, 13 Ogos – Seorang lelaki maut apabila traktor yang dipandunya terbabas dan terbalik ke dalam parit dalam kejadian di Kampung Luagan, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak berkata dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, mangsa Abdul Hamid Rajja, 59, yang dihempap oleh traktor berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat […]
Tragedi
Mayat Terapung Ditemui Hanyut Di Perairan Perak
LUMUT, 12 Ogos – Satu mayat dipercayai seorang lelaki ditemui terapung di sekitar 10.1 batu nautika timur laut Pulau Jarak, Perak tengah hari semalam. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, mayat tersebut dijumpai ketika KM Malawali menjalankan rondaan OP Benteng di sekitar perairan Sektor 4 Maritim Negeri Perak pada masa itu. “Mayat […]
Berita
Mangsa Kemalangan Di Simpang Pulai Baru Rai Ulang Tahun Perkahwinan
IPOH, 12 Ogos (Bernama) — Mohd Zairul Mat Isa yang maut bersama enam lagi ahli keluarga termasuk isteri, anak dan ibunya dalam kemalangan di Simpang Pulai petang semalam, baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pada 3 Ogos lepas. Perkara itu dikongsikan abangnya Mohd Zakri, 37 yang berkata Mohd Zairul, 35 berserta sembilan lagi ahli keluarga termasuk […]
Berita
Tiga Termasuk Dua Warga Thai Maut Dalam Kemalangan Di Kuala Krai
KOTA BHARU, 12 Ogos – Tiga lelaki termasuk dua warga asing maut selepas Mitsubishi Triton yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan berdekatan Kampung Pahi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata identiti mangsa yang terbunuh adalah seorang lelaki berusia 21 tahun berasal dari Tumpat […]
Berita
Dua Nelayan Hanyut Hampir Tiga Hari Ditemukan Selamat
LUMUT, 11 Ogos — Selepas hampir tiga hari gagal dikesan, dua nelayan yang dilapor hilang apabila bot dinaiki mereka hanyut di tengah laut kerana kehabisan minyak, ditemukan selamat, malam semalam. Lim Ah Che Ong, 51, dan Teong Leng Huat, 52, dijumpai oleh sebuah bot nelayan tempatan lain, kira-kira 15.5 batu nautika Barat Daya Kuala Kurau, Taiping, dekat sini. […]
Tragedi
7 Maut, 3 Cedera Kemalangan Di Simpang Pulai Petang Tadi
IPOH, 11 Julai — Tujuh maut, manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, petang ini. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.55 petang, sebelum jentera dari Balai Bomba […]
Tragedi
(Video) Enam Murid Sekolah Cedera, 22 Lagi Alami Trauma Dihempap Bumbung
Melaka: Enam murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, di sini, cedera dihempap bumbung yang runtuh di tingkat tiga bangunan sekolah itu akibat ribut kencang dalam kejadian pagi ini, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka. Beliau berkata kejadian yang berlaku pada kira-kira 10 pagi itu turut menyebabkan 22 murid lagi mengalami trauma. “Enam murid yang mengalami cedera ringan […]
Berita
Ujian DNA Tulang Pinggul Sah Milik Anna Jenkins
GEORGE TOWN, 11 Ogos – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas tulang pinggul yang ditemukan di sebuah kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung, di sini pada 24 Jun lepas sepadan dengan DNA Anna Jenkins, warga Australia yang dilapor hilang di negeri ini, tiga tahun lepas. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata pihaknya […]
Tragedi
Suami Mangsa Kelar Ditemukan Mati Tergantung Di Papan Iklan
SUNGAI PETANI, 11 Ogos – Suami kepada wanita warga emas yang maut dengan kesan kelar di bahagian leher di rumahnya di Bandar Aman Jaya, di sini semalam ditemukan mati tergantung di papan iklan di kawasan Bukit Bintang, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata mayat Tan Kok Jooi, 62, yang […]
Berita
Sembilan Gerai Di Desa Pandan Musnah Dijilat Api
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Sembilan gerai musnah dalam kebakaran di Desa Pandan, di sini, awal pagi ini. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Armdan Mahat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.38 pagi dan tiba di lokasi 12 minit kemudian. Katanya seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Keramat dihantar ke lokasi kejadian. […]
Tragedi
(Video & Gambar) Pokok Tumbang Dan Atap Terbang, Penduduk Kongsi Kejadian Ribut Dipercayai Berlaku Di Melaka Pagi Tadi
Media sosial hari ini dibanjiri gambar dan video kejadian ribut yang dipercayai melanda Melaka pagi tadi. Melalui perkongsian pengguna Facebook, rata-rata memberitahu daerah Malim antara yang terjejas teruk. Daripada gambar serta video yang dikongsi, angin dilihat sangat kuat sehingga menumbangkan beberapa pokok disisi jalan. Dalam pada itu, orang ramai juga berkongsi beberapa gambar kediaman yang […]