Berita›Tragedi

Berebut Turun Tangga, 14 Murid Maut Terhempap Sesama Sendiri
Empat belas kanak-kanak terbunuh dalam keadaan mengerikan ketika mereka bergegas turun dari tangga di hujung kelas sekolah rendah di Kenya barat pada Isnin lalu. Manakala 39 lagi murid mengalami kecederaan dalam insiden terbabit. Memetik laporan Komander Polis Wilayah Barat Peris Kimani, insiden tersebut berlaku di Sekolah Rendah Kakamega. “Kami kehilangan 14 daripada mereka,” kata Menteri […]
Sehingga 3 Februari, Koronavirus Ragut 426 Nyawa Daripada 20,626 Kes Seluruh Dunia
Wabak Koronavirus yang berasal dari wilayah Wuhan, China telah merebak ke 27 negara dan wilayah di seluruh dunia. Angka kes yang disahkan adalah 20,626 dan mencatat 426 kematian sehingga tarikh 3 Februari 2020. Pada 3 Februari, Jerman telah mencatat lebih dua orang dijangkiti wabak ini turut diikuti dengan Amerika syarikat, Vietnam dan India. Beberapa negara […]
Hilang Tiga Anak Sekelip Mata Dilanggar Pemandu Mabuk, Si Ibu Pilih Maafkan Pelakunya
Tiga kanak-kanak malang bersama seorang sepupunya maut dilanggar oleh seorang pemandu yang didakwa mabuk ketika ingin membeli aiskrim. Samuel William Davidson, berusia 29 tahun telah didakwa atas kesalahan melanggar keempat-empat kanak-kanak tersebut hingga menyebabkan kematian kerana memandu dalam keadaan mabuk. Tiga daripada enam beradik tersebut telah meninggal dunia iaitu Antony, 13, Angelina 12 dan Sienna, […]

Hampir Ragut 200 Juta Nyawa, Kisah Hitam Dunia Pernah Diserang Virus ‘Black Death’
Novel Koronavirus yang melanda dunia pada hari ini sememangnya telah membimbangkan komuniti dunia. Perkara ini adalah kerana telah dicatatkan beratus nyawa telah terkorban disebabkan virus yang bermula dari daerah Wuhan, China. Disebabkan itu juga, banyak negara yang telah membuat pelbagai sekatan terhadap akses ke China terutamanya ke Wuhan. Wabak ini seakan virus yang paling menakutkan […]
Hutan Australia Masih ‘Menyala’, Canberra Keluarkan Amaran Kecemasan
Pihak berkuasa di Australian Capital Territory (ACT) telah mengisytiharkan keadaan kecemasan ekoran kebakaran hutan besar-besaran yang sedang merebak di selatan Canberra. Kebakaran tersebut merupakan ancaman kebakaran paling teruk di wilayah berkenaan dalam tempoh hampir dua dekad. Kebakaran utamanya di wilayah selatan telah meliputi sekitar 18,500 hektar. Penduduk di pinggir bandar Canberra telah digesa supaya berjaya-jaga […]

Rakyat Malaysia Di Jepun Kongsi Detik Cemas, Dikejut Gempa Bumi Ketika Tidur
Pada jam 1.07 pagi (Waktu Malaysia), satu gempa bumi sekuat 5.3 magnitude telah menggegarkan sehingga 2km daripada bandar Tsukubamirai, Ibaraki, Jepun. Kejadian tersebut berlaku berdekatan dengan ibu negara Jepun iaitu Tokyo. Dalam sebuah group Road To Japan, rakyat Malaysia berkongsi detik cemas dikejutkan dengan gegaran ketika kebanyakan mereka sedang tidur. Mereka merasai gegaran itu di […]

3 Maut Termasuk Bayi Lelaki Dalam Nahas Libatkan Dua Buah Kereta
KUALA LUMPUR, 31 Jan – Tiga orang termasuk seorang bayi lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Km 457.9 Lebuhraya Utara Selatan, Sierramas di Sungai Buloh dekat sini, hari ini. Dua lagi cedera dalam kejadian itu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata nahas melibatkan kereta jenis Proton Persona yang dipercayai melanggar belakang sebuah […]

China Hantar Dua Pesawat Untuk Bawa Balik Warga Wuhan Dari Thailand Dan Malaysia
Shanghai, 31 Jan – Pihak berkuasa penerbangan China telah menghantar dua penerbangan Xiamen Airlines untuk membawa pulang warga Wuhan ke bandar China. Pesawat tersebut disediakan di Bangkok Thailand dan Kota Kinabalu, Malaysia. Wilayah Wuhan dikatakan menjadi pusat penyebaran Koronavirus yang cepat telah menelan nyawa lebih daripada 200 orang dan masih berada dalam simpanan privasi pihak […]

(Video) Tragedi Dua Beranak Rentung, Kereta Terbabas Lalu Terbakar
Kepala Batas : Seorang lelaki dan anak perempuannya berusia tiga tahun rentung selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan lalu terbakar dalam nahas di Kilometer 119, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar Bertam, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mereka yang […]
Suhu Panas Melampau Dijangka Landa Australia Minggu Ini, Beri Risiko Kebakaran Semula Hutan
Fenomena gelombang panas melampau dilaporkan akan melanda bumi Australia bermula hari ini dengan suhu 45C dan ianya memberikan peningkatan risiko kebakaran hutan. Mercury akan melanda di barat Sydney dengan suhu 38C, dan Melbourne akan menjadi ibu negara terpanas ketika suhu melambung sehingga 43C. Keadaan ini akan menjejaskan pertandingan Terbuka Australia yang sedang berlansung. Pihak pengendali […]

Harap Februari Lebih Baik, Netizen Senarai ‘Kerosakkan’ Dunia
Kedatangan tahun 2020 diharapkan dapat memberikan sinar baharu kepada kehidupan semua orang. Pun begitu, semuanya bagaikan tidak sama seperti yang diingini apabila pelbagai kekalutan yang berlaku. Begitulah situasi yang memenuhi kalendar Januari tahun 2020 di mana terdapat pelbagai bencana, tragedi dan wabak penyakit yang berlaku. Antara kebimbangan komuniti dunia ialah konflik yang berlaku di antara […]
(Video) Hanya 50 Hari Bernikah, Isteri Luah Rasa ‘Rindu Tak Berpenghujung’ Terhadap Arwah Suami
Bukan perkara yang mudah untuk membuang memori terindah dengan orang tersayang apatah lagi dia meninggalkan kita buat selama-lamanya. Kehilangan suami diibaratkan seperti hilang separuh jiwa, tempat bergantung dan tempat bermanja. Ya, jodoh ajal dan maut itu semuanya ditangan Tuhan. Tetapi kerinduan kepada seseorang itu membuatkan wanita ini tidak pernah jemu menziarahi kubur arwah suaminya. Perkongsian […]

Madrasah, Masjid Musnah Terbakar Di Lahad Datu
Lahad Datu : Sebuah madrasah dan masjid dekat Kampung Sapagaya Hulu, Batu 6 Jalan Silam, di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi. Kejadian bermula pukul 12 malam itu mengakibatkan Madrasah Al Imam dan sebuah masjid jenis separuh kekal terbakar. Bagaimanapun, kesemua 18 pelajar dan dua madrasah itu selamat dan tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan […]

Lelaki Tua Baru Balik Dari Menoreh Getah Terduduk Lihat Rumah Hangus Terbakar
Siapa sangka hanya dalam sekelip mata seseorang itu hilang tempat untuk berteduh. Namun apakan daya, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Sangat menyayat hati, sebuah kiriman yang dimuat naik memperlihatkan gambar seorang penoreh getah yang sayu melihat rumah beliau habis dijilat api. Gambar ini telah tular di laman media sosial Facebook dan mendapat perhatian ramai […]
Diserang Peluru Berpandu Balistik Iran, 50 Tentera AS Alami Kecederaan Otak
WASHINGTON, 29 Jan – Jumlah tentera yang didiagnosis dengan kecederaan otak disebabkan serangan peluru berpandu balistik Iran, semakin bertambah, kata Pentagon pada Selasa lapor agensi berita Anadolu. Serangan ke atas pangkalan udara Iraq itu berlaku pada 8 Jan lalu. “Setakat hari ini, 50 anggota telah didiagnosis dengan TBI,” kata jurucakap Jabatan Pertahanan Leftenan Kolonel Thomas […]

(Video) Koala Seakan Bingung Ketika Dilepaskan Selepas Tragedi Kebakaran Hutan
Kebakaran hutan dahsyat yang berlaku di Australia telah mengorbankan jutaan haiwan terutamanya spesis koala. Perkara ini kerana haiwan tersebut bergerak dengan perlahan menyebabkan mereka tidak sempat untuk melarikan diri. Setelah kebakaran tersebut kembali reda, haiwan-haiwan yang diselamatkan akan dihantar pulang ke habitat asal mereka untuk meneruskan hidup. Walaupun persekitaran hutan sudah tidak seperti dahulu, namun […]

Anak Libas Tangan Bapa Hingga Putus Ketika Bergaduh
Sungai Petani : Seorang pekerja kontrak berusia 53 tahun putus di bahagian pergelangan tangan kanan apabila ditetak oleh anak lelakinya dalam pergaduhan di rumah mereka di Taman Keladi dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata kejadian dikatakan berpunca daripada pertengkaran antara mangsa dengan isterinya pada sebelah pagi dan anak lelaki mereka berusia 29 tahun bertindak mencampuri dan […]
29 Palapes Udara, Tiga Jurulatih Cedera Trak TUDM Terbalik
KUALA LUMPUR, 28 Jan – Sejumlah 29 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Udara bersama tiga jurulatih cedera selepas sebuah trak tiga tan dinaiki mereka hilang kawalan dan terbalik di Bukit Jugra, Banting, Selangor. Kejadian kira-kira 3.30 petang tadi dipercayai berlaku akibat brek kenderaan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu gagal berfungsi ketika menuruni bukit berkenaan selepas selesai […]
Adik Maut, Kakak Parah Terjatuh Dari Tingkat Empat Kuarters Di Gombak
KUALA LUMPUR, 28 Jan – Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala seorang lagi parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kuarters guru di Gombak, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata mangsa berusia tiga dan enam tahun yang merupakan adik beradik itu ditemui ibunya yang baru pulang bekerja di kawasan lapang kuarters itu kira-kira 5.30 […]
(Video) Seorang Remaja Diarah Bela Diri, Rakan Bebas Tuduhan Bunuh 23 Penghuni Pusat Tahfiz Ittifaqiyah
KUALA LUMPUR, 28 Jan – “Alhamdulilah syukur kepada Allah… Dia dibebaskan dan saya mahu selepas ini dia menjadi lebih baik daripada sebelum ini,” kata bapa remaja lelaki yang dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran yang menyayat hati, hampir tiga tahun lepas. Ditanya media apakah perancangan […]